Anda di halaman 1dari 19

4.1.

10 Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen elektrik iaitu mentol, bateri dan suis

Poster Komponen elektrik

4.1.11 Membuat penyambung litar elektrik

Terangkan kaedah penyambungan litar elektrik secara beransuran


1. 2. 3. 4. 5. Sediakan bahan dan komponen yang diperlukan. Lucutkan hujung wayar dengan menggunakan pelucut wayar. Sambungkan wayar A kepada bekas bateri dan sius. Sambungkan wayar B kepada suis dan mentol. Akhir sekali sambungkan wayar C kepada mentol dan bekas bateri. 6. Masukkan bateri ke dalam bekas bateri. 7. Uji litar dengan menyambungkan suis. ( sekiranya mentol tidak menyala ) 8. Semak penyambungan dan uji semula.

4.1.12 Membaca litar skematik dan litar bergambar berdasarkan manual

Tunjukan Litar Bergambar

Litar Skematik

4.1.13 Membuat penyambungan litar elektrik pada projek

Demonstrasi Memasang litar elektrik pada projek

Tebuk lubang pada papan dengan gerudi untuk memasukkan wayar

Tebuk lubang pada corong lampu plastik dengan gerimit untuk memasukkan wayar

Sapu glu pada pemegang mentol untuk dilekatkan pada corong lampu

Lekatkan pemegang mentol padam corong lampu.

Pasang bekas bateri pada bahagian belakang projek dengan menggunakan glu.

Sambung wayar dari bateri ke mentol menggunakan bongkah penyambung.

Sambung wayar pada suis

4.1.14 Menguji kefungsian projek

Demonstrasi Langkah-langkah
Setelah komponen dan litar elektrik lengkap dipasang, kerja pengujian litar dapat dijalankan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Pastikan mentol lampu dipasang pada pemegang mentol dengan kemas. 2. Pasang bateri mengikut kekutuban yang betul. (Kekutuban positif dan negatif) 3. Hidupkan suis dengan kemas. 4. Lihat mentol. Jika mentol menyala menunjukkan sambungan lengkap.

Sekiranya litar elektrik tidak berfungsi, buat pemeriksaan berikut:


1. Periksa kekutuban bateri. 2. Periksa sambungan wayar sama ada longgar atau terputus. 3. Periksa filament mentol sama ada terbakar atau tidak.

4.1.15 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan

Demonstasi Langkah Penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan


1. Alatan tangan yang telah digunakan untuk menjalankan aktiviti dan membuat projek perlu disenggara dan disimpan pada tempat yang telah dikhaskan. 2. Alatan tangan perlu disenggara dan disimpan dengan baik supaya: (a) Alatan tangan dalam keadaan baik (b) Sentiasa tersusun dan teratur (c) Mudah diambil apabila digunakan (d) Tahan lebih lama (e) Selamat apabila digunakan 3. Penyenggaraan alatan tangan dapat dilakukan dengan cara: (a) Membersihkan alatan tangan (b) Meminyakan alatan tangan (c) Menyimpan alatan tangan

Rajah panel alatan tangan

Anda mungkin juga menyukai