Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI KIT PEMBELAJARAN SAINS

Pada

semester ketiga,

saya

dan

rakan-rakan

telah

ditugaskan

untuk

menghasilkan Kit Pembelajaran Sains. Pada permulaannya, kami telah diminta menghasilkan tugasan secara berkumpulan dan Encik Anwar telah memberikan taklimat dan penerangan tentang hal-hal yang perlu dilakukan dan penting dalam menghasilkan Kit Pembelajaran Sains. Encik Anwar juga turut menunjukkan contoh Kit Pembelajaran yang telah dihasilkan terlebih dahulu. Dengan penerangan dan contoh yang ditunjukkan, saya dan rakan-rakan telah mendapat sedikit gambaran tentang Kit Pembelajaran yang akan kami hasilkan. Setelah membuat perbincangan kami sebulat suara memutuskan untuk membuat Kit Pembelajaran berdasarkan topic geseran. Kami telah menghasilkan landasan untuk laluan kenderaan. Hasil daripada penghasilan kit tersebut kami telah dapat mengenalpasti beberapa kelebihan antaranya bahan bantu mengajar yang dihasilkan ini boleh juga digunakan untuk mengajar kemahiran yang lain seperti topic kelajuan. Ini dapat menjimatkan kos dalam menghasilkan bahan bantu mengajar. Selain itu, kami dapati kelebihan dalam menghasilkan kit ini secara berkumpulan ialah dapat menjimatkan masa kami. Oleh itu, masa yang telah dijimatkan dapat digunakan untuk membuat tugasan atau latihan yang diberikan oleh pensyarah. Selain itu, terdapat juga beberapa kekurangan dalam menghasilkan kit ini iaitu kesan minyak yang digunakan bagi melicinkan landasan. Ini menyebabkan landasan ini kelihatan comot dan berminyak. Selain itu, saiz bahan bantu mengajar yang kecil menghadkan keputusan yang diperolehi. Jika dapat dihasilkan dengan saiz yang lebih besar, keputusan yang diperolehi pasti akan lebih tepat.

FAUZIAH BINTI MOHAMED NOOR PPG-MTE B/004/06/11 810417-07-5548