Anda di halaman 1dari 1

NAMA : KOHILAVANI A/P KRISHNASAMY KELAS : T1SN1 TAJUK : FALSAFAH PENDIDIKAN DIRI Selepas membaca dan memahami Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Timur dan Falsafah Pendidikan Barat, saya sebagai guru yang bertanggungjawab atas tugasan yang diberikan kepada saya iaitu mendidik anak murid saya, saya berpegang kepada falsafah pendidikan saya sendiri. Falsafah pendidikan diri saya ialah: Saya sebagai seorang warganegara Malaysia dan guru yang penuh bertanggungjawab akan mendisiplinkan diri saya sendiri sebelum membetulkan anak murid saya, supaya mereka akan menganggap saya sebagai teladan yang terbaik kepada mereka untuk diikuti bersama. Saya akan bertindak secara bijak untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dengan melahirkan anak murid yang penuh berilmu pengetahuan, mempunyai tingkah laku yang baik, memahami setiap budaya masyarakat di Negara ini, mempunyai semangat keagamaan yang kuat dan sihat dari segi kesihatan fizikal dan minda. Saya juga akan memastikan pelajar tidak hanya sekadar mengetahui semua aspek tetapi mengamalkan dalam kehidupan seharian. Perkara ini akan memastikan pelajar tersebut memberi sumbangan positif kepada pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara.

Anda mungkin juga menyukai