Anda di halaman 1dari 22

JURNAL PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAJUK : PERMAINAN TRADISIONAL (WAU)

SMK DESA MURNI


NAMA PELAJAR : MUHAMMAD
AZRIN BIN AZIZAN
TINGKATAN : 3 AMANAH
K/P : 990922-08-6897

AHLI KUMPULAN 11
1. MUHAMMAD AZRIN BIN AZIZAN

SMK DESA MURNI

2. SURIYA BT. L. HUSSAIN

SMK ST. MARK

3. MOHD SOBRI B. ZAIN

SMK SUNGAI ACHEH

4. CHIRAWADEE A/P LOOI YOK LIN

SMK PRAI

5. GRACE CHOONG

SMK CONVENT PULAU TIKUS

6. WONG LEI YOKE

SMJK CHUNG LING (BTW)

7. CHEN GIM FONG

SMK JALAN DAMAI

1. PENGENALAN TAJUK
1. Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih
popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang
seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.
2. Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum
termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.
3. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti
di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap
tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta
dari luar negara.
4. Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan wau dikatakan berasal
dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu,
Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
5.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di


Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan
Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan
bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta
kerabat Di Raja, dan tidak pula disebut bermain wau.

6.

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada
busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang
pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi wau, wau, wau secara
berirama.

3. PERANAN DALAM KEHIDUPAN DAN BUDAYA


1. Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional
orang-orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini
mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan
rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut.
2. Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam
beberapa buku Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini.
Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada
zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Pendapat ini
berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mana ada
menceritakan tentang permainan wau.
3. Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi penduduk-penduduk di
kawasan pendalaman terutama bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung seperti
Kedah, Perlis dan Kelantan. Permainan wau telah menjadi satu permainan tradisi
selepas musim menuai.
4. Mereka bermain wau untuk menghilangkan rasa penat setelah bekerja di sawah.
Mereka juga berasa gembira ketika bermain dan bertemu di antara satu sama lain
sehingga ada di setengah-setengah tempat dan daerah mereka akan mengadakan
satu pesta tahunan dan pertandingan wau yang tercantik di antara daerah-daerah.
5. Tukang-tukang wau yang mahir mempunyai cara yang tersendiri dalam mengukur
dan menimbang ketika meraut buluh rangka wau. Petuanya tentulah didapati
daripada orang tua-tua, tetapi kebolehan sebenar adalah diperolehi melalui
pengalaman. Tepatnya meraut buluh dan memasang rangka wau akan menentukan
kecantikan bentuk wau dan disokong dengan teraju yang dipasang dengan tepat.

WAU BULAN JUGA BOLEH DIDAPATI DARIPADA :

I ) Seni Pertukangan : Filigree


Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang
amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai
telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang
memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi
masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali
dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya
yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan
pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi
jiwa pencipta itu sendiri.
Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi
kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini
antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.

II ) Tarian Siti Wau Bulan


Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini
menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga
merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh
penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan
seruling

III ) Dikir Barat


Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat. Dikir
Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu
di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir
bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh
seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas
pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan
lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah :1. Karut Selampit
2. Karut Menora
3. Karut Jenaka Mak Yong
4. Karut Wau Bulan

4. TOKOH / PANDAI TUKANG


Shafie Bin Jusoh
Adiguru Aneka Kraf (2006)
Negeri : Kelantan
Encik Shafie b. Jusoh mula meminati
bidang kraf wau sejak berada di sekolah
rendah lagi. Ketika berusia 10 tahun,
beliau sering mengikut rakan-rakannya
bermain wau di bendang sehingga
sanggup berhenti sekolah ketika berada
di tahun tiga. Demi minat, beliau belajar
membuat wau dari rakan-rakan dan caracara sobekan melalui pemerhatian
sendiri. En. Shafie amat berbangga
kerana minatnya tersebut mendapat
dorongan daripada ibu bapanya dan
sebagai tanda sokongan ayahnya telah
memainkan wau besar yang telah
dihadiahkannya. Dengan jualan secara
kecil-kecilan, wau yang dihasilkan serba
sedikit dapat membantu ekonomi
keluarganya.
Ketika awal penglibatannya, belum ada
lagi
anak
Kota
Bharu
yang
mengusahakan pembuatan wau secara
serius. Pada masa itu beliau hanya
bertanding sambil bermain wau di
Stadium Kota Bharu serta Kompleks
KB. Bakat tokoh mula menyerlah ketika
beliau berusia 22 tahun dengan
kedatangan dua orang pelancong luar
negara yang menyaksikan bakatnya
memainkan wau di stadium. Berminat
dengan keunikan permainan tersebut,
kedua-dua
pelancong
tersebut
menempah wau dari tokoh. Semenjak
dari itu, tokoh mula yakin dengan produknya serta menerima tempahan wau naik untuk
dijual. En. Shafie dan mula menerima tempahan secara eksklusif dari syarikat-syarikat
besar serta jabatan kerajaan ketika berusia 30 tahun.
Beliau yang sangat mahir membuat wau perhiasan dan wau naik untuk pertandingan telah
banyak memenangi pertandingan wau di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat

antarabangsa. Antara pertandingan yang pernah disertainya ialah pertandingan wau


peringkat antarabangsa ialah Pasir Gudang Kite Festival International Guests anjuran
Lembaga Pelabuhan Pasir Gudang dan peringkat negeri seperti Johan Wau Cantik dan
Johan Wau Naik peringkat negeri Johor serta pertandingan-pertandingan anjuran Majlis
Pelancongan Negeri Kelantan. Selain pertandingan, beliau juga ada menerima jemputan
untuk membuat demonstrasi oleh Tourism Malaysia (TDC) dan aktiviti kebudayaan
anjuran kerajaan negeri.
Salah satu keunikan wau bulan yang dihasilkan oleh tokoh ialah badan wau yang
dihasilkan berbentuk bulat dan seimbang antara kiri dan kanan yang direka berkonsepkan
wau pada permukaan syiling 50 sen. Tokoh juga tidak pernah meniru corak-corak wau
daripada ciptaan orang lain walaupun atas permintaan pelanggan. Sekiranya diminta
menghasilkan wau berdasarkan gambar yang diberi untuk tempahan, tokoh pasti mereka
cipta corak lain berdasarkan konsep yang diberi. Ini adalah kerana tokoh amat
menghormati rekacipta orang lain dan ingin menghasilkan rekaan identitinya sendiri.
Apa yang paling menarik, wau yang telah dihasilkan oleh En. Shafie telah membawa
beliau kepada pelantikan sebagai duta MAS. Pihak MAS sering menjembut beliau untuk
membuat demonstrasi di luar negara seperti Australia, German, Maldives, Melbourne dan
Jepun. Sehingga kini, pencapaian tokoh telah mendapat liputan daripada penerbitan
majalah juga akhbar serta beberapa agensi media seperti RTM, TV3, TV7, TV8 dan juga
Astro. Satu keistimewaan yang ada pada tokoh ialah beliau amat merendah diri meskipun
namanya masyhur di kalangan penggiat seni wau. Beliau juga tidak pernah menetapkan
sebarang kadar bayaran terhadap pihak media yang ingin membuat liputan tentang
dirinya, perusahaan ataupun produknya.

5. KAITANNYA DENGAN PENGARUH SENI ISLAM, BARAT DAN


SERANTAU
SEJARAH WAU DI MALAYSIA
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh
serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang
di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai
persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.
Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar.
Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur
kebudayaan dari negara China.
Permainan wau dikaitkan dengan mitos Semangat Padi yang berasal dari utara
Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah. Diceritakan bahawa ada sepasang suami
isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan
menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang
bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana
suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka
beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh
padi.
Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.
Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga
melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang
telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa
anak gadis mereka sebenarnya adalah Semangat Padi dan menasihatkan petani tersebut
sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang
menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

CONTOH CONTOH
WAU
Rupa bentuk asal wau
atau layanglayang pada masa dahulu

WAU BULAN

WAU MERAK

WAU KUCING

WAU JALA BUDI

10

CONTOH CONTOH WAU

BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA WAU


11

12

Belalai dan Jambul


Busur atau
Dengung

Sayap

Kepala Wau

Torek atau pinggang

Ekor Wau

Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau


tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau,
busur atau dengung, sayap wau, torek atau
bahagian pinggang dan ekor wau.
BAHAGIAN PERINCIAN WAU

SKALA ASAS RANGKA WAU


(Bahan asas : Buluh dan benang)

13

TEKNIK PEMBUATAN WAU TRADISIONAL


1. Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh,
kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian
untuk menghasilkan sebuah wau.
2. Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk
menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan
bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang
aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti,
bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.
3. Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin
menebang dan menyimpan buluh tersebut.
PETUA DAN PANTANG LARANG PEMILIHAN BULUH

Mencari dan Menebang Buluh

14

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam
semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut
mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana
mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh
seperti di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih
bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih
dahulu.
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah
ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, Wahai Sang
Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku,
mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini.

Penyimpanan Buluh
Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka
wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada
dilangkah manusia.
Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat
ialah :1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

15

Meraut buluh
Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti
ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan
berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar
tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan
mengelakkan daripada kesilapan.
Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan
sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan
semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5
sentimeter.
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan
di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk
memudahkan ia dibentuk.
Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok
pula dengan kertas pasir.
Membuat Bingkai
Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang
rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong
mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping
untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang
hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah
kepingan buluh.

16

Proses mengikat rangka bingkai wau


1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian
tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu.
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang.
17

4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut
seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap.
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut
membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh
yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau.
Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala
wau.
7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada
kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

7. DOKUMENTASI
MENDOKUMENTASI CARA MEMELIHARA, MENGEKAL DAN
MEMAJUKAN PERMAINAN TRADISIONAL
1. Dijadikan hiasan dinding. (ukiran kayu, logam atau dibingkaikan)
2. Dijadikan logo koperat, lambang dan simbol. (MAS Airline)
3. Dijadikan acara tahunan di semua peringkat. (Pertandingan, pameran, demostasi
cara pembuatan dan pertunjukan).
4. Dijadikan sebagai salah satu produk jualan kraftangan negara (produk IKS) ke
peringkat antarabangsa.
5. Dijadikan simbol dan diabadikan pada duit syiling, setem, sampul surat hari
pertama dan sebagainya.
6. Dijadikan sebagai cenderahati seperti rantai kunci, pembuka surat, penanda buku
dan sebaginya.

18

7. Dijadikan reka bentuk untuk cenderamata seperti pingat (medal), piala (trophy)
dan plaq (plaque).
8. Dijadikan motif untuk alat perhiasan wanita seperti anting-anting, cincin, cucuk
sanggul, dokoh atau agok, kerongsang dan sebagainya.
9. Mewujudkan Muzium Wau.
10. Dijadikan reka bentuk seni bina seperti monumen atau tugu, arca, reka bentuk
bangunan, dan sebagainya.
11. Dijadikan reka bentuk untuk komunikasi visual seperti papan tanda, signage,
papan peraga, iklan kenderaan (transit ad) dan sebagainya.
12. Dijadikan motif atau corak pada fabrik dan tektil seperti corak kain, corak baju,
tali leher, topi, t-shirt, skaf, beg tangan, tudung wanita, cadar dan sebagainya.
13. Dijadikan ikon tema kepada sesebuah negeri atau acara rasmi seperti Tahun
Melawat Malaysia, Acara Karpet Merah (JUARA LAGU & FESTIVAL FILEM)
dan sebagainya.
14. Dijadikan tema atau motif untuk reka letak grafik seperti laman web, kulit depan
album, kulit buku atau majalah, pembungkusan dan sebagainya.
CONTOH-CONTOH HASIL PRODUK

Hiasan dinding (ukiran kayu)

Perhiasan wanita (kerongsang)

19

Hiasan dinding (dibingkaikan)

Hiasan dinding (dibingkaikan)

Identiti koperat (logo)


Setem dan sampul surat hari pertama

Seni bina monumen (arca)

Cenderamata (plaque)

20

Pertandingan dan pertunjukan wau

Demostrasi pembuatan wau

8. RUJUKAN
Brief History of the Kite. http://www.kiteman.co.uk/KiteHistoryBothPages.html. 12
Oct. 2004
Dikir Barat. http://www.e-genius.com.my/sukan_kebudayaan03.html. 22 Dec. 2004
Ekite model. eKITE Website. http://www.e-kite.wakaf.net. 7 Oct. 2004
Filigree. www.kraftangan.gov.my/maklumatkraf.html#filigree. 22 Dec. 2004
Kedai Wau. http://www.smarttravelasia.com/klshop.html. 15 Dec. 2004
Kites In Malaysia, kites in Penang. Discovery Kites. http://www.discovery-kites.com/.
5 Oct. 2004
Malaysian Kite Festival Pasir Gudang 6th Internatioal Kite. Pasir Gudang Kite Festival
Malaysia 2001. http://www.bhc.com/malaysia2001/. 2 Oct. 2004.
Malaysias Independent Kiting Portal. http://www.kites.org/malaysia. 11 Oct. 2004
SkyDancer Sports Kites. http://www.skydancer-kites.com. 7 Oct. 2004
21

Traditional Kite Plans. Kite Building Plans. KiteBuilder.com.


http://nordnet.fr/~amoreaux/cv/waubu.htm. 15 Oct. 2004.
Wau. http://tourmalaysia.tripod.com/wau.htm. 12 Oct. 2004
Wau, gendang, gamelan (Terengganu). Selangor : Pustaka Murni, 2003.
J 394.309595122 Wa
Wau Sebagai Perhiasan. http://www.cybermelayu.com/newriang/. 15 Dec. 2004
World Sport Kite Campionships Langkawi, Malaysia. http:// www.aka.kite.org. 6 Oct.
2004
WOW!!! Wau!. http://www.usu.edu/~masa/selection.html. 12 Oct. 2004
Fieda. Permainan Wau. Petaling Jaya : Oak Enterprise, 2003. J796.109595 Fi
Maznan Noordin. Wau. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992. YF Maz
Mohd Nazri Ahmad.Wau Dan Seni Tekat. Selangor : Pustaka Mawar, 2000.
Wan Basiron Wan Ahmad. Wau Tradisional Malaysia = Traditional Kites of Malaysia.
Pasir Gudang : Muzium Layang-layang, 2002. R 796.1589595 Wa

22