Anda di halaman 1dari 30

KERAJAAN ISLAM MADINAH

Ciri-ciri Negara Islam Madinah Pentadbiran Awam Metodologi Penyebaran Dakwah Islamiyah di Madinah

Ciri utama negara Islam Madinah: 1. Hubungan yg kekal dgn Allah dlm segenap aspek kehidupan serta laksana hukum-hukum Islam yg sempurna. 2. Al-Quran & Sunnah sbg asas perlembagaan 3. Dibina atas semangat Jihad fi Sabilillahmenentang kejahatan drp Quraysh, Yahudi, Munafik , Rom. 4. Memikul tanggungjawab menyebarkan Islam & berdakwah kepada seluruh manusia- menghantar utusan kpd pemerintah.

5. Mewujudkan kesatuan Islam yg tinggi nilainya. Asabiyyah & qawmiyyah dihapuskan, mengiktiraf kesatuan ummah. 6. Masyarakat yg tinggi tatasusila & akhlak- (al-Ukhuwah, alHub, al-Tasamuh, al-Takaful, al-Tawadhu, al-Tawun, alRahmah) 7. Menegakkan keadilan sosial, menghapuskan kezaliman tanpa mengira bangsa.

PENTADBIRAN AWAM

Pihak berkuasa peringkat pusat

Pihak berkuasa peringkat wilayah

Pihak berkuasa peringkat pusat

Naibin (Timbalan Nabi s.a.w.) Mushir (Penasihat) Katib (Setiausaha) Rusul (Wakil Khas) Pesuruh Jaya atau Pegawai Tugas Khas Shuara wa Khutaba (Penyair dan Pemidato)

Naibin

Ketua pentadbiran negara ketika Nabi Muhammad s.a.w tiada di Madinah Individu awal yang dilantik Sad b. Ubadah (Khazraj) dan Sad b. Muadh (Aws) Individu lain Zayd b. Harithah (Mawla Nabi Muhammad s.a.w.) Quraysh pertama dilantik Abu Salamah b. Abd al-Asad Tokoh penting Amr b. Umm Maktum

Kelayakan dan Kebolehan

Mengatasi kesihatan fizikal- cth : Amru b. Umm Maktum Mengatasi taraf sosial cth : Zayd b. alHarithah

Mushir

Contoh penasihatan: (i) selepas peperangan Badr Nabi Muhammad s.a.w. berunding dengan Mushir tentang soal bagaimana untuk melayan tawanan perang (ii) peperangan al-Ahzab cadangan Salman al-Farisi supaya digali parit sebagai benteng pertahanan (iii) pengenalan azan atas nasihat para Sahabat setelah susah nak kumpul orang Islam di masjid bagi tunaikan solat berjemaah pada peringkat awal selepas hijrah (iv) penempatan tentera Islam dalam peperangan banyak kali pandangan Hubbab b. al-Mundhir dipakai spt dalam perang Badr, Khandaq, Khaybar, Taif dan beberapa peperangan lain

Katib

Nabi Muhammad s.a.w. tubuhkan Diwan alInsha (Jabatan Surat Menyurat) dan menggunakan khidmat ramai Katib Contoh Katib Sharhabil (Shurahbil) b. Hasanah al-Kindi, Abd Allah b. Sad b. Abi Sharh, Abu Bakr al-Siddiq, Umar b. alKhattab, Uthman b. Affan dan Ali b. Abi Talib

Rusul

Dihantar untuk: (i) ajak orang peluk Islam (ii) buat perjanjian (Sulh) (iii) beri perlindungan (iv) pohon kepada kerajaan tertentu untuk benarkan orang Islam di negara mereka pulang (v) kirim hadiah (vi) beri amaran kepada raja zalim tentang kesan penyembahan berhala yang dilakukan Dipilih drp mereka yg cerdik, perwatakan yg menyenangkan & menguasai bahasa negara yg ditugaskan.

Contoh

Muhammad b. Maslamah (wakil khas kepada Yahudi Banu al-Nadir) Sad b. Muadh, Sad b. Ubadah dan Abd Allah b. Rawahah (wakil untuk menemui Yahudi Banu Qurayzah semasa perang Khandaq untuk mengingatkan mereka mengenai perjanjian dengan umat Islam dan meminta mereka menghentikan sebarang percubaan untuk bekerjasama dengan pihak musuh)

Utusan ke negara Luar

Amru b. Umayyah al-Najashi (Habsyah) Dihyah b. Khalifah al-Kalbi Hercules (Rom) Abdullah b. Hudhafah Kisra Parsi Hatib b. Abi Baltaah Muqawqis (Mesir) Amru b. al-As Jayfar b. al-Julanda (Oman) Al-Ala b. al-Hadrami al-Mundhir b. Sawa (Bahrain) Shuja b. Wahb -Al-Harith b. Abu Shamir (Rom di Damsyik) Salit b. Amr - Hawdhah b. Ali al-Hanafi(Al-Yamamah) Al-Harith b. Umayr - Shurahbil b. Amru (Rom di Busra)

Pesuruh Jaya atau Pegawai Tugas Khas


Dilantik kerana: (i) ada tugas (ii) tidak mungkin untuk Nabi Muhammad s.a.w. kawal semua urusan negara (iii) didikan kepada Sahabat dan pengikut Nabi dalam pentadbiran negara Contoh Pesuruh Jaya Ali b. Abi Talib Sad b. Muadh

Shuara wa Khutaba

Shuara 3 Shuara utama Nabi Muhammad s.a.w. ialah Hassan b. Thabit (syair hina kekalahan Mushrikin Makkah dalam peperangan Badr), Kab b. Malik dan Abd Allah b. Rawahah (mempertahankan maruah pemimpin dan orang Islam dengan syair

Shuara terkemuka lain bagi Nabi Muhammad s.aw. Kab b. Zuhayr, Khansa, Ali b. Abi Talib, Amir b. Akwa dan Abbas b. Mirdas al-Sulami Khutaba terkenal bagi Nabi Muhammad s.a.w. Thabit b. Qays b. Shammas al-Khazraji, Abu Bakr al-Siddiq, Umar b. al-Khattab, Ali b. Abi Talib, Jafar b. Abi Talib dan Amr b. Suhayl Khutaba agung di Madinah pada masa itu Nabi Muhammad s.a.w.

Mufti : Abu Bakr al-Siddiq, Umar b. al-Khattab, Uthman b. Affan dan Ali b. Abi Talib Muqri Bertugas sebagai muallim yg memberi pendedahan kepada org yg baru memeluk agama Islam Abd Allah b. Masud dan Muadh b. Jabal

Pihak berkuasa peringkat wilayah

Wali (Gabenor) Hakim (Qadi) Naqib (Wakil Tempatan) Sahib al-Suq (Pegawai Pasar)

Wali

Wilayah pertama ditadbir oleh Wali Wadi alQura (Gabenor: Amr b. Said dari Banu Umayyah selama lebih kurang 4 tahun hinggalah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.) Wilayah Tayma Yazid b. Abi Sufyan (Banu Umayyah) Wilayah Khaybar Sawad b. Ghaziyah (anggota Banu Najjar daripada kabilah Khazraj) Wilayah Makkah Hubayrah b. Shibl (suku Hawazin) digantikan dengan Attab b. Asid dari 8H-14H dengan bayaran 40 uqiyah perak (Banu Umayyah)

Wilayah Taif Usman b. Abi al-As (puak Thaqif) Wilayah Daba Huzayfah b. al-Yaman alAzdi Wilayah Jeddah al-Harith b. Nawfal (Banu Hashim) satu-satunya lantikan yang mewakili Banu Hashim semasa hayat Nabi Muhammad s.a.w.

Bidang kuasa Wali

Bebas mentadbir wilayah menurut peraturan am yang digariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. mengajak rakyat menerima kalimah shahadah, solat 5 waktu sehari semalam dan membayar zakat jangan mengambil harta dan kemewahan dan mengelak daripada laknat al-mazlum memudahkan dan jangan menyusahkan menyebarkan khabar gembira daripada menyebabkan kebencian mencari titik persamaan daripada meluaskan jurang perbezaan melayan rakyat dengan kebaikan bebas menggunakan budi bicara

Hakim

Tujuan melatih pemimpin masa depan untuk negara Islam di samping berusaha untuk membentuk satu bentuk birokrasi bagi menangani masalah pentadbiran harian Fungsi membuat penghakiman mengenai konflik dan pertikaian pelbagai pihak dalam soal syariah Cth Hakim - Umar b. al-Khattab, Maqil b. Yasar dan Uqbah

Naqib

Asad b. Zurarah Naqib kaum Najjar Al-Barra b. Marur Naqib Banu Salamah Bishr b. al-Barra Naqib Banu Salamah Amr b. Jamuh Naqib Banu Salamah Rafi b. Khadij Naqib puak Amr b. Malik daripada Aws Pemilihan berdasarkan keterampilan peribadi dan kedudukan calon di mata masyarakat Madinah dalam menguruskan kepentingan mereka

Sahib al-Suq

Tugas mengawal urusniaga di pasar Said b. Said b. al-As (Banu Umayyah) Sahib al-Suq di Makkah selepas Fath Makkah Umar b. al-Khattab Sahib al-Suq di Madinah

Surat & Utusan

Perkahwinan

Metodologi Dakwah di Madinah

Pemerintah @ org yg dihormati

Satu Tanggungjawab bersama

Perkahwinan

Perkahwinan Nabi s.a.w dengan anak pemimpin. Cth : Perkahwinan dgn Juwayriyah binti alHarith pada tahun ke-5H setelah berlaku perang di Muraysi

Al-Harith b. Dirar adalah pemimpin Bani Mustaliq Ramai di kalngan bani tersebut mmeluk Islam

Penghantaran Surat & Utusan

Kandungan surat adalah seruan kepada Islam Cth kandungan surat yg dibawa oleh Dihyah kepada Maharaja Rom :

Bismillahirrahmanirrahim, daripada Muhammad utusan Allah kepada Hercules Maharaja Rom. Selamatlah orang yang mengikut petunjuk. Masuklah Islam nescaya kamu akan selamat. Sekiranya kamu menolak Islam, maka kamu akan menanggung dosa semua rakyat. Wahai ahli Kitab, marilah kita sama-sama menuju kepada kalimah yang satu, iaitu kita hanya menyembah Allah dan kita tidak menyekutukannya. Kita tidak menjadikan sebahagian daripada kita sebagai tuhan selain daripada Allah. Jika kamu menolak, maka katakanlah: Saksikanlah bahawa kami ini orang-orang Muslim.

Penyebaran Dakwah kepada Pemerintah atau Orang yg dihormati

Sama seperti metodologi yg digunakan di Mekah. Pengislaman pemerintah akan memudahkan penerimaan Islam dlm kalangan rakyat. Cth:

Pengislaman Raja al-Najjashi Pengislaman al-Mundhir b. Sawa, pemerintah Bahrain

Penyebaran dakwah tidak hanya terletak di bahu Nabi s.a.w Para sahabat & utusan, bahkan Muslim yang lain turut mempunyai tanggungjwab menyebarkan dakwah.

Penghijrahan Nabi s.a.w. dan Muhajirin ke Madinah mempunyai hikmah yg sangat besar. Pembentukan Negara Madinah sebagai negara Islam pertama di dunia mempunyai ciri-ciri negara Islam yg dituntut oleh Allah Penubuhan negara Islam Madinah telah melebarluaskan lagi dakwah Islam sehingga ke seluruh dunia dan dakwah menjadi tanggungjawab bersama umat Islamsehingga hari ini.