Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Semasa menjalankan tugasan Merancang Untuk Mengajar Sains Rendah SCE 3108 ini saya dikehendaki mengenal pasti 5 model pengajaran dan pembelajaran dan membuat banding beza menggunakan pengurusan grafik.Saya juga dikehendaki membina satu rancangan pengajaran harian berdasarkan model 5 fasa Needham untuk sejam. Saya juga perlu melaksanakan pengajaran dan merakam pengajaran tersebut. Berdasarkan rakaman pengajaran tersebut saya perlu membuat penghakiman tentang teknik penyoalan dalam pengajaran yang telah saya laksanakan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini,banyak faedah yang telah saya perolehi. Saya dapat menambah lagi ilmu pengetahuan tentang model-model pengajaran dan membuat perbandingan antara setiap model pengajaran.Selain itu saya juga menilai keberkesanan teknik penyoalan yang saya telah laksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran Dunia Sains Dan Teknologi Tahun Satu Dalam menyiapkan tugasan ini saya dapat mempelajari bahawa kemahiran menyoal dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan antara suatu perkara yang penting dalam menguasai ilmu pengetahuan. Dalam bilik darjah, setiap pelajar akan mengemukan soalan kepada guru bertujuan untuk memahami setiap konsep yang disampaikan oleh guru semasa didalam kelas. Melalui teknik penyoalan ini, guru akan menerangkan isi-isi penting agar pelajar dapat memahami serta membolehkan pelajar meningkatkan pemikiran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Melalui teknik penyoalan ini pelbagai ilmu dapat dikuasai oleh setiap pelajar sama ada di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di IPT-IPT. Melalui teknik seperti ini juga dapat membantu pelajar supaya bergiat secara aktif dalam menguasai bidang ilmu dengan lebih giat lagi. Guru juga perlulah mengemukakan soalan kepada pelajar agar pelajar dapat berfikir mengenai topik yang dipelajari supaya mereka dapat memahami dengan mudah dan berkesan. Oleh itu kemahiran menyoal dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting dapat bidang pendidikan.

Namun begitu,terdapat beberapa cabaran dalam saya menyiapkan tugasan ini.Sebagai pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) saya tidak dapat lari dalam memikul tanggungjawab di sekolah sebagai seorang guru dan tanggungjawab terhadap keluarga. Memandangkan tugasan yang diberikan kepada kami agak padat maka

wujud sedikit tekanan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Pembahagian tugas sebagai pendidik,pelajar dan tanggungjawab terhadap keluarga adalah aspek yang sangat penting dalam menghadapi cabaran tugasan ini.Namun begitu,berkat doa dan semangat daripada keluarga dan rakan-rakan saya akan meneruskan perjuangan ini hingga ke akhirnya . Tiada kejayaan tanpa usaha.Tanpa ketabahan serta kekuatan ,semangat akan lemah.Tanpa pengurusan masa yang baik, bebanan kerja akan bertambah .Oleh itu,saya perlu berpandangan positif untuk menimba sebanyak mana ilmu serta pengalaman demi mencapai cita-cita murni ini.

Sekian,terima kasih.

Disediakan oleh, Siti Asiah Binti Abdul Rahman. 780123-08-6730

Anda mungkin juga menyukai