Anda di halaman 1dari 3

DAM

1.0 PENGENALAN

Main dam adalah permainan tradisi orang Melayu di kampung. Permainan ini memerlukan papan 8x8 yang berpetak sebanyak 64 dan buah permainan sebanyak 12 biji sebelah. Biasanya pemain menggunakan tudung botol sebagai buah kerana mudah didapati. Dua pemain diperlukan dan keputusan permainan samada seri atau menang. Manakala menurut Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas , permainan dam adalah nama sejenis permainan papan. Dalam permainan dam, anda boleh mengambil kepingan pemain lawan dengan "melompat" atas mereka.

2.0 CARA PERMAINAN Setiap pemain memiliki jumlah buah dam yang sama (24 pada papan bersaiz 10 x 10 atau 12 pada papan 8 x 8), tetapi berlainan warna. Seorang hitam dan seorang lagi putih (atau merah). Pilihan warna tidaklah begitu penting berbanding catur, kerana warna putih tidak semestinya bermula dahulu. Mengikut persetujuan pemain, mana-mana pihak boleh bermula dahulu. Setelah pemain pertama menggerakkan satu buah, giliran pemain kedua pula. Begitulah seterusnya sehingga permainan tamat. Setiap buah dam cuma boleh bergerak satu petak secara pepenjuru, sama ada ke kiri atau ke kanan, sekiranya petak tersebut masih kosong. * Haji (buah dam yang telah sampai ke hujung papan sebelah lawan) bergerak dengan cara yang sama, tetapi boleh pergi seberapa banyak petak yang dikehendaki.

3.0 PERALATAN i. Papan Dam Papan permainan yang digukan sentiasa berbentuk segi empat sama. Papan ini akan dibahagikan kepada (biasanya) 64 atau 100 petak segi empat sama, dengan warna petak yang berselang-seli gelap dan cerah. Polanya sama dengan papan catur, cuma saiz dan warnanya sahaja yang mungkin berbeza ii. Buah Dam Buah dam boleh dibuat dari hampir apa sahaja. Yang penting ia boleh disusun dua sekali untuk menjadi "haji". Di warung kopi misalnya, kadang-kadang tutup botol digunakan sebagai buah, maka satu pihak akan menelangkupkan tutup botol manakala pihak lawan akan menelentangkan tutup botol.

4.0 PERATURAN Sekiranya ada peluang memakan buah lawan, pemain diwajibkan melakukannya. Kegagalan untuk memakan buah lawan akan menyebabkan phak lawan berhak mengambil buah pemain yang gagal memakan dan mengeluarkannya dari permainan. Sekiranya terdapat pilihan untuk memakan buah lawan, pemain boleh memilih untuk memakan mana-mana buah yang dikehendakinya. Sekiranya ada dua buah atau lebih untuk dimakan boleh pilih untuk makan seberapa yang dingini Seorang pemain kehilangan semua buah damnya. Dia dikira kalah. Seorang pemain tidak dapat menggerakkan buahnya kerana disekat. Dia dikira kalah. Kedua-dua pemain bersetuju untuk seri, biasanya kerana kedua-dua pemain mempunyai buah haji yang tidak dapat dimakan atau disekat.