Anda di halaman 1dari 9

KONSEP SENI DALAM PENDIDIKAN Seni dalam pendidikan telah lama wujud khususnya di negera-negara Barat namun hanya

diaplikasikan di Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini.Terdapat ramai tokoh akademik dan falsafah yang membincangkan hal ini secara tidak langsung dalam teori atau pendapat mereka.Contohnya, melalui teori konstruktivisme kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif.Mata pelajaran SDP juga secara tidak langsung boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan dan kreatif.Melalui teori ini juga, konsep SDP dilihat sebagai salah satu elemen terpenting kerana pengalaman pelajar sangat berguna. Semasa melaksanakan aktiviti SDP, sememngnya pelajar akan melalui satu pengalaman yang unik dan menarik dan akan diingat dengan lebih lama. Bagi Howard Gardner yang popular dengan Teori Kecerdasan Pelbagai, SDPdilihat sebagai satu kemestian bagi aktiviti pelbelajaran pelajar.Hal ini kerana ketiga-tiga mata pelajaran yang diintegrasikan di dalam SDP mewakili beberapa aspek dalam teori tersebut.Beliau sangat mementingkan perkembangan yang seimbang dari kanak-kanak.Oleh hal demikian, teori ini dangat selari dengan konsep SDP yang telah disusun.Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Seterusnya adalah konsep yang diutarakan oleh Hermann (1991) di dalam Quadrant Concept.Beliau telah mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri dan menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.Hal ini kerana apabila otak kanan dan kiri berkembang dengan seimbang, maka pemikiran seseorang individu itu akan menjadi lebih baik dan berkesan. Tokoh lain pula mengatakan konsep SDP sebagai gabungan dari pelbagai kecerdasan. Beliau adalah Einstein yang mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak.Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif, personal dan intrapersonal,praktik dan estetika, holistik dan analitik, emosional dan fizikal dan intelektual. Bagi Leonardi da Vinci seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis pula,beliau menggabungkan pelbagai bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam hidupnya.Akhirnya beliau berhasil apabila namanya kini masih dikenali oleh ramai orang atas pelbagai sumbangan yang telah diberikan dahulu. Secara ringkasnya, konsep seni dalam pendidikan ini ingin menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih seronok tanpa sebarang tekanan. SDP juga secara tidak langsung sebagai satu usaha bagi mengenali diri sendiri dan meningkatkan keupayaan intrapersonal.Pemikiran yang kreatif dijana oleh SDP mampu menghasilkan perkembangan intelek bagi menyelesaikan sebarang masalah.SDP membantu guru dan pelajar memotivasikan diri supaya menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang berketrampilan dan professional.

MATLAMAT SDP untuk membentuk ke peribadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. meningkatkan rasa kesyukuran terhadapTuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

MATLAMAT SENI DALAM PENDIDIKAN Seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Ia juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti senivisual,muzik, dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bidang mata pelajaran lain. Antara matlamat SDP ini adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.Unsurunsur ini secara tidak langsung diselitkan di dalam mata pelajaran yang diajar. Hal ini penting bagi menanam sikap cintakan negara di kalangan generasi akan datang. Budaya merupakan khazanah negara yang tidak ternilai harganya dan harus dijaga. Matlamat seterusnya adalah bagi meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan. Selain itu juga, SDP bermatlamat untuk menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,keluarga, masyarakat dan negara. Matlamat yang terakhir adalah untuk melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.Perkembangan yang seimbang mampu menjana produktiviti negara dalam pelbagai bidang baik politik, ekonomi mahupun sosial.

OBJEKTIF SDP Objektif adalah sesuatu tujuan yang hendak dicapai dalam sesuatu tugas. Dalam subjek SDP juga terdapat objektif yang telah disusun antaranya adalah SDP mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan. Selain itu, SDP bertujuan menghargai keindahan ciptaan Tuhan.Hal ini

kerana SDP merangkumi pelbagai aspek dan melibatkan banyak bidang. Oleh itu, secara tidak langsung pelajar akan dibawa menerokai pengalaman yang luas dan menghargai keindahan ciptaanTuhan. SDP juga bertujuan memahirkan seseorang guru khasnya menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja.Penggunaan kemahiran, media, teknik dan teknologi haruslah sesuai dengan topik yang hendak diajar supaya pembelajaran menjadi seronok, berkesan dan tidak membosankan pelajar.Pelajar juga dilatih supaya menggunakan kemahiran yang betul bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Tambahan pula konsep SDP mampu meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti,inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.Bukan itu sahaja malahan meningkatkan keupayaan membuat diskripsi,analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat. Melalui konsep ini juga, pelajar akan mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata murid dan lain. Di samping itu juga, dengan mempelajari SDP ini, guru dan pelajar akan menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni seperti Leonardo da Vinci.Pengaruh beliau sememangnya sangat besar dalam bidang seni khususnya.SDP juga secara tidak langsung adalah sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan. Tidak dinafikan setiap mata pelajaran memerlukan seni sama ada visual, muzik mahupun pergerakan bagi menggerakkan pelajar secara aktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Jika tidak, sudah semestinya pelajar akan bosan dan menjadi pasif. Selain itu, SDP memberi kesedaran dan mengajar seseirang itu menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup.Seni sememangnya mempunyai perkaitan dengan kehidupan manusia secara langsung.Sekiranya, individu gagal menguasai sedikit ilmu dalam mana-mana bidang seni, maka tidak mustahil mereka akan menghadapi masalah dalam kehidupan. SDP juga berperanan membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. Kaitannya adalah dengan kebudayaan dan warisan seni yang menjadi asset kepada negara. Kesimpulannya, secara keseluruhannya, pengajaran yang berkonsepkan senidalam pendidikan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan keyakinan diri dengan cara memberikan peluang kepada pelajar membuat kajian, catatan, pemerhatian, penerokaan dan sebagainya. Semua ini dapat membantu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi, di samping dapat merangsang deria pelajar untuk memahami pengajaran yang disampaikan dengan lebih berkesan.Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan kondusif.

SDP DLM SEKOLAH RENDAH Menurut Russell (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama.Melalui aktiviti seni daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan.Contohnya,menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk Bunga.Semasa kanakkanak menyanyikan lagu, para pelajar boleh bergerak seperti bunga yang sedang kembang mengikut irama. Selain itu, aktiviti seni yang lain boleh diterapkan adalah dengan meminta pelajar melukis gambar bunga. Aktiviti-aktiviti seni yang diselitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian boleh memberikan kefahaman yang lebih cepat kepada pelajar tentang tajuk tersebut. Selain itu juga, aktiviti sedemikian mampu menjadikan pengajaran lebih berkesan dan maklumat tersebut tinggal di dalam ingatan pelajar dengan lebih lama.Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan. Aktiviti Seni visual, muzik, dan pergerakan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri, dan kecerdasan pelbagai. Hal ini kerana,pada tahap ini pelajar mempunyai banyak tenaga, jadi aktiviti pergerakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran boleh menjadi salah satu medium mereka menyalurkan tenaga berlebihan itu. Dengan aktiviti seni juga, pelajar akan menjadi lebih seronok dan tidak tertekan. Mereka boleh bergerak mengikut kehendak mereka dan merasai pelbagai pengalaman baru.Di sini juga, pelajar dapat meningkatkan kemahiran interpersonal semasa menjalankan aktiviti. Integrasi ketiga-tiga bidang ini dengan mata pelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Menurut kajian Edward Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan Herman (1991), otak mempunyai pelbagai fungsi tertentu dan memerlukan penyuburan bagi membentuk insan sempurna.Hal ini kerana setiap insan yang dilahirkan mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan otak yang perlu dipupuk dan dipotensi mengikut tumbesarannya. Peranan otak kanan (hoka) adalah rasional, analitikal, berurutan, verbal,mengkategori, menerangkan sebab, membuat ramalan dan membanding beza.Peranan otak kiri (hoki) pula ialah berfikir secara menyeluruh, intuitif dan mendalam,non-verbal, menjana idea baru, imaginatif, pertimbangan nilai dan pertimbangan moral.Setiap insan yang dilahirkan wajar diberikan pendidikan secara menyeluruh dan menerapkan nilai-nilai murni yang secara menyeluruh dan menerapkan nilai-nilai murni yang secukupnya bagi mengelakkan daripada berlakunya gejala negatif.

Aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan memudahkan proses menghubungkaitkan semua benda alam. dengan demikian, aktiviti seni visual, muzikdan pergerakan membantu mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran.Hal ini kerana, dengan melihat grafik pelajar akan lebih mudah faham dan guru tidak perlu menggunakan ayat yang terlalu panjang bagi menerangkan sesuatu konsep. TEORI PEMBELAJARAN (a)Teori Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.Pembelajaran ini menggalakkan murid mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi yang akhirnya proses inkuiri akan terhasil.

Ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme : 1. menggalakkan murid bertanya dengan guru. 2. menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama pentingdengan hasil pembelajaran. 3. menyokong pembelajaran secara koperatif 4. menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid. 5. memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar. 6. mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar 7. mengambil kira kepercayaan dan sikap murid.

TEORI KONSTRUKTIVISME Pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme pula menekankan bahawa manusia memperolehi pengetahuan hasil dari usaha-usaha mentalnya. Konstruktivisme melibatkan pelajar ke dalam pengalaman yang bermakna di mana pelajar menginterpretasi sendiri maklumat tanpa mengikut apa yang dipetakan oleh orang lain.Pendekatan ini menumpukan kepada bagaimana untuk belajar,menjana dan menguji pengetahuan yang diperolehi. Menurut Brunner (1974),semasa pelajar belajar, dia perlu membentuk konsep-konsep dan membuat kategori dengan membezakan benda-benda yang beraneka jenis dan rupayang terdapat di persekitaran. Melalui pembentukan konsep-konsep ini,pelajar menyusun maklumat yang telah dikumpul ke dalam unit-unit yang bermakna. Dengan proses ini, pelajar akan memahami persekitarannya dan konsep tersebut terus berkembang sejajar dengan kedewasaan seseorang.Konstruktivisme menegaskan proses dalam mana pelajar mencipta danmengembangkan idea.

Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar sememangnya digalakkan sentiasa mengembangkan idea utama kepada percambahan idea-idea baru agar dapatmenghasilkan karya yang lebih kreatif, estetika dan berkualiti. Sebagai contohnya,dalam pelajaran teori seni bagi tajuk teori warna, daripada kemahiran asas teori warna ini pelajar dapat mengembangkan idea mereka kepada penghasilan warna-warna baru untuk diaplikasikan di dalam karya visual mereka. Pelajar juga boleh diperkenalkan pasangan warna yang bertindak positif dan pasangan warna yang bertindak negatif, dan juga pasangan warna yang boleh mewujudkan suasana yang harmoni, kontra, sejuk, panas dan sebagainya. Melalui pembelajaran konstruktif, pelajar akan memperolehi maklumat, membentuk konsep-konsep dan membuat kategori dengan membezakan warna-warna yang beraneka jenis yang terdapat di persekitaran mereka. Sebagai contohnya, kombinasi warna hijau (latar) dan putih (tulisan) sesuai untuk papan tanda tetapi kombinasi warna hijau dan biru tidak sesuai untuk papan tanda kerana ia bertindak negatif. Daripada pemahaman dan konsep asas ini pelajar dapat menghasilkan grafik atau lukisan dengan membuat kombinasi warna mengikut kesesuaian bagi menghidupkan suasana yang diperlukan seperti suasana sejuk, panas,sedih, harmoni, ceria dan sebagainya. Dalam abad ke-21 ini teori konstruktivisme dikatakan semakin popular.Teori ini berperspektifkan psikologi dan falsafah dengan mengambil kira bagaimana seseorang individu membina atau membentuk apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka. Konsep utama konstruktivisme ialah pengetahuan dibina oleh pelajar dan bukan hanya disebarkan oleh orang perseorangan. Konstruktivis percaya bahawa seseorang itu adalah aktif dan membina pengetahuan di dalam bilik darjah dengan tujuan dan keinginan hendak tahu berdasarkan pengalamannya. Dalam persekitaran ini guru memainkan peranan sebagai pemudah cara. Pelajar digalakkan untuk menyoal antara satu sama lain dan membuat hujahan berdasarkan perspektif masing-masing dalam menyelesaikan masalah yang diberi. Pandangan konstruktivis ini sesuai dengan pengajaran berasaskan laman web. Sebagai contoh, guru boleh mencadangkan aktiviti berkumpulan, dan setiap kumpulan diberi tugasan berdasarkan topik-topik tertentu. Pelajar dikehendaki mencari maklumat dan bahan-bahan dari laman web yang dicadangkan atau melalui pencarian mereka sendiri.Antara pendekatan kontruktivis dalam pembelajaran ialah teori pengajaran inkuiri oleh Collins dan Stevens (1983) dan pembelajaran secara penerokaan (discovery) seperti model kitar pembelajaran (learning cycle) oleh Lawson (1995). Pendekatan yang dicadangkan oleh kelompok kontruktivis ini adalah berpusat kepada pelajar di mana pembelajaran berlaku hasil usaha atau melalui pengalaman pelajar sendiri. Konstruktivis percaya bahawa pendekatan pembelajaran secara aktif, spontan dan arahan kendiri adalah perlu (Lawson, 1995).Oleh kerana nilai seni sentiasa hidup dan perlu dijiwai,maka pengajaran Pendidikan Seni Visual sewajarnya adalah sentiasa

aktif,kreatif, dinamik, berpusatkan pelajar dan konstruktif. Maka kedua-dua pendekatan yang dicadangkan oleh Collins dan Stevens(1983) dan Lawson(1995) adalah sesuai digunakan dalam Pengajaran Pendidikan SeniVisual konstruktif. Maka kedua-dua pendekatan yang dicadangkan oleh Collins dan Stevens(1983) dan Lawson(1995) adalah sesuai digunakan dalam Pengajaran Pendidikan SeniVisual (b)Teori Kecerdasan Pelbagai Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikanKebolehan untuk membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Jenis-jenis kecerdasan :

Verbal-linguistic: Murid memberi interpretasi baru mengenai sesuatucerpen atau hasilan kesusasteraan. Logik-Matematik: Murid menjalankan eksperimen sains yangkeputusannya di luar jangkaan murid. Kinestetik: Murid menggunakan pergerakan atau stail baru dalam tarianatau drama. Muzik: Murid menghasilkan muzik yang luar biasa tetapi masih seronokdan emar didengar. Interpersonal: Murid mengintegrasikan motif watak seseorang dalamcerita atau drama. Naturalis: Murid mencari cara menggunakan bahan alam semulajadisebagai bahan sumber penghasilan sesuatu yang baru dan luar biasa.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati seven ways of knowing,preceiving and understanding life. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibu bapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya.Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibu bapa yang kedua-duanya adalah profesional. Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikutperkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya.Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang

lain.Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak.Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan,menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, w arna dan corak dalam persekitaran. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran. Individu dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah.Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyait anggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberikeyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tujuk kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatan murung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan berwawasan.Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu inidapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secarapraktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain. Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora,fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora danfauna.Kesimpulannya, individu yang berbeza mempunyai kecerdasan yang berbezanamun, kecerdasan itu mempunyai satu unsur yang sama iaitu seni. (c)Teori Pembelajaran Sosial Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran menusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu.

a) Peniruan secara langsung Dengan mengambil bahan maujud, murid meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau kepada model baru yang ditirunya. (b) Peniruan melalui sekatlakuan dan kesekatlakuan Sekat lakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak sesuai pada situasi lain. (c) Peniruan elistasi Murid terus menerus membuat peniruan kerana gagal membina kewibawaan diri.

Anda mungkin juga menyukai