Anda di halaman 1dari 3

ELEMEN 3

SOALAN: Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda. Secara umumnya, kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia bermula dari kawasan luar bandar. Bagi masyarakat Melayu, kegiatan ekonomi tradisional biasanya lebih berbentuk kepada ekonomi sara diri yang menggunakan modal yang kecil dan peralatan tradisional. Contoh kegiatan ekonomi tradisional utama di Malaysia termasuklah pertanian, penternakan, perusahaan batik, penjual makanan tradisional dan lain-lain. Melalui kegiatan ekonomi tradisional, sikap berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat. Dengan adanya kegiatan ekonomi tradisional, generasi muda dapat menghargai serta mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dengan ini, warisan nenek moyang dapat diwaris secara turuntemurun. Tambahan pula, rakyat akan berbangga dengan sejarah negara yang menarik itu dan dapat mengambil iktibar daripada sejarah Malaysia. Selain itu, kegiatan ekonomi tradisional membolehkan rakyat bersemangat setia negara. Setelah mengenali budaya Malaysia yang unik dan berbagai-bagai, rakyat akan berasa bersyukur sebagai warganegara negara ini. Raykat yang peka terhadap masalah negara dapat menunjukkan perasaan taat setia kepada bangsa dan negara. Tuntasnya, sikap cinta akan bangsa dan negara dapat disemai dalam sanubari seseorang rakyat tersebut.

Kegiatan ekonomi tradisional sememangnya dapat memperkukuhkan sikap berusaha dan produktif dalam kalangan masyarakat. Melalui kegiatan tersebut pihak yang terlibat telah menunjukkan nilai rajin dan gigih. Hal ini kerana mereka perlu bekerja bersungguh-sungguh sebelum dapat memperoleh hasil. Mereka yang mengusahakan kegiatan ekonomi tradisional juga tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran yang menimpa mereka dalam kerjaya mereka. Secara tidak langsung, kegiatan ekonomi tradisional dapat melahirkan rakyat yang berilmu dan berketrampilan. Dalam mengusahakan kegiatan ini, semangat kekitaan dapat dihidupkan dalam kalangan masyarakat. Nilai bersatu padu dan berharmoni ditonjolkan oleh para pengusaha sewaktu proses produk keluaran mereka. Sikap kerjasama dan tolong menolong ini haruslah menjadi ikutan para generasi muda sekarang. Amalan ini akan dapat memupuk semangat nasionalisme yang tinggi bagi menjamin kedaulatan Negara. Masyarakat Malaysia kaya dengan sifat-sifat terpuji dan amat berdisiplin. Mereka bersifat amanah dan jujur dalam aktiviti seharian serta berkelakuan sopan dan berhemah tinggi dalam pergaulan. Hal ini dapat meningkatkan kualiti produk dan membantu pasaran hasil kegiatan ekonomi tradisional. Hasilnya, keutuhan negara semakin mantap dan gah di mata dunia serta dapat menjana pendapatan masyarakat, bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai