Anda di halaman 1dari 4

1.Berikan maksud kecergasan. Bagaimana ia berkaiatan dengan F.I.T.

T (Frequency, Intensity, Time & Type) Melalui pembacaan yang telah saya lakukan, kecergasan ini lebih berkaitan dengan aktiviti-aktiviti sukan dan yang seumpama dengannya. Walaubagaimanapun,

kecergasan yang sebenarnya meliputi kesemua aspek iaitu kecergasan emosi, kecergasan rohani dan kecergasan intelek. Dalam konteks Pendidikan Jasmani, kecergasan jasmani lebih ditekankan iaitu kecergasan fizikal yang mana berfungsi mengajar dan mendidik seseorang individu mencapai tahap pencapaian yang optimum di samping mampu melakukan aktiviti harian dengan lebih efektif. Menurut Haji Gapor Ahmad, kecergasan merupakan keupayaan dan kemampuan seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna. Kecergasan meliputi aspek fisiologikal, psikologikal, dan sosiologikal. Kecergasan keseluruhan ataupun total fitness boleh digambarkan sebagai keupayaan menjalani kehidupan yang sempurna dan keupayaan memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang terbaik. Maka dengan itu, kecergasan ini adalah meliputi aspek fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial yang mana berkait rapat antara satu sama lain. Umpama lidi sebatang mudah dipatahkan, setiap aspek tersebut adalah penting yang mana sekiranya salah satu daripada aspek tersebut terjejas, maka aspekaspek yang lain juga akan terjejas. Manakala menurut Clark ( 1966 ) kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan. Dalam mempertingkatkan tahap kecergasan seseorang individu, hal ini boleh sahaja dilakukan melalui beberapa jenis senaman yang bersesuaian dengan umur individu tersebut. Terdapat 11 komponen fizikal yang asas iaitu yang terdiri dari 5 komponen kesihatan dan selebihnya komponen kemahiran. Contoh komponen kesihatan dan komponen kemahiran boleh dilihat di bawah; Komponen kesihatan;

(1) Kecergasan Aerobik (2) Kecergasan komposisi badan (3) Kecergasan Otot (4) Stamina Otot (5) Lenturan Badan Komponen Kemahiran (1) Ketangkasan / Kelincahan (2) Keseimbangan (3) Kelajuan (4) Masa reaksi (5) Koordinasi (6) Kepantasan / Kecepatan.

Manakala untuk FITT pula merujuk kepada prinsip-prinsip asas senaman. Dalam FITT, terdapat 4 komponen utama iaitu Frequency, Intensity, Time & Type. Untuk setiap komponen utama ini, bolehlah dilihat di bawah; F - Frequency iaitu kekerapan di dalam melakuakan senaman I - Intensity iaitu kekuatan sesuatu senaman yang ditentukan dengan pengiraan kadar denyutan jantung. T - Time iaitu peruntukan masa untuk senaman aerobik ( tidak kurang 20 minit untuk lebih berkesan). T Type iaitu jenis senaman yang penting dan bersesuain dengan matlamat

senaman.Beberapa jenis aerobik yang berbeza adalah digalakkan. Melalui makna FITT, dapatlah kita simpulkan bahawa senaman yang perlu dilakukan haruslah konsisten supaya tahap kecergasan dapat dipertingkatkan. Senaman hendaklah dilakukan dengan konsisten. Jumlah hari melakukan senaman boleh dijadikan ukuran kekerapan. Kebanyakkan komponen kecergasan memerlukan sesuatu aktiviti dijalankan sekurang kurangnya 3-5 kali seminggu pada intensiti yang cukup. Ini bermakna untuk mengkalkan kecergasan, sesorang itu perlu melakukan senaman

secara konsisten dalam masa seminggu. Dengan cara ini ia dapat memberi kesan kepada tahap kecergasan seseorang berbanding melakukan aktiviti senaman yang hanya acap kali walaupun melakukan senaman yang berat. Untuk mengira latihan bagi pemain bola sepak, latihan kecergasan amatlah perlu bagi mengekalkan stamina agar dapat memberi tenaga yang maksimum sehingga 90 minit pada setiap perlawanan. Maka adalah perlu bagi seorang pemain bola sepak untuk turun ke padang seeloknya setiap hari bagi mengekalkan kecergasannya. Seseorang individu yang mengamalkan FITT dengan istiqamah, insya Allah, individu tersebut mampu mencapai tahap kecergsan yang optimum.

2.Jelaskan bagaimana kecergasan boleh ditingkatkan dengan system dengan tenaga manusia. Huraikan. Dalam mempertingkatkan tahap kecergasan, kita perlu mempunyai sistem yang spesifik dan teratur. Dengan fungsi sistem tenaga manusia yang unik lagi teratur, manusia sama ada sedang aktif mahupun ketika berehat, tenaga manusia sering bertukar. Sebagai contoh dalam permainan tenis, tenaga yang banyak perlu digunakan untuk mengekalkan aktiviti otot. Di sini tahap kecergasan seseorang memain peranan yang cukup penting dalam megekalkan aktiviti otot. Sebelum ini, saya ada menerangkan betapa pentingnya FITT dalam memastikan tahap kecergasan kita berada pada tahap yang optimum. Tenaga ini boleh didefinisikan sebagai

kebolehupayaan atau kapasiti seseorang untuk melakukan sesuatu kerja. Tenaga seperti yang diketahui, tidak boleh dimusnahkan tetapi hanya boleh bertukar bentuk. Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan makanan diguna untuk menghasilkan kompaun kimia yang dikenali sebagai Adenosina Trifosfat ( ATP ) yang di simpan di dalam sel-sel otot. Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan ATP merupakan sumber tenaga serta merta yang boleh digunakan oleh sel-sel otot untuk melakukan kerja. Terdapat tiga sistem tenaga asas di mana ATP boleh dibekalakan ke sel-sel otot untuk menghasilkan pergerakan. Dua daripadanya tidak memerlukan oksigen dan dipanggil sistem anaerobik.Sistem ketiga memerlukan oksigen dan dipanggil aerobik.

Berdaarkan definisi tenaga ini, apa yang kita dapat kupaskan ialah kecergasan manusia tidak akan lari dengan sistem tenaga. Sebagai contoh, kita boleh lihat sahaja stuasi di sekeliling kita terutamanya bagi pelajar-pelajar kolej. Kita dapat mengenali dan mengetahui seseorang itu mempunyai efisiensi sistem tenaga yang rendah mahupun lemah melalui aktivti harian mereka pada waktu petang setiap hari, pada hujung minggu. Jika rakan-rakan kita itu, rajin melakukan aktiviti yang meningkatkan kecergasan seperti jogging, senaman, aerobic, angkat berat dan lain-lain, mereka ini mempunyai sistem tenaga yang kuat kerana kecekapan komposisi dalaman tubuh badan untuk membentuk tenaga ataupun pemebekalan tenaga kepada badan oleh sistem tenaga adalah laju berbanding dengan rakan-rakan kita yang asyik lepak dalam bilik sahaja .Seseorang yang kurang bersenam juga berkemungkinan besar untuk mempunyai kadar metabolisme yang rendah yang mana perkara ini juga berkait rapat dengan sistem tenaga manusia seterusnya kepada kecergasan fizikal yang tidak baik.