Anda di halaman 1dari 69

ISU ALAM SEKITAR Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan kesan yg negetif kepada kesihatan manusia dan juga

ekonomi negara. Banyak negara maju dan membangun mementingkan kemajuan dan pembangunan fizikal untuk kesejahteraan rakyat, namun sedikit demi sedikit telah merosakkan alam sekitar. Kemerosotan kualiti air dan udara akibat pelepasan sisa toksid, asap beracun, sisa pepejal, penebangan hutan dan tumpahan minyak akan menyebabkan masalah kepada dunia. Dasar Malaysia mengenai alam sekitar 1. Mencapai alam sekitar yg bersih, selamat, sihat dan produktif utk generasi kini dan masa depan. 2. Memelihara dan memulihara sumber asli dan warisan kebudayaan negara yg unik dengan penglibatan secara berkesan oleh semua pihak. 3. Menggalak cara hidup serta corak penggunaan dan pengeluaran yg sejajar dengan prinsip pembangunan mapan serta memastikan alam sekitar terjaga.

Faktor-faktor berlakunya pencemaran alam sekitar 1. Sikap tidak bertanggungjawab individu dan masyarakat - membuang sampah sesuka hati, membuang sisa industri, penebangan hutan dan sebagainya. 2. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah - pihak penguatkuasa yang kurang tegas, mudah di tipu dan disuap dengan wang dan kekayaan, walaupun undangundang sudah ada tetapi jika tiada pelaksanaannya maka sia-sia. 3. Terlalu menumpukan kepada pembangunan fizikal - akibatnya kita terpaksa mengorbankan alam sekitar demi mencapai cita-cita menjadi sebuah negara industri dan maju. 4. Kelalaian - kebocoran gas, tumpahan minyak dan penebangan hutan yg tidak terkawal adalah faktor kelalaian manusia. Tanpa disedari kita telah merosakkan masa depan sendiri dan generasi akan datang. 5. Kurangnya pendidikan - masih ramai yg belum faham dan tahu tentang betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan kita. Mereka juga tidak tahu apakah akibatnya/kesannya kepada kesihatan kita.

Cara Mengatasi

1. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan dan peranan alam sekitar dalam kehidupan manusia 2. Memberi pendidikan kepada masyarakat tentang bagaimana caranya menjaga alam sekitar. 3. Menjalankan penguatkuasaan yg lebih berkesan dan mengenakan hukuman yg lebih berat kepada mereka yang sengaja mencemarkan alam sekitar. 4. Tidak terlalu menumpukan kpd pembangunan fizikal semata-mata. Perlu beri perhatian kepada pembangunan sikap, ilmu dan penjagaan alam sekitar.

http://tatiuc.edu.my/syahrul/isu_alam_sekitar.htm

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar. Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat

tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain. Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga

dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasiorganisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan

itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar . Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling. Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak

kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.

DISEDIAKAN SUFIAN BIN SUHAIMI

OLEH

http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/langkah-langkah-untuk-menjaga-alam.html

FRIDAY, OCTOBER 2, 2009

Isu-isu Alam Sekitar


Pembangunan Ekonomi Yang Berterusan

Kesan Pembangunan Tanah Ke atas Alam Sekitar Pertanian Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap tahun diseluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun untuk sebatian toksik seperti DDT, orgonofosfat dan organoklorin. Menurut Repetto dan Baliga (1996), Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling banyak menggunakan racun makhluk perosak yang paling intensif di Asia. Jumlah racun makhluk perosak yang digunakan bagi setiap hekter tanaman untuk tahun 1992 dilaporkan 9.2 kilogram/hektar iaitu hampir sepuluh kali ganda jumlah yang digunakan di Thailand untuk tempoh yang sama. Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembor serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak. Perlombongan Kekayaan ekonomi boleh dicapai dari pembangunan industri perlombongan dengan mengurangkan kerosakan kepada alam sekitar, tidak lebih daripada bentuk pembangunan lain. Kebanyakan operasi perlombongan menjalankan penilaian kesan alam sekitar. Satu dasar berkaitan dengan galian telah pun dirangka untuk mengambil kira faktor alam sekitar melaui penggunaan bon prestasi dan langkah fisikal lain. Bagaimanapun, perlombongan skala kecil dan operasi kuari perlu diperbaiki segera terhadap pengurusan alam sekitar mereka.

Penyelidikan menunjukkan lombong emas skala kecil boleh mengganggu dengan tetap sumber air semula jadi, menyebabkan masalah pemendapan teruk di bahagian hilir operasi dan menyebabkan saliran lombong berasid. Tambahan pula, operasi perlombongan pasir di dataran serta tebusguna tanah dan lain-lain pembangunan di sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi marin. Terutamanya terumbu karang, hutan bakau dan rumput laut sepanjang pantai yang menjadi sumber perikanan. Pengembangan kawasan perbandaran dan pembangunan industri secara langsung telah menyebabkan perubahan yang besar kepada ekosistem semula jadi berbanding dengan pembangunan hutan, perlombongan atau pertanian. Isu alam sekitar berkaitan dengan perbandaran dan pembangunan industri, adalah lebih kompleks dan sering lebih sukar untuk ditangani, Ini termasuklah sisa buangan dan pembetungan, pemuliharan kawasan hijau di dalam perbandaran, maslah haba perbandaran serta pencemaran air dan udara. Sisa buangan/pembentungan Perkhidmatan pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia untuk memperbaiki pengurusannya. Bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan berkaitan dengan kesan alam sekitar daripada kemudahan ini. Di antaranya ialah kemungkinan pencemaran air bawah tanah di kawasan tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran dengan bahagian permukaan yang tidak sesuai serta pencemaran air sungai akibat pembuangan sisa kumbahan daripada penempatan dan kemudahan rawatan kumbahan yang tidak mencukupi. Ketiadaan dasar untuk mewajibkan kitar semula dan kekurangan insentif untuk menggalakkan penggunaan semula melemahkan usaha majlis perbandaran untuk mengurangkan sisa buangan. Akibatnya beberapa kawasan pembuangan sampah secara terbuka akan meningkat dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanah mungkn juga akan meningkat. Pembuangan industri telah menjadikan masalah toksik dan sisa buangan bahaya lebih teruk lagi. Masalah ini dan kesannya yang menjejaskan kesihatan manusia hanya dikenal pasti sejak awal 1990an. Masalah ini termasuklah pencemaran logam berat, nitrogen dan sulfur oksida, hidrokarbon petrolium, bahan partikel, polychlorinated, biphenyls (PCBs), sianida dan arsenik. Pencemaran tanah dan air bawah tanah akibat pembangunan industri perlu dijelaskan dan diklasifikasikan dengan cara yang lebih sistematik di Malaysia. Dalam usaha untuk mengadakan kawalan sisa bahaya dan toksik yang berkesan, industri seharusnya diwajibkan menyimpan rekod jenis dan jumlah sisa buangan yang dihasilkan oleh mereka serta tarikh dan cara ia dilupuskan. Oleh kerana pembuangan sisa ini menelan belanja yang tinggi, memerlukan kemudahan khas dan

kontraktor serta kontraktor kecil mereka seharusnya berhati-hati kerana insentif untuk menipu amat banyak. Aktiviti lain Keadaan suhu pada umumnya lebih tinggi di kawasan bandar kerana haba yang dikeluarkan oleh perumahan, pengangkutan dan industri serta termal dari bangunan dan jalan. Suhu pada waktu malam di persimpangan Jalan Ampang-Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur di dapati meningkat kirakira 4 darjah F antara 1972 dan 1980 akibat peningkatan jumlah lalu-lintas. Suhu pada waktu malam juga berubah dalam 3-4 darjah juga direkodkan di kawasan perumahan. Kawasan perumahan lama dengan lebih banyak kawasan hijau dan pertumbuhan pokok didapati suhunya lebih sederhana berbanding dengan kawasan perumahan baru. Oleh sebab itu kepupusan kawasan hujau di bandar mestilah dihentikan segera. Keperluan semasa di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1970 (Semakan 1995) untuk mengekalkan semua pokok dengan lilitan melebihi 80 cm dalam sebarang perojek pembangunan mungkin boleh menyumbangkan kepada keadaan kecil terhadap pemuliharaan kawasan hijau di bandar dan kawalan terhadap suhu di kawasan bandar. Pencemaan udara di kawasan bandar merupakan salah satu contoh di Malaysia di mana ia telah melebihi paras kritikal dan dengan itu menjejaskan potensi pembersihan sendiri alam sekitar. Sumber utama pencemaran udara di Lembah Klang ialah kenderaan bermotor yang menyumbangkan kepada partikel karbon (PM-10). Sumber lain termasuklah pembuangan industri dan aktiviti pembinaan (JAS, 1993) Perbandaran juga mempengaruhi paras jumlah partikel terampai (TSP) dalam udara (JAS, 1993). Selain sumber daripada luar sempadan dalam tempoh tertentu setiap tahun, sumber utama TSP ialah pembakaran secara terbuka daripada pembangunan perumahan dan pertanian. Pencemaran udara di Lembah Klang tidak akan diperbaiki melainkan langkah-langkah kawalan dilaksanakan dengan segera. Penggunaan Tanah Yang Buruk Timbulkan Masalah Kategori undang-undang tanah di Malaysia seperti yang dicatatkan dalam Laporan Klasifikasi Kemampuan Tanah (Lee dan Panton, 1971) termasuk Tanah Kerajaan, Tanah Yang Diberi Milik Untuk Pertanian, Tanah Yang Diluluskan Untuk Perlombongan, Tanah Rizab Melayu, Rizab Untuk Ternakan, Rizab Orang Asli, Rizab Hutan, Rizab Hidupan Liar dan Tanah Diberi Mlik/Diwartakan untuk kemudahan awam dan tujuan lain.

Kategori terakhir itu merujuk kepada tanah untuk pembangunan perbandaran, kubur, polis dan rezab tentera, lapangan terbang dan rizab-rizab lain kerajaan tetapi tidak termasuk rizab tadahan air. Pembangunan tanah di Malaysia termasuklah pembangunan kawasan baru untuk pertanian, perlombongan dan perhutanan serta penukaran tanah untuk pertumbuhan industri dan perbandaran. Kepelbagaian penggunaan tanah meningkatkan konflik berhubung dengan matlamat pembangunan. Pembangunan yang pesat telah menjadikan tanah satu persaingan di Malaysia. Ia juga telah mengakibatkan amalan penggunaan tanah yang buruk dalam keadaan tertentu. Amalan penggunaan tanah yang buruk boleh membawa kepada masalah yang serius dan berdepan dengan halangan untuk pembangunan dalam jangka panjang. Masalah yang boleh timbul termasuklah kemusnahan yang kekal atas kemampuan tanah untuk menyediakan faedah alam sekitar dan ekonomi, ketidakcekapan penggunaan sumber semula jadi yang diperolehi serta pengumpulan kesan negatif. Dari segi kawasan, pertanian akan menjadi salah satu bentuk pembangunan tanah yang paling meluas di Malaysia. Teknik dan amalan pertanian moden, disokong oleh penggunaan mesin dan input sejumlah besar tenaga daripada minyak fosil telah menjadikan pertanian lebih produktif di Malaysia tetapi memberikan kesan kepada alam sekitar. Penukaran tanah daripada hutan kepada pertanian telah mengakibatkan meluasnya penebangan hutan, mengurangkan jumlah hutan dan kepelbagaian bilogi hutan serta hidupan liar. Selain itu, pembukaan kawasan baru untuk pertanian telah menyebabkan sumber galian semakin berkurangan di kawasan ini. di sebalik fakta bahawa sebahagian besar tanah telah dikurangkan untuk pembangunan pertanian, kebanyakan tanah yang subur tidak digunakan untuk pengeluaran makanan, sebalinya digunakan untuk tujuan lain seperti perumahan, rekreasi dan kawasan perindustrian. Pengeluaran makanan tempatan Tambahan pula, perikanan persisir pantai dan pedalaman tidak begitu berjaya dalam persaingan untuk pembangunan tanah yang seterusnya melemahkan pengeluaran makanan tempatan. Usaha untuk menggalakkan pengeluaran makanan dan menggalakkan industri berasaskan makanan perlulah diperkukuhkan dalam usaha untuk menyediakan jaminan makanan untuk negara. Kos import makanan negara dilaporkan sekitar RM8 bilion setahun dan turut menyumbang kepada defisit akaun semasa negara (NST, 1997). Memandangkan kemelesetan ekonomi semasa dan krisis mata wang, perkara ini perlu ditangani dengan segera.

Oleh kerana jumlah penduduk semakin meningkat di kawasan bandar, pembangunan infrastruktur semakin meningkat ke kawasan yang bermasalah dan kurang sesuai. Kawasan ini sering terdedah kepada kejadian banjir, hakisan sungai, tanah runtuh dan pemendapan, melainkan langkah pengawalan yang sempurna diambil. Dalam kes tertentu, langkah pengawalan tidak dapat diambil dan cara terbaik untuk keselamatan penduduk ialah kawasan ini tidak dimajukan untuk perumahan tetapi digunakan untuk tujuan lain seperti taman, rezab semula jadi dan kawasan rekreasi. Pada tahun 1996 terdapat lebih 100 kejadian banjir, 20 kejadian tanah runtuh, lapan kejadian mendapan dan tujuh kes tebing sungai dihakis, yang dilaporkan di Lembah Klang sahaja. Ini menunjukkan betapa perlunya diperkuatkan pengurusan perbandaran bersepadu untuk menjadikan penempatan manusia lebih selamat dan terjamin. (Petikan artikel-artikel daripada Utusan Pengguna, Mac 1998)

Pencemaran Alam Sekitar PENCEMARAN Pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemar . Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia. Terdapat berbagai jenis pencemaran iaitu: ( a ) Pencemaran udara ( b ) Pencemaran air ( c ) Pencemaran tanah PENCEMARAN UDARA Pencemaran udara berlaku bila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahan-bahan pencemar ini ialah habuk, debu, asap, dan gas-gas beracun . Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan pencemar utama yang dihasilkan .

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN

BAHAN-BAHAN PENCEMAR

Pembakaran bahan api di kilang dan dalam enjin kenderaan bermotor Pembakaran sampah sarap dan hutan secara besar-besaran Penyemburan racun serangga dan bahan-bahan kimia Penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC)

Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida, karbon monoksid dan debu Gas karbon dioksida dan debu

Gas dan kimia beracun Gas CFC

Kesan Pencemaran Udara Menjejaskan kesihatan 1 . Apabila kita menarik nafas , udara yang tercemar memasuki badan dan menjejaskan kesihatan kita . 2 . Debu dan gas-gas beracun daripada kilang -kilang , ekzos kenderaan dan penyemburan racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut . 3 . Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata . Penyusutan Lapisan Ozon 1 . Lapisan ozon di udara ialah lapisan yang melindungi kita daripada sinaran terik matahari . 2 . Pembebasan gas CFC yang digunakan dalam alat-alat menyembur , alat penyaman udara dalam peti sejuk menipiskan lapisan ozon . 3 . Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi . 4 . Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan penyakit kanser kulit . Pembetukan Hujan Asid 1 . Gas-gas sulfur diosida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan membentuk hujan asid . 2 . Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan . 3 . Ia juga menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan . Kenaikan Suhu Di Bumi 1 . Gas karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba . 2 . Jadi suhu di bumi menigkat dan persekitaran kita menjadi panas .

3 . Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat di dunia . PENCEMARAN AIR 1 . Punca bekalan air datang dari sungai , laut , kolam dan tasik . 2 . Air boleh dicemari melalui ( a ) pembuangan bahan-bahan sisa kilang ( b ) tumpahan minyak dari kapal laut ( c ) pembuangan sampah-sarap dan najis ( d ) hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa . Kesan Pencemaran Air Menjejaskan Kesihatan 1 . Sisa-sisakilang yang dibuang ke dalam sungai meracuni air sungai . 2 . Ini membahayakan kesihatan kita jika air tersebut diminum atau digunakan untuk mandi . 3 . Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula mengalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit . Pembunuh Hidupan Air 1 . Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut . 2 . Jadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan akan mati . 3 . Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air . 4 . Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan tanah menghalang kemasukan sinaran matahari kedalam air . 5 . Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air . Memburukkan Keindahan Alam 1 . Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang . 2 . Air sungai dan laut juga berbau busuk . PENCEMARAN TANAH Sesuatu kawasan tanah dicemari melalui : ( a ) pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat

( b ) penyemburan racun serangga ( c ) aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan . Kesan Pencemaran Tanah Hakisan Tanah 1 . Aktiviti-aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kawasan tanah terdedah . 2 . Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan . Membunuh Haiwan Di Bawah Tanah 1 . Racun serangga yang disembur meresap masuk dan berkumpul dalam tanah . 2 . Haiwan yang hidup di bawah tanah mati akibat pengumpulan racun ini . Menjejaskan Kesihatan 1 . Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit . 2 . Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain . 3 . Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , kita mungkin diserang penyakit . Kekurangan Tanah Subur 1 . Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan kesusutan tanah . 2 . Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian . LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR Untuk menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya pencemaran , kita perlu mengambil langkahlangkah untuk mengatasi pencemaran . Di antara langkah-langkah yang diambil ialah : ( a ) mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan terbuka ( b ) menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun dari kilangkilang dan kenderaan . ( c ) membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan

( d ) mengawal aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan ( e ) menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan alam sekitar ( f ) menjalankan proses kitar semula bahan-bahan buangan. Pengolahan Alam Hidupan Mengolah Alam Hidupan Dengan Bertanggungjawab 1 Manusia mengolah alam sekitar dan hidupan untuk mendapatkan keperluan asas hidupnya ( makanan , pakaian dan tempat kediaman ) dan mendirikan tempat rekreasi . 2 Dalam usaha memenuhi keperluannya, manusia telah membuka hutan untuk pertanian , perumahan , industri perlombongan , membina empangan dan mengeringkan hutan paya bakau .

3 Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar dan mencemarkan alam persekitaran serta menhapuskan habitat semula jadi, banyak spesies tumbuhan dan haiwan . Ini merupakan ancaman yang terbesar terhadap kemandirian hidupan liar . 4 Tumbuhan dan haiwan yang juga diolah untuk keperluan manusia seperti sukan , makanan , ubatan , kulit dan bulu turut susut bilangannya .

5 Beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan menghadapi kepupusan kerana pupolasi mereka adalah terlampau rendah akibat aktiviti manusia .

6 Spesies tumbuhan atau haiwan yang terpupus akan hilang dari bumi ini selama-lamanya . contohnya , burung dodo , harimau bali , dan harimau kaspia adalah diantara beribu-ribu hidupan yang telah pupus dari permukaan bumi . 7 Manusia perlu mengolah alam hidupan dengan lebih bertanggung jawab kerana kemandirian manusia juga berkait rapat dengan kemandirian tumbuhan dan haiwan . Kepentingan Pemeliharaan dan Pemulihan Haiwan dan Tumbuhan

1 Makanan : manusia bergantung pada tumbuhan dan haiwan untuk makanannya .Masih banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi untuk membekalkan makanan kepada populasi manusia dunia yang semakin meningkat . 2 Ubat-ubatan : Semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada haiwan dan tumbuhan . Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah , AIDS dan sebagainya . 3 Sumber bahan mentah ( a ) Kayu balak merupakan satu sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumah dan perabot serta membuat kertas . ( b ) Hasil keluaran seperti kulit haiwan , madu , rotan , damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan . 4 Keseimbangan alam sekitar : ( a ) Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan alam . ( b ) Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas . Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon diosida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis . ( c ) Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon dioksida dan dengan itu membantu mengawal pencemaran udara . ( d ) Tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir , hakisan tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun . ( e ) Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari , langsung mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi .

5 Sumber air : Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk mengisi empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia . 6 Rekreasi : Kepelbagaian haiwan dan tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti riadah dan rekreasi manusia . juga ia menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada ekonomi negara . 7 Ekonomi : hasil keluaran tumbuhan dan haiwan seperti hasil tanaman , hasil tangkapan ikan , kayu balak , damar ,ubat-ubatan , kulit dan sebagainya memberikan pendapatan kepada negara .

KEPUPUSAN HAIWAN DAN TUMBUHAN 1 Di Malaysia , pemusnahan habitat dan pencemaran alam sekitar mengancam banyak spesies hidupan ini adalah seperti : ( a ) Spesies tumbuhan yang dikenali dan belum dikenali dalam hutan hujan tropika ( bunga pakma , orkid - orkid liar dan pisang liar ) . ( b ) Burung-burung ( misalnya burung enggang , bangau dan helang bahu hitam ) . ( c ) Haiwan (misalnya tapir , harimau , badak Sumatera , orang utan , siamang , lutong , dan ular sawa ) . ( d ) Serangga . ( e ) Penyu ( misalnya penyu belimbing dan penyu hijau . 2 Contoh hidupan lain di dunia yang menghadapi kepupusan : ( a ) Panda gergasi hanya terdapat di satu kawasan kecil di China . Kini , terdapat kurang 200 ekor yang masih tinggal . ( b )Gorila gunung Afrika Barat juga terancam dengan kepupusan kerana pemusnahan habitatnya akibat aktiviti pertanian serta diburu untuk bulu dan untuk dijadikan ubat-ubatan . ( c ) Ikan paus biru , haiwan yang terbesar , terancam dengan kepupusan kerana diburu untuk dagaing dan lemaknya .

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar

1 Pemuliharaan hidupan liar ialah usaha pengurusan hidupan liar secara bijaksana supaya hidupan ini dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang . 2 Sumber Bumi adalah terhad . Dengan penambahan populasi dunia , lebih makanan dan keperluan lain diperlukan daripada sumber hidupan liar . Pada masa yang sama , kita perlu memastikan kita sentiasa dapat mengekalkan spesies hidupan yang ada . 3 Usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar termasuk : ( a ) Mewujudkan kawasan hutan simpanan untuk memelihara hidupan liar . Contohnya , hutan dara , hutan simpanan , dan taman negara ( T.N. Pahang ; T.N. Kinabalu di Sabah ; T.N. Bako , T.N. Mulu dan T.N. Niah di Sarawak ) . ( b ) Memindahkan tumbuhan yang diancami kepupusan untuk ditanam di kebun khusus atau aboretum dalam usaha pemeliharaan . ( c ) Melindugi hidupan liar di hutan paya bakau dengan mewujudkan hutan simpanan paya bakau , misalnya di Matang ( Perak ) dan Pulau Kukup ( Johor ) . ( d ) Mendirikan pusat pembiakan haiwan yang terancam dengan kepupusan , seperti ikan dan penyu ( di pantai timur ) , tuntung ( Perak ) dan orang utan ( Sabah dan Sarawak ) .Pusat-pusat ini akan membiakkan haiwan haiwan tersebut untuk dikembalikan kepada habitat asalnya . ( e ) Taman marin didirikan untuk melindungi hidupan laut . Contohnya taman-taman marin di Pulau Redang , Pulau Tioman , pulau Paya , Pulau Perhentian dan Pulau Tinggi . ( f ) Mengisytiharkan hidupan yang terancam dengan kepupusan sebagai spesies terpelihara dan tiada siapa pun dibenarkan menangkap , menembak atau menjualnya . Antara spesies-spesies terpelihara ialah orang utan , siamang , kera , badak Sumatera dan harimau . ( g ) Menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi hidupan liar . ( h ) Mengawal aktiviti pembalakan untuk mengurangkan pemusnahan habitat hidupan liar . ( i ) Penghutanan semula , iaitu menanam semula hutan dengan anak benih baru setelah pokok balak

ditebang . ( j ) Pendidikan : Mendidik pelajar sekolah dan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar . ( k ) Mengawal pencemaran sungai dan laut yang memusnakan habitat hidupan air .

ALAM SEKITAR PENGENALAN Dalam tahun 1995, proses disentralisasi kerja-kerja menyemak dan meluluskan laporan EIA telah dilaksanakan di semua 13 Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri. Walau bagaimanapun, projek-projek yang meliputi lebih daripada satu negeri dan laporan terperinci EIA masih diproses di Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar. Langkah-langkah untuk mempertingkatkan lagi prosedur EIA terus diberi penekanan. Antaranya ialah kajian semula Buku Panduan EIA yang diterbitkan semula pada bulan Ogos 1995. Manakala 12 set garis panduan spesifik juga telah diterbitkan yang melibatkan aktiviti-aktiviti seperti bekalan air bawah tanah dan air permukaan, penjanaan dan pemancaran kuasa, saliran dan pengairan, pelabuhan perikanan dan akuakultur berasaskan penggunaan tanah, empangan dan takungan air, perlombongan dan kuari, tempat peranginan di kawasan bukit, kemudahan pelancongan di kawasan taman negara, kemudahan pelancongan di pulau-pulau yang dikelilingi oleh perairan yang diwartakan sebagai taman laut, industri, pengolahan dan pelupusan sisa pepejal perbandaran dan pelupusan serta pengolahan sisa toksik dan berbahaya. Selain daripada itu, Jabatan juga telah bekerjasama dengan memberikan input kepada penyediaan dan penerbitan garis panduan bagi aktiviti pembinaan jalan raya dan lebuh raya oleh Jabatan Kerja Raya.

PROSEDUR EIA Pemberitahuan Projek-Projek yang tertakluk kepada Perintah EIA Sebagai langkah proaktif, Jabatan Alam Sekitar meneruskan usaha menyenaraikan projek-projek yang tertakluk di bawah Perintah Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling sebagaimana yang dimaklumkan oleh pihak pencadang projek ataupun yang dilaporkan oleh media massa walaupun tiada keperluan mengenai pemberitahuan ini. Pada tahun 1995, sejumlah 1,705 cadangan projek yang tertakluk kepada Perintah Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling telah diawasi berbanding dengan hanya 344 projek dalam tahun 1994. Antara projek yang paling banyak dicadangkan ialah untuk aktiviti pembangunan

kemudahan rekreasi dan tempat peranginan (19 peratus), dan diikuti oleh kuari (18 peratus), infrastruktur (12 peratus), perumahan (10 peratus) dan industri (9 peratus). Semakan Laporan Bilangan laporan EIA yang diterima pada tahun 1995 telah meningkat sebanyak 16 peratus berbanding dengan tahun 1994. Daripada 348 laporan yang diterima, sebanyak 339 adalah laporan awal EIA, 1 laporan terperinci EIA dan 8 laporan analisa risiko yang berkaitan dengan kemudahan berbahaya (rujuk Rajah 5.1). Semenjak Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) dikuatkuasakan pada 1 April 1988, sehingga 31 Disember 1995, bilangan laporan EIA yang telah diterima adalah berjumlah 1,444 dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,363 (94 peratus) adalah laporan awal EIA, 62 (4 peratus) laporan analisa risiko, 8 laporan terperinci EIA dan selebihnya iaitu sebanyak 11 laporan bagi cadangan pembangunan yang dijalankan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). Kategori Projek dan Aktiviti-aktiviti yang Ditetapkan Sehingga kini, bilangan laporan yang paling banyak diterima semenjak Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling), 1987 dikuatkuasakan ialah pembangunan tempat-tempat peranginan dan rekreasi (17 peratus) diikuti dengan pembangunan projek-projek infrastruktur (16 peratus) dan projek-projek perumahan serta aktiviti kuari, masing-masing sebanyak 14 peratus Laporan EIA yang berkaitan dengan aktiviti kuari didapati telah meningkat pada tahun 1994 dan 1995, manakala keadaan sebaliknya berlaku bagi aktiviti industri setelah tidak mengalami perubahan antara tahun 1991 sehingga 1993. Laporan terperinci EIA yang pertama bagi aktiviti penjanaan kuasa iaitu Projek Kuasa Hidroelektrik Bakun di Sarawak telah dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar untuk ulasan. Projek ini merupakan aktiviti yang tertakluk di bawah bidang kuasa Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran Negeri Sarawak. Rajah 5.2 menunjukkan perbandingan taburan laporan EIA mengikut kategori aktiviti-aktiviti bagi tahun 1995 dan untuk tempoh antara tahun 1988 hingga 1995. Sehingga 31 Disember 1995, sejumlah 353 laporan EIA (86 peratus) telah disemak. Ini termasuklah 61laporan EIA yang dibawa ke hadapan dari tahun 1994. Manakala yang selebihnya iaitu sebanyak 56 laporan EIA masih dalam semakan ataupun keputusannya masih tertakluk kepada beberapa maklumat tambahan yang belum diperolehi daripada pihak penggerak projek. Rajah 5.3 menunjukkan bilangan laporan EIA yang telah disemak setiap tahun dalam tempoh masa dari tahun 1988 sehingga 1995. Sejumlah 238 daripada 348 laporan EIA yang diterima telah diluluskan, 38 laporan ditolak, 16 laporan telah ditarik balik oleh penggerak projek dan selebihnya iaitu sebanyak 56 laporan telah dibawa ke tahun 1996 untuk disemak. Secara keseluruhannya, bermula dari 1 April 1988, sebanyak

1,081 (75 peratus) laporan telah diluluskan, 194 (13 peratus) laporan telah ditolak dan 52 laporan (3 peratus) telah ditarik balik oleh pihak pemaju. Rajah 5.4 menunjukkan status laporan EIA yang telah diproses pada setiap tahun dalam tempoh masa 1988 hingga 1995. Rajah 5.5 pula menunjukkan kemajuan bagi tempoh pemprosesan laporan EIA. Secara purata, masa yang diambil adalah 1.6 bulan bagi satu laporan iaitu dengan kadar yang lebih baik daripada tempoh 3 bulan yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan. Berdasarkan pencapaian ini, bermula dari 1 Mac 1995, Piagam Pelanggan bagi memproses setiap laporan EIA telah dikurangkan kepada 2.5 bulan bagi setiap laporan. Sepanjang pelaksanaan EIA, analisa taburan laporan EIA mengikut negeri projek dibangunkan menunjukkan tren yang sama dengan tahun 1994, iaitu 38 peratus daripada keseluruhan jumlah laporan yang diterima ialah dari negeri Selangor dan Johor, iaitu jauh melebihi negeri-negeri lain. Manakala laporan EIA bagi negeri Perlis dan Kelantan pula merupakan yang terendah diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan . Rajah 5.6 menunjukkan taburan laporan EIA bagi setiap negeri untuk tempoh 1988 hingga 1995. Kemajuan Dalam Pelaksanaan Prosedur EIA Garis Panduan Spesifik

Jabatan meneruskan usaha membuat susulan kepada cadangan-cadangan yang telah diperakukan oleh Kabinet pada 9 Disember, 1992 bagi mempertingkatkan keberkesanan prosedur EIA dengan menerbitkan 12 set garis panduan spesifik EIA. Garis panduan yang diterbitkan ini adalah untuk aktiviti bekalan air bawah tanah dan air permukaan, penjanaan dan pemancaran kuasa, saliran dan pengairan, pelabuhan perikanan dan akuakultur berasaskan penggunaan tanah, empangan dan takungan air, perlombongan dan kuari, tempat peranginan di kawasan bukit, kemudahan pelancongan di kawasan taman negara, kemudahan pelancongan di pulau-pulau yang dikelilingi oleh perairan yang diwartakan sebagai taman laut, industri, pengolahan dan pelupusan sisa pepejal perbandaran, serta pengolahan dan pelupusan buangan toksik dan berbahaya. Sebanyak 4 bengkel telah diadakan bagi menyediakan garis panduan-garis panduan tersebut yang dihadiri oleh wakil daripada agensi Kerajaan di peringkat Negeri dan Persekutuan, penggerakpenggerak projek, perunding-perunding alam sekitar, badan-badan profesional dan pertubuhanpertubuhan bukan kerajaan yang terlibat dengan alam sekitar. Pendaftaran Perunding-Perunding EIA Pada bulan Januari 1995, senarai perunding-perunding EIA yang didaftarkan telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Sehingga 31 Disember 1995, sebanyak 55

firma perunding dan 176 perunding individu telah didaftarkan dengan Jabatan Alam Sekitar. Satu mesyuarat bersama dengan perunding-perunding EIA yang didaftarkan ini telah diadakan pada Julai 1995 untuk perbincangan kriteria pendaftaran dan isu-isu mengenai kualiti laporan EIA yang dikemukakan kepada Jabatan. Mesyuarat tersebut telah memperakukan beberapa perkara antaranya: Penubuhan Jawatankuasa Sementara Perunding-perunding EIA yang berperanan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan perakuan perunding-perunding EIA; dan Pembentukan Lembaga Perunding-perunding EIA. Promosi EIA

Program-program kesedaran terus ditingkatkan melalui pembentangan beberapa kertas kerja dan mengadakan hubungan baik antara Jabatan dan pelanggan. Sepanjang tahun 1995, sebanyak 15 kertas kerja yang berkaitan dengan EIA telah dibentangkan di beberapa persidangan dan seminar di dalam dan luar negara. Terbitan IMPAK merupakan satu makalah keluaran Jabatan Alam Sekitar mengenai EIA dan diterbitkan setiap sukutahun. Isu-isu seperti pembangunan tanah tinggi, Ulangtahun Ke-7 Prosedur EIA dan kemajuannya, pelupusan sisa toksik secara haram serta audit alam sekitar telah diberi fokus dalam keluaran-keluaran yang diterbitkan. INPUT ALAM SEKITAR DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN Jabatan meneruskan usaha menggalakkan penerapan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan projek. Dalam tahun 1995, input-input alam sekitar kepada 66 buah projek pembangunan telah disediakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.7. Bilangan ini adalah sama seperti tahun yang sebelumnya. Projek-projek pembangunan yang berkaitan kebanyakannya merupakan projek-projek kerajaan yang terdiri daripada penggubalan pelan-pelan tindakan (6%), pelan-pelan pemuliharaan (5%), pelanpelan pembangunan (17%), pelan-pelan tempatan (6 %), pelan-pelan pengurusan (7.5%), pelan-pelan induk (9 %) dan pelan-pelan struktur (27%). Selainnya ialah projek tebatan banjir (7.5%), industri (1.5%), infrastruktur (7.5%), pengairan (1.5%), lanskap (1.5%), sumber asli (1.5%) dan projek-projek pembetungan (1.5%). Senarai projek-projek ini ditunjukkan dalam Jadual 5.1. Jadual 5.1 Jabatan Alam Sekitar : Senarai Input Alam Sekitar bagi Perancangan Pembangunan Projek, 1995. Jenis Projek Pelan Tindakan Pelan Tindakan Akuakultur Jalan Haji Abdul Rahman (Kuantan)

Pelan Tindakan Strategi Pembangunan Negeri Melaka Sungai Kuantan Pelan Pemulihan Kajian Pinggir Pantai dan Luar Pantai bagi Penyediaan Pelan Struktur Kuala Terengganu, Setiu dan Besut Pembangunan Zon Pinggir Pantai bagi Garis Panduan Perlindungan Hakisan Pantai Strategi Pemuliharaan Kebangsaan Pelan Pembangunan Pembangunan Akuakultur Besut Kajian Kemungkinan dan Pembangunan Kawasan Air Panas bagi Pelancong di Malaysia Hulu Terengganu Kuala Terangganu Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Kajian Kemungkinan Projek Pemusatan Ternakan Khinzir di Bidor Kajian Semula Pembangunan Ekonomi Jangka Panjang Negeri Johor: 1995-2010 Setiu Pelan Pembangunan Tasik Kenyir

Projek Tebatan Banjir Pelan Pengurusan Menyeluruh bagi Lembangan Sungai Muda Kajian Kemungkinan dan Rekabentuk Khusus bagi Sistem Sungai-sungai Prai, Sungai Juru, Sungai Jejawi. Kajian Kemungkinan bagi Pembaikan Sungai Kelantan Lembangan Sungai Kelang Lemal dan Rantau Panjang Projek Industri Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana Projek Infrastruktur Kajian Awal dan Kemungkinan kejuruteraan bagi Jambatan Sungai Dinding Lumut, Perak, Kajian Kemungkinan dan Rekabentuk Terperinci bagi Kerja-kerja Perlindungan Pantai di Pengkalan Datu, Kuala Besar, Kampung Buntal, Sarawak dan Tanjung Aru, Sungai Kinarut, Sabah Kajian Hidrolik bagi Kawasan Tadahan Sungai Sarawak Kiri dan Kajian Kemungkinan bagi Cadangan Penambakan Merentasi Sungai Sarawak. Cadangan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bantuan Teknikal bagi Peraturan dan Polisi Pengairan. Projek Pengairan Kajian Kemungkinan bagi Pembangunan Takungan Air Kecil

Projek Lanskap Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya Pelan Tempatan Bukit Jalil Pinggir Pantai Kuantan Pusat Bandar Kuantan Seberang Kuantan Pelan Pengurusan Pelan Pengurusan Pantai Johor Selatan Pelan Pengurusan Menyeluruh Lembangan Sungai Muda Rancangan Malaysia ke-7 bagi Pasukan Petugas Alam Sekitar Jawatankuasa Kecil bagi Piawai Alam Sekitar- Syarat & Definisi Taman Negara Endau- Rompin Pelan Induk Johor Kajian mengenai Pelan Induk Operasi bagi Wilayah Jengka Pulau Tioman Cadangan Pelan Induk bagi Taman Botanikal di Sungai Buloh Seri Iskandar, Perak Pelancongan di Bandar Mersing Sumber Asli Bidang Rujukan bagi Kajian Pengurusan Menyeluruh Sumber-Sumber Air di Malaysia Projek/Sistem Pembetungan Kajian Pengurusan Sungai dan Kawalan Alam Sekitar Sg. Sarawak : Ringkasan Kajian Kemungkinan Pembetungan Pelan Struktur Alor Gajah dan Jasin, Bentung, Bera, Besut, Cameron Highlands Daerah Kuala Kangsar, Kinta dan Hulu Perak, Daerah Manjung dan Perak Tengah, Hulu Terengganu, Jerantut, Kuala Terangganu, Lipis, Majlis Perbandaran Seberang Prai Maran, Pekan, Raub, Rompin. Setiu dan Termeloh Sistem Informasi Geografik (GIS) Perkakasan dan perisian GIS telah ditingkatkan bagi menampung tiga pengguna yang menggunakan Sistem GIS serentak melalui Rangkaian Tempatan (LAN) yang sedia ada. Peta-peta tematik GIS yang dihasilkan terus memainkan peranan dalam membekalkan maklumat untuk membuat sesuatu keputusan. Antara projek-projek yang dijalankan dalam tahun 1995 ialah: Pemetaan bagi Projek Pembangunan di Lojing, Kelantan Projek-projek EIA di sekitar Mimaland

Aktiviti pembersihan tanah di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Subang Pembangunan di sekitar Genting Highlands Peta Kegunaan Tanah (1990) bagi Selangor, Pahang, Terengganu, Negri Sembilan dan Perlis

Program antara-muka antara GIS dan Sistem Inventori Punca-punca Pencemaran (SIPP) telah juga dibangunkan. Program antara-muka GIS-SIPP ini dapat menghubungkaitkan antara maklumat ruang dengan maklumat tabular. Di samping itu, projek baru iaitu Sistem Pembantu Pembuat Keputusan Alam Sekitar (EDSS) telah dicadangkan untuk dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh. Penilaian Awal Tapak Projek Penilaian awal tapak projek-projek dapat memastikan aspek alam sekitar diambilkira dalam pembangunan projek projek yang tidak tertakluk kepada Perintah Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling, 1987. Penempatan sesuatu cadangan projek dinilai berasaskan kegunaan tanah sedia ada di sekeliling kawasan tersebut. Pelan-pelan pembangunan telah dikaji bagi memastikan kawasan- kawasan sensitif alam sekitar seperti kawasan perumahan, sekolah, kawasan tadahan air, hutan simpan dan taman negara terletak pada jarak yang mencukupi bagi mengelakkan sebarang impak alam sekitar akibat daripada aktiviti pembangunan yang dijalankan di sekitarnya. Pencadang-pencadang projek perlu melaksanakan langkah-langkah kawalan yang bersesuaian bagi mengurangkan pencemaran pada awal peringkat perancangan projek. Jabatan Alam Sekitar Negeri memainkan peranan utama dalam menjalankan siasatan tapak cadangan projek dan kemudiannya memajukan ulasan, pandangan dan cadangan kepada pihak-pihak berkuasa tempatan yang berkenaan. Pada tahun 1995, sejumlah 6,565 permohonan bagi penilaian awal tapak telah diterima oleh Jabatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.8. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 12% berbanding dengan tahun sebelumnya. Manakala Rajah 5.9 pula menunjukkan pecahan permohonan penilaian awal tapak yang diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri. Kelulusan Pemasangan Alatan/ Kemudahan Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturanperaturan yang berkaitan, kelulusan dalam bentuk kebenaran bertulis dan kelulusan bertulis perlu diperolehi daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling sebelum pembinaan atau pemasangan sebarang kemudahan yang akan mengakibatkan pelepasan bahan-bahan pencemar kepada persekitaran. Ini bertujuan untuk memastikan langkah-langkah pengawalan pencemaran

digabungkan bagi mematuhi standard yang ditetapkan dalam Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah), 1977, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah), 1978, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen-effluen Perindustrian), 1979. (i) Kawalan Pencemaran Air Sejumlah 796 permohonan kebenaran bertulis bagi pemasangan alat kawalan pencemaran air diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri, iaitu pertambahan sebanyak 27% daripada tahun sebelumnya. Rajah menunjukkan Negeri Johor menerima paling banyak permohonan (42%), dan ini diikuti oleh Negeri Selangor (15 %). Jumlah kelulusan yang dikeluarkan dalam tahun 1995 ini menghasilkan penambahan sebanyak 4,468,473 meter padu/hari effluen yang diolah. (ii) Kawalan Pencemaran Udara Sepanjang tahun 1995, sebanyak 1,189 permohonan kelulusan bertulis bagi pemasangan ala pembakaran bahanapi telah diterima dan jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 17% dari tahun 1994. Permohonan yang paling banyak telah diterima daripada Negeri Sabah (20%), diikuti oleh Negeri Selangor (19%) dan Johor (17%) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.11. Jumlah penggunaan bahanapi cecair dan gas adalah sebanyak 268,562 tan/hari manakala jumlah penggunaan bahanapi pepejal pula ialah sebanyak 12,516 tan/hari. PUSAT KHIDMAT NASIHAT ALAM SEKITAR DI MIDA Pusat Khidmat Nasihat di Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) menjalankan peranan sebagai penasihat bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan alam sekitar, bukan sahaja kepada pelabur-pelabur malah kepada orang ramai. Dalam tahun 1995, sebanyak 35 pelabur tempatan dan asing serta 40 orang awam telah mendapatkan nasihat dan maklumat mengenai alam sekitar. Perkara-perkara berkaitan dengan alam sekitar yang seringkali ditanya atau dirujuk adalah mengenai pembangunan projek-projek yang tertakluk di bawah Perintah Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling 1987, kesesuaian tapak bagi projek yang dicadangkan, keperluan-keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan yang berkaitan, galakan-galakan bagi pemasangan alat pengawalan pencemaran, prosedur EIA dan keperluan-keperluannya, peluangpeluang untuk memberikan perkhidmatan berkaitan alam sekitar termasuk perundingan dan teknologi kepada industri yang sedia ada, dan juga peranan penswastaan dalam rancangan jangka panjang kerajaan dan polisi-polisi alam sekitar yang akan memberi kesan kepada sektor industri. Jabatan Alam Sekitar juga merupakan ahli jawatankuasa kepada Jawatankuasa Tindakan Berkenaan Pengindustrian yang meluluskan lesen pengilang dan galakan. Pada tahun 1995, sejumlah 80

permohonan lesen pengilang telah dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar untuk nasihat dan ulasan. MIDA juga menerima sejumlah 1,075 permohonan bagi projek-projek pengilangan berbanding dengan hanya 1,018 permohonan pada tahun 1994. Daripada jumlah tersebut, 554 permohonan adalah bagi projek-projek pengilangan baru dan selebihnya iaitu 521 permohonan adalah bagi projek pembesaran dan mempelbagaikan pengeluaran. Sejumlah 894 buah projek telah diberikan kelulusan oleh pihak MIDA berbanding 870 kelulusan dalam tahun 1994. Sebanyak 516 buah projek daripada 894 kelulusan yang telah dikeluarkan adalah projek pengilangan baru, sementara 378 adalah bagi projek pembesaran dan mempelbagaikan pengeluaran kilang. Daripada jumlah ini, 41 projek adalah tertakluk di bawah Perintah Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling yang kebanyakannya merupakan projek industri kimia dan petrokimia, projek kitar semula buangan terjadual, pengeluaran bahan bukan logam seperti simen dan kapur, kilang kertas dan juga kawasan peranginan pinggir pantai. (Petikan daripada Sumber Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar)

http://kekalkankeindahanbumi.blogspot.com/2009/10/isu-isu-alam-sekitar.html

ISU-ISU ALAM SEKITAR


Posted on August 23, 2010by tcy88

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup. Alam sekitar merujuk kepada segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan dan tumbuhan dan yang bukan hidup (abiosis) contohnya, tanah , bentuk muka bumi , cuaca dan factor kimia . Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah.

Populasi manusia yang kian meningkat pada hujung kurun ini telah membawa kepada peningkatan pelbagai masalah alam sekitar. Aktiviti yang dijalankan seperti perindustrian and pembalakan telah mengancam alam sekitar. Masalah ini semakin serius dan telah diiktiraf sebagai masalah sedunia dan telah dibincangkan di Sidang Puncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992. Isu-isu yang dibincangkan termasuklah pencemaran. Aktiviti-aktiviti manusia kini yang hidup dengan kemajuan sains dan teknologi serta mementingkan pembangunan ekonomi merupakan punca pencemaran yang utama. Pencemaran mengubah persekitaran sehinggan keseimbanga alam terjejas. Pencemaran ialah pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal. Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemaran. Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan aktivitiaktiviti manusia. Terdapat berbagai jenis pencemaran iaitu:

1) Pencemaran udara 2) Pencemaran air 3) Pencemaran tanah Pencemaran udara Pencemaran berlaku apabila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahan-bahan pencemar ialah habuk, debu, asap, dan gas- gas beracun. Keadaan ini menyebabkan gangguan dan kehidupan manusia, haiwan, tumbuhan dan harta benda kita. Tambahan pula iklim dunia pun juga terganggu. Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan pencemar utama yang dihasilkan.

Punca-punca pencemaran Pembakaran bahan api di kilang dan dalam enjin kenderaan bermotor. Pembakaran sampah-sarap dan hutan secara besar-besaran Penyemburan racun serangga dan bahanbahan kimia. Penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC)

Bahan-bahan pencemar Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida, karbon monoksid dan debu.

Gas Karbon dioksida dan debu.

Gas kimia beracun Gas CFC

Kesan pencemaran Menjejaskan kesihatan 1. Apabila kita menarik nafas, udara yang tercemar memasuki badan dan menjejaskna kesihatan. 2. Debu dan gas-gas beracun daripada kilang-kilang, ekzos kenderaan dan penyembur racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut. 3. Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata. Pembentukan hujan asid 1. Gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan menbentuk hujan asid. 2. Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan. 3. Ia juga menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan Kenaikan suhu di bumi 1. Gas karbon dioksida yang banyak akan merangkap haba di bumi. 2. Jadi suhu di bumi akan meningkat dan persekitaran akan menjadi panas. 3. Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat dunia.

Pencemaran air Pencemaran air berlaku apabila bahan kotoran sama ada secara sengaja atau tidak sengaja sehinggan sumber air itu tidak dapat diguna oleh kaum manusia dan organism akuatik. Punca bekalan air dating dari sungai, laut, kolam, dan tasik.. Oleh itu ia boleh dicemar melalui pembuangan bahan-bahan sisa kilang, tumpahan minyak dari kapal laut, pembuangan sampah-sarap dan najis dan hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasan. Kesan pencemaran air Menjejaskan kesihatan 1. Sisa-sisa kilang yang dibuang ke dalam sungai akan meracuni air sungai. 2. Ini membahayakan kesihatan jika air itu diminumkan atau digunakan untuk mandi. 3. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula menggalakan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit. Pembunuhan hidupan air 1. Minyak yang tertumpah ke dalam air akan menhalang kemasukan udara di laut. 2. Jadi, haiwan- haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang menghidupkan ke dalam air laut tidak dapat bernafas dan mati. 3. Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air. 4. Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan tanah menhalang kemasukan sinaran matahari ke dalam air. 5. Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air. Memburukan keindahan alam 1. Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang. 2. Air sungai dan laut berbau busuk. Pencemaran tanah

Pencemaran tanah adalah keadaan dimana bahan kimia buatan manusia masuk dan mengubah lingkungan tanah alami. Pencemaran ini biasanya terjadi kerana kebocoran limbah cair atau bahan kimia industri atau fasilitas komersial,pestisida;
masuknya air permukaan tanah tercemar ke dalam lapisan sub-permukaan; kecelakaan kendaraaan pengangkut minyak, zat kimia, atau limbah; air limbah dari tempat penimbunan sampah serta limbah industri yang langsung dibuang ke tanah secara tidak memenuhi syarat (illegal dumping).

Ketika suatu zat berbahaya/beracun telah mencemari permukaan tanah, maka ia dapat menguap, tersapu air hujan dan atau masuk ke dalam tanah. Pencemaran yang masuk ke dalam tanah kemudian terendap sebagai zat kimia beracun di tanah. Zat beracun di tanah tersebut dapat berdampak langsung kepada manusia ketika bersentuhan atau dapat mencemari air tanah dan udara di atasnya. Kesan pencemaran tanah Kekurangan tanah subur 1. Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan penyusutan tanah. 2. Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian. Hakisan tanah 1. Aktiviti-aktiviti pembinaan, perlombongan, dan pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kawasan tanah terdedah. 2. Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan
http://alamsekitarterkini.wordpress.com/

KERTAS KERJA SEMINAR PEMBANGUNAN & ISUISU GLOBAL (MTP 3012)

ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR MERUPAKAN SATU ISU GLOBAL YANG MEMERLUKAN PENELITIAN BERSAMA DI PERINGKAT ANTARABANGSA . BINCANGKAN .

PENGENALAN Jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan 'memerlukan penelitian bersama' . Berdasarkan kepada isu yang hendak dibincangkan 'memerlukan penelitian bersama' membawa maksud bahawa , isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa . Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkahlangkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini . Bagaimanakah cara kita hendak menyelesaikan masalah di atas ? Cara kita menjawab atau menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri terhadap alam sekitar . Ia juga mendedahkan cara hidup kita; adakah cara hidup kita dapat membantu memulihara alam sekitar atau sebaliknya ? Unit Pendidikan Persatuan Pencinta Alam atau Malaysia Nature Society (MNS) sering menerima pertanyaan tentang apakah cara-cara memulihara alam sekitar yang sepatutnya dilakukan oleh semua pihak . Tidak kurang juga yang menanyakan adakah usaha seorang individu dapat memulihara alam sedangkan masalah-masalah itu telah menjadi semakin rumit . Jika kita meniliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati bahawa kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran industri . Ini membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini . Tekanan terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk .

Pertamanya tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api, air dan juga tanah .

Keduanya, ialah sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran .

Ini menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid . Bila kita fikirkan mengenai pencemaran secara global ini, rasanya terlalu sukar untuk seseorang individu itu memperbaiki keadaan . Kita mungkin tertanya-tanya, apakah tindakan seorang individu itu berupaya untuk memberikan apa-apa kesan ? Namun begitu, kita harus sedar bahawa pencemaran yang serius beginilah sebenarnya berpunca daripada tindakan individu juga . Oleh yang demikian, tindakan individu jugalah yang dapat membantu menyelamatkan bumi kita ini . Definisi Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap . Jenis-jenis pencemaran Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu :

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia . Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah: a. Pencemaran Udara Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya . b . Pencemaran Air Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .

c . Pencemaran Tanah Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal . Kesan-kesan Pencemaran

Mengancam Kesihatan Manusia

Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi . Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak . Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia dikenali sebagai penyakit Minamata .

Mengancam tumbuhan dan binatang

Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton . Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber air tersebut . Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang

tiba-tiba menjunam dari angkasa . Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati . Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975, menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia . Walaupun selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan sakibaki minyak masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai akuakultur .

Kerosakan Harta Benda

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat .

LANGKAH-LANGKAH BERSEPADU PENYELESAIAN ISU ALAM SEKITAR

Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia . Namun begitu, disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat . Pencemaran yang melibatkan beberapa negara seperti pencemaran perairan pantai dan pencemaran udara yang disebabkan oleh jerebu memerlukan penglibatan yang aktif dari negara-negara yang terbabit untuk mendapatkan penyelesaian bersama . 1. Pencemaran Laut Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti carigali minyak dan pengangkutan air . Justeru itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar . Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia . Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki. (Sumber : Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia ) Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar materialistik tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar . Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca daripada pelbagai faktor . Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk memulihkannya . Lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan . (Persatuan Pencinta Alam, Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia, Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)

Langkah dan kerjasama yang diambil oleh negara-negara berpantai di rantau Asia Tenggara .

Terdapat tiga buah negara yang saling berkongsi perairan iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand . Ketiga-tiga negara ini saling terlibat dalam kerjasama yang bertujuan untuk mencapai kepentingan bersama . Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan Selat Melaka di bawah kedaulatan kedua-dua negara . Walaupun isu Selat Melaka bersifat rumit namun ia tidak pernah menghalang negara-negara berpantai untuk prihatin terhadapnya .

Kejadian yang berlaku pada 6 Januari 1967, telah memaksa negara-negara yang berpantai untuk mengambil satu tindakan yang positif terhadap kejadian tersebut . Di dalam tahun tersebut kapal tangki minyak Jepun yang dikenali sebagai Torry Canyon yang telah didaftarkan di Liberia telah terlibat dalam perlanggaran . Akibatnya berlaku pertumpahan minyak yang mana memerlukan kos yang tinggi untuk membersihkannya . Jumlah kos yang diperlukan pada ketika itu ialah 16 juta dollar . Buat masa ini Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN mereka telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar . Objektif bagi kerjasama serantau ini membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak ynag tertumpah di perairan Malaysia . Selain dari Malaysia, negara-negara berpantai yang lain seperti Singapura turut mewujudkan beberapa badan tertentu untuk mengatasi masalah ini . Kesemua badan-badan yang ditubuhkan ini terletak di bawah satu pentadbiran pelabuhan Singapura atau dikenali sebagai Port of Singapore (PSA) . Syarikat-syarikat minyak juga prihatin dengan isu ini . Mereka telah bergabung untuk membentuk Tierred Area Response Capability (TARC) . Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1986 dan dianggotai oleh Syarikat Minyak ESSO, Caltex dan Mobile . Organisasi ini mempunyai pelbagai kelengkapan yang canggih dan terkini yang dapat digunakan dalam kerja-kerja pengawalan dan pembersihan kawasan tumpahan minyak . Pada tahun 1992, singapura telah mencadangkan penubuhan satu badan khas untuk mengatasimasalah tumpahan minyak . East Asia Response Limited (EARL) akhirnya telah terbentuk dan ia dianggotai oleh lima syarikat minyak terkemuka . Syarikat-syarikat itu ialah ESSO, Petronas, Caltex, Mobile dan Shell . Pertubuhan ini berbeza dari pertubuhan yang lain kerana peranannya yang luas dan tidak terhad di kawasan perairan Malaysia dan Singapura sahaja tetapi meliputi rantau Asia Pasifik termasuk Jepun dan Australia . Apabila berlakunya kejadian tumpahan minyak, langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke kawasan lain . Tumpahan minyak akan cepat merebak melalui tiupan angin dan pengaliran arus air yang deras . Terdapat empat cara yang digunakan untuk mengawal tumpahan minyak iaitu : I. II. III. IV. Cara mengepung dan mengumpul tumpahan Menggunakan dispersent dan bahan kimia Pembersihan pantai Dibiarkan sahaja

Selain daripada itu, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil dalam mengawal tumpahan minyak daripada merebak . Antaranya ialah : I. II. III. IV. V. Lokasi tumpahan Kuantiti tumpahan Jenis tumpahan Keadaan laut Keupayaan tindakbalas bahan yang tertumpah

Apabila berlaku kejadian tumpahan minyak, pihak yang bertanggungjawab akan menjalankan operasi pembersihan minyak secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat tempatan, peringkat kawasan dan peringkat wilayah . Operasi peringkat wilayah berjalan apabila tumpahan minyak yang berlaku adalah yang terbesar, melibatkan kawasan yang luas dan jumlah tumpahan yang banyak. Ia dilakukan apabila jumlah peralatan, tenaga dan sumber dari negara ini tidak mencukupi dan melibatkan bantuan daripada negara lain . Di antara alternatif daripada kerjasama peringkat wilayah ini ialah : I. II. III. IV. Rancangan Kontigen Lombok - Makasar Standard Operating Prosedure for Straits of Malacca and the Straits of Singapore Standard Operating Prosedure for Malaysia and Brunei Darussalam ASEAN - Oil Spill Response Action Plan (ASEAN - OSRAP)

Seterusnya terdapat juga objektif bagi mewujudkan kawalan tumpahan minyak. Antara objektifnya ialah : I. II. Untuk mengadakan satu sistem tindak balas serta-merta yang diselaraskan bagi menghadapi tumpahan minyak. Untuk meningkatkan kemampuan dan sumber-sumber yang ada dari segi peralatan serta latihan kakitangan bagi menghadapi kejadian tumpahan minyak. Untuk mengelakkan kesan buruk ke atas persekitaran dengan cara mengawal aliran minyak.

III.

Terdapat juga langkah-langkah lain yang dilakukan untuk mengurangkan dan mengelak berlakunya kemalangan kapal di Selat Melaka dan Selat Singapura. Negara-negara berpantai merasakan amat perlu bagi mereka untuk mengawal keselamatan lalu lintas di kedua-dua selat tersebut. Oleh itu, mereka telah menyarankan agar Trafic Separation Scheme (TSS) atau Skim Lalu Lintas diwujudkan memandangkan di Eropah telah lama menggunakan kaedah ini iaitu sejak pertengahan abad ke-19. Perlaksanaan TSS adalah didorong oleh kejayaan skim yang serupa di Eropah. Cadangan untuk mengadakan skim ini di Eropah bermula pada tahun 1857 iaitu di England. Cadangan ini dibuat ekoran dari tragedi

perlanggaran kapal milik Amerika dan Perancis yang mengorbankan seramai 3000 orang. Beberapa saranan juga telah dibuat bagi menjaga supaya pencemaran tidak berlaku secara berleluasa. Antaranya ialah : I. II. Masalah pencemaran Selat Melaka harus dikaji dengan lebih mendalam dan tindakan yang bersesuaian harus segera diambil. Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah digunakan setakat yang diperlukan dan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang mencemar laut dan pantai. Majlis peringkat tertinggi dianggotai oleh kalangan negara-negara berpantai yang berkongsi perairan Selat Melaka harus ditubuhkan untuk meneliti perkara ini dan mencari jalan penyelesaiannya. semua pengguna Selat Melaka diwajibkan membayar levi atau tol.

III.

IV.

Dengan wujudnya pelbagai saranan, akta, skim dan pertubuhan diharapkan masalah pencemaran akan dapat dikurangkan bagi memelihara perairan negara kita. Di Malaysia berbagai pihak terbabit dalam penguasaan pencemaran seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Marin, Jabatan Laut, TLDM dan PDRM yang diperwakilkan kuasa menyiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Walaupun begitu, Jabatan Alam Sekitar adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguatkan akta tersebut dengan dibantu oleh agensi-agensi maritim yang lain. 2. Pencemaran Udara Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah banyak membawa perubahan dan kebaikkan pada taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Sistem jalanraya yang baik, kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang, dan adanya pelabuhan yang bertaraf antarabangsa sememangnya telah dapat membawa negara dan rakyat ke era kemajuan dan pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boleh dikatakan 90%-95% kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota telah dapat menikmati kemudahan jalan raya yang telah mengubah keadaan dan rezeki penduduk desa. Walaubagaimanapun, perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin berlaku tanpa membebankan alam sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa bersamanya kebaikan dan keburukan. Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.

Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan menghasilkan 64% gas Nitrogen Oksida (unsur utama yang menyebabkan terjadinya hujan asid), 42% Hidrokarbon, 66% Karbon Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida, 74% Benzena (merupakan bahan beracun), serta Toluena, Xilena, dan Etilena yang tidak diketahui jumlah peratusannya. Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan (pengangkutan darat, laut dan udara) maka jelaslah bahawa kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motorsikal dan bas merupakan punca utama pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang. Analisis yang dibuat di Switzerland menunjukkan sistem pengangkutan darat, kecuali kereta api, menggunakan sebanyak tiga kali ganda keluasan tanah. Ini melibatkan penggunaan tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta dan 8.7 kali ganda bagi lori dan trak yang menghasilkan 9 kali ganda pencemaran. Sekiranya analisis yang dibuat di Malaysia, berkemungkinan statistik yang sama akan di dapati dan barang kali juga lebih tinggi daripada hasil kajian di Switzerland memandangkan kepada pertambahan penggunaan kenderaan bermotor ( terutamanya kereta ) di Malaysia akhir-akhir ini.

Langkah Penyelesaian

Bahaya pencemaran akibat penggunaan kenderaan bermotor telah lama diberi perhatian serius oleh negara-negara maju. Di Amerika misalnya, satu Akta Udara Bersih (Clean Air Act) telah diwujudkan untuk mengurangkan penghasilan Hidro Karbon, Karbon Monoksida dan oksida-oksida Nitrogen tertentu. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsurunsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor. Kesan Plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita menggunakan minyak tanpa plumbum (unleaded). Tindakan tegas kerajaan Malaysia adalah perlu untuk mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak berplumbum demi menjamin kesihatan masyarakat umum, terutamanya penghuni kota. Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang mengandungi kandungan oktana yang tinggi tidak menghasilkan plumbum dan boleh mengurangkan sehingga 90% pengeluaran Karbon Monoksida dan Hidrokarbon . Kecekapan enjin juga

meningkat daripada 6% kepada 15% apabila menggunakan bahan-bahan ini sebagai bahan pembakar. Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuhtumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telah pun menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembanguna berterusan yang perihatin terhadap persekitaran. Di negara-negara barat, penggunaan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik juga sedang dikaji secara giat. Kenderaan jenis ini tidak menghasilkan pencemaran bunyi dan udara. Namun demikian, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan. Kenderaan bermotor, sama ada buruk ataupun baru, hanya bertanggungjawab kepada separuh daripada persoalan dan alam sekitar. Separuh lagi tanggungjawab tersebut terletak dibahu kita sebagai pengguna. Sekiranya kita ingin mengurangkan kesan negatif penggunaan kenderaan bermotor terhadap alam sekitar, maka sikap perihatin terhadap cara kita menggunakan kenderaan adalah amat penting. Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakkan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu memandu. Menggunakan kadbod penghalang cahaya di cermin hadapan dan belakang ketika meletakkan kenderaan bermotor ditengah panas juga boleh mengurangkan kepanasan dalam kenderaan bermotor. Dengan ini kita dapat mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu kenderaan seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak dalam memulihara alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, menyelesaikan seberapa banyak tugas dalam satu perjalanan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir sekali kita seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan jarak dekat. Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik untuk alam sekitar disamping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita. Justeru itu, kempen Masyarakat Penyayang sepatutnya diperluaskan bagi merangkumi hubungan manusia dengan alam sekitar agar masyarakat Malaysia

lebih prihatin dan bertangungjawab terhadap persekitarannya. Pengguna kenderaan haruslah menggunakan kenderaan mereka dengan bijak agar dapat memulihara kesejahteraan alam sekitar di samping mengurang dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan sistem pengangkutan. 3 . Pencemaran Darat Manusia mengguna dan menyesuaikan diri dengan unsur-unsur alam semulajadi seperti hutan, bahan galian, air, udara, tanah, sumber-sumber laut dan bahan api, mengindahkannya menerusi proses-proses pengeluaran kepada bentuk barangan dan perkhidmatan . Proses-proses pengeluaran ini berkait rapat dengan sistem ekonomi serta perkembangan dan pertumbuhannya . Sikap memandang sesuatu dari perspektif keuntungan menimbulkan sifat mengeksploitasi alam sekitar tanpa memperkirakan kepupusan sumber-sumber alam semula jadi . Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara . Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting bagi pendapatan matawang asing . Di kawasan tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia . Akan tetapi eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat dahsyat . Umpamanya, banjir yang melanda beberapa kawasan seperti India, Bangladesh dan kawasan-kawasan Asia yang lain telah mengurangkan sumber air sungai yang bersih untuk kegunaan sehari-hari . Hasil tanaman padi, tebu dan sebagainya juga terjejas . Di sebaliknya kerajaan negara-negara tersebut terpaksa membelanjakan kira-kira RM 140 juta hingga RM 750 juta sebagai perbelanjaan banjir . Kadar pemendakan yang tinggi akibat penusnahan hutan yang tidak terkawal juga telah mengurangkan jangka penggunaan air kolam di Utara Pulau Luzon, Filipina, di kolam Air Nizamzagar, India dan lain-lain . Beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai tragedi hitam, seperti tragedi Pos Dipang di Kampar, Perak, tanah runtuh di Genting Highlands dan beberapa lagi peristiwa yang telah mengorbankan banyak nyawa didapati berpunca daripada kealpaan manusia dalam menjaga alam sekitar , disebabkan terlalu mementingkan keuntungan melalui cara meminimumkan kos ataupun disebabkan kejahilan mereka dalam pengurusan alam sekitar .

Langkah penyelesaian

Langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan di buat oleh semua kerajaan negeri dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha

memastikan pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan negeri juga disarankan supaya menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa hadapan . Tabung penanaman semula hutan diwujudkan ke arah memastikan semua pihak mematuhi peraturan undang-undang . Di bawah garis panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Antarabangsa Balak Tropika pula menitikberatkan beberapa aspek ke arah meningkatkan kesedaran pemeliharaan hutan tropika di kalangan negara anggota . Ini termasuklah : 1. Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari tahun ke setahun . 1. Membentuk plan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi pemeliharaan hutan dan pengeluaran balak yang berkekalan . 1. Mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan dengan meningkatkan penggunaan kayu getah, buluh, rotan dan produk hutan lainnya . 1. Menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses . Di samping kerajaan persekutuan, Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang mempunyai undang-undang yang tersendiri ke atas hutan dan pemeliharaan hutan masing-masing . Dalam konteks ini, sebarang peraturan yang diwartakan diperingkat kerajaan persekutuan tidak semestinya harus dilaksanakan serentak di semua negeri . Sementara itu, terdapat beberapa peruntukan dan kelonggaran yang diberikan kepada kerajaan negeri bahawa penebangan dan pemeliharaan hutan serta balak adalah bidang kuasa kerajaan mereka . Semua ini banyak membantu ke arah ketidakcekapan dan permasalahan dalam menguruskan sumber hutan dan pembalakan di negara ini .

KESIMPULAN
Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya? Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan

kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih. Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting yang harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang timbul dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap dijalankan oleh agensi-agensi maritim yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran laut yang dilakukan oleh pihakpihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara agensi-agensi maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir pencemaran di laut amatlah dialu-alukan. Masalah pencemaran laut tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan berulang lagi. Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara. Alam semulajadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya. Sekiranya kita mencurahkan bahan kimia ke dalam sesuatu organisma, ianya tampak seolah-olah kita melemparkan sekarung nat untuk skru dan pasak ke dalam peralatan jentera "delicate" yang pernah diciptakan.

BIBLIOGRAFI
Ismail Hashim, 1991. Krisis Alam Sekitar : Tanggungjawab Manusia Sejagat. Akademik Khas, 1991. Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim, 1994. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor Terhadap Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Disember 1994. Rohaini Haris, 1994. Jabatan Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Mei 1994. Dr. Moha Asri Abdullah, 1997. Industri Pembalakan Negara: Antara Garis Panduan dan Permasalahan. Dewan Ekonomi, April 1997.

Wong Khek Seng, 1991. Hutan dan Permusnahan. Akademik Khas, 1991. Prof. Madya Dr. Abdul Halim Sulaiman, 1994. Pencemaran Air. Dewan Kosmik, Mei 1994. Tajulddin Muhammad, 1997. Pemuliharaan Alam Sekitar. Dewan Ekonomi, Jun 1997. Persidangan Maritim Malaysia. Penguatkuasaan Pencemaran Marin dan Masalahmasalahnya. Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur. 16-19 Disember 1996.
http://sarjana.tripod.com/cemar1.html

Isnin, 12 Mac 2012

ISU ALAM SEKITAR : Sejauh Manakah Keprihatinan Kita? Cikgu taufik


DEFINISI ALAM SEKITAR Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama, iaitu : (I) Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku. (II) Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia. KEPENTINGAN ALAM SEKITAR Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan nyaman. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan negara sedikit sebanyak akan menjejaskan alam sekitar di negara kita jika tidak dijaga dengan baik. Antara kepentingan alam sekitar ialah: (i) Kesihatan manusia terjamin (ii) Tarikan pelancong asing (iii) Membekalkan udara yang segar (iv) Menstabilkan ekosistem (v) Memelihara habitat hidupan darat dan air (vi) Mengelakkan kepupusan PUNCA KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR Kemusnahan alam sekitar diakibatkan oleh pelbagai pihak. Sektor perindustrian dan sektor pertanian yang merupakan sektor terpenting di negara kita turut menyumbang dalam kemusnahan alam sekitar. Selain itu, punca-punca lain ialah: (i) Penggunaan baja kimia dan secara berlebihan (ii) Penebangan pokok-pokok secara berleluasa (iii) Pembakaran terbuka (iv) Pembebasan gas-gas seperti gas karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain. (v) Pembuangan sisa-sisa bahan toksik

KESAN KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR Alam sekitar yang sedang mengalami kemusnahan telah membawa banyak kemudaratan kepada manusia dan hidupan tidak kira hidupan di darat ataupun di air. Antara kesannya adalah seperti berikut : (i) Pencemaran udara dan jerebu

(ii) Fenomena hujan asid (iii) Pencemaran bau (iv) Pencemaran air (v) Kemusnahan hidupan akuatik (vi) Peningkatan suhu sekitar / pemanasan setempat (vii) Keracunan (viii) Hakisan tanah dan banjir (ix) Kesihatan terjejas LANGKAH-LANGKAH MENGATASI Teknologi yang semakin canggih telah menghasilkan pelbagai produk menyebabkan semakin banyak berlakunya pencemaran. Secara tidak langsung, alam sekitar menjadi mangsa; baik di udara, laut ataupun di darat. Langkah-langkah haruslah diambil untuk 'membersihkan' alam sekitar daripada pencemaran. Langkah-langkah ini dibahagikan kepada empat tahap iaitu : (i) Peringkat Antarabangsa (ii) Pihak Kerajaan (iii) Organisasi (iv) Individu. Di peringkat antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO ( Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan Greenpeace telah ditubuhkan. Kedua pertubuhan ini bertindak sebagai pengawas pencemaran. WHO memainkan peranan penting dalam mengawal pencemaran dan berhak menetapkan peraturan mengenai alam sekitar. Greenpeace pula memberi maklumat kepada orang ramai mengenai pencemaran yang terjadi di dunia dan menunjuk perasaan jika berlaku sesuatau pencemaran alam. Langkah yang kedua iaitu, pihak kerajaan, misalnya Kerajaan Malaysia, telah mengadakan pelbagai undang-undang dan langkah untuk meningkatkan lagi mutu alam sekitar. Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah merata-rata akan dikenakan denda dan dikehendaki membersihkan kawasan dengan diawasi oleh pegawai yang bertugas. Industri-industri yang membuang sampah atau kimia sewenangwenangnya akan disaman. Langkah ketiga, organisasi-organisasi seperti sekolah, komuniti setempat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar kepada murid-murid melalui Pendidikan Moral di sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar murid-murid mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar. Komuniti setempat pula boleh mangadakan pertandingan antara lorong, kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja boleh mengadakan himpunan untuk mengumpul surat khabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap tanggungjawab dalam pembuangan sampah. Langkah keempat, adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula ( reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula ( recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan (reduce). Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.

http://abihulwa.blogspot.com/2012/03/isu-alam-sekitar-apakah-peranankita.html

Isu Semasa alam sekitar


Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia. Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan buruk kepada masyarakat dan dunia pada masa kini. Ini tidak dapat dinafikan lagi kerana terdapat banyak kes-kes yang terlibat termasuklah penipisan ozon,kejadian hujan asid,kesan terhadap rumah hijau dan banyak lagi. Kes sebegini tidak seharusnya dipandang remeh oleh semua golongan masyarakat bermula dari individu itu sendiri sehinggalah ke tahap dunia. Pencemaran ini haruslah ditangani segera kerana jika tidak,ia akan memberi kesan masa panjang.Jika kita dapat lihat sekarang ini,banyak kes-kes pencemaran yang di laporkan akibat daripada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

Pada masa kini ,terdapat banyak kes pencemaran yang berlaku tak kurangnya di Malaysia.Jika ingin dilihat dari sudut pencemaran udara,sekarang ini banyak kes yang terjadi akibat daripada pembakaran hutan secara berleluasa. sebagai contoh,Indonesia adalah salah satu negara penyumbang kepada kes pencemaran udara yang terbesar di rantau ini.

Isu pertama yang ingin kami ketengahkan ialah kes pencemaran udara yang terjadi akibat daripada pembakaran sampah secara terbuka yang terjadi di kawasan Klebang,Melaka. Dengan wawasan ingin menjadikan Melaka sebagai negeri maju 2010, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk melupuskan pusat pelupusan sampah yang terdapat di negeri itu. Walaubagaimanapun,langkah yang ingin di ambil oleh pihak kerajaan negeri di anggap sebagai langkah yang kurang bijak kerana jika perkara ini terjadi, ia akan memberi kesan kepada penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasa tersebut. Jika kita sedar, benda yang terbuang ini mengandungi bahan yang berbahaya jika tidak di uruskan dengan baik. Maka, semua pihak seharusnya memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Melaka sebagai negeri yang bersih.

Isu kedua ialah tentang kerakusan pihak yang terlibat dalam kecurian

pasir di Taman Paya Indah Wetlands

di Dengkil,Selangor. Kawasan ini adalah tempat perlindungan untuk badak air dan juga buaya. Malah, tempat ini juga di ishtiharkan sebagai tempat persinggahan burung-burung yang berhijrah dari semua tempat. Seandainya tempat ini di perlakukan seperti ini,maka ekosistem di kawasan ini akan musnah dan bertambah pupuslah keindahan alam yang terdapat di kawasan Wetlands. Punca berlakunya masalah ini adalah kerana permintaan yang tinggi kepada pasir yang terdapat di

kawasa itu.Pasir yang terdapat di situ ialah jenis pasir silika yang mana amat di perlukan di negara jiran kita,Singapura. Singapura memerlukan pasir jenis ini untuk membuat cip-cip mikro. Kesan kepada kes ini, habitat-habitat haiwan yang berlindung di kawasan itu mula tergugat. Pihak kerajaan haruslah mengambil berat tentang hal ini,jika tidak ia akan menyebabkan haiwan-haiwan ini pupus dari muka bumi ini.

Isu yang ketiga ialah kes penggodolan tanah yang berlaku di Cameron Highland.Satu ketika dahulu,Cameron Highlands sangat terkenal dengan suasana sejuk di kalangan pelancong, sama ada dari dalam mahupun dari luar negara. Cameron Highlands juga adalah tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan sayur-sayur dan buah-buahan segar.Menurut kajian yang di buat oleh Jabatan Geologi Cameron Highlands,pada tahun 1993,didapati hampir 77.5% kawasan itu masih dipenuhi oleh hutan,tetapi menjelang tahun 2002,hutan di kawasan itu hanya tinggal 54.2% hutan saja. Ini menunjukkan bahawa Cameron Highlands mula menghadapi masalah.

Perkara sebegini terjadi di sebabkan oleh kerakusan pihak pengusaha hotel dan petani yang ingin melipatkan gandakan pulangan mereka tanpa mengambil kira kesan kepada ekosistem yang terdapat di situ.Kejadian menggondolkan tanah untuk tujuan pertanian akan mengakibatkan tanah runtuh dan juga banjir lumpur. Sekiranya perkara sebegini berlaku, ia akan memberi impak yang besar kepada penduduk tempatan malah mungkin mengakibatkan kerugian kepada pengusaha hotel kerana pelancong mungkin tidak akan datang kerana khuatir akan tahap keselamatan di situ. Sekiranya anda pergi ke Cameron Highlands sekarang ini,anda akan dapat melihat batas-batas tanaman di bina hingga ke puncak bukit dengan kecerunan 25 darjah celcius. Kesan kepada kes ini, suhu Cameron Highlands mungkin akan meningkat dan itu akan menyebabkan kadar peratusan sektor pelancongan akan menurun. Selain itu, tanah runtuh dan banjir lumpur pasti akan berlaku kerana taburan hujan di Cameron Highlands adalah sekitar 3000 mm setahun. Tanaman seperti periuk kera,paku gajah dan pokok-pokok eksotik yang lain turut akan terjejas daripada aktiviti yang tidak sihat ini.

Seharusnya pihak berkuasa mengambil langkah yang bijak dalam menengani masalah ini untukk memastikan tempat ini masih seperti dahulu tanpa ade sebarang penjejasan. Pihak pengusaha hotel dan juga tanaman haruslah memainkan peranan penting kerana jika mereka mementingkan wang ringgit daripada kerosakan ekosistem,maka ini akan memberi kesan yang teruk kepada semua pihak.Malah.mereka akan turut di persalahkan di atas semuakejadian yang terjadi.

http://k0t4k87.blogspot.com/2010/08/isu-semasa-tentang-alam-sekitar.html

KAJIAN KESEDARAN ALAM SEKITAR


PENDAHULUAN Nilai murni terhadap alam sekitar seharusnya diterapkan kepada setiap individu agar menjadi masyarakat yang sedar dan faham bahawa bumi dan alam semesta ini adalah anugerah yang dikongsi bersama masyarakat sejagat sepanjang zaman. Di antara prinsip yang wajar diamalkan ialah prinsip rendah diri iaitu bumi bukan milik manusia sahaja; tetapi kita sebahagian daripada bumi dan alam. Oleh itu penting untuk kita mengamalkan prinsip bekerjasama di mana peranan kita adalah untuk memahami, bekerja seiring sejalan serta hidup berharmoni dengan alam tabii dan bukan untuk menawan, menjajah serta mengeksploitasinya. Semua spesis perlu menghormati alam/bumi sama ada spesis berguna atau tidak kepada manusia, ia tetap mempunyai hak untuk hidup atau sekurang-kurangnya berjuang untu hidup. Kebahagiaan hidup hanya tercapai bila berlakunya keseimbangan dari aspek kebendaan dan kerohanian tanpa mengabaikan kepentingan alam sekitar. Malah sesuatu tindakan adalah baik apabila dapat mengekalkan keutuhan ekologi, keterusan dan kepelbagaian sistem yang menyara kehidupan di bumi- prinsip mementingkan kemapanan ekosistem untuk kita dan kehidupan lain. Sebagai entiti penghuni alam yang paling atas juga, kita wajar berpegang pada prinsip mengekalkan hidupan liar dan kepelbagaian kehidupan. Tindakan manusia mengakibatkan kepupusan mana-mana spesies liar, menghapus serta mendegradasi habitatnya amatlah salah. Apabila kita terpaksa juga melakukan perubahan kepada alam/ bumi untuk memenuhi keperluan kita, kita mestilah memilih cara yang mengakibatkan kerosakan yang minima. Malah kita, sewajarnya mengikut kadar dan cara yang sesuai dengan alam/bumi. Selain itu, dalam kerangka pemikiran kita juga perlu ada prinsip ekonomi bukanlah segalagalanya. Anggapan bahawa manusia dan benda-benda hidup sebagai tidak mempunyai sebarang nilai selain daripada nilai ekonomi amatlah salah. Setiap individu perlu memikul tanggungjawab memelihara alam sekitar dan mengiktiraf hak mereka yang belum lahir atau hak generasi akan datang. Membuang bahan cemar ditempat orang lain, seumpama kita meracuni orang yang mendiami tempat itu. Kita harus meninggalkan bumi dalam keadaan yang sama kalau tidak pun lebih baik daripada apa yang kita temui pada mulainya. Tiada individu, badan korporat atau pun negara mempunyai hak yang tidak terbatas ke atas sumber-sumber alam/bumi dan pengguaan sumber alam biarlah mengikut keperluan. Jangan biarkan keperluan bertukar menjadi laba. Kita sebagai individu yang membentuk masyarakat mestilah melindungi ekosistem yang masih liar dan memperbaiki semula yang telah rosak. Dalam melindungi dan memastikan keteruswujudan alam/bumi, lakukannya lebih baik daripada apa yang dikehendaki undang-undang. Sifat mencintai alam/bumi dengan mengalami dan menghayati udara, air, tanah, tumbuhan dan dan haiwan. Oleh itu kenalilah persekitaran kita supaya kita dapat memahami dan mencintainya. Definisi Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar Perkataan pemeliharaan telah digunakan dalam banyak cara yang berbeza. Walau bagaimanapun, oleh sebab ia berkait rapat dengan proses-proses sara hidup, ia boleh didefinasikan secara umum sebagai penggunaan alam sekitar dan sumber-sumbernya secara berkekalan untuk mendatangkan mutu kehidupan yang tinggi untuk masa sekarang dan masa hadapan. Ia melibatkan rancangan terlebih dahulu, serta kawalan terhadap penggunaan alam sekitar dan sumber-sumbernya oleh manusia. Sumber-sumber semulajadi yang meliputi keduadua komponen hidup dan bukan hidup boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu sumber yang boleh dan tidak boleh diwujud semula. Sumber hidup boleh menggantikan diri sendiri, untuk menambahkan kuantitinya dan dengan pengurusan yang cermat akan memulihkan bekalan asalnya. Manakala sumber bukan hidup

tidak akan mengeluarkan semula dan jika semua simpanan bijih timah atau petroleum digunakan, ia akan habis dan gentian lain perlu dicari. Sumber hidup adalah saling berhubung, umpamanya jika hutan ditebang, maka bukan sahaja spesies pokok dan kayu kayan akan terjejas, bahkan tanah juga akan didedahkan, dan seterusnya membawa kepada proses penghakisan. Ini tidak sama dengan sumber sumber bukan hidup. Jika satu simpanan bijih timah dilombongkan, ia tidak akan mempengaruhi simpanan-simpanan dalam kawasan-kawasan lain. Pemuliharaan pula bermaksud proses memulih baik semula sumber-sumber melalui pengurusan yang cermat dan dengan tidak membazir sumber-sumber semulajadi. Pokok--pokok yang ditebang perlulah ditanam semula dalam usaha memastikan sumber tersebut sentiasa wujud berterusan. Pernyataan Masalah Terdapat pelbagai reaksi terhadap kesan penglibatan individu di dalam aktiviti secara individu mahupan berkumpulan terhadap tahap kesedaran, amalan dan penglibatan isu berhubung alam sekitar terutama dalam pemeliharaan juga pemuliharaan alam sekitar. Ada yang berpendapat bahawa penglibatan individu dalam organisasi berkaitan alam sekitar bukanlah faktor penting menentukan sikap, kefahaman dan kesedaran terhadap alam sekitar. Bagaimanapun, Tbilisi (1977) menggariskan matlamat pendidikan alam sekitar adalah untuk membentuk masyarakat dan individu yang memperoleh kesedaran tentang punca pencemaran, pengetahuan untuk mengurus dan mengurangkan pencemaran, memupuk sikap yang mesra alam, memberi kemahiran dalam pengurusan alam sekitar, pelupusan dan pengurangan pencemaran serta menggalakkan gotong royong membersih alam sekitar. Dalam konteks ini, di IPG Kota Bharu turut disediakan kursus pendidikan alam sekitar untuk memberi pendedahan kepada pelatih guru yang kemudiannya nanti akan menerapkannya kepada murid-murid. Pelatih guru sebagai seorang individu dalam entiti masyarakat dan agen penyampai ilmu sewajarnya mempunyai ilmu, kesedaran, kefahaman dan keprihatinan yang tinggi terhadap isu alam sekitar. Di atas kesedaran dan alasan inilah timbul minat yang mendalam bagi kami untuk meninjau sejauh mana tahap penglibatan, kesedaran dan kefahaman pelatih guru IPGKB berkenaan isu alam sekitar. Kepentingan Kajian Kajian ini akan melihat sejauh manakah tahap penglibatan individu terhadap organisasi berkenaan alam sekitar. Secara tidak langsung kajian ini juga akan membantu pelatih guru meningkatkan tahap kesedaran individu terhadap isu-isu alam sekitar masa kini. Di samping itu kajian ini juga diharap dapat membantu pihak berkenaan seperti IPKB untuk menggalakkan pelatih sentiasa peka kepada isu alam sekitar dan sama-sama menyumbang tenaga, idea dan kepakaran dalam memelihara dan memulihara alam sekitar dengan samasama melibatkan diri secara langsung, malah menjadi tenaga penggerak kepada organisasi berkaitan alam sekitar, Diharapkan juga hasil kajian akan memberikan gambaran yang baik dan mendatangkan faedah kepada pelatih guru dalam menilai diri dan meningkatkan komitmen untuk memikul tanggungjawab menjadi insan guru yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Guru yang berhasrat melahirkan guru yang bepekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Objektif Kajian Kajian yang dijalankan terhadap pelatih guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah Ambilan Januari 2008 ini mempunyai dua objektif utama iaitu objektif umun dan objektif khusus:

Objektif umum adalah untuk mengetahui penglibatan individu dalam organisasi berkenaan alam sekitar. Objektif khusus adalah untuk: 1. Meninjau peringkat peranan pelatih guru dalam organisasi berkenaan alam sekitar, 2. Mengenal pasti faktor-faktor demografi yang paling dominan yang menyumbang minat dan kesedaran terhadap isu alam sekitar. 3. Mengenal pasti program atau aktiviti yang disertai oleh pelatih guru. Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan-persoalan berikut 1. Sejauh manakah peranan pelatih guru dalam penglibatan organisasi berkaitan alam sekitar. 2. Menilai tahap kesedaran pelatih guru berkenaan isu-isu alam sekitar. Adakah dipengaruhi oleh faktor-faktor demografi berikut: 2.1 Jantina 2.2 Lokasi tempat tinggal 2.3 Taraf perkahwinan 2.4 Pengalaman dalam bidang perguruan Batasan / Skop Kajian Kajian ini hanya terhad kepada pelatih guru yang mengambil kursus pendidikan alam sekitar bersama pensyarah En. Shaari Omar yang meliputi 6 kumpulan iaitu masing-masing 2 kumpulan opsyen Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran,dan opsyen Kajian Sosial, manakala 1 kumpulan opsyen Pemulihan dan PSV di IPGKB sahaja. Populasi yang dipilih adalah terdiri daripada seramai 80 orang pelajar. Sebahagian daripada mereka adalah bekas guru sandaran tidak terlatih atau guru di sekolah swasta dan majoriti mempunyai pengalaman kerja dalam pelbagai sektor. Oleh itu, berkemungkinan wujud perbezaan kesedaran, pengetahuan, amalan dan penglibatan berkaitan isu alam sekitar. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama dalam kaedah pengumpulan data. Dapatan yang diperolehi mungkin dipengaruhi oleh faktor sikap individu seperti tidak mahu bekerjasama, tidak serius dan sebagainya. Selain daripada itu, antara perkara yang dikenal pasti yang akan memberi kesan kepada hasil dapatan ialah pengaruh masa yang terhad semasa menjawab soal selidik. Faktor ini juga diambil kira di dalam membuat kesimpulan terhadap hasil kajian yang akan diperolehi. Hasil Kajian 1. Kod Etika Alam Sekitar Tahap kesedaran responden terhadap kod etika alam sekitar (minimal impact ang leave no trace technique) masih pada tahap yang rendah malah peratusan yang tidak pasti agak tinggi aiatu 39 %. Situasi ini menunjukkan bahawa usaha-usaha kempen alam sekitar yang telah dijalankan sama ada oleh pihak kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan masih kurang berkesan kerana golongan terpelajar dan berpendidikan peringkat lepasan ijazah masih tidak faham akan kod etika alam sekitar. Kesedaran dan perasaan tanggungjawab belum begitu menular dan meresap dalam sanubari dan amalan kehidupan seharian masyarakat kita hari ini. Tidak hairanlah di mana-mana sahaja kita dapat melihat pencemaran alam sekitar berlaku terutamanya pencemaran sungai yang berada pada tahap yang kritikal di negara kita. Masyarakat kita hanya ingin menyelesaikan urusan harian mereka untuk meneruskan kehidupan tanpa mempedulikan atau mengembil kira tentang kod etika alam sekitar. 2. Kempen Kitar Semula

Keberkesanan Kempen Kitar Semula mendapat reaksi yang sangat baik daripada responden. Hal ini jelas kelihatan kerana peratusan responden yang sangat bersetuju dan bersetuju dalam hal ini sangat tinggi iaitu 96 %. Namun begitu, dalam pelaksanaan kempen ini, pengetahuan masyarakat terhadapnya agak baik tetapi dari segi praktikalnya kurang berkesan. Penggunaan tong sampah kitar semula tidak begitu meluas dan hanya tertumpu di kawasan Bandar-bandar besar dan membangun sahaja seperti di Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Petaling Jaya. Boleh dikatakan hampir tidak kelihatan tong-tong sampah kitar semula di Bandar-bandar yang di negeri yang kurang maju di Negara kita seperti di Kota Bharu, Alor Setar, Pasir Mas dan Seremban. Kesedaran responden terhadap kepentingannya sangat baik namun praktikalnya masih pada tahap yang lemah. 3. Penjagaan Kebersihan Sungai Kesedaran tentang kepentingan penjagaan kebersihan sungai dapat mengurangkan kos pemuliharaan sungai sangat menbanggakan iaitu 77 % sangat bersetuju dan 17 % bersetuju. Sememangnya dalam situasi sebenar kehidupan, kesedaran masyarakat tentang kepentingan kebersihan sungai sangat baik Cuma permasalahan yang timbul ialah sejauhmanakah hal ini diamalkan dalam pengurusan kehidupan seharian? Bagi memastikan kebersihan sungai di negara kita terkawal dan tidak menjejaskan bekalan air bersih bukan sekadar kempen mesti dipertingkat malah yang lebih penting ialah penguatkuasaan undang-undang dan tindakan ke atas individu atau pihak-pihak yang terbabit dalam merosakkan sungai kita dilaksanakan dengan cekap. Ingat! Walau secanggih manapun, sehebat manapun kemajuan teknologi dan setinggi manapun tahap intelektual rakyat Negara kita, tetapi kalau sungai, sumber bekalan air bersih yang utama, rosak dan tercemar, apalah maknanya hidup kita. Malah, kita tidak akan mampu atau berupaya meneruskan hidup ini.Air ialah asas kehidupan. 4. Aktiviti Perkhemahan, Berkayak, Lawatan dan Mendaki Antara Kaedah Kempen yang Berkesan Aktiviti-aktiviti ini tidaklah sepenuhnya merupakan antara kaedah kempen yang berkesan kerana dalam pelaksanaannya terdapat beberapa kesulitan untuk melibatkan golongan sasar yang pelbagai peringkat sosial. Aktiviti perkhemahan, berkayak, mendaki meruapakan aktiviti yang mencabar dari segi fizikal dan mental peserta. Jadi, sudah pastinya hanya golongan muda yang dapat menyertainya. Dalam hal ini, pastinya golongan kanak-kanak, golongan tua, golongan ibu dan golongan yang terlalu sibuk bekerja tidak dapat menyertai aktiviti ini. Kesannya, kempen alam sekitar melalui aktiviti-aktiviti tersebut hanya sampai kepada satu golongan masyarakat sahaja. Kesimpulannya, adalah amat penting kaedah-kaedah kempen alam sekitar yang sesuai dan berkesan serta praktikal dalam kehidupan seharian untuk semua golongan masyarakat dilaksanakan. 5. Hubungan Individu dengan Alam Sekitar ( Human-Nature Relationship) Tahap kesedaran responden dalam hal ini sangat baik. Sememangnya, setiap aktiviti manusia mendatangkan kesan kepada alam sekitar sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kesannya pula melibatkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang. Aktiviti harian dan sikap individu pastinya akan meberikan kesan (impact), interaksi, hubungan langsung terhadap alam ini. Jadi, hubungan dan interaksi individu/manusia yang harmoni dan mesra serta bermakna dengan alam sekitar pasti mewujudkan meminimumkan kemusnahan alam dan kehidupan yang positif. Alam sekitar yang mapan dan sustainable environment juga terpelihara dan dapat dipulihara. Kempen dan usaha-usaha untuk menyemai dan memantapkan kesedaran individu dalam hal ini mesti diteruskan dengan cekap dan berkesan bukannya bermusim.

Daripada kaji selidik yang dijalankan ke atas 70 orang pelajar terhadap pemahaman tentang isuisu alam sekitar di Malaysia, didapati kebanyakannya mempunyai pengetahuan tentang isu-isu alam sekitar tetapi pemahaman tersebut tidaklah secara mendalam Adalah didapati 57% memahami atau tahu tentang isu-isu alam sekitar di Malaysia. 21% pula sangat tahu, 18% tidak pasti dan 4% tidak tahu apa-apa tentang isu alam sekitar. Antara isu yang amat difahami berdasarkan jadual di atas ialah isu penipisan lapisan ozon. Kedua, ialah perubahan jaringan atau rantaian makanan. Ketiga, Perubahan iklim sejagat. Keempat, global warming dan kesan rumah hijau. Kelima, Kehilangan sumber air. Keenam, kepupusan biodiversiti dan yang terakhir ialah penggunaan atau peluasan gurun. Isu penipisan ozon paling difahami oleh responden, mungkin kerana banyaknya pendedahan yang disebarkan oleh media massa di samping pembacaan yang dilakukan oleh sesetengah responden berbanding isu isu lain yang kurang difahami atau tidak di ketahui. Penipisan ozon ini adalah kesan daripada penggunaan bahan klorofluorokarbon (CFC), sejenis sebatian kimia yang didapati dalam bahan semburan (aerosol) dan alat penyejuk (seperti dalam peti sejuk dan penyaman udara). CFC ini boleh memusnahkan molekul-molekul ozon dalam atmosfera dan menyebabkan penipisan lapisan ozon atmosfera. Apabila penipisan ozon berlaku lebih banyak sinaran ultara ungu boleh sampai ke permukaan bumi dan menyebabkan pertambahan kejadian kes kanser kulit di kalangan manusia. Manakala antara isu yang tidak diketahui oleh kebanyakan individu ialah penggunaan atau peluasan gurun.

RUMUSAN Hasil daripada soalselidik yang kami lakukan, terdapat beberapa dapatan yang kami rumuskan seperti berikut; mengikut objektif umum kami iaitu melihat sejauhmana peranan pelatih guru dalam penglibatan dengan organisasi berkaitan alam sekitar. Kami dapati terdapat perbezaan ketara antara tahap penglibatan iaitu wujud segelitir responden yang melibatkan diri secara langsung manakala majoriti pula tidak memainkan apa-apa peranan dalam mana-mana organisasi berkaitan alam sekitar. Oleh kerana keterlibatan dalam organisasi amat berkurangan, maka tidak hairanlah bagi kami kepada dapatan aktiviti yang responden biasa. Dalam empat jenis aktiviti yang kami soal, hanya aktiviti gotong royong sahaja yang agak biasa bagi responden sedangkan responden lain memilih untuk tidak menandakan mana-mana aktiviti. Walapun responden tidak terlibat secara langsung, kami dapati tahap kesedaran responden di kalangan responden adalah amat baik di mana responden memberi skala amat bersetuju dan bersetuju terhadap apa-apa situasi dan kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang melibatkan tindakan individu yang mencerminkan tanggungjawab mereka. Malah responden juga memberi maklumbalas yang baik terhadap aktiviti pembersihan sungai, program kitar semula dan pendidikan luar yang dikatakan akan memberi impak yang lebih positif terhadap tingkahlaku individu berkenaan alam sekitar. Dapatan soal selidik bagi tahap pemahaman isu-isu alam sekitar, kami dapati responden memberi skala tahu berbanding sangat tahu. Ini dapat dikatakan responden mungkin tidak tahu secara lebih mendalam melainkan hanya mendapat pengetahuan umum tentang isu berkenaan. Pengetahuan ini mungkin di dapati secara tidak langsung seperti melalui pengalaman lalu, media cetak dan elektronik, pemerhatian atau pembelajaran secara tidak langsung. Kami cuba mengungkapkan perkaitan di antara latar belakang dengan tahap kesedaran responden. Bagaimanapun, oleh kerana kami tidak mendapat secara lebih terperinci tentang latar belakang respoden, kami hanya dapat menjelaskan secara anggaran hasil dapatan kami. Kami dapati responden mempunyai pengetahuan tentang isu-isu global alam sekitar. Ini berkait rapat dengan tahap pendidikan responden kami yang keseluruhannnya mendapat pendidikan

tinggi sekurang-kurangnya di peringkat ijazah pertama. Walaupun dari sudut jantina, bilangan responden wanita melebihi responden lelaki, tahap kesedaran dan penglibatan tidak dipengaruhi oleh faktor ini. Oleh itu, kami membuat anggaran bahawa faktor jantina mungkin tidak menyebabkan seseorang individu itu sama ada faham atau sedar tentang isu berkaitan alam sekitar. Perkara yang sama turut terjadi kepada lokasi kediaman responden di mana faktor tempat tinggal sama ada mereka dari Bandar atau luar Bandar tidak menentukan tahap penglibatan, peranan mahupun kesedaran. Ini mungkin juga berkait rapat dengat tahap pendidikan mereka memandangkan mereka adalah golongan yang berpendidikan dan memiliki tahap ilmu dan pendedahan yang setara walau dari manapun asal mereka. Terakhir sekali kami lihat dari sudut pengalaman mengajar dan status perkahwinan. Dapatannya, mereka yang mempunyai pengalaman menjadi guru dan berkahwin lebih prihatin soal alam sekitar. Namun, pengalaman dan status tidak memberi perbezaan dalam soal tahap penglibatan dan kefahaman tentang isu berkaitan alam sekitar. Oleh kerana kekangan masa, kos dan tenaga, kami tidak dapat membuat kajian yang lebih tepat dan objektif. Kami berharap kajian ringkas kami ini masih mampu memberi gambaran lebih dekat dalam mengenali pribadi pelatih guru terhadap isu alam sekitar khususnya. Kami berpendapat, pelatih guru seharusnya melibatkan diri dengan lebih aktif dengan organisasi berkaitan alam sekitar kerana guru adalah individu yang mempunyai tahap pengaruh yang lebih meluas dan berkesan terutama dalam mendidik generasi muda tentang pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar demi kesejahteraan hidup dan keberterusan alam ini. . Disiarkan jam 29th December 2009 oleh ashaario

http://ashaario-ashaario.blogspot.com/2009/12/bab-i-pendahuluan-nilai-murni-terhadap.html

Penghargaan
April 20th, 2008 by Augustine Towonsing

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kasih kurnia-Nya penyelidik berjaya menyiapkan kajian ini dengan sempurna. Penghargaan ini juga penyelidik tujukan kepada kedua-dua orang tua penyelidik iaitu ayah penyelidik ...... dan ibu penyelidik ....... kerana dengan bantuan kewangan serta dorongan yang mereka berikan telah membolehkan penyelidik menyiapkan kajian ini dengan sempurna. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah yang telah menyediakan surat kebenaran kajian serta kemudahan lain yang membolehkan penyelidik menjalankan kajian ini. Penyelidik juga ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Augustine Towonsing kerana dengan bantuan dan panduan yang diberikan telah membolehkan penyelidik menjalankan kajian ini mengikut format yang telah ditetapkan. Akhir sekali, penyelidik juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada penduduk Taman Seri Utama, penduduk Kampung Baru serta rakanrakan seperjuangan kerana sudi berkongsi maklumat serta pihak-pihak yang tidak disebut di dalam penghargaan ini sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung. Sekian, terima kasih.

Objektif Kajian
April 20th, 2008 by Augustine Towonsing

Objektif kajian ini adalah seperti berikut: Mengkaji kesan kegiatan manusia ke atas tahap kebersihan sungai di Kampung Baru belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun. Mengkaji perubahan bentuk muka bumi fizikal sungai akibat daripada aktiviti penduduk sekitar. Mengkaji punca masalah pencemaran dan memberi cadangan untuk mengatasi kesan pencemaran dan tindakan manusia ke atas fungsi sungai di kawasan kajian.

Kaedah Kajian
April 20th, 2008 by Augustine Towonsing

Di dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan beberapa kaedah kajian iaitu: (a) Kaedah Pemerhatian Pada 16hb Ogos 2008 dari jam 8.45 pagi hingga 11.30 pagi, penyelidik bersama rakan-rakan penyelidik dengan diiringi oleh guru-guru pembimbing

telah menjalankan pemerhatian di kawasan sekolah, kawasan petempatan Taman Seri Utama dan juga Kampung Baru untuk meninjau keadaan sistem saliran. Di dalam kajian ini, kutipan maklumat telah diambil dengan menggunakan gambar digital. (b) Kaedah temubual Dalam kaedah temubual, penyelidik telah menemubual beberapa penduduk di kawasan kajian berkaitan dengan kesedaran terhadap fungsi, kepentingan sungai dan pencemaran di kawasan kajian. Antara soalan yang ditanya ialah:1. Adakah tuan/puan menyedari kepentingan sungai di tempat ini? 2. Adakah tuan/puan pernah menggunakan air sungai di tempat ini untuk kegunaan seharian? 3. Adakah tuan/puan menyedari berlakunya pencemaran di kawasan ini? pada pandangan tuan/puan, apakah punca yang paling ketara pencemaran di kawasan ini? 4. Apakah cadangan tuan/puan untuk mengatasi masalah pencemaran terutamanya sampah di kawasan ini? (c) Kaedah Ujikaji Dalam kajian ini juga penyelidik telah menjalankan ujian makmal menggunakan Alatan Ujikaji TDS ( Total Dissolved Solids) serta Electrolyzer ( Water Purity Tester) untuk mengkaji tahap pencemaran terlarut di sungai Kampung Baru, belakang sekolah SMK Gurun. Dinyatakan bahawa tahap pencemaran terlarut adalah 500mg/liter ppm (parts per milion). Sekiranya indeks pencemar terlarut mencapai 1000 ppm air berkenaan tidak selamat untuk digunakan oleh manusia. (http://www.espressoplanet.com/what_is_tds.htm) Di samping itu juga, penyelidik telah menjalankan ujian kederasan aliran sungai, ketebalan bahan mendap untuk melihat kesan perubahan bentuk muka bumi fizikal sungai dan kutipan kepelbagaian pencemaran pepejal. (d) Kaedah Rujukan. Dalam kajian ini juga penyelidik telah menjalankan kajian berdasarkan rujukan melalui buku, majalah dan juga jaringan internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian ini.

Peralatan kajian
August 12th, 2008 by Augustine Towonsing

Di dalam kajian ini, antara peralatan yang telah digunakan semasa menjalankan kajian luar adalah seperti di dalam senarai di bawah. 1. 1 biji bola ping pong. 2. TDS (Total Dissolved Solid) meter.

3. Water Purity Tester. 4. 1 gulung tali rafia. 5. Global Positioning System. 6. 4 batang mop. 7. Pita ukur. 8. Borang Laporan kajian luar. 9. Kamera digital. 10. Plastik sampah 11. Timbangan 12. Jam Randik 13. Sarung tangan getah 14. 1 bekas botol air 500ml. 16. Infra Red Thermal Scanner 17. Wayar extension 18. Kasut Getah 19. Kamera Video 20. Surat Kebenaran Menjalankan Kajian. http://www.malaysian-ghost-research.org/education/kgt-1/pendahuluan.html

Pengenalan Pencemaran alam adalah merujuk kepada tingkah laku dan kegiatan manusia yang menghasilkan kesan yang negatif dan memudaratkan persekitaran dan manusia. Zarina Law Abdullah dan Abdul Latif Ahmad ( 2009 ), menyatakan pencemaran adalah kesan yang memudaratkan persekitaran daripada hasil atau aktiviti manusia seperti industri dan proses pertanian. Kesihatan, ikhtiar dan kesempurnaan hidup manusia bergantung sepenuhnya kepada persekitaran dan integriti bumi yang didiami. Kesihatan persekitaran adalah bergantung kepada setakat mana kita boleh dan dapat mengawal kadar pencemaran alam sekitar.Kesihatan persekitaran meliputi semua aspek kesihatan manusia. Kesihatan persekitaran juga adalah merujuk kepada teori dan amalan penilaian, pembetulan, pengawalan dan pencegahan di dalam persekitaran yang berpotensi untuk mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan generasi manusia masa kini dan akan datang. Kesihatan persekitaran merupakan salah satu cabang kesihatan umum yang mengambil kira penilaian dan pengawalan kesan manusia terhadap persekitaran mereka. Lokasi Kajian Sejarah menunjukkan sungai dan persekitarannya sejak dahulu lagi amat penting di dalam kehidupan manusia dari segi sosial dan ekonomi.Fungsi utama sesebuah sungai adalah untuk mengalirkan air dari kawasan tadahannya dan kelautan.Sungai juga berperanan dalam kemudahan perhubungan yang menyebabkan banyak penempatan masyarakat bertumpu di sepanjang tebing sungai.Pada masa ini dapat dilihat di kawasan lembah yang pesat denganpembangunan infrastrukturnya, kawasan yang berhampiran sungai adalah kawasan lapang yang "terakhir" yang masih dapat dinikmati oleh penduduk warga kota.Sungai merupakan sumber air mentah utama iaitu 97 peratus. Pada tahun 2006 sahaja, sungai membekalkan sebanyak 7000 juta liter sehari dan dijangkaakan meningkat kepada lebih 16,000 juta liter sehari menjelang 2050. Isu yang seringkali berbangkit berkaitan sumber air ialah pencemaran sungai.Dari segi statistik, kurang separuh daripada 146 sungai di seluruh negara dikategorikansebagai bersih, manakala 15 lagi tercemar teruk dan sembilan dikategorikan sebagai sungai mati.Air pula merupakan ciptaan Allah S.W.T yang amat besar peranannya kepada kita. Setiap hari kita memerlukan air. Kita tidak dapat hidup selesa jika tiada air walaupun sehari. Malangnya, ramai orang yang tidak mencintai ciptaan Allah S.W.Tini. Sumber air kini banyak yang tercemar. Sikap sesetengah orang yang membuang sampah-sarap ke dalam sungai telah mencemarkan mutu air yang dianugerahkan kepada kita. Antara contoh, empat sungai di negara ini didapati paling tercemar sepanjang 2004 sehinggakan airnya tidak sesuai untuk tujuan minuman atau pengairan.Laporan Kualiti Alam Sekitar Malaysia 2004 yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitarbaru-baru ini menyebut sungai-sungai itu ialah Sungai Menggaris di Sabah, Sungai Jelutong di Pulau Pinang serta Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu di Johor. Masalah Kajian Manusia dan alam mempunyai kaitan dan hubungan yang sangat rapat. Kehidupan manusia di muka bumi ini memerlukan sumber alam untuk meneruskan kelangsungan hidup. Contohnya, keperluan manusia untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya, adalah bersumberkan tumbuhan-tumbuhan, binatang ternakan, pokok-pokok kayu, hutan rimba belantara, hasil perut bumi, minyak, gas, segala bentuk logam dan sebagainya, kesemuanya memberi manfaat kepada kehidupan dan keperluan manusia dari dahulu hingga sekarang. Subhana Allah, Maha Kaya dan Maha Agung kekuasaan Allah s.w.t. Manusia yang dikurniakan dengan akal fikiran semenjak dari zaman Nabi Adam a.s sehinggalah sampai ke hari ini telah melalui perubahan zaman, peradaban dan ketamadunan, dan zaman ini yang telah mencapai era pemodenan sains dan teknologi, telah membuktikan kecerdikan akal manusia melalui penerokaan ilmu serta penghasilan ciptaan-ciptaan atau rekaan-rekaan berbentuk material, kajian-kajian, penemuan-penemuan baru dan sebagainya. Kesemua sumber alam ini telah memberi manfaat dan asas kepada kita dalam mengejar kemajuan, pembangunan dan kekayaan yang sedang kita nikmati pada hari ini.Begitu panjang masa berlalu dan sumber alam dimanfaatkan ketahap yang maksimum, maka berlakulah apa yang berlaku pada hari ini, bumi telah mengalami pencemaran dari segala aspek baik di udara, di darat mahupun di lautan akibat dari aktiviti-

aktiviti manusia yang tidak terkawal. Hutan yang menghijau diteroka dan ditebang, bukit bukau dirata dan digondol, pembangunan terus berlumba-lumba dan tanpa disedari ianya mengundang bencana dan malapetaka kepada manusia. Objektif Kajian Objektif kajian ini ialah untuk melihat kesan pencemaran sungai akibat daripada tindakan manusia. Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut : a. Mengenalpasti punca dan pencemaran sungai. b. c. Mengenalpasti tahap pencemaran sungai. Mendapatkan statistik kandungan pencemaran.

Kepentingan Kajian Dapatan hasil ini nanti diharap akan dapat merungkai persoalan kajian dan dapat memberi maklumat kepada kita berkaitan punca dan kandungan sungai yang tercemar agar kita dapat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam menanggani masalah pencemaran. Batasan Kajian
Kajian ini hanya menjurus kepada kaedah yang terhad kerana masa bagi menyediakan tugasan yang agak terhad.Oleh yang demikian kajian tidak dapat dilakukan dengan lebih padat dan menyeluruh namun ia mmbolehkan kita mendapatkan maklumat berkaitan dengan secara dapatan rujukan dan melalui temu ramah. Definisi Istilah Definisi istilah merupakan penerangan terminologi atau terma-terma yang digunakan dalam kajian ini bagi membolehkan kita memahaminya dari segi pemahaman dan konsep khasnya yang melibatkan saintifik. Alam Sekitar Kajian tentang

saling

bertindakbalas

antara

juzuk-juzuk

fizik,

kimia

dan

biologi

di

dalam

alam

semulajadi.Tumpuannya adalah kepada pencemaran dan kemerosotan persekitaran yang diakibatkan oleh kegiatan-kegiatan manusia, serta kesannya terhadap kepelbagaian biologi. Ia merujuk kepada kajian alam sekitar terhadap pembangunan, baik tempatan mahupun sejagat. Ekologi Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda dengan alam sekitar. Perkataan ini dicipta oleh pakar biologi Jerman dan pengikut Darwin pada tahun 1866 Ernst Haeckel dari perkataan Greek (oikos beerti " rumah" dan logos beerti "sains").Ekologi ini merujuk kepada kajian saling hubungan antara organisma dengan persekitaran dan juga saling hubungan di kalangan kumpulan organisma itu sendiri.

Pencemaran Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifatsifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Sungai

Sungai merupakan sejenis saluran air tabii yang besar. Sumber sungai boleh jadi dari dari tasik, mata air ataupun anak-anak sungai. Dari sumbernya semua sungai menuruni bukit, dan merupakan cara biasa air hujan yang turun di daratan untuk mengalir ke laut atau takungan air yang besar seperti tasik. Mulut, ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanya di panggil ulu.
Rujukan Aris Fazil H.U., Borhan Y., & Abd Halim M.S. (2003). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan Tingkatan 5 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jamilah ibrahim & Helen Ten Hong Beng. (1991). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Seri Kumtom Sdn. Bhd. Radzi Shaari & Yusoff Ismail. (1990). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. JAM Sdn. Bhd. Thomas.T.O & Sahari Jantan. (1991). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kuala Lumpur: BP Sdn. Bhd.

http://e-contoh.blogspot.com/2013/02/contoh-kajian-kaitan-tingkahlaku-dan.html

Penyertaan aktif masyarakat mampu melestarikan alam sekitar


2011/04/22 - 07:33:44 AM Oleh Dr Zaini Ujang

SESI bersama masyarakat adalah amalan dimulakan Datuk Seri Najib Razak sejak minggu pertama beliau menjadi Perdana Menteri untuk meninjau suasana sebenar kehidupan rakyat. Menerusi sesi itu masalah rakyat dapat diselesaikan segera. Pada peringkat organisasi, ketua jabatan juga diminta melakukan sesi lawatan lebih kerap secara tidak berjadual dan tanpa protokol. Ada kalanya lawatan dibuat secara mengejut dan tidak dijangka. Selain meninjau perkembangan sesebuah organisasi, lawatan juga dapat mengeratkan hubungan dengan pekerja peringkat akar umbi dan penerima perkhidmatan. Dalam konteks pengurusan alam sekitar, peranan masyarakat sangat kritikal. Pada asasnya masyarakat mesra alam terbabit secara langsung sebagai individu, kelompok atau institusi melaksanakan inisiatif memulihara alam sekitar. Setidak-tidaknya, tidak mencemar atau membuang sampah merata tempat! Masyarakat Malaysia secara amnya, semakin prihatin terhadap alam sekitar. Kajian saya menunjukkan 20 peratus isu ditimbulkan media massa khusus dalam ruangan surat berkaitan alam sekitar. Masyarakat menyatakan masalah alam sekitar yang mereka hadapi, memberi cadangan mengatasinya, malah ada juga menuding jari menyalahkan sesuatu pihak. Jika difahami, hal ini menunjukkan hasrat masyarakat berperanan aktif dalam menangani masalah alam sekitar dan jika hal ini difahami dan diterjemahkan dalam konteks proaktif, kita sebenarnya mempunyai polis alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia yang membantu agensi awam menguruskan alam sekitar secara lestari. Dasar penyertaan masyarakat semakin mendapat perhatian di serata dunia dalam konteks mematangkan lagi sistem demokrasi. Mengikut model Arnstein, penyertaan masyarakat terbahagi lapan tahap. Tahap pertama ialah manipulasi di mana masyarakat disuapkan dengan maklumat yang ditapis dan terencana untuk mendapatkan persetujuan menerusi undi atau pendapat umum. Tahap kedua ialah pendidikan alam sekitar berkaitan sebab musabab dan kesan risiko menerusi media dan pendidikan formal. Tahap ketiga ialah penjelasan sebenar secara saintifik, biarpun kadangkala ada kesan sampingan. Kesan penerangan ini sedikit sebanyak negatif dari segi pelancongan atau persepsi umum tetapi menandakan dasar proaktif dan telus. Selain itu, meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap kesungguhan pihak berkuasa. Tahap keempat ialah perundingan dengan masyarakat mengenai sesuatu isu berkaitan alam sekitar seperti sudah dilaksanakan di Malaysia dalam konteks Kajian Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA). Tahap kelima ialah penyertaan langsung masyarakat dalam sesuatu inisiatif seperti penanaman pokok, guna semula barang terpakai dan penurunan tahap pelepasan karbon dalam industri. Tahap keenam ialah perkongsian bijak dalam pembangunan, sesuai situasi, keunikan dan kepelbagaian faktor seperti eko-tourism dan pertanian organik. Tahap ketujuh ialah penurunan kuasa (empowerment) kepada industri, pertubuhan masyarakat dan individu berperanan sebaiknya dalam pembangunan mesra alam, misalnya dalam konteks teknologi hijau dan

penjimatan tenaga. Tahap kelapan ialah autonomi dengan memberi ruang sepenuhnya kepada siapa saja untuk berperanan asalnya terangkum dalam kerangka dasar alam sekitar. Menerusi sesi lawatan akar umbi, tahap penyertaan masyarakat dapat dikenal pasti dan ditingkatkan. Rakyat berpeluang menunjukkan komitmen mereka, sekali gus menyatakan dasar serta tindakan perlu dilakukan pihak berkuasa. Sesi itu dapat melihat sendiri kelemahan penyampaian perkhidmatan. Kelemahan itu bukan disebabkan dasar atau peruntukan kewangan tetapi komitmen masih rendah di kalangan pelaksana dasar atau pertindihan kuasa antara pelbagai agensi sehingga menyebabkan masalah kecil memudaratkan alam sekitar , misalnya kualiti air dalam longkang. Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Penyertaanaktifmasyarakatmampumelestarikanalams ekitar/Article

ARKIB : 10/09/2013

Beri keutamaan isu alam sekitar, kesihatan - PM


Oleh HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isu-isu alam sekitar dan kesihatan perlu diberi keutamaan ketika merangka pelan pembangunan. Perdana Menteri berkata, usaha itu menuntut perubahan bukan sahaja dalam budaya organisasi malah terhadap mentaliti masyarakat. "Kita tidak boleh sekadar kembali mengagumi alam semula jadi kerana terdapat tekanan yang amat besar akibat kegiatan pembangunan dan pertambahan penduduk. "Namun, kita boleh dan mesti memupuk rasa hormat kepada alam sekitar. Manusia dan planet ini bergantung kepadanya," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Serantau Kali Ketiga Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Negara-Negara Asia Tenggara serta Asia Timur di sini hari ini. Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel; Pengarah Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Shin YoungSoo dan Pengarah Rantau Asia dan Pasifik,Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Dr. Young-Woo Park. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130910/dn_22/Beri-keutamaan-isu-alamsekitar-kesihatan---PM

Tiada jalan mudah diambil selesai isu alam sekitar Najib


10 SEP 2013 11:32AM

Oleh Hilmi Ali (mohdhilmi@abnxcess.com) KUALA LUMPUR Tiada jalan mudah yang diambil bagi menyelesaikan isu alam sekitar hanya kerana tunduk kepada tekanan pembangunan dan bilangan populasi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebaliknya semua golongan mampu malah perlu memupuk satu penghormatan baru kepada alam sekitar. Menurut beliau, perubahan itu tidak hanya berlaku dalam budaya organisasi tetapi melalui minda dalam menghormati alam sekitar. Pokok Cengal misalnya mengambil masa berkurun lamanya untuk membesar sehingga saiznya namun ia boleh ditebang dalam masa kurang daripada beberapa jam oleh seorang kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Mengorbankan sumber tersebut untuk manfaat jangka pendek seperti itu menjejaskan matlamat jangka panjang malah kita tidak mampu berharap untuk mencapai pembangunan yang benar-benar mampan dengan tindakan itu, kata Najib. Beliau berkata demikian semasa berucap ketika merasmikan Forum Serantau Ketiga Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan negara Asia Tenggara dan Asia Timur di sini, hari ini. Najib berkata, prinsip yang sama juga perlu diaplikasikan kepada dasar serantau dan global. Isu alam sekitar dan kesihatan juga perlu dijadikan keutamaan dalam Pelan Pembangunan Negara demi memastikan kelangsungan hidup yang lebih terjamin kepada rakyat dan juga persekitaran, katanya. Dalam masa yang sama, Datuk Seri Najib turut menggariskan enam langkah dalam meletakkan kesihatan persekitaran dalam pelan pembangunan. Antaranya menganalisis hubungan antara kesihatan persekitaran dan pembangunan, mengutamakan isu kesihatan persekitaran dalam objektif pembangunan yang lebih luas, ujarnya. Froum berkenaan turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel serta Pengarah Serantau Pasifik Barat Organisasi Kesihatan Dunia, Dr Shin Young-Soo

http://news.abnxcess.com/bm/2013/09/tiada-jalan-mudah-diambil-selesai-isu-alam-sekitar-najib/

Anda mungkin juga menyukai