Anda di halaman 1dari 2

SELEPAS

Setelah selesai acara permainan guli kumpulan kami, kesemua pemain beredar ke dalam dewan untuk menyaksikan acara-acara permainan dalaman yang sepenuhnya berlangsung di dalam dewan besar. Selesai sahaja semua perlawanan, kami terus menyemak senarai markah keputusan untuk menentukan kumpulan manakah yang menjuarai permainan guli pada karnival permainan tradisional kali ini. Setelah mengetahui siapa yang menjadi juara, kami segera menyerahkan senarai keputusan kepada AJK Hadiah untuk tujuan majlis penyerahan hadian ketika majlis penutup.

Kami kemudiannya bersama-sama mengerah tenaga mengemas kembali tempat pertandingan. Masing-masing menjalankan tugas-tugas yang telah diberikan untuk tujuan mempercepatkan urusan mengemas kawasan gelanngang permainan. Keadaan yang sedikit panas dan dalam keadaan keletihan merupakan cabaran kepada kami untuk meneruskan agenda akhir karnival permainanan tradisional kali ini. Biarpun dalam keadaan yang meletihkan, kami semua bersemangat dan saling bantu membantu antara satu sama lain agar kesemua perjalanan karnival berjalan dengan lancar dan berjaya.

Setelah hampir 30 minit berhempas pulas mengemas kawasan permainan, kami berkumpul untuk menjalankan perbincangan pra-post mortem secara ringkas untuk mengetahui serba sedikit bagaimana perjalanan program yang berlangsung. Syukur Alhamdulillah, hasil daripada perbincangan kami, masing-masing berpuas hati dengan apa yang telah dipersembahkan sepanjang berlangsungnya karnival permainan tradisional. Walau bagaimanapun, kami menyedari beberapa kekurangan yang terdapat dalam perjalanan permainan yang telah berlangsung, khususnya daripada aspek penglibatan pelajar dalam pertandingan tersebut.

Setelah selesai melaksanakan perbincangan pra-post mortem secara ringkas, kami sekumpulan bergerak ke dalam dewan untuk memantau sekaligus menyokong rakan-rakan lain yang masih lagi mengelola pertandingan yang sedang berlangsung. Suasana di dalam dewan besar sungguh meriah jika dibandingkan di luar dewan terdahulunya. Hal ini mungkin kerana semua permainan tertumpu di dalam dewan sedangkan di kawasan luar, setiap permainan berlangsung jauh di antara satu sama lain. Tepat jam 1.00 tengah hari, semua pelajar berkumpul untuk sama-sama menghadiri majlis penyerahan hadiah dan seterusnya penyempurnaan Majlis Penutup Karnival Permainan Tradisional. Majlis penyerahan hadiah dan penutupan telah disempurnakan oleh En Ismail bin Yaakob. Setelah selesainya majlis penutupan, semua pelajar bersurai sementara kami dan pengelola-pengelola yang lain menghadiri jamuan makan tengah hari yang telah disediakan.