Anda di halaman 1dari 1

DOA PEMBUKAAN MAJLIS

Allahumma Ya Allah Ya Tuhan kami.. Pada pagi yang berkat lagi bersejarah ini, sempena PGS______________________, kami menadah tangan dan bersyukur ke hadratmu di atas nikmat limpah kurniamu yang tidak terhingga ke atas kami sehingga kami dapat hidup dengan aman, damai dan harmoni serta dapat melaksanakan tugas-tugas kami di muka bumi ini dan dipohonkan jadikanlah majlis kami ini majlis yang engkau redhai dan berkati. Allahumma Ya Allah Ya Rabbana Ya Karim.. Berkatkanlah bumi bertuah ini. Jayakanlah segala usaha yang kami anjurkan untuk menjadikan kami bakal pengkaji yang berkualiti. Mudah-mudahan PGS _______________ selama _____ hari ini akan dapat memberi manfaat dan mempertingkatkan pengetahuan yang berkaitan dengan bidang tugas seharian disamping berkongsi pengalaman kami ya allah. Kami juga memohon perlindungan dari mu dari segala perkara yang boleh mencacat celakan majlis kami dan dari segala perkara yang melalaikan kami dari berbuat taat kepada mu. Kepada mu jua kami serah segala urusan kami.