Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti 3 Tujuan Membina satu mesin ringkas dan majmuk. Bahan Gunting, 2 besi, kain dan tali.

Pengenalpastian masalah Bagaimanakah mesin ringkas ini dapat membantu untuk memetik buah dari satu pokok yang tinggi? Hipotesis Satu mesin ringkas yang menggunakan prinsip tuas kelas pertama dapat membantu memetik buah dari pokok yang tinggi dengan mudah. Prosedur Cara penghasilan mesin ringkas : 1. Satu paip besi yang ringan diikatkan pada satu hujung gunting dengan kain secara ketat. 2. Paip besi yang diikat perlulah diikat di luar gunting seperti yang ditunjukkan di bawah.

Gambar 1 : menunjukkan Satu mesin ringkas yang menggunakan prinsip tuas kelas pertama.

paip besi yang diikat dengan gunting pemetik buah dan fulkrum di antara beban dan daya. Setelah menggunakan mesin ringkas yang kami hasilkan, proses memetik buah daripada pokok tinggi menjadi senang.

Gambar 2 : Gambar menunjukkan saya menggunakan mesin ringkas untuk memetik buah dari pokok yang tinggi.

Langkah berjaga-jaga 1. Memastikan bahawa gunting diikat dengan kuat dengan menggunakan kain supaya tidak jatuh apabila memetik buah. 2. Semasa menjalankan aktiviti ini, harus memastikan bahawa tiada orang berdekatan dengan pokok dari mana buah dipetik.