Anda di halaman 1dari 3

2.

0 Menghasilkan Satu Karangan Berbentuk Cereka (150-200 patah perkataan) Yang Mengandungi Pelbagai Golongan Kata Yang Terdapat Dalam Bahasa Melayu.

Tajuk cereka : Buah Berbuah Disediakan oleh : Lawrence Ling Kie Hung

Masyarakat buah-buahan telah mengalami suatu masalah tentang jadual berbuah masing-masing. Mereka telah berjumpa dan berbincang tentang perkara tersebut.

Manggis : Kenapa kamu ikut aku berbuah? Tengok apa sudah jadi? Buah aku tidak dimakan oleh manusia. Mentang-mentang kamu diminati! Durian : Aku mana tahu kamu nak berbuah. Kenapa kamu tidak bagi tahu. Kalau kamu bagi tahu, aku boleh berbuah lewat sedikit atau awal daripada kamu. Apa kata ketua kita? Bagaimana kita menyelesaikan masalah ini? Tembikai : Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kepercayaan saudara semua memilih saya sebagai ketua buah-buahan. Ini satu penghargaan terbesar kepada saya. Ini juga satu tanggungjawab. Saya akan menjalankan tugas saya dengan sebaik-baiknya. Saya berharap selepas perbincangan ini, masyarakat buah-buahan tidak akan bergaduh lagi. Manggis : Saya sepatutnya berbuah awal kerana saya tidak sedap. Durian boleh berbual pada bila-bila masa kerana isinya lazat.

Durian : ketua, Saya bukan membantah keputusan. Tetapi masa yang diberikan kepada saya untuk berbuah tidak sesuai. Musim banjir. Musim ini semua manusia kalut dan masing-masing asyik memcari perlindungan banjir. Jadi kalau saya berbuah pun, tiada orang akan pedulikan saya. Tiada siapa akan mengutip saya kerana apabila buah saya gugur, terus dihanyutkan air ke laut. Mangga : Oleh sebab keputusan susah diambil, bagaimana kalau kita serahkan saja jadual berbuah kepada ketua? Tembikai : Saya sebagai pengerusi mesyuarat dan betik sebagai setiausaha juga tidak menjadi saingan. Oleh sebab itu, bagaimana kalau saya meminta izin majlis untuk saya berbuah sepanjang masa? Manggis : Setuju! Setuju! Tetapi bagaimana pula dengan saya? Belum ada jadual? Tembikai : Ya, buah manggis belum menerima jadual! Bagaimana kalau kita bebaskan manggis memilih musim? Manggis : yayaya, Saya setuju. Saya insaf bahawa saya tidak sedap. Saya tidak begitu diperlukan oleh manusia. Bagaimana kalau saya berbuah pada bulan ogos atau September, iaitu apabila buah-buah lain habis musimnya? Tembikai : Ada lagi hal-hal lain? Mangga : Saya ini, orang Kelantan panggil pauh ringan. Sejenis mangga juga. Biasanya, saya dijadikan sambal atau dimakan dengan colek. Saya selalunya tumbuh di tepi rumah. Oleh yang demikian, bagaimana dengan jadual saya? Tembikai : Oh, sebenarnya tuan ketinggalan! Semua jenis pokok asam bebas berbuah pada bila-bila masa. Mangga : Terima kasih! Satu soalan lagi. Bagaimana dengan buah-buahan import seperti epal, anggur, lai atau buah mata kucing? Mereka mungkin mengganggu jadual kita.

Tembikai : Itu masalah luar negeri. Kita tidak dapat menentukan jadual mereka. Tetapi saya fikir, mereka tidak boleh menjadi saingan. Pertama, buah-buahan import tidak boleh melawan kelazatan kita. Kedua, buah-buahan import mahal. Ketiga, mereka tidak mempunyai banyak khasiat. Tembikai : baiklah! Kalau tidak ada apa-apa, kita akan bersurai di sini.