Anda di halaman 1dari 3

Untuk Kegunaan Pejabat K B I A

Pencalonan Majlis Penganugerahan Keluarga Mithali


Tarikh Tutup Pencalonan : 31 Disember 2013

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur Laman web : www.yadim.com.my Tel : 03-2274 6077 Faks : 03-2273 4992/ 03-2273 2330

PENGENALAN Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah memperkenalkan Anugerah Ibu Mithali secara bersiri mulai tahun 1980. Ia adalah sebagai satu wadah penghargaan kepada kaum ibu, insan yang banyak berjasa, terutama dalam usaha memupuk generasi akan datang. Jasa dan peranan yang dimainkan oleh ibu sentiasa dikenang oleh YADIM. Setakat ini seramai sepuluh (10) orang ibu telah berjaya dipilih menjadi Ibu Mithali dari tahun 1980 hingga 2010. Selain Anugerah Ibu Mithali, YADIM mengorak langkah pada tahun 2013, dengan memperkenalkan tiga (3) kategori baharu menjadi empat (4) kategori iaitu: 1) Anugerah Keluarga Mithali, 2) Anugerah Bapa Mithali, 3) Anugerah Ibu Mithali dan 4) Anugerah Pewaris Harapan Majlis anugerah ini akan diadakan pada tahun 2014 dan terbuka kepada semua warganegara beragama Islam di Malaysia.
Penyertaan anugerah ini hendaklah melalui borang pencalonan yang diedarkan melalui laman web YADIM; www.yadim.com.my , Jabatan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), wakil rakyat, pihak swasta dan orang perseorangan.

PERATURAN PENCALONAN a) Borang pencalonan hendaklah diisi oleh sama ada jabatan kerajaan/swasta/ badan bukan kerajaan (NGO)/ orang perseorangan dengan mengisi butiran calon yang difikirkan layak. Maklumat ini adalah untuk keperluan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Penganugerahan Keluarga Mithali 2014 dan ia adalah SULIT. Panduan bagi pihak yang mencalonkan: Borang hendaklah diisi oleh pihak yang mencalonkan sahaja berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan atau temu bual latar belakang kehidupan calon tersebut. Pencalonan hanya SAH dengan menggunakan borang pencalonan rasmi yang dikeluarkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Lampiran bahan bukti seperti gambar, salinan anugerah yang pernah diterima oleh calon dan lain-lain adalah digalakkan. Pihak penganjur menerima pencalonan sama ada untuk kesemua kategori atau sebahagian atau salah satu dari kategori pencalonan yang dinyatakan di atas. Keputusan adalah muktamad. Borang Pencalonan hendaklah diisi dengan sempurna dan DISAHKAN oleh salah satu pihak yang berikut : Ketua Jabatan/ Pegawai Daerah/ Pegawai Tadbir Agama/ Pengerusi NGO/ Penghulu atau Ketua Kampung.

b)

c)

d)

e)

f)

Ahli Jawatankuasa Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah, kakitangan dan keluarga YADIM TIDAK BOLEH dicalonkan atau sebagai pencadang. Borang pencalonan hendaklah sampai sebelum atau pada 31 Disember 2013 di alamat berikut : Urusetia Majlis Penganugerahan Keluarga Mithali 2014 Sekretariat Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Kompleks Pusat Islam Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur Sebarang pertanyaan mengenai borang pencalonan ini, sila hubungi Urusetia Majlis Penganugerahan Keluarga Mithali 2014 di talian 03-40437826/40437812 sambungan 54, 55 dan 56 atau 013-371 0733 (Puan Hamudah) / 019-713 3739 (Puan Rohaizah) / 013-380 8181 (Puan Soffiah) atau e-mail keluargamithali@yadim.com.my.

g)

h)

Anda mungkin juga menyukai