Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

KATA ALUAN

Awal kalam, dengan Nama Rabbul Izzati Solawat dan salam kepada junjungan Nabi Dimohon limpahan berkat segala nikmat yang diberi, Di Pentas bercerita kita bertemu lagi.

Tidak molek, jika ada alu, tiada lesungnya. Tidak berguna, kalau ada dayung, tiada sampannya. Tidak lengkaplah cerita, kalau tiada tajuknya.

Tajuk cerita saya pada pagi ini ialah WAHYU PERTAMA RASULULLAH S.A.W.

Hadirin sekalian; Ketika berusia hampir 40 tahun, Nabi Muhammad suka mengasingkan diri di Gua Hirak. Gua Hirak terletak tidak jauh dari Jabal Nur. Dari Kota Mekah jauhnya kira-kira 5 kilometer. Nabi Muhammad beribadat dan mengasingkan diri untuk mencari ketenangan daripada masyarakat Arab yang tidak bermoral. Di Gua Hirak, Baginda beruzlah dalam kesunyian, bertafakur tentang kebesaran Tuhan serta memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu.

Hadirin sekalian,

Bagaimana pula dengan umat Nabi Muhammad pada zaman ini? Ciri-ciri masyarakat jahiliah pada masa itu telah menular dengan hebat pada zaman sekarang. Gejala keruntuhan moral seperti berzina, membuang anak, membunuh anak, riba dan sebagainya menjadi nanah di dalam masyarakat Islam. Sungguh sedihkan kawan kawan..

Pada suatu malam yang tenang, tanggal 17 Ramadhan..sedang baginda khusyuk beribadat , tiba-tiba, datanglah seorang lelaki terus memeluk Rasulullah dengan erat. Baginda terkejut yang amat sangat. Lelaki itu berkata, Bacalah, Wahai Muhammad!

Nabi Muhammad mulai takut dan gementar. Tubuh baginda menggeletar dan jantung berdegup kencang. Baginda berpeluh dalam kesejukan yang amat sangat. Saya tidak tahu membaca, jawab Rasulullah.

Lalu malaikat Jibril yang berupa seperti lelaki itu, mengulangi lagi permintaannya, Bacalah, Wahai Muhammad! Rasulullah tetap menjawab. Saya tidak tahu membaca Setelah kali ketiga, jawapan Baginda tetap sama, . Saya tidak tahu membaca Jibril akhirnya berkata:

( surah al-alaq ayat 1 5 )

Yang bermaksud, Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya..

NASYID Rasulullah dalam mengenangmu Kami susuri lembaran sirahmu Pahit getir perjuanganmu

Membawa cahaya kebenaran

Inti pati surah al-Alaq adalah amanah sulung daripada Allah untuk kita mendapatkan ilmu pengetahuan. Bermula dari pengisytiharan Iqra oleh Jibril pada malam yang penuh berkat tersebut, sejarah manusia berubah wajah. Banyak kemajuan kini seperti bidang sains, teknologi, geografi, matematik dan seumpamanya adalah bersumber daripada usaha-usaha awal umat Islam yang digerakkan oleh wahyu pertama,iaitu Iqra.

Pengajarannya, kawan-kawan. Marilah kita belajar bersungguh-sungguh, kerana dengan ilmu kita akan Berjaya di dunia dan akhirat.

Para hadirin sekalian, Setelah berlaku peristiwa itu, Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar, lalu diselimuti oleh Khadijah. Khadijah cuba menenangkan baginda. Diceritakan baginda kepada Khadijah tentang kejadian yang berlaku. Gembiralah, tenangkanlah hatimu wahai Muhammad. Demi TuhanMu ,Ia tidak sekalikali akan menghinamu, engkaulah sesungguhnya selama ini menghubungkan silaturrahim, menjalankan amanah, melaksanakan tanggungjawab, memuliakan tetamu, mengembalikan hak-hak kepada tuannya dan kaulah orang yang sentiasa bercakap benar..Kata Khadijah kepada Rasulullah s.a.w.

Kata-kata lemah lembut dan manis inilah yang membuatkan hati baginda tenang. Sifat isteri solehah dan keibuan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah adalah contoh terbaik ibu mithali yang mempunyai sifat seperti amanah, lemah- lembut, cerdas, dermawan dan menjaga rahsia. Allah berfirman:

Yang bermaksud; Wanita solehah adalah mereka yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka. (an-nisa:34)

Di sini, pengajarannya ialah kita menjadikan para nabi dan isterinya sebagai idola dengan mencontohi segala tingkah lakunya dalam kehidupan seharian kita.

Para hadirin dan sahabat sekalian,

Siti Khadijah meminta izin kepada suaminya untuk mengajukan persoalan kepada sepupunya iaitu Warqah bin Naufal. Warqah bin Naufal seorang alim dan berpegang dengan tauhid. Setelah diceritakan peristiwa yang berlaku, Warqah pun berkata; Demi Tuhan, sesungguhnya engkau adalah nabi kepada umat ini. Sesungguhnya jika aku masih hidup di waktu itu, nescaya orang-orang memusuhimu, nescaya akulah orang yang pertama menolongmu.

Kisah ini juga memberi pengajaran kepada kita supaya saling bantu membantu di dalam perkara kebaikan dan kebenaran.

Mendengar kata-kata Warqah, tenanglah hati Siti Khadijah. Suaminya adalah pesuruh Allah, Tuhan sekalian alam. Rasulullah mula berdakwah secara sulit selama tiga tahun dalam kalangan keluarga baginda.

[NASYID] Bacalah. sebutlah dengan nama Tuhan yang menciptakan segala kejadian di dunia

Bacalah, tulislah dengan pena wahyu yang diutuskan risalah kebenaran untuk insan

Peristiwa wahyu pertama,mengajar kita supaya sentiasa menambah ilmu pengetahuan, untuk mendapat berkat Allah.

Sebagaimana Sabda Rasulullah saw bermaksud: Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad pada jalan Allah. (Riwayat Tarmizi)

NUN DI SANA INDAHNYA PELITA SAMBIL BERJALAN CAHAYA TERSEBAR AKHIR KATA, TAMATLAH CERITA AMBIL PENGAJARAN JADIKAN IKTIBAR

Sekian , Wabillahhi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.