Anda di halaman 1dari 7

Kelas Matematik Tahun 6 yang diajar oleh Cikgu Maria.

Cikgu Maria : Murid-murid, hari ini kita akan belajar topik yang keberapa? Topik yang ke 1, 2, 3, 4, 5, 6, yang ke 7 (sambil mematahkan jari yang dipenuhi cincin) Apa tajuk bagi topik ke 7 murid-murid? (senyap) Bebal, bengap, bodoh la kamu semua ni! Topik hari ini adalah tentang berat! Ok?! Berat! 3B betul lah kamu semua ni Bebal, bengap dan bodoh! Macam mana nak lulus UPSR?! Bikin aku panas, panas tau tak?! Panas! (Sambil mengipas-ngipaskan leher yang dipenuhi rantai ala-ala Mami Jarum) Kita nak belajar tentang berat, cuba agak berapa berat semua emas-emas cikgu ni? Haaa, jangan nak cuba lawan cikgu tau, mak-mak kamu semua mesti tak mampu pun beli emas macam cikgu. Cikgu Zaiton melintas lalu terus masuk Cikgu Zaiton : Kelas kau Maria Pakai contoh guna gelang emas ye, Maria, Kak Ton ada bawa barang baru ni, nak tengok tak? Cikgu Maria : Amboi Kak Ton, ada sahaja barang yang nak dijual, barang apa tu Kak Ton? Tak Sabar saya nak tengok ni! Baiklah murid-murid, sila baca muka surat 89 sehingga 98. Dengan senyap! Cikgu taknak dengar sebarang bunyi bising pun. Kalau bising, siap kena penampar cikgu. Cikgu Maria : Oh iya! Comellah Kak Ton hari ini Cikgu Maria : Kak Ton, ada tak stok baru untuk ubat kurus yang aku pakai hari tu? Berkesanlah bagi Maria. Maria dapat kurus seminggu 5 kilo! Makan sebiji ubat je lagitu. Cikgu Zaiton : Ada! Tapi Kak Ton ada bawak satu lagi produk baru ni Maria, Herbalatte, kalau Maria guna produk ni, mesti Maria jadi comel macam Kak Ton, comel tak Kak Ton? Cikgu Maria : Yelah Kak Ton, Kak Ton memang comel Yang ubat sebiji pil tu ape pulak? Cikgu Zaiton : Ubat cacing je tu, perut ko tu besar sangat pasal banyak cacing. Percayalah dekat produk baru Kak Ton ni, pasti berkesan. Cikgu Maria : Eyh, bagus ke produk ni Kak Ton, Maria nak cubalah Kak Ton, berapa harga ni kak? Jangan la jual mahal-mahal sangat. Harga kawan-kawan sudahlah. Cikgu Zaiton : Nanti kat bilik guru Kak Ton beritahu ya, Kak Ton keluar dulu, Selamat tinggal Maria, Selamat tinggal murid-murid semua! Kiss2, Muah2! Baiklah murid-murid, apa yang telah kamu belajar hari ini? Cikgu Maria : (Bunyi loceng tamat masa) Buat kerja rumah muka surat 99 sehingga 112. Siapa tak siapkan kerja, siap kena penampar cikgu!

Kelihatan Cikgu Zaiton melakukan urusan jual beli dengan guru-guru lain di dalam bilik guru. Sementara itu, Cikgu Jannah kelihatan serius menyiapkan tugasan kerja di mejanya sendiri. Cikgu Zaiton : Perhatian kawan-kawan semua! Hari ini Kak Ton ada bawa banyak barang-barang baru. Satu bagasi Kak Ton angkut khas untuk anda-anda semua. Ni ha, ada baju kurung, Tudung, bekas Tippuware, Produk kecantikan, kolagen, pil ajaib kuruskan badan pun ada tau. Ni produk herbalatte ini lagi bagus. Baru ini tau, belum keluar pasaran lagi, Kak Ton yang cipta, tengok gambar kawan Kak Ton ni, dari gemuk terus jadi kurus dalam masa 2 bulan je guna produk ini tau. Cikgu Jannah : Eyh kawan-kawan semua, ada Nampak Lady Didie tak? Daripada pagi tadi tak nampak-nampak lagi. Cikgu Maria : Ala, Jannah, kau ni macam tak tau je perangai biasa Lady Didie tu. Entah pukul brapa dia balik semalam. Malam tadi kan Ladies Night. Wajiblah die pegi cucuk bintang malam tadi Cikgu Zaiton : Amboi kamu berdua ni potong line aku nak berjual. Kejap lagi ada la Lady Didie tu. Selagi belum bunyi loceng waktu rehat, selagi tu tak nampak batang hidung dia dekat bilik guru ni. Baiklah kawan-kawan, fokus dekat Kak Ton sekarang, mari beli barang-barang yg kak Ton jual. BABAK 3 : DI DALAM BILIK GURU (DIALOG LADY GAGAH) Cikgu Zaiton dan Cikgu Maria begitu asyik menjalankan urusan jual beli mereka. Cikgu Jannah yang sedari tadi memerhatikan gelagat mereka hanya mampu menggelengkan kepala. Dalam kerancakan urusan itu, sempat juga Cikgu Jannah curi-curi mengambil gambar urusan penting di antara Cikgu Zaiton dan Cikgu Maria sebagai bahan bukti untuk ditunjukkan kepada Guru Besar nanti. Cikgu Jannah kemudiannya melilau melihat sekeliling bagai mencari sesuatu yang hilang. Hairan kerana masih ada kerusi yang kosong. Bilik guru yang kecil itu membuatkan sesiapa sahaja perasaan akan ketidakhadiran guru-guru yang lain. begitulah keadaan sekolah ini. walaupun segelintir guru-gurunya mempunyai pelbagai masalah tetatertib, silaturrahin yang terjalin dalam kalangan mereka membuatkan perhubungan di antara guru-guru dan staf sokongan begitu akrab sehingga menimbulkan rasa kekitaan dan keprihatinan terhadap satu sama lain. Cikgu Zaiton : Perhatian kawan-kawan semua! Hari ini Kak Ton ada bawa banyak barang-barang baru. Satu bagasi Kak Ton angkut khas untuk andaanda semua. Ni ha, ada baju kurung, Tudung, bekas Tippuware, Produk kecantikan, kolagen, pil ajaib kuruskan badan pun ada tau. Ni produk herbalatte ini lagi bagus. Baru ini tau, belum keluar pasaran lagi, Kak Ton yang cipta, tengok gambar kawan Kak Ton ni, dari gemuk terus jadi kurus dalam masa 2 bulan je guna produk ini tau.

Cikgu Jannah

: Ton, kau ada nampak Si Didi tak? Daripada tadi lagi aku tengok kerusi dia ni kosong. Buku kedatangan pun tak bertulis lagi. Sekarang dah pukul berapa ni? Dah pukul 9 pun dia tak muncul-muncul jugak. : Alah Jannah, bukan kau tak tahu. Lady Didi tu kan dua alam. Banyak kerja. Bukan macam kita ni. Siang dia ajar budak-budak (kononnya), malam pula dia petik strawberry. Haha (ketawa berdekah-dekah) : betul tu. I pun selalu juga ikut si Didi tu petik strawberry. Cuma malam semalam I malas nak ikut. Takut barang kemas I ni jatuh berciciran di lantai kelab (Opppsss).

Cikgu Zaiton

Cikgu Maria

Sementara itu, lady Didi masuk ke dalam bilik guru dalam keadaan yang tergopoh-gapah dan terhuyung-hayang.

Cikgu Zaiton

: Ha, tu pun dia dah datang! Engkau ni Didi, bila nak berubah? Sudahlah selekeh. Cubalah kau beli produk aku ni ha. Pakailah baju yang senonoh sikit. Produk untuk hilang mengantuk pun ada ni. Almaklumlah, kau kan selalu berjaga sampai pagi. haha : Alamak, sibuklah kau ni ton. Ini pun dah kira bagus dah aku datang sekolah ni tau. Aku kan guru yang bertanggungjawab lagi berintegriti. (dalam keadaan mamai).

Cikgu Didi

Cikgu Jannah hanya mampu mengeluh berat melihat keadaan rakan-rakannya. Cikgu Jannah : Betul kata Si Zaiton tu Didi. Bilalah engkau ni nak jadi manusia. Siang mengantuk, malam berjaga : Cari cucu di mana ada. Guru besarku kahwin dengan anak raja. Hahaha.(ketawa berdekah-dekah) : Hoi! Cakap siang pandang-pandang tau. Walaupun guru besar kita tu ibu tinggal..hahaha.,.. : Sudah! Sudah! Ish kamu ni, ada-ada sahaja. Semalam PK HEM dah bagi amaran dekat cikgu-cikgu yang belum menghantar laporan dan keputusan murid-murid. Sesiapa yang masih belum menghantar secara online diminta untuk menyiapkan dan menghantar keputusan dalam kadar yang segera. Aku dah malas dah dengar dia membebel minta itu ini. Terutama pasal kau Didi.

Cikgu Didi

Cikgu Maria

Cikgu Jannah

Cikgu Maria

: I dah hantar Ok!. Walaupun I macam ni (sambil menunjukkan barang kemas) I guru yang sangat rajin dan berdedikasi. Kau ada? (sambil mengerling ke arah Didi) sudahlah tak pernah hantar RPH! Kelas kau Maria! Sedap mulut kau kutuk aku ye. Alamak, kecoh la. Apa susah? Aku kan banyak anak-anak buah yang boleh tolong..hahaha..(sambil mencari-cari guru-guru pelatih) : Ya Allah Didi. Guru pembimbing apalah kau ni. Asyik nak membuli budak-budak tu je. Kesian tau. : Alah, budak-budak tu bukan ada kerja sangat pun. Aku ni lagi lah banyak kerja. Tolong sikit-sikit apalah salahnya. Haha..besar pahala kalau dapat tolong aku tau...

Cikgu Didi

Cikgu Zaiton

Cikgu Didi

Lady Didi menuju ke arah guru-guru pleatih yang menjadi menteenya. Cikgu Didi : RM 5000 , RM 5000, (sambil ketawa) Nak bayar denda tak? Kalau tak nak, tuliskan RPH saya untuk minggu ni. Saya tengok awak ni asyik duduk je. Apa kata awak tolong semak kertas ujian murid-murid saya. Saya banyak kerja ni. Ada seminar ni. Selepas tu isikan markah dalam laman web ni. Awak kan guru-guru terlatih. Mesti pandai guna komputer. Lagi banyak ilmu daripada guru lama macam saya ni. Lagi pula, kamu semua mesti berlatih dari sekarang. Nanti bila dah betul-betul jadi cikgu lagi banyak kerja awak kena buat. Ingat, markah awak dalam tangan saya tau ( dalam keadaan berbisik) Cikgu Didi meninggalkan guru-guru pelatih tersebut menuju ke arah Cikgu Syafiqa, guru praktikum sekolah ini. Cikgu Didi : Pikah, kau free tak sekarang? Aku mengantuklah. Boleh tak kau masuk kelas aku Tahun 3. Kau ambil buku ni, carilah mana-mana latihan. Suruh budak-budak tu buat. Kau kan budak baru, kena dengar cakap cikgu senior. Boleh ye..aku nak ke perpustakaan sekejap. Nak lukis peta. Jangan bising-bising tau. Kalau tak nahas kau.

Cikgu Jannah hanya akur akan arahan Lady Didi.

Babak 3 Setting: Bilik Guru Besar

Watak: Guru Besar dan Penolong Kanan 1 Synopsis Di dalam sebuah bilik Guru Besar, Cikgu Jannah menghantar laporan prestasi murid kepada Guru Besar untuk pengesahan. Guru Besar hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat laporan tidak lengkap daripada tiga orang guru iaitu Cikgu Zaiton, Cikgu Maria, dan Cikgu Lady Didie. Guru Besar: Jannah, macam mana nak bagi laporan yang tak lengkap ni pada PPD? Memang mereka bertiga ni nak cari nahas dengan PPD. Cikgu Jannah: Itulah boss Dah berapa kali saya suruh Kak Ton, Maria dan Lady ni kemaskinikan laporan tapi beribu alasan yang mereka beri. Sampaikan saya dah beribu sesalan bertanya. Guru Besar: Ya, ampun. Laporan Maria ni dari bulan Mac tak dikemaskini. Ha, kak Ton ni pula ambil bulat-bulat dari laporan tahun lepas. Yang si Lady ni lagi dahsyat, dari tahun-tahun yang lepas tak pernah buat kalau PPD tak datang serbu sekolah kita. Jannah, esok dah tarikh akhir nak hantar laporan ini tau. Apa saya nak cakap dengan PPD nanti? Saya tak nak sekolah kita kena cop juara hantar laporan tamat tempoh. Tiba-tiba telefon sekolah bordering. Guru Besar menjawab panggilan tersebut. Panggilan tersebut adalah panggilan daripada ibu kepada salah seorang murid yang menuntut di Sekolah Kebangsaan. Guru Besar: Apa? Gangguan Seksual? Cikgu Maria? Moses cedera ringan sebab dihenyak dengan gelang emas? Saman? RM 300? Guru Besar cuba menenangkan ibu murid untuk tidak terburu-buru membuat keputusan dan menyelesaikan secara baik. Guru Besar: Puanpuan.puan, perkara ini boleh dibawa bincang. Pagi esok Puan datang ke sekolah dan berjumpa dengan pihak sekolah ya. Guru Besar meletakkan telefon dan menggelengkan kepalanya. Aduan daripada ibu murid tersebut didengar oleh Cikgu Jannah. Cikgu Jannah: Siapa yang telefon tadi boss? Macam kritikal je saya dengar. Guru Besar: Hmm. Sakit kepala dibuatnya. Mak Moses buat aduan pasal Maria. Dia nak saman RM 300 sebab Maria cederakan anaknya. Saya tak tahu betul ke tidak murid tu cedera. Saya nak siasat perkara ini terlebih dahulu sebelum ambil tindakan. Cikgu Jannah: Betul tu Perkara ini tidak boleh diambil tindakan secara terburu -buru. Kedengaran bunyi bising daripada bilik guru.

Guru Besar: Jannah, apa yang bising sangat kat bilik guru? Dah macam pasar ikan. Cikgu Jannah: Ooo.Kak Ton tengah berniaga tu. Macam -macam benda Kak Ton tu jual. Nasib baik dia tak buka kedai kat sekolah ni. Guru Besar: Yakah? Kan jurujual tak dibenarkan masuk? Kak Ton sendiri yang lekat label no salesman allowed depan pagar sekolah k ita. Tapi dia pula yang lebih-lebih. Ini tak boleh jadi. Kita kena ambil tindakan terhadap Kak Ton. Mana boleh ada urusan berniaga di dalam sekolah. Ini sudah melanggar peraturan. Cikgu Jannah: Saya rasa boss bagi nasihat terlebih dahulu dekat Kak Ton.. Guru Besar: Oh ya, tadi saya ada kelas dengan Tahun 2. Semasa saya mengajar saya terdengar kelas Tahun 1 bising sangat. Kenapa Lady Didie tak masuk kelas ker? Cikgu Jannah: Macam boss tak tahu, ni dah berapa kali Lady Didie tu lewat masuk sekolah. Lepas tu dia suruh guru pelatih sit-in kelas dia walaupun dia ada berada di dalam sekolah. Dalam keadaan mabuk dan berbau, dia boleh arah guru pelatih buat macam-macam kerja. Kesian dengan guru pelatih sebab mereka tak boleh menolak permintaan guru pembimbing mereka. Guru Besar: Kes Lady Didie ni dah berat ni. Banyak aduan yang saya terima daripada guru-guru lain dan ibu bapa tentang Lady Didie. Nampaknya kita kena buat sesuatu untuk selesaikan masalah ini.

Babak 4 Setting: Bilik Guru Besar Watak: Guru Besar, Cikgu Jannah, Lady Didie, Cikgu Zaiton, Cikgu Maria

Guru Besar mengadakan perbincangan bersama-sama guru-guru penolong kanan yang lain. Setelah berbincang, guru besar telah mencapai kata sepakat untuk mengatasi masalah guru-guru di sekolahnya. Guru Besar telah memanggil ketiga-tiga guru tersebut ke bilik Guru Besar. Guru Besar: Assalamualaikum saya ucapkan kepada cikgu-cikgu sekalian. Saya memanggil kamu semua pada hari ini kerana ada perkara yang ingin diperkatakan. Saya dapati setiap daripada cikgu-cikgu telah melakukan kesalahan tatatertib sebagai seorang penjawat awam. Oleh itu, saya tidak mahu

kesalahan ini berlarutan dan berulang lagi. Saya berharap cikgu-cikgu dapat menerima keputusan yang diambil oleh pihak pentadbir sekolah. Guru Besar memberikan surat amaran kepada Cikgu Zaiton. Guru Besar: Kak Ton, saya tahu anda adalah guru paling lama berkhidmat di sekolah. Sepatutnya Kak Ton menunjukkan contoh seorang guru yang baik dan boleh diteladani. Sebaliknya, Kak Ton telah melakukan kesalahan dengan menjual barangan di sekolah, Kak ton tahu atau tidak bahawa menjual barang di dalam sekolah adalah dilarang sama sekali? Kesalahan ini termasuk dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Cikgu Zaiton: Saya minta maaf. Sebenarnya saya tahu berniaga adalah dilarang. Tetapi, saya terpaksa berniaga sebagai pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan harian yang sangat tinggi. Kak Ton janji lepas ini Kak Ton tidak berniaga di dalam sekolah lagi. Guru Besar: Saya tidak melarang Kak Ton berniaga, tetapi saya cadangkan Kak Ton berniaga di luar sekolah. Kak Ton kena tahu bahawa jangan melebihkan perniagaan daripada tugas kita sebagai seorang guru. Cikgu Zaiton: Baik cikgu. Guru Besar memberikan surat amaran kepada Cikgu Maria. Guru Besar: Cikgu Maria, saya mendapat aduan daripada ibu Moses, bahawa cikgu telah mencederakan anaknya. Setelah disiasat, cikgu didapati bersalah kerana telah mencederakan Moses. Adakah cikgu sengaja melakukannya? Cikgu Maria: Saya tahu saya bersalah kerana mencederakan Moses, tetapi saya tidak sengaja melakukannya. Guru Besar: Saya rasa cikgu perlu kawal emosi apabila berhadapan dengan murid. Setelah berbincang dengan ibu Moses, beliau menarik balik saman RM300 terhadap cikgu. Saya harap cikgu mengambil iktibar atas kejadian ini. Guru Besar memandang Lady Didie. Guru Besar: Kes yang melibatkan Lady Didie ini sangat berat. Pihak pentadbir sekolah bersepakat untuk melucutkan jawatan guru disiplin dan guru pembimbing kepada guru pelatih. Kami berharap Lady Didie berubah kerana peribahasa mengatakan Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Sekolah ini masih perlukan khidmat Lady Didie sebagai guru mahir. Bermula saat ini, saya berharap Lady Didie berubah. Kurang-kurangkan aktiviti malam cikgu tu. Lady Didie hanya menganggukkan kepala dan menerima keputusan pihak sekolah. Lady Didie: ok bos.