Anda di halaman 1dari 3

TINGKAH LAKU BUKAN LISAN Menurut Albert Mehrabian (1982) dalam buku Kemahiran Asas Kaunseling, beliau berpendapat

dalam membaca tingkah laku manusia, seseorang kaunselor harus peka terhadap perlakuan tanpa lisan dimana terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu;

7% verbal (lisan)

38% vokal (intonasi suara)

55% non-verbal (tanpa lisan)

Berdasarkan gambar rajah di atas, sebanyak 55% tingkahlaku tanpa lisan yang ditunjukkan oleh manusia. Tingkah laku bukan lisan adalah segala tingkah laku yang berasaskan kepada pergerakan badan termasuklah konteks mata, gaya bahasa badan dan kualiti. Kesemua komponen tersebut adalah penting kerana ia akan menimbulkan perasaan selesa di antara kaunselor dan klien. Ia amat berguna kerana dapat membantu kaunselor untuk lebih memahami klien dan seterusnya membantu klien yang mengalami masalah. Menurut Abdul Ghani Sulaiman (2009), terdapat tujuh punca tingkah laku bukan lisan berlaku disebabkan oleh: i. Ciri-ciri fizikal Gaya, susuk badan, bau-bauan yang dipakai, warna kulit, mata dan rambut. Gaya rambut juga membolehkan kita kenal siapa orangnya. ii. Tingkah laku menyentuh Seseorang itu menggunakan tangannya sama ada berjabat tangan, mengurut, memukul, memegang dan memeluk. iii. Paralanguage Cara seseorang itu bercakap dari segi susuk ayat dan perkataan yang dikeluarkan. Kualiti suara seperti tempo, irama dan intonasinya.

iv. v.

Keluhan, mengerang, berdeham. Berdiam atau berhenti sejenak.

Susunatur Cara mengatur tempat duduk, jarak perbualan. Kepadatan ruang dalam bilik.

Barang-barang yang dipunyai oleh seseorang Barang kemas, cermin mata, rambut palsu, gigi emas, mata batu dan kanta lekap.

vi.

Faktor alam sekitar Cahaya lampu, perabot-perabot, bau-bauan, bunyi-bunyian.

vii.

Kinesics Pergerakan badan, lirik mata, kedudukan mata dan pergerakan jari tangan. Gerak badan juga adalah suatu tingkah laku bukan lisan yang bermakna

dimana boleh dikenalpasti melalui: i. Aktiviti Badan Cara seseorang menampilkan keadaan badannya. Sebagai contoh, bila kita bercakap kita berdiri belakang kerusi atau bila kita duduk, kita menghinjut-hinjutkan kerusi kita. ii. Aktiviti Tangan Tangan juga boleh memberi maklumat dan ia mempunyai kaitan dengan bahasa tanpa lisan. Sebagai contoh, tangan yang menutup mulut atau memegang hidung menunjukkan kita taku. iii. Aktiviti Kaki Dengan menghentak kaki, kita mungkin gembira atau marah dan bergantung sejauh mana pemberatan kaki yang menghentak itu. iv. Kedudukan Badan Cara seseorang itu duduk bergantung kepada cara dia melayan seseorang. Daripada kedudukan seseorang itu, kita dapat menilai adakah kita diterima atau tidak diundang.

v.

Keterbukaan dan Kedudukan Yang Tidak Selesa Seseorang yang bersedia untuk berinteraksi dengan orang lain dapat dilihat daripada kedudukan badan, tangan dan kakinya yang relaks. Sebaliknya, seseorang yang tidak suka kepada orang lain, ia akan memaling muka, menjeling mata, memeluk tubuh atau menyilang kaki. Allan Pease (1984) mengatakan bahawa tingkah laku tanpa lisan itu memberi

makna yang lebih mendalam yang dapat mencetuskan perasaan dalaman tanpa disedari oleh orang yang melakukannya. Sebagai keseluruhan, seperti pepatah orang tua mengatakan, seklias ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Sebagai guru harus peka terhadap tingkah laku tanpa lisan yang ditunjukkan oleh murid-murid di dalam sesebuah kelas. Ini membolehkan kita memahami seseorang murid itu dengan lebih mendalam lagi.