Anda di halaman 1dari 5

Bahagian A

Profil Diri
Nama: Aaron Aziz (Bukan Nama Sebenar) Tahun: Empat Tarikh Lahir: 1 Mac 2003 Jantina: Lelaki Agama: Kristian Hobi: Bermain bola sepak Cita-cita: Juruterbang Alamat: Kampung Tarat Mawang Sekolah: Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian Pekerjaan Ayah: Pemandu Van Pekerjaan Ibu: Suri rumah

Maklumat di atas merupakan profil diri bagi subjek dalam kajian kali ini. Saya cukup tertarik memilih Aaron Aziz sebagai subjek kajian kerana dia merupakan murid yang selalu menunjukkan tingkah laku yang tidak menyenangkan sama ada secara lisan dan bukan lisan di dalam kelas. Praktikum fasa ketiga ini membuka ruang saya untuk mengkaji lebih mendalam lagi tentang tingkah laku Aaron Aziz dimana saya mengajar subjek Bahasa Melayu untuk tahun 4. Jadi, saya berpeluang untuk membuat pemerhatian terhadap Aaron Aziz memandangkan saya mempunyai 4 waktu seminggu untuk matapelajaran Bahasa Melayu.

Tingkah Laku Bermasalah Bukan lisan Sepanjang saya berada di Sekolah Kebangsaan Tarat, terdapat banyak maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian dan temu bual. Aaron Aziz merupakan murid tahun 4 yang agak popular juga namanya yang selalu disebutsebut dan diceritakan oleh guru-guru di sekolah tersebut disebabkan tingkah lakunya yang kurang menyenangkan. Berdasarkan pemerhatian dibuat oleh saya selama lima minggu berada di sekolah tersebut, terdapat tiga tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan oleh Aaron Aziz di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antaranya ialah; 1. Mengelamun semasa sesi pengajaran dan pembelajaran 2. Cepat menangis (Sensitif) 3. Kerap kali meminta perhatian daripada guru

Tingkah Laku 1: Mengelamun semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

Tingkah laku Aaron Aziz yang pertama sentiasa diperhatikan di dalam kelas adalah murid ini sering mengelamun sama ada awal pagi atau tengahari. Setiap kali guru memasuki kelas, Aaron Aziz akan diam seketika dimana tangannya akan menyokong kepalanya yang berat. Matanya pula dalam keadaan statik walaupun kedua belah matanya itu merenung guru di hadapan. Rupanya pula seperti malas dan memikirkan sesuatu. Kedudukan badan murid ini seperti orang yang tiada tulang belakang dimana badannya membongkok semasa duduk di kerusi.

Semasa sesi soal jawab, saya sentiasa mengejutkan murid ini dan murid ini terkejut dan mukanya mulai menunjukkan blurr. Ini bermakna sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid ini mengelamun dan beranganangan. Apabila ditanya oleh saya apa yang dilamunkan oleh dia, dia hanya tersengih-sengih tidak menjawab. Saya juga pernah mencuba membuat aktiviti yang melibatkan dia, namun demikian dia tetap dengan lamunan yang tidak pernah berhenti itu. Penyakit mengelamun pada murid ini agak membahayakan kerana ini boleh menjejaskan proses pembelajarannya. Jadi, saya bertindak sebagai guru perlu mencari punca murid ini mengelamun di dalam kelas serta membantu murid ini kembali belajar dengan normal seperti murid yang lain. Tingkah Laku 2: Cepat Menangis (Sensitif) Tingkah laku kedua yang ditunjukkan oleh Aaron Aziz semasa dalam pemerhatian saya adalah dia cepat sensitif. Pada suatu ketika semasa kelas Bahasa Melayu, Aaron Aziz dimarahi oleh rakan-rakan sekelasnya kerana dia tidak mahu berdiri apabila disuruh oleh guru. Guru tersebut memberi amaran kepada Aaron Aziz untuk berdiri kerana kalau dia tidak berdiri rakan sekelas yang lain tidak boleh duduk. Jadi, rakan-rakannya mula menyalahkan dirinya dan memarahi dia. Aaron Aziz pula bertegas tidak mahu berdiri dan terus duduk sambil mengeluarkan air matanya dan mula menangis tidak berhenti. Saya juga pernah menemubual rakan sekelasnya iaitu Stacy merangkap jiran sebelah Aaron Aziz. Stacy mengatakan Aaron Aziz memang seorang budak yang manja dan kalau keinginan dia tidak tercapai, dia akan merajuk lalu menangis. Jadi ibu bapa Aaron Aziz sentiasa memenuhi keinginannya. Aaron Aziz memang seorang murid yang sensitif. Saya telah diberi maklumat oleh guru lain bahawa dia merupakan anak yang dijaga dengan baik oleh kedua ibu bapanya. Ibu bapanya sangat melindunginya (over protective). Aaron Aziz merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Saya juga boleh melihat ciri fizikalnya seperti baju diseterika, dia juga menggunakan minyak pewangi dan barang-barang peralatan alat tulis miliknya agak mewah. Jadi, daripada ciri-ciri seperti ini membantu saya dapat membaca tingkah laku pada Aaron Aziz.

Tingkah Laku 3: Kerap kali meminta perhatian daripada guru

Tingkah laku yang ditunjukkan oleh Aaron Aziz yang ketiga adalah dia kerap kali meminta perhatian daripada guru. Kalau tidak mengelamun, Aaron Aziz ini akan tidak berhenti memanggil guru. Saya telah lama perhatikan sikap Aaron Aziz yang suka meminta perhatian saya. Saya agak penat melayan karenah dia yang kadangkadang tidak masuk akal. Kalau saya tidak memberi perhatian kepadanya, dia akan tunjukkan muka merajuk dan juga tidak berhenti memanggil sehingga saya sendiri akan pergi ke arahnya dan melayan karenahnya. Sikap ini menyebabkan muridmurid yang lain terganggu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tindakan yang telah diambil menangani tingkah laku bukan lisan Setelah saya memerhati tingkah laku bermasalah bukan lisan yang ditunjukkan oleh Aaron Aziz, saya segera mengambil beberapa langkah bagi menangani tingkah laku bukan lisan. Tindakan ini perlu diambil untuk mengelakkan murid-murid yang lain terganggu semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tindakan yang pertama telah saya lakukan adalah mengadakan terapi bermain sewaktu kelas bahasa melayu. Saya meminta semua murid terlibat dalam sesi ini. Ini adalah untuk mengenalpasti apa yang ada dalam fikiran Aaron Aziz. Saya telah menggunakan plastisin untuk sesi ini. Aaron Aziz terlibat dalam sesi ini. Apa yang saya lihat murid bernama Aaron Aziz ini dia telah membentuk alat permainan dimana dia mencipta kereta sport, rumah mewah dan kapal terbang. Apabila saya bertanya kenapa dia mencipta alat permainan tersebut, dia memberikan jawapan bahawa dia mahu memiliki kereta sport dan tinggal di dalam

rumah mewah. Bila ditanya kenapa membina kapal terbang, rupanya dia bercita-cita untuk menjadi juruterbang. Jadi saya kaitkan apa yang telah dibentuk oleh Aaron Aziz dengan masa depannya. Saya memberi nasihat kepadanya untuk memberikan perhatian sepenuhnya dan memberitahu akibat tidak menumpukan perhatian dalam kelas supaya bila dia sudah besar nanti dia akan jadi juruterbang yang boleh membeli kereta sport dan tinggal di rumah mewah. Kedua, saya telah menggunakan pendekatan behaviorisme dimana

memberikan pujian kepada Aaron Aziz. Semasa Aaron Aziz melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dimana dia meminta perhatian daripada saya, saya telah menerima pendapatnya serta memberi respon yang baik seperti mengucapkan ayat-ayat yang memberangsangkan seperti baik,bagus, cuba lagi dan awak hebat. Masa itu Aaron Aziz terasa diterima oleh guru dan rakan-rakan sekelasnya. Ketiga, saya telah cuba menarik perhatian Aaron Aziz yang mengelamun dengan aktiviti yang menarik dan mencabar dimana aktiviti itu dilakukan secara berpasangan. Aaron Aziz kelihatan suka dan seronok malah membantu

pasangannya yang mempunyai masalah membaca dengan lancar. Daripada aktiviti berpasangan ini, dia kelihatan diterima oleh rakan-rakannya walaupun masih ada sifat cengengnya itu. Selain itu, saya juga ada memberi hukuman dan dendaan kepada Aaron Aziz semasa dia tidak menyiapkan latihan yang diberikan. Dendaan tersebut bersifat positif dimana rakannya yang telah menyiapkan latihan akan diberi gula-gula manakala rakan yang tidak menyiapkan latihan tidak diberikan gula-gula. Keesokan hari, Aaron Aziz menyiapkan latihan yang telah lama ditinggalkan kerana mahu mendapat gula-gula. Walaubagaimanapun, latihan yang dibuatnya itu semuanya salah tetapi saya tetap memberikan gula-gula.