Anda di halaman 1dari 5

Bahagian B Berdasarkan kepada pengalaman yang diperoleh semasa menjalankan praktikum dalam mengenalpasti tingkah laku bukan lisan,

saya mendapati banyak kesan akibat daripada tiga tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan oleh Aaron Aziz di dalam kelas. Antara kesannya adalah proses pengajaran dan pembelajaran terganggu akibat melayan karenah murid ini. Murid-murid yang lain terabai dalam muridannya disebabkan pembaziran masa dalam memberikan perhatian terhadap Aaron Aziz. Masa dibazir sebegitu sahaja hanya untuk melayan Aaron Aziz seorang sahaja dan murid-murid yang lain terhenti untuk belajar kerana saling memperhatikan tingkah laku yang dilakukan oleh Aaron Aziz. Tingkah laku yang dikenalpasti juga agak membahayakan murid yang lain dimana sifat Aaron Aziz yang sensitif itu boleh membawa kesan kepada pergaduhan yang besar. Timbul rasa tidak puas hati antara rakan-rakannya terhadap Aaron Aziz akan menyebabkan mereka saling bertikam lidah dan akan menyebabkan pergaduhan yang sangat besar kerana sikap kerjasama dalam kelas itu tidak ada. Seterusnya, objektif pembelajaran pada hari tersebut tidak tercapai disebabkan oleh kelakuan yang ditunjukkan. Banyak kemahiran dalam bahasa Melayu tidak dapat tercapai akibat murid-murid tidak memberikan kerjasama. Ini akan menganggu proses perkembangan bahasa seseorang murid itu.

Perkembangan bahasa serta kognitifnya terbantut disebabkan murid-murid tidak menumpukan perhatian. Selain itu, murid-murid yang lain juga akan rasa terpinggir kerana guru memberi perhatian lebih terhadap Aaron Aziz. Rasa tidak dihargai oleh guru itu akan timbul apabila murid yang lain juga inginkan perhatian yang lebih daripada guru. Ini akan membuatkan suasana di dalam kelas tidak seronok dan menghambarkan. Dalam hal yang sama, apabila suasana kelas tidak menyeronokkan dan tidak kondusif ini akan menyebabkan guru itu sendiri gagal mengawal kelas. Murid-murid yang lain akan membuat hal yang sama seperti Aaron Aziz untuk mendapatkan perhatian. Seseorang guru itu akan gagal dalam mengawal kelas apabila masalah sudah menjadi lebih teruk.

Oleh itu, sebagai seorang guru, saya perlu mencari jalan penyelesian bagi mengatasi masalah tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan oleh Aaron Aziz supaya sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan licin serta berjaya dilaksanakan seperti apa yang dirancang dalam Rancangan Persediaan Harian (RPH). Cadangan Langkah-Langkah Pencegahan 1. Teknik Modifikasi Tingkah Laku Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009), Teknik Modifikasi Tingkah Laku merupakan salah satu langkah intervensi yang boleh digunakan oleh guru dalam menguruskan tingkah laku bermasalah tersebut supaya tidak berulang di dalam bilik darjah. Teknik Modifikasi Tingkah Laku menggunakan prinsip peneguhan dimana tingkah laku murid ditentukan oleh akibat yang bakal diterima selepas tingkah laku ditunjukkan. Murid akan memmuridi tingkah laku tersebut berdasarkan akibat atau peneguhan. Murid akan memmuridi tingkah laku yang diterima atau yang tidak diterima berdasarkan respon yang diperoleh daripada persekitaran. Oleh itu, akibat memainkan peranan penting dalam menguatkan atau melemahkan tingkah laku yang bakal ditunjukkan pada masa akan datang. Sebagai cadangan, di dalam kelas Tahun 4 ini guru boleh menggunakan sistem token dalam memberi peneguhan. Peneguhan berbentuk token ini seperti berbentuk lencana, markah, bintang yang dapat ditukar dengan peneguh yang lain. Sekiranya murid memberikan kerjasama dan perhatian serta menunjukkan sikap yang positif, guru akan melekatkan bintang pada papan token tersebut. Ini akan membantu murid mengulanginya lagi sehingga mendapat token yang paling banyak. Sekiranya terdapat murid yang menunjukkan sikap malas atau tidak menyiapkan latihan atau tidak menumpukan perhatian, guru boleh mencabut bintang yang sedia ada pada papan bagi tidak menerima tingkah laku tersebut. 2. Sesi Bimbingan Bimbingan merupakan satu proses yang dirancang dan digunakan oleh guru untuk membantu murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan persekitaran.

Dalam kes Aaron Aziz, guru perlu menjadi pembimbing kepada muridmuridnya. Membimbing adalah tanggungjawab guru dalam mendidik murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bimbingan adalah suatu proses pencegahan. Murid-murid dibimbing untuk membina kemahiran menghadapi masalah dan menyelesaikan masalah sebelum menjadi serius. Murid-murid itu sendiri yang bertanggungjawab terhadap perkembangan masing-masing. Guru yang membimbing tidak akan membuat keputusan mereka tetapi membantu

mengenalpasti pilihan-pilihan yang terbaik buat mereka. Mereka akan dibimbing untuk membuat keputusan sendiri. 3. Sesi Kaunseling Melalui Terapi Menurut Patterson dan Eisenberg (1983) menyatakan bahawa kaunseling sebagai satu proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang akhirnya membawa perubahan kepada klien tersebut. Setiap individu mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk memperkembangkan diri mereka. Berdasarkan kepercayaan ini maka terapi dalam bimbingan dan kaunseling diwujudkan untuk meneroka perkembangan tersebut. Selain daripada bimbingan, guru juga boleh melakukan sesi kaunseling. Kaunseling merupakan proses di mana guru kaunselor membantu murid untuk memahami dirinya yang sebenar, kekuatan dan kelemahan diri supaya murid dapat membuat keputusan-keputusan yang berkesan dalam pilihan hidupnya. Guru boleh membuat sesi kaunseling dalam terapi bermain, terapi seni, terapi bercerita dan terapi muzik. Bagi murid sekolah rendah, terapi bermain dan terapi seni sangat sesuai dijalankan kerana murid-murid suka melukis dan bermain. Cara mereka meluahkan perasaan mereka pada lukisan dan permainan dapat dilihat dengan jelas. Setelah melalui terapi berkenaan, guru sebagai kaunselor

membimbing murid untuk membuat keputusan yang berkesan serta membantu murid membuat pilihan yang terbaik. 4. Guru Memberi Motivasi Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk Motivasi boleh juga

melakukan atau inginkan mencapai sesuatu matlamat.

dikatakan sebagai rancangan atau kehendak untuk menuju kejayaan dan

mengelakkan dari kegagalan hidup. Dengan kata lain, motivasi adalah proses menghasilkan tenaga oleh keperluan diarahkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Motivasi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang pendidikan. Guru dan murid memerlukan motivasi untuk mengerakkan dirinya untuk mencapai kualiti kerja atau kejayaan yang lebih cemerlang. Murid yang bermotivasi ialah murid yang mempunyai minat untuk belajar bagi mencapai matlamatnya. Mereka akan mendengar dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada

muridannya. Mereka aktif di dalam dan di luar kelas, mudah bertindak dan sedia menerima teguran dan arahan guru. Mereka boleh berdikari dan suka memberikan pandangan dan pendapat dalam kelas. Murid-murid seperti ini mempunyai penggerak dalam dirinya untuk mencapai kecemerlangan akademik dan juga dalam hidup keseluruhannya. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah boleh dicapai melalui guru dan murid yang sentiasa bermotivasi. 5. Learning is fun Sebagai seorang guru perlu ada kreativiti dan inovasi yang tersendiri untuk mencipta satu suasana atau keadaan pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah. Guru itu sendiri perlu memikirkan satu kaedah pengajaran yang boleh membuat semua murid di dalam bilik darjah terlibat sama dan berlaku adil serta saksama. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dapat membantu sedikit sebanyak murid yang bermasalah ini menyertai sesi pembelajaran dengan seronok dan aktiviti yang mencabar minda. 6. Role Model Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung memmuridi pula perubahan tingkah laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan.

Guru sebagai role model

Guru hendaklah mempunyai tingkah laku dan berperwatakan positif supaya murid dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru boleh dicontohi oleh muridnya. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik. Contoh dan hasil kerja yang baik.

Guru perlu tunjukkan kepada murid dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai murid yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Murid boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka. Permainan dan simulasi.

Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Murid dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar. Rakan sebaya sebagai model.

Guru boleh menggunakan murid-murid yang popular atau yang berjaya untuk menunjukkan tingkah laku model dalam kelas.