Anda di halaman 1dari 22

ANTOLOGI KAJIAN tingkatan 3

ANALISIS PUISI TRADISIONAL

tingkatan

Pantun Empat Kerat (Muafakat)

Maksud
Rangkap 1 2 3 4 5 6 Maksud Pekerjaan yang dilakukan bersama-sama akan membawa kejayaan. Masyarakat akan bersatu padu apabila bermuafakat. Penduduk yang bekerjasama akan hidup bahagia. Masyarakat yang bermuafakat dapat mewujudkan negara yang aman dan sejahtera. Sikap saling mempercayai menjadi asas untuk melahirkan permuafakatan yang berkekalan. Toleransi dan saling menghormati sangat penting bagi memperkukuh perpaduan.

Tema
Permuafakatan menjamin kesejahteraan hidup masyarakat.

Persoalan
1. Pentingnya amalan bergotong-royong dan bekerjasama dalam kalangan masyarakat. 2. Sikap saling mempercayai dapat menguatkan permuafakatan. 3. Sikap bertolak ansur dapat mengukuhkan perpaduan.

Bentuk
1. Bentuk terikat. 2. Terdiri daripada enam rangkap. 3. Setiap rangkap ada empat baris. 4. Setiap baris mengandungi tiga hingga empat patah perkataan. 5. Ada pembayang dan maksud.

Unsur Bunyi
1. Rima akhir ialah abab. 2. Asonansi. Pengulangan vokal a. Contoh: Usaha bersama membawa bahagia. 3. Aliterasi. Pengulangan konsonan s. Contoh: Beras segantang sudah disukat.

Gaya Bahasa
1. Penggunaan unsur alam. Contoh: pelangi; buah salak; bunga melati; sawah padi; kangkung; senja; paya; beras. 2. Penggunaan unsur anafora. Contoh: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. 3. Peribahasa. Contoh: Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. 4. Metafora. Contoh: Ikatan muafakat. 5. Inversi. Contoh: Indah sungguh warna pelangi, sepatutnya warna pelangi sungguh indah.

Nilai

Nilai

Pengajaran
1. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan. 2. Kita hendaklah percaya-mempercayai dalam kalangan masyarakat. 3. Kita mestilah saling bertolak ansur dalam kalangan masyarakat. 4. Kita haruslah hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat. 5. Kita hendaklah menghadapi hidup susah dan senang bersama-sama.

Pantun Nasihat (Bersatu Hati)

Maksud

Rangkap 1 2 3 4 5 6

Maksud Jika semua orang bekerjasama, pekerjaan yang susah akan menjadi mudah. Seseorang gadis perlu menjaga maruah diri supaya hidup selamat. Hidup mengikut hawa nafsu akan merosakkan diri sendiri. Generasi muda perlu menjaga tutur kata kerana ketelanjuran kata akan menyusahkan diri sendiri. Setiap orang hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya lebih mudah memahami apa-apa yang dipelajari. Kita hendaklah berkenal-kenalan antara satu sama lain namun batas pergaulan perlulah dijaga.

Tema
Nasihat yang dapat dijadikan panduan hidup untuk menjadi insan yang sempurna.

Persoalan
1. Sikap bermuafakat dapat memudahkan sesuatu pekerjaan. 2. Kepentingan menjaga maruah diri bagi seseorang gadis. 3. Amalan bertutur kata dengan sopan dalam pergaulan. 4. Adab ketika menuntut ilmu pengetahuan.

Bentuk
1. Bentuk terikat. 2. Terdiri daripada enam rangkap. 3. Setiap rangkap ada empat baris. 4. Setiap baris mengandungi empat hingga lima patah perkataan. 5. Terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata sebaris. 6. Ada pembayang dan maksud.

Unsur Bunyi
1. Rima akhir rangkap pertama hingga kelima ialah abab, rangkap keenam ialah aaaa. 2. Asonansi. Pengulangan vokal i. Contoh: Sambil memanggang si ikan sepat. 3. Aliterasi. Pengulangan konsonan t. Contoh: Tumbuh subur tepi telaga.

Gaya Bahasa
1. Penggunaan imej alam. Contoh: gunung; pohon ara; tanjung; telaga; sungai. 2. Penggunaan unsur repetisi. Contoh: Bunga melati, bunga pandan. 3. Penggunaan peribahasa. Contoh: Kerana mulut badan binasa. 4. Responsi. Contoh: Gunung Tahan sama didaki Sungai Pahang sama direnang

Nilai

Nilai

Pengajaran
1. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya pekerjaan itu menjadi mudah. 2. Kita hendaklah berfikir dengan rasional sebelum melakukan sesuatu perkara. 3. Kita hendaklah menjaga tutur kata dan budi pekerti dalam pergaulan seharian. 4. Kita hendaklah menuntut ilmu dengan guru supaya tidak terpesong. 5. Kita hendaklah menjaga tingkah laku supaya tidak melanggar adab dan pantang larang.

Pantun Berkait (Bekerja)

Maksud
Rangkap 1 2 3 4 5 6 7 8 Maksud Penulis menyeru sahabat-sahabatnya agar segera melaksanakan tugas dan jangan leka lagi. Sewaktu menjalankan tugas kita mesti membuang tabiat malas dan sikap lemah. Setelah membuang tabiat malas dan sikap lemah, kita mesti menguasai kemahiran dalam sesuatu bidang itu. Setiap orang mestilah menguasai bidang tugas masing-masing. Setiap orang hendaklah melakukan tugas masing-masing dengan teliti. Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah apabila dilakukan dengan teliti. Setelah berjaya menyiapkan kerja-kerja yang sukar itu, pastinya kita akan gembira. Semua orang tidak berasa penat setelah pekerjaan dapat disiapkan.

Tema
Seruan untuk melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai supaya dapat menikmati faedahnya.

Persoalan
1. Ketekunan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. 2. Mengikis sikap malas dan sambil lewa bekerja. 3. Kepentingan menguasai sesuatu kemahiran dalam sesuatu pekerjaan. 4. Sikap teliti amat penting ketika membuat sesuatu pekerjaan. 5. Kegigihan tangga kejayaan.

Bentuk
1. Jenis pantun berkait, iaitu setiap baris kedua dan keempat akan menjadi baris pertama dan baris ketiga pada rangkap yang berikutnya. 2. Bentuk terikat. 3. Terdiri daripada lapan rangkap. 4. Setiap rangkap ada empat baris. 5. Setiap baris mengandungi empat hingga lima patah perkataan. 6. Terdiri daripada sepuluh hingga sebelas suku kata sebaris.

Unsur Bunyi
1. Rima akhir ialah abab. 2. Asonansi. Pengulangan vokal e. Contoh: Semua kerja mestilah tahu. 3. Aliterasi. Pengulangan konsonan g. Contoh: Bangkit segera kita berjuang.

Gaya Bahasa
1. Penggunaan unsur repetisi. Contoh: Sampai di pangkalan, memunggah barang (rangkap pertama, baris kedua dan rangkap kedua, baris pertama). 2. Penggunaan unsur inversi. Contoh: Kerja yang berat tidaklah gerun (seharusnya Tidaklah gerun kerja yang berat). 3. Sinkope. Contoh: Tidaklah bimbang barangkan hilang. (singkatan perkataan akan menjadi kan).

Nilai

Nilai

Pengajaran
1. Kita hendaklah rajin melakukan sesuatu pekerjaan supaya memperoleh keuntungan. 2. Kita hendaklah tekun apabila melakukan sesuatu pekerjaan supaya cepat siap. 3. Kita hendaklah gigih melakukan sesuatu pekerjaan agar memperoleh hasil yang diimpikan. 4. Kita hendaklah menguasai kemahiran dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan supaya dapat menghasilkan barang yang berkualiti. 5. Kita hendaklah teliti dalam setiap pekerjaan supaya dapat mengelakkan kesilapan.

Syair Panduan untuk Para Remaja

Maksud
Rangkap 1 2 3 4 5 Maksud Penyair mengingatkan generasi muda agar jangan berbohong, jangan memperdaya orang lain, jangan bersikap materialistik, dan jangan membazir. Penyair juga mengingatkan generasi muda supaya jangan mengumpat, mencaci, membenci orang, sombong, dan memungkiri janji. Selain itu, penyair juga menasihati generasi muda agar jangan bermain judi, jangan minum arak, dan jangan melakukan maksiat kerana akan merosakkan diri sendiri. Penyair menasihati generasi muda supaya hidup berdikari, jangan berhutang, jangan mengharapkan bantuan daripada orang lain agar hidup lebih tenang. Penyair menasihati generasi muda supaya jangan suka meminjam dan memberi pinjam kerana kebiasaannya barang yang dipinjamkan kepada orang lain itu akan hilang. Hal ini akan menjejaskan persahabatan dan hilang perasaan hormat. Penyair menasihati generasi muda supaya jangan suka meminta tolong kerana sikap ini menyebabkan kita malas berfikir dan membantutkan daya kreativiti serta kebolehan yang ada pada diri. Penyair juga menyeru generasi muda agar mencintai tanah air sendiri, belajar hidup berdikari, jangan bersikap sombong dan bangga diri kerana keturunan dan kekayaan yang dimiliki oleh keluarga. Penyair berharap dengan perkenan daripada Tuhan, generasi muda menjadi rakyat yang berguna kepada negara dan menjadi pemimpin yang berkaliber pada masa akan datang.

6 7 8

Tema

Panduan menjadi insan yang baik dengan mengamalkan nilai hidup yang terpuji dan meninggalkan perbuatan yang keji.

Persoalan
1. Hidup berdikari lebih baik daripada mengharapkan bantuan daripada orang lain. 2. Perbuatan negatif seperti berbohong, memperdaya orang, tamak, boros, mengumpat, dan sombong akan membinasakan diri. 3. Kepentingan menunaikan janji yang dilafazkan. 4. Berhutang menjatuhkan maruah diri.

Bentuk
1. Bentuk terikat. 2. Terdiri daripada lapan rangkap. 3. Setiap rangkap ada empat baris. 4. Setiap baris mengandungi empat hingga lima patah perkataan. 5. Terdiri daripada sembilan hingga dua belas suku kata sebaris. 6. Semua baris adalah maksud.

Unsur Bunyi
1. Rima akhir ialah aaaa. 2. Asonansi. Pengulangan vokal u. Contoh: Ingatlah semua muda jauhari. 3. Aliterasi. Pengulangan konsonan l. Contoh: Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.

Gaya Bahasa
1. Penggunaan unsur anafora. Contoh: Jangan berdusta jangan perdaya, Jangan fakir kasihkan kaya, Jangan boros yang sia-sia. 2. Penggunaan unsur repetisi. Contoh: Jangan meminjam jangan berhutang. 3. Inversi. Contoh: Judi dan arak jangan biasa sepatutnya jangan biasa judi dan arak. 4. Perlombongan. Contoh: Usah bertemu ular yang bisa. 5. Hiperbola. Contoh: Ke sini tersembah, ke sana terlolong.

Nilai

Nilai

Pengajaran
1. Kita hendaklah berdikari dalam setiap urusan supaya tidak termakan budi. 2. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada sikap suka meminjam dan meminta bantuan daripada orang lain. 3. Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan menjaga maruah diri supaya tidak malu dalam masyarakat. 4. Kita hendaklah menunaikan janji yang telah dilafazkan supaya tidak dikatakan penipu. 5. Kita hendaklah mengasah bakat yang ada pada diri kita.

Syair Berbuat Jasa

Maksud
Rangkap 1 2 3 4 5 6 7 Maksud Penyair menasihati generasi muda supaya berbuat jasa kerana jasa setiap orang akan dikenang walaupun orangnya sudah tiada. Penyair menyeru generasi muda supaya berbuat jasa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan. Hal ini demikian kerana setiap jasa yang dicurahkan akan menerima balasan di akhirat. Penyair juga mengingatkan generasi muda supaya tidak mensesiakan kehidupan mereka. Sebaliknya, berbuatlah jasa kerana jasa mereka akan dikenang selama-lamanya. Penyair menyeru generasi muda agar berbuat jasa dengan bersungguh-sungguh supaya kebaikan daripada jasa itu dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Penyair menegah generasi muda mengharapkan balasan dan pujian setelah membuat jasa kerana sikap yang demikian akan menimbulkan perasaan tamak. Penyair terus mengingatkan generasi muda agar jangan mengharapkan balasan dan penghormatan, memadailah jasa yang dicurahkan itu dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Penyair menyeru generasi muda supaya sentiasa berbuat baik walaupun tidak diketahui oleh orang lain kerana Tuhan Maha Mengetahui.

Tema

Kepentingan berbuat jasa. Jasa baik seseorang itu akan dikenang selagi jasa itu dapat membantu orang lain. Manusia digalakkan membuat bakti dengan ikhlas dan jangan mengharapkan balasan.

Persoalan
1. Keikhlasan dalam berbuat jasa. 2. Sikap berhati-hati apabila menerima pujian. 3. Budi seseorang akan berkekalan dan dikenang selama-lamanya.

Bentuk
1. Bentuk terikat. 2. Terdiri daripada tujuh rangkap. 3. Setiap rangkap ada empat baris. 4. Setiap baris mengandungi empat hingga lima patah perkataan. 5. Terdiri daripada sembilan hingga dua belas suku kata sebaris. 6. Semua baris ialah maksud.

Unsur Bunyi
1. Rima akhir ialah aaaa. 2. Asonansi. Pengulangan vokal a. Contoh: Kamu yang mati jasa tak fana. 3. Aliterasi. Pengulangan konsonan l. Contoh: Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.

Gaya Bahasa
1. Penggunaan unsur sinkope. Contoh: Hidupmu biar memberi guna dan Kamu yang mati jasa tak fana. 2. Penggunaan kata ganda. Contoh: selama-lama, sia-sia, dan dikaji-kaji. 3. Penggunaan bahasa Arab. Contoh: Tuhan Rabbani. 4. Perlambangan. Contoh: Asalkan buahnya elok sempurna. 5. Inversi. Contoh: Hidup manusia jangan percuma, sepatutnya jangan percuma hidup manusia. 6. Hiperbola. Contoh: padat berdentung.

Nilai

Nilai

Pengajaran
1. Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya beroleh keberkatan. 2. Kita hendaklah mengenang jasa dan berusaha untuk membalas jasa seseorang itu. 3. Kita hendaklah berfikir dengan rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan. 4. Kita hendaklah berhati-hati apabila menerima pujian supaya tidak lupa diri.

Syair Li-Attar Ghib

Maksud
Rangkap 1 2 3 4 5 6 7 8 Maksud Penyair mengisahkan kehidupan adik-beradik yang amat rapat. Mereka mengembara dan bermuafakat dalam semua pekerjaan. Atas kehendak Tuhan, dua orang saudara telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun mereka reda kerana hal itu adalah takdir Tuhan. Setiap orang perlu bersabar apabila menerima takdir Tuhan walaupun terlalu sukar untuk dihadapi. Setiap manusia yang ada di dunia ini pasti akan menghadapi kematian tanpa mengira pangkat dan darjat. Setiap manusia perlu mengambil pengajaran daripada generasi yang telah meninggal dunia untuk dijadikan panduan hidup supaya beroleh kebahagiaan. Kebajikan rakyat haruslah diambil berat, lebih-lebih lagi keluarga sendiri agar tidak ditimpa kesusahan. Para nabi menyeru kita agar menuntut secara berterusan kerana orang yang berilmu itu dipandang mulia. Ilmu yang dituntut itu perlulah diamalkan agar tidak sia-sia. Penyair mengingatkan semua orang agar mengambil iktibar atas kematian generasi terdahulu kerana kita juga akan mati seperti mereka.

Tema

Kepentingan setiap insan mengambil iktibar daripada kematian generasi terdahulu. Setiap insan di dunia pasti akan mati. Oleh sebab itu, semua manusia perlu akur akan kebesaran Tuhan.

Persoalan
1. Kematian tidak dapat dielakkan. 2. Kepentingan menuntut ilmu kerana merupakan tuntutan agama. 3. Keinsafan apabila menghadapi kematian orang lain. 4. Tuhan maha berkuasa dalam semua perkara.

Bentuk
1. Bentuk terikat. 2. Terdiri daripada lapan rangkap. 3. Setiap rangkap ada empat baris. 4. Setiap baris mengandungi tiga hingga enam patah perkataan. 5. Terdiri daripada sembilan hingga empat belas suku kata sebaris. 6. Semua baris ialah maksud.

Unsur Bunyi
1. Rima akhir ialah aaaa. 2. Asonansi. Pengulangan vokal e. Contoh: Segala pekerjaan segala perkara. 3. Aliterasi. Pengulangan konsonan k. Contoh: Kita pun kelak demikian itu.

Gaya Bahasa
1. Penggunaan diksi bahasa Arab. Contoh: Wahid al-Khahar, Jabbar, dan anbia. 2. Penggunaan unsur repetisi. Contoh: Segala pekerjaan segala perkara. 3. Penggunaan kata ganda. Contoh: bersama-sama, dikira-kira, sudah-sudah. 4. Inversi. Contoh: Kita sepertinya akan didatangkan, sepatutnya kita akan didatangkan sepertinya. 5. Metafora. Contoh: Muafakatnya cedera.

Nilai

Nilai

Pengajaran
1. Kita hendaklah insaf apabila berhadapan dengan kematian. 2. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu untuk kepentingan hidup di dunia dan akhirat. 3. Kita hendaklah bersabar apabila menghadapi dugaan hidup. 4. Kita hendaklah bersedia untuk mati kerana semua makhluk Tuhan pasti akan menemui ajalnya. 5. Kita hendaklah mengambil iktibar daripada sejarah kehidupan nenek moyang dahulu.

1
Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan puisi tradisional Pantun Empat Kerat (Muafakat). 1. Frasa ke lurah sama diharungi dalam rangkap pertama bermaksud A bersatu padu. B bersama-sama. C bergotong-royong. D beroleh pertolongan. 2. Apabila masyarakat bermuafakat lahirlah negara yang A maju. B masyhur. C berdaulat. D aman damai. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. 3. Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris di atas ialah A anafora. B metafora. C hiperbola. D perlambangan. 4. Yang berikut ialah unsur alam yang terdapat dalam Pantun Empat Kerat (Muafakat) kecuali A pelangi. B buah salak. C sawah padi. D pembetung. 5. Apakah nilai murni yang terdapat dalam rangkap kelima pantun tersebut? A Cinta akan negara B Sayang akan alam sekitar C Hormat kepada raja dan negara D Kepentingan sikap saling mempercayai

2
Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan puisi tradisional Pantun Nasihat (Bersatu Hati). 1. Frasa supaya terang jalan makrifat dalam rangkap kelima bermaksud A mendapat keberkatan. B mudah memperoleh ilmu. C dapat membuat keputusan yang tepat. D dapat menikmati kehidupan yang sebenar. 2. Apakah pesanan pemantun dalam rangkap kedua? A Menjaga kebersihan diri B Jangan menjual barang-barang peribadi C Menjaga maruah diri dalam pergaulan D Jangan membeli barang-barang jualan murah 3. Yang berikut ialah unsur alam yang terdapat dalam Pantun Nasihat (Bersatu Hati), kecuali A nyiur muda. C bunga melati. B keris pusaka. D Gunung Tahan. Kerana mulut badan binasa. 4. Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris di atas ialah A inversi. B repetisi. C imejan. D peribahasa. 5. Melalui rangkap keenam, pengarang mengungkapkan persoalan tentang A adab menuntut ilmu. B adab bertandang ke rumah orang. C adab bergaul dalam masyarakat. D adab menyambut kedatangan tetamu.

3
Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan puisi tradisional Pantun Berkait (Bekerja). 1. Berdasarkan rangkap kelapan, kita akan berasa gembira setelah sesuatu pekerjaan itu dapat A dibuat dengan cepat. B dikerjakan bersama-sama. C dilaksanakan dengan mudah. D disiapkan dengan sempurna. 2. Apakah maksud baris akhir rangkap pertama? A Setiap orang mesti patuh kepada ketua B Setiap orang mesti menunaikan tugas masingmasing C Jangan berkawan dengan orang yang pemalas supaya hidup kita tidak kecewa D Jangan suka menangguh kerja kerana sikap yang demikian merugikan diri sendiri

Kerja yang berat tidaklah gerun 3. Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris di atas ialah A inversi. B repetisi. C imejan. D metafora. 4. Peribahasa yang sesuai dengan maksud perkataan semangat culas ialah

A B C D

curi hati. curi masa. curi makan. curi tulang.

5. Nilai murni yang berikut terdapat dalam pantun ini kecuali A ketekunan. B kerajinan. C keikhlasan. D kegigihan.

4
Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan puisi tradisional Syair Panduan untuk Para Remaja. 1. Yang berikut ialah maksud perkataan mengeji dalam rangkap kedua pantun ini kecuali A mencela. B menghina. C membenci. D memandang rendah. 2. Persahabatan akan menjadi renggang jika kita meminjam atau meminjamkan barang-barang kepada orang lain kerana A hilang harga diri. B hilang keupayaan bertindak sendiri. C hilang perasaan hormat daripada kawan. D hilang sikap bertanggungjawab pada diri sendiri. 3. Perkataan ular yang bisa dalam rangkap ketiga menggunakan unsur gaya bahasa A imejan. B metafora. C hiperbola. D personifikasi. 4. Yang berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam syair ini kecuali A akibat berhutang. B kepentingan menunaikan janji. C akibat melakukan perbuatan yang dilarang. D ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan. 5. Apakah nilai murni yang terdapat dalam rangkap keenam? A Nilai berdikari B Nilai kerajinan C Nilai berhemah tinggi D Nilai bertimbang rasa

5
Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan puisi tradisional Syair Berbuat Jasa. 1. Maksud rangkap pertama Syair Berbuat Jasa ialah A orang yang berjasa dipandang mulia dalam masyarakat. B orang yang berjasa, jasadnya akan disempurnakan dengan sempurna. C orang yang bijak akan membuat sesuatu pekerjaan itu dengan sempurna. D budi baik seseorang itu tetap dikenang walaupun dia telah meninggal dunia. 2. Maksud perkataan percuma dalam rangkap ketiga ialah A lalai. B cuai. C sia-sia. D membazir. 3. Perkataan sumbu pelita dalam rangkap keempat merujuk penggunaan gaya bahasa A inversi. B metafora. C simbolik. D perlambangan. 4. Tema syair ini menyentuh tentang A hidup mesti gembira. B kepentingan berbuat jasa. C manusia mesti membalas budi. D manusia mesti berbudi pekerti mulia. 5. Yang berikut merupakan nilai yang terdapat dalam syair ini kecuali A rasional. B baik hati. C keikhlasan. D mengenang jasa.

6
Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan puisi tradisional Syair Li-Attar Ghib. Hendaklah kita tunduk tengadah, Lihat kepada datuk nenek yang sudah-sudah, 1. Baris syair di atas menyarankan agar pembaca A mengakui kesalahan yang telah berlaku. B menyanjungi datuk nenek yang telah meninggal dunia. C memohon keampunan daripada Tuhan Yang Maha Esa. D mengambil ikhtibar daripada kehidupan generasi yang lepas. 2. Nyatakan harapan penyair dalam rangkap ketujuh. A Ilmu hendaklah dirahsiakan. B Ilmu hendaklah dimanfaatkan. C Ilmu hendaklah dikongsi bersama. D Ilmu hendaklah diajarkan kepada orang lain. 3. Yang berikut menggunakan unsur gaya bahasa yang sama kecuali A Jabbar. B ayuhai. C saadah. D Wahid al-Kahar. 4. Nilai yang terdapat dalam rangkap kelapan ialah A mengenang budi. B berfikir secara rasional. C hormat kepada orang yang lebih tua. D peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat. 5. Pengajaran yang tidak terdapat dalam syair ini ialah A kita hendaklah rajin menuntut ilmu. B kita hendaklah bertaubat sebelum mati. C kita hendaklah sabar menghadapi dugaan. D kita hendaklah mengambil ikhtibar daripada generasi yang lepas.