Anda di halaman 1dari 59

www.mymac4all.

com
1
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
Panduan
Memasang MAC
OSX
dalam PC
"
Dokumen ini mengandungi panduan pemasangan sistem
operasi Mac OSX ke dalam PC biasa. Sistem Operasi Mac OSX
ialah sebuah sebuah sistem operasi yang dibangunkan oleh
syarikat Apple Inc. dan hanya dibenarkan dipasang kedalam
komputer yang diiktiraf oleh Apple Inc. mengikut tatacara
dalam End User Licence Agreement (EULA). Memasang Mac
OSX ke dalam komputer yang tidak diiktiraf oleh Apple
bermakna anda telah melanggar EULA yang ditetapkan oleh
syarikat pembangun Mac OSX.
Saya menulis panduan ini diatas konsep perkongsian ilmu
dan pembelajaran adalah tidak bermaksud menggalakkan
mana-mana perlakuan perlanggaran EULA atau juga
hakcipta. Saya juga tidak boleh dipertanggungjawabkan atas
apa-apa kerosakkan harta benda atau kemalangan akibat
dari mengikuti panduan dalam dokuman ini.
-Penulis-
Saya faham dan bersetuju dengan pernyataan diatas dan
tidak akan meletakkan tanggungjawab kerosakkan atau
kemalangan disebabkan mengikuti panduan ini.
(Pembeli)
2
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
Kandungan.
1 : Pendahuluan. 6
1.1 : Projek OSx86 7
1.1.1 : Developer Transition Kit 7
1.1.2 : Emulasi EFI 8
1.1.3 : Versi DVD OSX86 8
1.2 : Teori Mac OSX86 dalam PC (Bagaimana ia berfungsi) 9
2 : PERSEDIAAN. 10
2.1 : Software yang diperlukan. 10
2.2 : Maklumat & Data Hardware. 10
2.2.1 : Menggunakan CPU-Z. 10
2.2.2 : Hardware lain. 11
2.2.3 Identiti Hardware (Advanced) 12
2.3 : Menyediakan Harddisk dan Partition 13
2.3.1 : Menggunakan Gparted iso 13
2.3.2 : Edit Partition dalam Windows XP dan Vista 15
2.4 : Menyediakan BIOS 16
2.4.1 : Setting BIOS untuk boot ke CD/DVD 16
2.4.2 : Setting Cuba-Jaya BIOS 16
2.5 : Rancang Jenis Pemasangan OSX86 18
3 : Proses Pemasangan. 19
3.1 : Proses Pemasangan Sepintas Lalu. 19
3.2 : Memasang Mac OSX - Panduan Universal 20
3
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
3.3 : Customize. 28
3.4 : Memasang Bootloader (Bagi kes Dual Boot) 32
3.4.1 : Darwin Bootloader 32
3.4.2 : Windows Bootloader 32
3.4.3 : GRUB Loader bagi Ubuntu 35
3.5 : Memasang OSX86 kaedah Boot-132 37
3.5.1 : Teori dan bagaimana ia berfungsi? 37
3.5.2 : Hardware yang diperlukan 37
3.5.3 : Bahan-bahan yang diperlukan 37
3.5.4 : Proses pemasangan 38
3.6 : Memasang menggunakan Peranti EFI-X 39
3.7 : OSX86 Tools 40
3.7.1 : OSX86 Tools Utility 40
3.7.2 : Kext Helper 42
3.7.3 : Universal OSx86 Installer 43
3.7.4 : Slimbuild GUI 43
4 : Penyelesaian Masalah. 44
4.1 : Still waiting for root device. 44
4.2 : Hang selepas boot ke Mac OSX kali pertama dengan skrin
biru. 45
4.3 : Single User Mode 46
4.4 : Blingkin Cursor selepas memasang Mac OSX 47
4.5 : com.apple.Boot.plist not found 48
4.6 : Komputer restart terus menerus selepas pemasangan
OSX86 48
4
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
4.7 : Masalah semasa setting user selepas pemasangan 48
4.8 : Darwin Boot Options 49
4.9 : Menghadapi masalah lain 50
5 : Selepas Pemasangan OSX86. 51
5.1 : Mengendalikan Aplikasi (Applications) 51
5.1.1 : Memasang Perisian 51
5.1.2 : Membuang Perisian 52
5.1.3 : Mencari Perisian 52
5.2 : Proses Update 52
5.3 : Backup! Backup! Backup! 53
5.4 : Upgrade / Pasang Kernel Baru 53
6 : Bina Hackintosh! 54
6.1 : Processor 54
6.2 : Motherboard 54
6.3 : Video Card (GPU) 55
6.4 : Memory (RAM) 55
6.5 : Hard Drives (Harddisk) 55
6.6 : Optical Drives (CD/DVD Drives) 55
6.7 : Case dan Power Supply 55
6.8 : Komponen Lain 56
6.9 : DVD Mac OSX Original 56
7 : Kamus. 57
8 : Penutup 59
5
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
1 : Pendahuluan.
Mac OSX ialah sebuah sistem operasi hebat dan maju yang dibangunkan oleh syarikat Apple
khas untuk digunakan dalam komputer keluaran mereka yang terkenal sebagai Mac. Bermula
dari Mac OSX Tiger dan kemudiannya Leopard pula tampil dengan 300 pembaharuan yang
mengujakan membuatkan fenomena memiliki sebuah Mac adalah cukup esklusif. Dengan
interface atau paparan antaramuka yang clean dan smooth, berserta eye candy yang pastinya
memikat setiap pengguna komputer yang sudah boring dengan Windows, menjadikan Mac OSX
merupakan sistem operasi yang di idam-idamkan oleh ramai pengguna komputer.
Halangan kita selama ini hanya satu iaitu kita tidak boleh memasang Mac OSX ke dalam PC
biasa. Kita memerlukan sebuah Mac yang difahami lebih mahal harganya dari PC biasa. Oleh
kerana itulah panduan ini ditulis dengan tujuan untuk berkongsi ilmu dan pendidikan tentang
bagaimana sebuah PC biasa boleh dipasang dan boleh menjalankan sistem operasi Mac OSX
sebagaimana ia dijalankan dalam sebuah Mac.
Saya memahami anda. Anda mungkin tidak ingin membaca panduan ini dari kulit ke kulit. Oleh
kerana itu saya mencadangkan kepada anda supaya membaca kandungan dan klik pada tajuk
yang ingin anda baca sahaja. Panduan ini adalah panduan umum dan banyak bahagian dalam
panduan ini mungkin tidak ada kaitan dengan kes anda secara spesik. Namun jika anda benar-
benar ingin memahami keseluruhan cerita, jangan segan silu untuk membaca keseluruhan
kandungan panduan ini. Saya yakin ianya akan memberi guna kepada anda suatu hari nanti.
Berkenaan dengan aspek undang-undang, anda hendaklah faham bahawa menggunakan
perisian tanpa lesen memiliki perisian yang sah adalah salah disisi undang-undang. Meskipun
pakej panduan ini disertakan DVD panduan yang mengandungi Mac OSX yang telah dihack, ia
tidak bermaksud kami telah menjual perisian cetak rompak. Kami sama sekali tidak bermaksud
untuk menjual perisian cetak rompak dan DVD tersebut hanyalah untuk tujuan percubaan
supaya panduan ini menjadi satu panduan yang praktikal untuk dicuba oleh pembaca. Untuk
itu, kami mencadangkan agar anda dapat membeli DVD Mac OSX Leopard yang Original dari
Apple Store untuk mendapat lesen sah Mac OSX.
Aspek Pembelajaran
Cuba kenang kembali hari-hari pertama anda bersama satu mesin hebat bernama komputer.
Saya agak yakin anda mengenali komputer dengan perantaraan windows dan program pertama
anda mungkin hanyalah Game. Game itulah juga yang menjadi kegemaran kebanyakkan
pengguna komputer di Cyber Cafe, atau mungkin juga pengguna yang terdiri daripada pelajar
universiti dan kolej. Ianya bukan satu perkembangan ilmu yang baik jika kita hanya
menumpukan kepada game pada kebanyakkan masa bersama komputer. Satu ledakkan revolusi
diperlukan supaya ilmu komputer itu dipelbagaikan dan sistem pengoperasian juga seharusnya
pelbagai.
Memasang Mac OSX ke dalam PC merupakan sesuatu juzuk kecil dari kepelbagaian ilmu
tersebut. Saya yakin juzuk kecil ini mampu menimbulkan minat yang mendalam dalam minda
pembaca tentang bagaimana sesebuah komputer itu beroperasi, aspek kestabilan dan interaksi
antara sistem operasi dan hardware komputer. Ini hanyalah permulaan dan panduan juga
adalah permulaan. Selamat Memulakan!
6
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
1.1 : Projek OSx86
Osx86 ialah sebuah kolaborasi projek hacking untuk memasang dan menjalankan (install and
run) Mac OSX dalam komputer bukan keluaran Apple yang menggunakan processor x86 (x86
architecture). Usaha bermula sekitar Jun 2005 apabila Apple mengumumkan akan bertukar dari
processor IBM Power PC kepada Intel. Komputer yang dipasang dan dijalankan dalam komputer
bukan keluaran Apple akan dipanggil hackintosh meminjam nama Macintosh yang
diperkenalkan oleh Apple. Projek OSx86 juga membentuk satu komuniti di internet yang boleh
dirujuk di : http://www.osx86project.org/ dan Forum InsanelyMac.
1.1.1 : Developer Transition Kit
Pada 6 Jun 2005, Apple memperkenalkan Developer Transition Kit kepada developer
(pembangun perisian) berdaftar dengan harga $999. Apa yang terkandung didalamnya ialah
patches untuk menggunakan TPM (Trusted Platform Module) yang berfungsi antara lain
menghalang Mac OSX dari dipasang dalam komputer bukan keluaran Apple. TPM ini pula
diperlukan oleh Teknologi Rosetta yang membenarkan perisian yang diperuntukkan untuk
Power PC untuk dijalankan dalam komputer berprocessor Intel. Melalui Developer Transition Kit
ini, pembangun perisian mac osx yang selama ini memperuntukkan perisian mereka untuk
komputer Power PC boleh mengaplikasikan patches didalamnya untuk membolehkan perisian
yang sama dijalankan dalam komputer berprocessor Intel.
Namun apa yang berlaku ialah, peluang untuk memasang dan menjalankan Mac OSX kedalam
PC semakin besar. Halangan utama ialah TPM dan dengan melangkaui TPM, Mac OSX akan
berjaya dipasang dan dijalankan dalam komputer bukan keluaran Apple.
Januari 10 2006, Apple mengeluarkan Mac OSX versi 10.4.4 pertama kali untuk komputer apple
berprocessor Intel iaitu iMac, dan MacBook Pro. Komputer ini menggunakan platform rmware
Extensible Firmware Interface (EFI) menggantikan BIOS yang boleh didapati dalam kebanyakkan
motherboard x86. Dan sejak itulah, munculnya versi Mac OSX yang telah dihack (digelar Mac
OSX86) sehingga ke hari ini.
7
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
TPM ialah cip komputer yang dimasukkan kedalam komputer
apple yang berasaskan processor intel untuk menghalang Mac
OSX dari dipasang kedalam komputer bukan keluaran Apple.
Apabila seseorang cuba memasang Mac OSX kedalam PC biasa
(melalui kaedah biasa), installer bagi mac kemudiannya akan
mencari TPM dan jika tidak ditemui, installer akan menolak untuk
di run.
1.1.2 : Emulasi EFI
Extensible Firmware Interface ialah spesikasi yang menterjemahkan antaramuka perisian
antara sistem operasi dan platform rmware. November 2007, Hacker dari Rusian bernama
Netkas memperkenalkan satu method untuk tujuan emulasi EFI dalam PC biasa. Jika ini berjaya,
maka sebuah PC biasa boleh dilihat sebagai komputer yang serupa dengan komputer keluaran
Apple dan ini membawa maksud, kerja memasang, menjalankan dan update Mac OSX86 akan
berjalan lancar tanpa memerlukan kerja tambahan. Menggunakan EFI patch, sesebuah
hackintosh boleh menggunakan vanilla osx kernel (kernel mac osx yang tidak diubah) dan
vanilla kernel extensions. Apa maksudnya? Ini bermaksud, hackintosh anda bukan sahaja boleh
menggunakan apa sahaja versi Mac OSX86 akan datang tetapi juga tahap kestabilan sistem
operasi yang menyamai komputer keluaran Apple.
1.1.3 : Versi DVD OSX86
Terdapat beberapa versi DVD Mac OSX86 yang telah sedia di patched bermakna ia ialah versi
yang telah disetkan untuk tidak mencari TPM dalam hardware komputer anda. Antara versi yang
popular ialah seperti berikut;
! Leo4All : Ianya versi yang saya secara peribadi telah mencuba dan berfungsi dengan
baik dalam test machine saya. Sesuai dengan nama, versi ini boleh digunakan untuk
pemasangan Mac OSX dalam processor Intel dan AMD. Leo4All terdapat banyak versi
iaitu Leo4All v1, v2, v3, v4, v5 dan setiap versinya dikhaskan untuk versi Mac OSX86
yang tertentu.
! iATkos : Versi ini juga adalah versi yang bagus untuk dicuba. Kebaikan versi ini ialah
saiznya lebih kecil, cepat boot dari dvd, proses pemasangan mengambil masa yang
lebih singkat. Saya juga telah mencuba versi ini dan ianya berfungsi dengan baik
dalam test machine saya. Setakat yang saya tahu, versi ini ialah untuk processor Intel
sahaja. iATkos juga mempunyai beberapa versi seperti iATkos 1.0i dan sebagainya.
! Kalyway : Versi ini juga antara yang dicadangkan dan saya telah mencubanya dan
berjaya dalam test machine saya. Namun versi kalyway mengubah beberapa perkara
seperti ikon, wallpaper dan sebagainya dalam Mac OSX86. Pun begitu, versi ini agak
aktif mengeluarkan patches untuk upgrade versi mac osx ke versi terbaru.
! iDeneb : Saya juga telah mencuba versi ini namun gagal dalam test machine.
Walaupun begitu, versi iDeneb ini sesuai untuk processor Intel dan AMD dan
menyediakan banyak driver dan patches untuk chipset tertentu.
Bermakna anda ada sekurang-kurangnya 4 pilihan. Saya tidak jamin versi mana yang paling
sesuai untuk anda dan agak sukar untuk menentukannya sebenarnya. Misalnya, saya telah
mencuba Leo4All v2 dan berjaya tanpa sebarang masalah. Apabila saya mencuba Leo4All v3
dalam test machine yang sama dengan kongurasi yang sama, terdapat masalah iaitu Still
waiting for root device. Meskipun ianya masalah yang boleh diselesaikan namun itu
menunjukkan bahawa, jika anda gagal memasang Mac OSX86 menggunakan versi tertentu
anda perlu mencuba versi lain juga.
Ok, anda sudah tentu tertanya-tanya dimanakah anda boleh mendapatkan versi-versi Mac
OSX86 ini. Secara normalnya, anda boleh dapatkan versi-versi Mac OSX86 ini dalam laman web
torrent atau rapidshare. Namun saya tidak bertanggungjawab atas perlakuan anda tersebut
kerana ia menyalahi undang-undang. (Undang-undang yang biasanya diabaikan jika ia untuk
kegunaan peribadi dan pembelajaran..)
8
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
1.2 : Teori Mac OSX86 dalam PC (Bagaimana ia berfungsi)
9
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
2 : PERSEDIAAN.
Saya menganggap pembaca sudah mempunyai sebuah komputer (atau bercadang ingin
memiliki sebuah komputer). Saya juga menganggap pembaca mempunyai kemahiran sekurang-
kurangnya pengetahuan asas tentang komputer dan sistem operasi windows. Apa yang perlu
anda sediakan mulai dari sekarang ialah beberapa pengetahuan tambahan dan beberapa bahan
yang mungkin terdiri daripada software dan juga beberapa persiapan lain. Proses persediaan
yang dimaksudkan melibatkan;
! memuat turun software yang diperlukan
! mengumpul maklumat dan data tentang hardware komputer anda
! menyediakan harddisk dan partition
! menyediakan BIOS
2.1 : Software yang diperlukan.
Antara software yang mungkin anda perlukan ialah;
! CPU-Z : Perisian pengumpulan data CPU
! HWINFO : Perisian pengumpulan data hardware
! Partition Magic : Untuk tujuan membina partition
! GParted : Untuk setkan boot partition (atau anda boleh gunakan Live CD Linux
Ubuntu etc)
2.2 : Maklumat & Data Hardware.
Untuk membolehkan proses pemasangan berjalan dengan lancar, mendapat maklumat dan
data yang tepat berkenaan hardware yang terdapat dalam komputer anda merupakan satu
kemestian. Maklumat dan data yang diperolehi ini kemudiannya berguna untuk membolehkan
anda memasang patched yang sesuai dengan hardware anda.
2.2.1 : Menggunakan CPU-Z.
CPU-Z ialah aplikasi kecil dan percuma yang
dibangunkan untuk windows berfungsi untuk
membolehkan pengguna komputer mengumpul
maklumat tentang CPU komputer yang digunakan.
Dengan menggunakan CPU-Z, anda boleh
mengumpulkan beberapa maklumat tentang CPU
komputer anda seperti Jenis processor, versi SSE dan
jenis Motherboard (MOBO).
Menerusi imej disebelah sebagai contoh, anda
sepatutnya mendapat maklumat berikut;
Jenis Processor : Intel Pentium D
Versi SSE : SSE, SSE2,SSE3
Motherboard : (pada tab mainboard)
10
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
2.2.2 : Hardware lain.
Untuk hardware dan komponen lain, saya mencadangkan anda menggunakan perisian HWiNFO
dalam windows.
Contoh mengenalpasti Video Chipset.
Contoh mengenalpasti Audio Card
11
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
2.2.3 Identiti Hardware (Advanced)
Anda boleh skip proses ini jika tiada masalah dengan kesesuaian hardware.
12
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
XP : Right click pada My
Computer dan Pilih Properties.
Vista : Klik Start > Right Click
pada Computer dan pilih
Manage.
XP : Pilih tab Hardware > klik
pada Device Manager
Vista : Pada System Properties
ini, lihat pada sidebar > klik
pada Device Manager.
Langkah seterusnya adalah sama bagi windows XP
mahupun Vista. Paparan grak mungkin sedikit berbeza
tetapi caranya adalah sama. Langkah ini matlamatnya
untuk mengumpul data tertentu berkenaan hardware
yang biasanya memerlukan driver untuk membolehkan
hardware tersebut berfungsi. Antara komponen yang
terlibat ialah Display adapter, Network adapters, Sound,
mouse atau keyboard yang mempunyai fungsi yang
istimewa, bluetooth dan power management. Right Click
pada komponen ini > Properties. Ambil nota berkenaan
komponen-komponen tadi sebanyak mungkin.
Apa yang perlu dinotakan ialah;
irq
memory range
nama dan model komponen dengan tepat
device id dan vendor id bagi setiap komponen
Untuk mengetahui tentang device dan vendor id, sila pilih
tab Details > Device Instance Id.
Dalam imej disebelah vendor id tercatat selepas VEN_ dan
device id tercatat selepas DEV_. Dari imej disebelah
maklumat adalah seperti berikut;
Vendor id : 10DE
Device id : 00C0
2.3 : Menyediakan Harddisk dan Partition
Memasang apa jua sistem operasi kedalam komputer sama seperti menerima seorang warga
baru dalam rumah anda. Warga baru tadi perlukan bilik untuk tidur dan menjalankan aktivitinya.
Mac OSX perlukan satu ruang khas untuk menempatkan kesemua fail-fail sistemnya dan ruang
itu juga diperlukan untuk menjalankan aktivitinya seperti memasang perisian, penyimpanan
data yang dihasilkan atau dimuatturun dari internet.
Dalam installer Mac OSX86 sudah terdapat satu aplikasi iaitu Disk Utility yang berfungsi untuk
format harddisk dan partition. Namun begitu Disk Utility tidak menyokong fungsi yang lebih
kompleks seperti resize dan delete partition. Ini menyebabkan jika anda mempunyai hanya 1
harddisk, anda tidak boleh membina partition lain tanpa perlu delete kesemua data dalam
harddisk. Disini saya nasihatkan anda samada menggunakan software partitioning berbayar
seperti partition magic dan jika anda ingin menggunakan perisian sumber terbuka, anda boleh
menggunakan GParted iso.
2.3.1 : Menggunakan Gparted iso
Gparted merupakan perisian membuat editasi keatas harddisk dan partition yang berguna,
sumber terbuka dan percuma. Gparted biasanya didatangkan bersekali dengan live cd linux
seperti ubuntu dan jika anda tidak mahu download live cd linux, anda masih boleh download
live cd gparted sahaja yang lebih kecil saiznya (kurang dari 100MB). Live cd gparted
membolehkan anda menggunakan gparted dengan hanya boot kedalam CD. Untuk
menggunakan gparted dalam live cd sila ikuti proses berikut;
1. Download fail image gparted dalam format .iso.
2. Burn .iso dalam bentuk CD image. (Jangan burn sebagai data!)
3. Boot kedalam CD (pastikan komputer anda boleh boot kedala CD - rujuk
Menyediakan BIOS)
4. Paparan-paparan berikut akan muncul.
Tekan ENTER Sesi ini untuk setkan keymap. Pilih mana-
mana pilihan dan pilih <OK>. Saya telah
memilih Select Keymap from Full List untuk
membolehkan panduan ini diikuti secara
universal.
5. Kemudian pilih keymap yang bertepatan dengan keyboard yang anda gunakan.
13
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
Sesi GParted!
Pada sesi Gparted, anda akan mendapati aplikasi gparted telah muncul dan menyenaraikan
senarai harddisk dan partition anda. Ikuti langkah berikut;
1. Pada 1 (rujuk imej) pilih harddisk sasaran.
2. Pilih Partition sasaran dan right clik padanya dan pilih Resize/Move.
1
2
14
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
Pilih bahasa yang ingin anda gunakan.
Taipkan berdasarkan angka dan tekan
ENTER.
Pilih mode yang ingin anda gunakan.
Taipkan nombor untuk memilih dan tekan
ENTER.
3. Pada Free Space Following, masukkan nilai partition baru yang ingin anda buat untuk
tujuan memasang Mac OSX86. Minima yang boleh memuatkan Mac OSX86 adalah sekitar
6GB (6000MB). Saya cadangkan agar partition tersebut lebih besar dari 10GB (10000GB).
Klik Resize/Move.
4. Klik pada butang Apply untuk membolehkan perubahan
yang anda lakukan tadi berkesan.
5. Kemudian anda akan mendapati satu partition baru
tercipta dengan nama unallocated kerana ia masih belum
diformat. Anda boleh right click padanya dan pilih Format
to dan pilih format yang anda sukai (seperti FAT32). Sekali
lagi klik butang Apply untuk membolehkan perubahan tersebut mendatangkan kesan.
6. Pastikan anda klik Apply untuk membolehkan kesemua perubahan yang anda lakukan
berkesan. Kemudian klik pada butang Exit dan restart. Ini bermakna anda telah setkan
partition 10000MB tadi untuk OSX86.
2.3.2 : Edit Partition dalam Windows XP dan Vista
Selain dari menggunakan GParted, dalam windows itu sendiri terdapat fungsi Disk Management
dan cara untuk anda sampai kepada Disk Management ini adalah dengan right click pada ikon
My Computer > Manage pada windows XP atau Start > Computer > Right Click > Manage pada
windows vista. Apabila tetingkap Computer Management muncul, pergi kepada Storage dan
pada tree Storage itulah terdapatnya Disk Management.
Dalam windows XP, anda hanya dibenarkan untuk delete partition manakala windows vista
mempunyai fungsi yang lebih maju iaitu fungsi Shrink Volume. Kemudian anda juga boleh
format partition yang anda delete dan shrink tadi kepada format yang diingini. Paling penting
4
15
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
3
ialah anda perlu pastikan terdapat satu partition lebih besar dari 10GB untuk digunakan oleh
OSX86.
2.4 : Menyediakan BIOS
BIOS ialah Basic Input/Output System. Itu pengertian dari segi bahasa. Secara praktikalnya anda
boleh masuk kedalam sesi BIOS mana-mana komputer (kecuali komputer Apple) dengan
menekan butang del atau F2 atau F12 semasa skrin pertama muncul selepas komputer
dihidupkan.
2.4.1 : Setting BIOS untuk boot ke CD/DVD
Sesetengah komputer, BIOS tidak disetkan pada aturan yang diperlukan untuk boot ke CD/DVD.
Ini menyebabkan setiap kali anda masukkan bootable CD/DVD, komputer tetap boot kedalam
harddisk iaitu masuk kedalam windows atau apa jua sistem operasi yang terdapat dalam
harddisk. Untuk memperbetulkan urutan ini, sila ikut langkah berikut;
! On komputer dan apabila muncul tulisan pertama di skrin > tekan F2 (pada
keyboard) atau del atau F12.
! Pergi ke tab Boot (dengan menekan
butang arrow pada keyboard)
! Cari dan pilih sesuatu yang bermaksud
boot priority order (bergantung
kepada jenis BIOS komputer anda)
! Anda akan mendapati terdapat urutan
bagi proses boot mengikut jenis
device. Sila pilih CD/DVD device dan
pada keyboard sila tekan + atau -
untuk mengerakkannya keatas atau
kebawah. Sila pastikan CD/DVD lebih
priority dari device harddisk. (gunakan
butang shift untuk + dan -)
! Apabila proses itu selesai, pilih tab Exit dan pilih Exit Saving Changes.
! Selesai dan anda boleh boot kedalam CD/DVD.
2.4.2 : Setting Cuba-Jaya BIOS
Apa maksud cuba-jaya? Oleh kerana komputer apple menggunakan EFI mengantikan BIOS, ini
menyebabkan anda perlukan kombinasi BIOS yang sesuai untuk membolehkan proses
pemasangan mac osx licin tiada masalah. Kombinasi pada setting BIOS ini pula berbeza bagi
setiap komputer dan jika anda gagal untuk boot kedalam mac osx, mengubah setting pada BIOS
mungkin boleh menyelesaikan masalah.
Terdapat beberapa setting yang telah dicuba dan berjaya membolehkan mac osx untuk
dipasang kedalam komputer terbabit. BIOS komputer anda adalah berbeza dan jika anda tidak
jumpa setting yang dicatatkan disini, sila abaikannya.
Execute Disable (XD/NX)
16
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
Setting ini adalah yang pertama harus ditetapkan dalam BIOS. Dengan anda setkan Execute
Disable Function kepada Enable (atau No Execution dalam AMD atau juga XD Technology),
bererti anda telah setkan BIOS anda semakin hampir menyerupai EFI (pada makna tertentu).
Execute Disable ini pada asasnya berfungsi untuk menghalang virus dari menghasilkan fail-
failnya pada memori yang hanya dikhaskan untuk penyimpanan data tetap. Apabila virus cuba
menghasilkan fail-failnya dalam memori tersebut, dengan Execution Disable Function disetkan
kepada Enable, CPU akan menghalang tindakan virus tadi. Mac OSX hanya menerima hardware
dan BIOS yang disetkan kepada sesuatu yang lebih selamat dan kerana itulah setting ini sangat
diperlukan.
Max CPUID Value Limit
Dalam sesi runtime komputer, sistem operasi akan berinteraksi dengan CPU untuk mengetahui
beberapa maklumat tentang banyak perkara menggunakan nilai HEX yang disetkan pada
register CPU. Tidak semua CPU menyokong semua fungsi dan kerana itulah semasa proses
booting sistem operasi akan memeriksa fungsi apakah yang disokong oleh CPU. CPU berbeza
akan memberikan nilai HEX yang berbeza bergantung kepada fungsi yang disokongnya dan
berdasarkan nilai ini juga membolehkan sistem operasi boleh mengetahui CPU apakah yang
sedang digunakan. Namun sistem operasi yang lama seperti windows NT, 95, 98, Mac OSX
Jaguar dan Panther tidak mengetahui fungsi baru yang disokong oleh CPU terbaru dan kerana
itulah pilihan Max CPUID Value Limit ini wujud didalam BIOS. Setting ini akan memberitahu CPU
seolah-olah CPU hanya menyokong fungsi yang terhad (limited features) jika CPU tersebut
digunakan untuk memasang OS yang lama itu tadi. Namun oleh kerana Leopard menyokong
kesemua fungsi CPU yang terbaru, setting ini perlu disetkan kepada Disable.
CPU Internal Thermal Control
CPU terbaru mempunyai fungsi internal thermal sensors untuk membolehkan suhu CPU diukur
ketika dalam sistem operasi. Dan beberapa tindakan automatik juga diaktifkan dengan adanya
fungsi ini seperti, apabila suhu CPU meningkat ke satu tahap secara automatik nilai voltan dan
kepantasan CPU akan dikurangkan sehinggalah CPU mencapai suhu yang selamat. Dan jika
suhu CPU tidak dapat dikawal, komputer berkemungkinan akan hang atau shutdown secara
tiba-tiba. Bagi hackintosh, kelihatan leopard masih tidak menyokong atau tidak begitu serasi
dengan fungsi ini bagi PC biasa. Lalu anda dinasihatkan untuk setkannya kepada Disable atau
setidak-tidaknya Auto Value. Jika tiada apa-apa masalah, anda boleh cuba enablekannya
kemudiannya.
ACPI 2.0 Support (Advanced Conguration and Power Interface)
ACPI ialah satu standard yang membenarkan sistem operasi untuk mengawal power
management bagi komponen hardware. Ia perlu disetkan kepada Enable atau YES untuk
membolehkan leopard mengawal power management bagi komponen hardware. Parameter
lain yang bersangkutan termasuklah ACPI APIC Support yang perlu dienablekan juga.
Core Multi-Processing
Fungsi BIOS ini simple sahaja tetapi penting. Ianya membenarkan Processor Intel Core 2 Duo
bertukar kepada Intel Core 2 Solo bermakna CPU akan hanya menggunakan salah satu dari 2
core tersebut. Jika anda gagal boot kedalam osx86 leopard (seperti restart berterusan), sila
setkan settingnya kepada disable dan jika tiada apa-apa masalah anda boleh enable kannya
kembali.
ATA/IDE Mode
Pada pilihan ATA/IDE Mode pada BIOS, anda boleh setkan standard bagi sokongan hard driver
controller. Ianya menyokong IDE untuk untuk versi komputer yang agak lama dan SATA untuk
versi yang lebih baru dan RAID jika ia disokong. Jika anda menggunakan IDE sila pastikan anda
17
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
setkan ATA/IDE Mode kepada Legacy dan jika anda menggunakan SATA sila pastikan Congure
SATA as disetkan kepada AHCI. Kesimpulannya seperti berikut;
Untuk SATA;
ATA/IDE Mode : Native
Congure SATA as : AHCI
S.M.A.R.T : Enable
Untuk IDE driver;
ATA/IDE Mode : Legacy
Congure SATA as : IDE
S.M.A.R.T : Disable
Anda boleh juga setkan pilihan S.M.A.R.T kepada sebaliknya jika mendapat S.M.A.R.T error
semasa boot kedalam DVD OSX86.
2.5 : Rancang Jenis Pemasangan OSX86
Antara pilihan pemasangan yang anda ada ialah seperti berikut;
! Dual Boot : Memasang Mac OSX86 bersama sistem operasi lain (windows atau linux)
dalam satu komputer tanpa menganggu sistem sistem operasi lain itu. Pun begitu
pilihan ini memerlukan anda setup bootloader untuk membolehkan anda memilih
sistem operasi mana yang ingin anda gunakan.
! Single Install : Memasang Mac OSX86 sahaja didalam satu komputer. Cara ini tidak
memerlukan anda setup bootloader selepas proses pemasangan mac osx.
! Virtual Machine : Memasang Mac OSX86 didalam VM. Ianya tidak mustahil tetapi saya
tidak akan memfokuskan kepada kaedah ini dalam panduan ini kerana anda
memerlukan komputer yang mempunyai RAM yang besar untuk memasang Mac
OSX86 melalui cara ini.
Bagi pemasangan dual boot, sila pastikan di partition mana dan dalam harddisk mana anda
ingin pasang Mac OSX86. Ini penting kerana jika anda tersalah partition, maka kesemua data
dalam partition yang anda pilih itu tadi akan terdelete dan tidak boleh didapatkan kembali
tanpa menggunakan perisian data forensik. Jika anda mempunyai lebih dari 1 harddisk, anda
boleh install Mac OSX86 dalam harddisk yang anda kenalpasti terlebih itu tadi dengan format
harddisk tersebut menggunakan disk utility semasa dalam sesi dvd installer.
Perkara seterusnya yang perlu anda rancang ialah hardware yang terdapat dalam komputer
anda. Terdapat beberapa hardware yang agak sukar untuk mendapatkan drivernya (kext). Dan
jika masalah ini muncul, anda perlu merancang untuk mendapatkan/membeli hardware yang
disokong. Tidak mempunyai driver bagi sesetengah hardware tidak akan menggangu sistem
osx86. Ianya akan hanya menganggu beberapa fungsi tertentu seperti bunyi dan network
(bergantung kepada hardware anda).
Terdapat 2 versi Mac OSX86 yang boleh dipasang ke dalam PC iaitu versi 10.4 Tiger dan 10.5
Leopard. Dokumen ini berdasarkan versi 10.5 Leopard iaitu versi terbaru dari Apple. Meskipun
begitu, anda boleh merujuk kepada dokumen ini untuk memasang versi 10.4 Tiger tanpa
masalah. Ya, saya jamin tiada masalah.
18
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
3 : Proses Pemasangan.
3.1 : Proses Pemasangan Sepintas Lalu.
19
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
Masukkan DVD
OSX86
Boot ke dalam DVD
(Darwin bootloader)
Welcome Skrin. Buka
Disk Utility.
Erase Disk. Automatik format
partition kepada HFS+
Kembali ke installer. Pilih
Harddisk.
Customize!
Install --> Reboot.
Setup User.
Masuk ke Desktop!
Pastikan komputer anda
disetkan untuk boot DVD
dahulu sebelum harddisk.
Pilih bahasa untuk proses
pemasangan.
Pastikan anda hanya pilih item
yang sesuai dengan komputer
anda sahaja! Rujuk Customize
untuk penerangan lanjutan.
3.2 : Memasang Mac OSX - Panduan Universal
(1)Masukkan DVD Mac OSX86 yang anda miliki ke dalam DVD drive dan restart komputer.
(2)Proses seterusnya ialah untuk boot kedalam DVD Mac OSX86 supaya kita dapat melihat
installer bagi Mac OSX86 (seperti juga dengan proses pemasangan windows atau linux).
Untuk tujuan ini, anda perlu setkan BIOS komputer anda supaya memilih untuk boot kedalam
CD/DVD. Anda boleh pastikan dengan melihat kepada
(3)Anda akan melihat paparan berikut selepas loading BIOS;
(4)Seperti yang diarahkan, tekan mana-mana butang keyboard untuk memasang Mac OSX86.
(5)Skrin seterusnya yang sepatutnya muncul bergantung kepada versi DVD Mac OSX86 yang
anda gunakan iaitu samada;
Atau (untuk Verbose -V mode)
20
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
Proses Loading ini mungkin mengambil masa sekitar 5 minit dan selesai proses tersebut, anda
akan dibawa ke sesi installer.
(6)Pilih bahasa - Sila pilih bahasa inggeris dan tekan ENTER atau klik butang dibawah.
(7) Welcome Screen - Welcome to Installer Session!
(8) Buka Disk Utility - Pada panel, klik pada Utilities dan klik pada Disk Utility.
21
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
(9) Pilih partition yang ingin digunakan - Klik pada partition yang tersenarai pada sidebar
sebelah kiri yang memaparkan senarai harddisk, partititon dan mounted devices.
(10) Erase - Ada 2 cara. Samada anda pergi ke tab Erase dan klik Erase atau anda boleh right click
pada partition yang dipilih dan klik Erase. Tindakan ini akan membuang (delete) semua fail
dalam partition yang dipilih.
Penerangan proses Erase;
1.Pilih tab Erase.
2.Namakan partition yang baru dan volume format sila setkan kepada Mac OS Extended
(Journaled). Saya nasihatkan anda untuk tidak menamakan partition tersebut dengan 2
perkataan yang terpisah seperti Macintosh HD. Sila pilih nama yang bersambung seperti
MacintoshHD, MacHD, LeopardHD, HackitoshHD dan sebagainya. Anda boleh memilih untuk
meletakkan HD dibelakang nama atau tidak.
3.Selepas proses penamaan dan penetapan volume format, klik butang Erase.
1
2
3
22
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
Satu popup keluar bertanyakan adakah anda pasti untuk erase partition yang dipilih tadi. Klik
butang Erase.
(11)Selepas proses Erase, Anda boleh pilih tab First Aid dan klik butang Verify Disk. Ini hanyalah
pilihan dan tidak begitu penting.
(12)Tutup Disk Utility. Dan anda akan sekali lagi dibawa ke Welcome Screen. Klik Continue.
(13)Bergantung kepada versi DVD Mac OSX86 yang anda gunakan, licence agreement skrin juga
akan berubah-ubah dan sila pilih Agree.
23
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
(14) Pilih partition yang anda Erase tadi dan kemudian klik Continue.
(15) Install Summary - Klik butang Customize.
(16) Disini sangat penting! Anda harus memilih item-item yang berkaitan dengan sistem
komputer anda sahaja termasuk patch, driver.
Sila rujuk pada spesikasi komputer anda sebelum memilih item mana yang perlu dimasukkan
dalam pemasangan.
(17) Selesai customize perkara yang ingin anda install, klik Done dan anda kembali ke skrin
Install Summary. Tanpa ragu, klik Install.
24
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
(18) Installer seterusnya akan memeriksa samada DVD yang anda gunakan anda masalah atau
tidak. Anda boleh skip proses ini untuk terus ke proses pemasangan.
(19) Proses pemasangan - Mengambil masa 15-30 minit.
(20) Proses pemasangan Selesai - Klik Restart!
25
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
(21) Restart dan jangan lupa untuk mengeluarkan DVD Mac OSX86 dari drive.
(22) Selepas restart, jika tiada apa-apa masalah anda akan dapat masuk ke Mac OSX86 dan anda
akan melalui proses berikut;
Leopard Welcome Screen.
Pilih Lokasi.
Pilih Keyboard Layout.
Transfer fail dari Older Mac (jika ada)
Tetapan cara koneksi internet. Masukkan maklumat pendaftaran.
26
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
Disini anda boleh tetapkan (memberitahu
komputer) cara komputer anda disambungkan
ke internet.
Masukkan Maklumat pendaftaran. Anda harus
mengisi kesemua tempat kosong.
Keyboard Layout = US melainkan jika keyboard
yang anda gunakan terdapat dalam senarai.
Jika anda sudah mempunyai Mac sebelum ini
atau mempunyai volume yang anda backup
dari mac osx lain, sila pilih yang berkenaan.
Bagi sesetengah versi DVD Mac OSX86, anda
mungkin tidak melihat skrin ini.
Lokasi = Malaysia jika anda di Malaysia. Klik
Continue selepas memilih lokasi.
Beberapa pertanyaan. Bina Akaun dan Password.
Tetapkan Time Zone. Tetapkan Masa dan Tarikh.
Klik Done!
Selesai! Enjoy Mac OSX!
27
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
Enjoy your Apple Computer!
Ooops!
Selamat datang ke dunia Mac OSx86. Saya
harap semua pembaca akan berjaya sampai ke
sini.
Anda boleh klik pada peta untuk memilih time
zone lokasi anda. Waktu malaysia adalah sama
dengan singapura.
Tarikh dan masa akan ditetapkan pada skrin ini.
Namun saya yakin masa dan tarikh yang
tercatat secara default adalah tepat.
Ini adalah skrin yang akan menanyakan anda
tentang beberapa perkara. Anda bebas
menjawab apa sahaja.
Daftar User Account. Adalah penting anda
setkan password yang mudah diingati kerana
password ini sangat penting.
3.3 : Customize.
Langkah customize ialah untuk membolehkan anda memilih item yang ingin anda pasang
kedalam Mac OSX86. Ianya mengandungi kext (kernel extension = driver), patched tertentu dan
juga x tertentu (anda mungkin perlukannya jika mempunyai masalah tertentu). Bagi beberapa
DVD Mac OSX86, anda boleh memilih software yang dicadangkan untuk diinstall bersama.
Imej disebelah menunjukkan contoh koleksi item yang perlu anda pilih semasa customize.
Language Translations
Mac OSX menyokong beberapa bahasa dan tulisan
seperti yang tersenarai dalam imej di sebelah. Anda
boleh memulih untuk memasang bahasa tersebut atau
tidak. Harus diingat, memasang bahasa tambahan yang
tidak digunakan akan meningkat saiz penggunaan
harddisk. Jika anda ingin menggunakan bahasa
inggeris sahaja, sila abaikan senarai di sebelah.
Font
Anda boleh pilih item ini(jika ada) untuk memasang
font tambahan.
X11
Anda mungkin perlukan pakej X11 (jika ada) untuk memasang perisian Open Source seperti
Inkscape, GIMP dan seumpamanya.
Kernel
Pilih versi Kernel yang berkaitan dan
penerangan adalah seperti berikut;
Vanilla Kernel - Hanya untuk Core Processor
& Chipset Intel SSE3.
StageXNU - Intel/AMD/SSE2/SSE3
Kernel 9.2.0 Sleep - Intel/AMD/SSE2/SSE3
Kernel 9.2.0 Speedstep - Intel/AMD/SSE2/
SSE3
AMD Patch
Patch untuk komputer berprocessor AMD. Sila pilih yang ini jika komputer anda mempunyai
processor AMD sahaja.
Chipset
Pilih chipset yang hanya bertepatan
dengan chipset motherboard komputer
anda. Tanpa memilih chipset yang betul,
anda mungkin gagal memasang Mac
OSX86 dalam komputer. Pastikan anda
merujuk kepada panduan untuk
memeriksa jenis chipset yang digunakan.
28
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
Audio :
Driver bagi Audio.
Versi DVD Mac OSX86 yang berlainan mempunyai bilangan
sokongan driver yang berlainan. Imej disebelah
menunjukkan versi DVD Mac OSX86 yang mengandungi
bilangan sokongan driver yang saya kira paling banyak
pernah ditemui. Ianya menyokong audio card siri AD, ALC,
Azalia, Sigmatel dan sebagainya.
Jika anda tidak pasti apakah jenis audio card yang berada
dalam komputer anda, samada anda memeriksanya
terlebih dahulu atau memasang Mac OSX86 kemudian
menggunakan OSx86 Tools Utility untuk mengesan audio
card anda secara automatik, dan kemudian memasangnya.
Dalam test machine saya yang menggunakan ALC883
audio card, proses pengesanan, muatturun driver dan
pemasangan berjalan lancar. Selapas restart, hackitosh
saya mengeluarkan bunyi tanpa masalah.
Ini bermakna, jika anda tidak pasti jenis audo card anda,
abaikan dan gunakan OSx86 Tools Utility!
Fix & Patches
Mengandungi x (penyelesaian) bagi masalah
yang biasa dihadapi oleh pengguna hackintosh.
Jika anda mempunyai masalah tertentu dalam
Mac OSX86 anda, anda boleh catatkan masalah
tersebut dan reinstall Mac OSX86 dengan
memilih x yang sesuai dengan masalah
hackintosh anda.
Video card (Graphic)
Driver bagi grak kad anda.
29
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
Dalam sesetengah kes, memilih grak kad yang silap atau juga memilih grak kad yang betul
juga boleh menyebabkan anda gagal boot ke dalam Mac OSX86 selepas proses pemasangan.
Dalam test machine saya yang menggunakan Intel GMA950, memilih driver bagi Intel GMA950
menyebabkan saya gagal masuk ke dalam welcome screen. Sebaliknya tidak memilih driver
tersebut membolehkan saya masuk kedalam welcome screen dengan jayanya.
Ethernet Drivers
Ethernet drivers bagi network card
komputer anda. Anda perlukan driver ini
untuk menggunakan internet secara
menggunaan cable (wired connection).
Terdapat beberapa jenis network card yang
di sokong dan jika anda tidak pasti, sila
gunakan OSx86 Tools Utility.
Wireless Drivers
Mac OSX86 menyokong beberapa jenis
wireless card untuk komputer / laptop /
netbook. Pastikan anda tahu jenis wireless
card yang sedang digunakan dalam
komputer masing-masing sebelum
memilih drivernya pada customize. Jika
wireless card anda tidak tersenarai,
kemungkinan untuk ia berfungsi masih ada
dengan mencari dan menambah kext bagi
wireless card tersebut selepas pemasangan
Mac OSX86.
AppleSMBIOS
SMBIOS ialah System Management BIOS
yang berfungsi menerjemahkan struktur
data dan cara capaian kepada data dalam
BIOS yang membenarkan seseorang
pengguna atau software untuk
mendapatkan maklumat spesik tentang
sesebuah komputer. Terdapat beberapa
perisian yang memerlukan interaksi ini dan
jika tidak memilih appleSMBIOS yang
sesuai, kemungkinan perisian tadi tidak
boleh dilancarkan dengan normal.
Jangan risau kerana anda boleh memasang
AppleSMBIOS selepas pemasangan Mac OSX86.
30
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
PS/2 Device Support
PS/2 Connector digunakan untuk
menyambungkan sesetengah keyboard dan
mouse ke sesetengah PC. Manakala driver ini
akan menambahkan sokongan untuk menyambungkan Keyboard dan Mouse pada hackintosh
anda.
Pin Connector bagi PS/2 Device.
USB Drivers
Driver untuk USB komputer anda.
Power Management
Ini untuk menambah sokongan power
management untuk sesetengah laptop yang
membolehkan fungsi penjimatan bateri
laptop boleh digunakan.
Jika anda tidak pasti apakah kegunaan satu-satu item dalam customize, anda boleh klik padanya
dan satu informasi tentang apa yang anda klik akan muncul dibawah tetingkap customize.
Jika anda tidak pastikan apakah jenis hardware (seperti jenis audio card, graphic card, network
card etc) yang dimiliki oleh komputer anda, jangan pilih apa-apa pada customize. Jika
pemasangan anda berjaya dan anda berjaya masuk ke desktop leopard, anda boleh
menggunakan OSx86 Tools Utility untuk memasang kext (driver) yang tepat ke dalam
hackintosh anda.
Anda juga dinasihatkan untuk memilih item pada customize dalam kadar se-minima mungkin.
Jangan sesekali anda pilih semua item yang ada kerana itu akan mengagalkan pemasangan
anda.
Informasi tentang
item yang anda
klik muncul disini.
31
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
3.4 : Memasang Bootloader (Bagi kes Dual Boot)
3.4.1 : Darwin Bootloader
Selepas memasang Mac OSX86, biasanya boot partition akan disetkan kepada partition HFS+
yang digunakan oleh Mac OSX86. Oleh kerana partition tersebut mengandungi Darwin
Bootloader, ini membenarkan anda untuk boot ke dalam windows sekiranya anda memasang
Mac OSX86 kedalam komputer yang telah mengandungi windows.Ini boleh dilakukan dengan
menekan F8 ketika skrin yang memaparkan Darwin/x86 Boot v5.0.xxx muncul dan anda akan
mendapati sesuatu seperti berikut;
Dalam imej diatas, saya telah pasang windows dalam harddisk pertama-partition pertama
hd(0,1) dan memasang Mac OSX86 ke dalam harddisk pertama-partition kedua hd(0,2). Darwin
bootloader mengandungi Timeout default = 10 saat dan jika anda tidak menekan apa-apa anda
akan automatik boot ke dalam OSX86. Anda boleh edit masa Timeout ini menggunakan OSx86
Tools Utility pada fungsi Add EFI Strings/Boot Flag.
3.4.2 : Windows Bootloader
Anda juga boleh menggunakan windows bootloader jika tidak selesa dengan darwin
bootloader. Saya tidak begitu pasti apakah kebaikan menggunakan windows bootloader tetapi
ianya bagus untuk di kongsi disini sebagai pilihan penyelesaian. Oleh kerana boot partition telah
disetkan kepada partition HFS+, anda perlu setkan boot partition kepada partition windows
terlebih dahulu. Ini boleh dilakukan dengan cara berikut;
1) Selepas memasang Mac OSX86, restart komputer dan pada darwin bootloader tekan F8 untuk
memilih untuk boot kedalam Windows. (Dengan andaian HFS+ telah disetkan sebagai rst
boot partition - jika HFS+ tidak terset sebagai rst boot partition anda boleh skip step ini)
2) Dalam windows, pergi ke Start > All Program > Accessories > Command Prompt. (Pastikan
anda mempunyai administrative privilege)
3) Pada Command Prompt, taipkan;
DISKPART
diskpart utility akan diaktifkan
list disk
akan menyenaraikan harddisk anda
32
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
select disk n
pilih disk n dengan n adalah partition yang mengandungi windows
list partition
akan menyenaraikan senarai partition dalam harddisk n
select partition n
pilih partition n dengan n ialah partition windows
active
ini akan aktifkan partition windows tadi sebagai rst boot partition
exit
keluar dari diskpart utility
4) Tutup Command Prompt dan selesai.
Aktifkan partition windows sebagai rst boot partition menggunakan DISKPART
Selesai proses pengaktifan rst boot partition untuk windows, sila teruskan ke langkah berikut
samada untuk windows xp dan vista.
Bagi Windows XP
Proses ini melibatkan proses meletakkan fail yang dipanggil chain0 ke boot.ini dalam windows.
chain0 ini akan mencari partition yang diformat kepada HFS+ dan boot kedalamnya. Cara-
caranya;
1) Boot kedalam Windows XP
33
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
1
2
3
4
5
6
7
2) Kemudian, masukkan Mac OSX86 DVD dan copy fail chain0 kedalam C: drive. Anda
kemudiannya akan mempunyai fail C:\chain0 .
NOTE : chain0 boleh didapati dalam DVD OSX seperti dalam imej berikut;
3)Dalam explorer window (le browser), pergi ke menu tools dan pilih folder options. Pada
tab View check show hidden les and folders dan jangan pilih Hide protected operating
system les.
4)Kemudian dalam C:\ , anda sepatutnya boleh melihat fail boot.ini . Right click pada fail ini dan
pilih properties kemudian uncheck Read Only.
5)Double click boot.ini dan text editor (notepad) akan terbuka.
6)Pada line terakhir, tambahkan;
C:\chain0=Mac OS X Leopard
NOTE : Anda boleh tukar Mac OS X Leopard kepada sesuatu nama yang anda sukai.
7)Save dan restart untuk melihat hasilnya.
Bagi Windows Vista
Proses ini akan menggunakan BCD-EDIT
34
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
COPY
1)Boot kedalam Vista dan copy chain0 kedalam drive C.
2)Buka command prompt dengan Elevated Admin privilege dari start menu.
3)Taipkan command berikut dalam prompt;
bcdedit /copy {current} /d Mac OS X
bcdedit /enum active
bcdedit /set {GUID} PATH \chain0
Gantikan GUID dengan alphanumeric GUID yang anda boleh lihat senarainya selepas anda
memasukkan command ke-2 (bcdedit /enum active)
4)Tutup Command prompt dan restart untuk melihat hasilnya.
3.4.3 : GRUB Loader bagi Ubuntu
Jika anda memasang Mac OSX86 ke dalam komputer yang telah mengandungi ubuntu
didalamnya, mengandaikan kes HFS+ diaktifkan menjadi rst boot partition, menyebabkan anda
tidak boleh mencapai GRUB Loader. Jangan risau, ubuntu anda tidak hilang. Anda perlu aktifkan
rst boot partition kepada partition ubuntu dan reinstall GRUB Loader. Semuanya boleh
dilakukan dengan langkah-langkah berikut;
Aktifkan ubuntu partition sebagai rst boot partition.
1)Masukkan Live CD ubuntu dan boot ke dalamnya.
2)Pergi ke System > Administration > Partition Editor.
3)GParted akan terbuka > pilih partition ubuntu anda. Right clik padanya dan pilih manage ags.
Tandakan boot.
Reinstall GRUB
1)Buka terminal (Applications > Accessories > Terminal)
2)Taipkan;
sudo grub
35
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
nd /boot/grub/stage1
Nota : Perhatikan pada (hdX,Y) yang selepas command diatas dimasukkan. Dalam screenshot
diatas menunjukkan (hd0,0)
root (hdX,Y)
gantikan X dan Y dengan angka yang sepatutnya
setup (hdX)
3)Restart Komputer dan anda sepatutnya boleh melihat GRUB Loader. Sila masuk ke Ubuntu.
4)Dalam ubuntu, buka terminal dan taipkan;
sudo gedit /boot/grub/menu.lst
Gedit akan terbuka dan proses seterusnya untuk menambah partition Mac OSX86 ke dalam
Grub dengan memasukkan;
title Mac OSX Leopard
root (hdX,Y) ! gantikan (hdX,Y) dengan haddisk dan partition Mac OSX86 anda.
chainloader+1
ke baris paling bawah dan kemudian restart untuk melihat perubahan.
36
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
3.5 : Memasang OSX86 kaedah Boot-132
Ini adalah kaedah terbaru memasang OSX86 kedalam PC biasa dengan menggunakan DVD Mac
OSX Leopard yang Original. Ini bermakna memasang Mac OSX Leopard kedalam PC menerusi
cara ini tidak bermaksud akan mengingkari mana-mana akta hakcipta kerana anda
menggunakan DVD Mac OSX yang original. Ini juga bermaksud, syarikat Apple atau mana-mana
autoriti tidak boleh mengambil apa-apa tindakan undang-undang ke atas anda.
3.5.1 : Teori dan bagaimana ia berfungsi?
Teorinya ialah memasukkan fail yang diperlukan seperti
kext, mkext dan juga bootloader yang diperlukan
kedalam satu fail bernama initrd.img. Fail initrd.img ini
pula berada dalam fail image ISO dan apabila anda boot
kedalam ISO tersebut (selepas burn ISO kedalam CD/
DVD), fail-fail yang dimasukkan dalam INITRD.IMG tadi
(kext, mkext, bootloader) akan di load kedalam
RAMDisk. Ketika CD Boot-132 ini dibuang dari drive dan
memasukkan DVD Mac OSX Leopard Original, anda
sudah mempunyai fail yang diperlukan untuk boot
kedalam installer melalui fail-fail yang telah di load kedalam
RAMDisk (atau juga initrd dalam linux).
Bootloader akan bertindak seperti kernel linux; anda boleh menggunakan bootloader yang
sesuai dengan mboot (syslinux yang telah di patched) yang akan mengarahkan untuk boot fail
dalam RAMDisk.
Memasang dengan cara boot-132 akan membolehkan anda update versi mac osx tanpa
sebarang masalah (teori).
3.5.2 : Hardware yang diperlukan
Anda memerlukan sekurang-kurangnya Intel Core Processor dengan Intel Chipset iaitu hardware
yang paling hampir menyerupai Mac OSX. AMD Processor tidak boleh digunakan menggunakan
kaedah ini manakala sistem yang hanya menyokong SSE2 kebawah pula tidak boleh
menggunakan Vanilla Kernel (Kernel original dari Apple). Bagi komputer yang menggunakan
processor yang berbeza dan chipset yang berbeza atau hanya menyokong SSE2 kebawah,
menggunakan kernel yang berbeza seperti ToH Kernel, Voodoo dan sebagainya akan
memungkinkan untuk anda berjaya memasang secara boot-132.
3.5.3 : Bahan-bahan yang diperlukan
! Satu komputer dengan Intel Core Processor dan Intel Chipset
! Satu CD Kosong (untuk fail boot-132.ISO)
! Retail Mac OSX Leopard (DVD Original - RM500)
! Boot-132 Generic ISO [Download] - Disertakan dalam Pakej
! Chameleon for Hard Disk [Download] - Disertakan dalam Pakej
! EFIStudio [Download] - Disertakan dalam Pakej
! Download Mac OSX Leopard ComboUpdate (Jika anda ingin update ke versi terbaru)
37
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
Kandungan fail dalam ISO
boot-132.
3.5.4 : Proses pemasangan
Langkah 1.
Sebelum anda bermula, anda perlu burn Boot-132 Generic ISO kedalam CD dalam bentuk CD
image. Kongurasi ISO berkenaan sepatutnya berfungsi untuk hardware komputer anda dan jika
tidak berfungsi anda boleh mengubah kongurasinya (memerlukan pengetahuan dan
eksperimen yang berterusan).
Langkah 2.
(1) Masukkan CD boot-132 yang telah anda burn pada langkah 1 dan restart PC anda.
(2) Pada Darwin Boot Prompt tekan ENTER.
(3) Anda akan diminta untuk memasukkan 2 digit hexadecimal boot device. JANGAN MASUKKAN
APA-APA LAGI.
(4) Keluarkan CD boot-132 tadi dari drive dan masukkan DVD Mac OSX Original.
(5) Nantikan LED DVD drive tidak berkelip lagi (untuk memastikan sistem bersedia membaca
DVD dan bukannya harddisk)
(6) Install Mac OSX seperti dalam panduan universal. Cuma anda perlu format (menggunakan
Disk Utility) harddisk anda kepada GUID dan bukannya MBR. Cara-caranya ialah, klik pada
harddisk > pilih tab Partition > Options > GUID dan format.
(7) Selesai proses pemasangan, Restart PC anda dan gantikan DVD Mac OSX dengan CD
boot-132.
(8) Pada Darwin boot prompt tekan ENTER.
(9) Kali ini anda perlu memasukkan 2 digit hexadecimal yang menunjukkan harddisk anda
memasang mac osx. (Jika anda hanya mempunyai satu harddisk, mungkin ianya berangka
80). Masukkan dari 80, 81, 82, dan seterusnya sehingga anda dapat melihat startup volume
bagi Mac OSX. Tekan ENTER.
(10)Anda akan dapati anda berjaya masuk ke dalam Desktop.
Langkah 3.
Skip step ini jika anda tidak mahu update mac osx anda.
(1) Install Combo Update.
(2) Restart dengan memastikan CD boot-132 berada didalam drive.
38
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
1
2
3
(3) Pada Darwin tekan ENTER.
(4) Masukkan 2 digit hexadecimal sama dengan yang anda masukkan dalam langkah 2 (9).
(5) Pilih volume mac osx dan taipkan -v -f dan tekan ENTER.
(6) Pada ketika ini anda tidak boleh boot ke mac osx tanpa CD boot-132. Untuk membolehkan
anda boot ke dalam mac osx tanpa CD boot-132, anda perlu ikuti langkah 4.
Langkah 4.
Chameleon for Hard Disk yang anda download mengandungi fail-fail berikut;
! Chameleon_DFE_for_Hard_Disk.dmg
! OSx86 Tools Utility
! EFIStudio
(1) Buka Chameleon.
(2) Copy fail-fail dalam Extra folder yang terdapat dalam initrd.img dalam CD boot-132 kedalam
Extra folder dalam Chameleon.
Hint : Untuk melakukan (2) ikuti cara berikut;
(i) Buka CD boot-132
(ii) Double click pada initrd.img
(iii) Double click pada folder Extra
(iv) Drag&Drop folder Extesions kedalam folder Extra Contents dalam Chameleon
(3) Double Click pada fail Chameleon_DFE_for_Hard_Disk.dmg dan install.
(4) Keluarkan CD boot-132 dan restart.
(5) Anda sepatutnya boleh masuk ke Leopard tanpa CD boot-132 lagi.
Langkah 5.
Selesai proses update ke versi terbaru, terdapat beberapa hardware seperti grak, network card,
audio dan sebagainya tidak berfungsi. Untuk memperbaiki masalah ini, anda mungkin perlu
memasang kext yang baru yang didownload dari internet. OSx86 Tools Utility dan EFIStudio
mungkin berguna kepada anda.
Pun begitu, pastikan anda baca dan rujuk terlebih dahulu untuk memasang OSX86
menggunakan boot-132. Masih terlalu banyak kebarangkalian yag boleh dicuba.
3.6 : Memasang menggunakan Peranti EFI-X
http://www.e-x.com
Ianya ialah satu produk berbayar yang saya sendiri pun tidak pasti bagaimanakah caranya untuk
pengguna di Malaysia boleh mendapatkanya. Namun oleh kerana
panduan ini adalah satu panduan universal, maka saya masukkan
sedikit maklumat tentang peranti ini yang membolehkan anda
memasang Mac OSX dari Original DVD kedalam PC anda.
Antara ciri EFI-X ialah seperti berikut;
! BPU pada Internel USB 10-1 pin
! Online Update bagi EFI-X rmware
! System Boot selector yang interaktif dan cool.
! Pemilihan HD, DVD, Flash Drive yang mudah
! Membenarkan Update dari Apple dengan selamat
! dan sebagainya.
39
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
3.7 : OSX86 Tools
Terdapat beberapa software yang dibangunkan khas untuk memudahkan pengguna
hackintosh menguruskan hackintosh mereka tanpa perlu menghafal terlalu banyak
command line.
3.7.1 : OSX86 Tools Utility
http://pcwizcomputer.com/osx86tools/
Modify About This Mac
Ini membolehkan anda mengubah info bagi
RAM, CPU, dan imej pada tetingkap About This
Mac. Ianya hanya untuk kosmetik dan tidak
akan mengubah performance komputer anda.
Enable/Disable Quartz GL
Quartz QL ialah ciri grak pada Mac OSX yang
biasanya disable secara default. Ciri ini hanya
disokong oleh grak kad yang terbaru dan
dengan enablekan ciri ini, ianya akan
meningkatkan kualiti grak pada graphics
benchmarks.
Repair Permission
Fungsi ini akan memperbaiki le permission
pada disk hackintosh anda jika ianya incorrect
atau broken. Permission ini hanya biasa
terdapat pada sistem operasi berasaskan UNIX,
Linux, atau BSD. Sistem kadang-kala
kehilangan permission untuk mencapai
beberapa fail dan ini boleh menyebabkan kegagalan sistem atau hardware tertentu bergantung
kepada fail apa yang gagal dicapai. Anda juga boleh repair permission menggunakan Disk Utility
atau memasukkan command sudo diskutil repairPermission / kedalam terminal.
Set Extensions Permissions
Fungsi ini sama dengan repair permission. Folder yang dipilih ialah folder Extensions dan ianya
lebih spesik bermakna prosesnya adalah lebih cepat berbanding dengan repair permission
biasanya yang akan repair permission bagi keseluruhan disk.
Clear Extensions Cache
Selepas proses pemasangan kext baru, untuk kext tadi dikenali dan digunakan oleh sistem,
Extensions cache mestilah dibuang. Extensions cache disimpan dalam /System/Library/ iaitu fail
Extensions.mkext dan Extensions.kextcache.
Clean System Application Cache
System Application Cache disimpan dalam /Library/Caches/. Kadangkala cache yang tak betul
menyebabkan aplikasi tertentu bersikap pelik. Fungsi ini akan delete cache yang terdahulu dan
membina cache baru secara automatik.
Clear User Application Cache
Fungsi ini sama dengan Clear System Application Cache kecuali fungsi ini akan hanya delete
cache bagi currently logged in user.
40
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
Run CRON Maintenance Scripts
CRON Maintenance Scripts ialah scripts yang auto running sebahagian dari sistem BSD iaitu
untuk menjadualkan rutin maintenance untuk membuang logs dan fail sementara. Secara
default scripts ini akan secara automatik run pada awal pagi dan oleh kerana pengguna
komputer biasanya menutup komputer pada waktu malam menyebabkan script ini tidak run
dan harus di run secara menggunakan fungsi ini.
Update Prebinding.
Sesuatu yang complicated untuk dijelaskan disini dan fungsi ini dimasukkan dalam perisian ini
hanya untuk menghadapi waktu-waktu tertentu.
Touch Extensions Folder
Fungsi ini akan touch folder extensions untuk setkan masa modikasi yang betul dan le access
kepada extensions. Fungsi ini penting dilakukan selepas memasang kext baru dalam hackintosh.
Force Shutdown Computer
Terdapat beberapa kes hackintosh agak sukar untuk shutdown ini fungsi ini akan memaksa
komputer anda untuk shutdown secara paksa.
Force Restart Computer
Restart komputer secara paksa.
Backup Kernel (mach_kernel)
Ini ialah fungsi untuk backup kernel lama untuk membolehkan anda memasang kernel baru.
Install or Restore Kernel
Ini adalah cara paling selamat untuk memasang kernel baru kedalam hackintosh anda. Ianya
akan menunjukkan informasi kernel yang sedang anda gunakan dan juga versinya.
Backup Extensions Folder
Fungsi ini akan backup folder extensions yang tersimpan dalam /System/Library/Extensions.
Biasanya anda perlu backup extensions folder ketika ingin update mac osx anda ke versi terbaru.
Restore Extensions Folder
Restore ialah untuk tujuan mengembalikan extensions folder yang telah di backup ketempat
asalnya (/System/Library/Extensions).
Install a Kext
Ini ialah fungsi untuk memasang kext (driver) kedalam mac osx anda. Anda perlu install kext
bagi hardware tertentu seperti audio, wireless card dan sebagainya untuk membolehkan
hardware tersebut disokong dalam mac osx. Anda juga boleh menggunakan Kext Helper untuk
memasang kext baru.
Install EFI/Run FDISK
Ini ialah fungsi untuk memasang EFI atau non-EFI bootloader dan kemudian run FDISK pada
partition. Anda boleh memasang samada FDISK atau bootloader (Chameleoon 1.0.11, atau
PC_EFI v8 atau Darwin) pada partition yang anda tetapkan.
View PCI Devices / Vendor IDs
Fungsi ini menggunakan Linux utility iaitu LSPCI yang diaplikasikan ke dalam mac osx. Kali
pertama anda klik butang ini anda akan diminta memasang PCI Utils (LSPCI). Selepas reboot
41
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
barulah anda boleh menggunakan fungsi ini. Pada tetingkap yang muncul anda boleh memilih
samada untuk Run LSPCI atau Reinstall PC Utils.
Add EFI Strings / Boot Flags
Ini ialah Boot Editor yang membolehkan anda membuat editasi kepada fail com.apple.Boot.plist
untuk menambah boot ags, timeout, quiteboot, graphics mode dan EFI strings (memerlukan
PC_EFI v8 atau chameleon). Amaran : Jangan lakukan sesuatu yang anda tidak anda tahu
akibatnya kerana ini akan menyebabkan anda gagal untuk masuk ke dalam mac osx.
Restore to Factory Defaults
Ini adalah fungsi yang merbahaya yang akan mengembalikan mac osx anda kepada keadaan
sebaik sahaja selesai pemasangan. Semua fail lain akan dibuang. Pastikan anda tahu apa yang
sedang anda lakukan!
Download and Install Hardware Drivers
Fungsi ini mungkin antara fungsi paling berguna kepada anda selain dari fungsi-fungsi diatas. Ia
akan kesan hardware komputer anda, membandingkan dengan hardware yang disokong dan
kemudian menyenaraikannya dalam satu senarai. Butang download dan install pula akan
download dan pasang kesemua driver yang berkenaan dengan hardware anda dalam 1 klik. Pun
begitu, sila pastikan anda tahu apa yang sedang anda lakukan untuk membolehkan kesemua
proses tersebut berjalan dengan lancar tanpa menggangu sistem Mac OSX86.
3.7.2 : Kext Helper
http://cheetha.net/
Kext Helper ialah satu perisian simple dan mudah digunakan berfungsi untuk memasang kext
dalam hackintosh. Katakan anda ingin memasang Natit.kext. Apa yang perlu dilakukan ialah
drag&drop fail Natit.kext kedalam tetingkap kext helper.
Kemudian, taipkan password dan klik pada butang EASY INSTALL. Selesai proses tersebut repair
permission (atau hanya extensions folder permission) kemudian reboot. Anda juga mungkin
perlu delete Extensions cache untuk membolehkan kext yang anda install tadi di load oleh
sistem.
42
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
3.7.3 : Universal OSx86 Installer
Ini ialah perisian yang dibangunkan untuk
memudahkan anda melengkapkan proses
pemasangan Mac OSX86 Leopard. Selepas
memasang Leopard kedalam hackintosh,
terdapat beberapa perkara tertentu yang tidak
berjalan dengan betul atau ingin diubah atau
terdapat hardware yang tidak mempunyai driver.
Antara fungsi dan ciri perisian ini ialah;
! Memudahkan untuk melengkapkan
pemasangan secara Boot-132 (melibatkan
pemasangan Extensions.mkext, kext, kernel
dan DSDT patch)
! Fungsi update secara automatik
! Automatik untuk setkan boot timeout dan
resolusi skrin untuk boot
! Pemasangan automatik PC_EFI v9 bootloader
(yang dibangunkan oleh hacker bernama netkas).
! Pemasangan automatik untuk string bagi Ethernet dan Video EFI
! Menyokong lebih dari 55 jenis video card
! Menyokong plugins yang dihasilkan oleh pengguna lain seluruh dunia
! Mempunyai fungsi plugin download repository untuk membolehkan anda memasang plugin
tertentu untuk motherboard komputer anda
3.7.4 : Slimbuild GUI
Ini ialah perisian untuk memudahkan anda
membina CD boot-132 anda sendiri dan
anda memerlukan sekurang-kurangnya
sistem operasi mac osx leopard untuk
membolehkan anda menggunakan perisian
ini.
Apa yang perlu anda lakukan ialah
memasukkan kext yang diperlukan hanya
untuk komputer sasaran, kernel dan plist
kemudian dengan satu klik satu ISO terhasil
dan anda perlu burn ISO tersebut kedalam
CD untuk menggunakannya. Anda
mungkin perlu memahami bagaimana boot-132 itu berfungsi terlebih dahulu sebelum boleh
menggunakan perisian ini.
43
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
4 : Penyelesaian Masalah.
4.1 : Still waiting for root device.
Bergantung kepada versi mana yang anda gunakan, masalah ini boleh dikenalpasti melalui
paparan berikut;
Penyebab kepada masalah ini mungkin;
! SATA dan/atau IDE chipset tidak disokong oleh Mac OSX86 Leopard.
! OS telah ditetapkan untuk boot dari drive atau partition yang tak wujud
! Anda menggunakan motherboard berasaskan nForce (terdapat patch khas untuk
nFOrce)
! Versi DVD Mac OSX86 yang anda gunakan didalamnya mengandungi
AppleVIAATA.kext yang mempunyai plugin hanya untuk IDE tetapi anda mempunyai
SATA HD dan DVD atau sebaliknya.
Penyelesaian 1.
Bagi pengguna Leo4All : Jika anda mengalami masalah ini selepas Mac OSX86 berjaya dipasang,
masukkan DVD Mac OSX86 tadi dan boot kedalam installer.
1.Pergi ke menu Utilities pada panel dan pilih Terminal.
2.Kita akan copy ATA kext dari DVD kedalam Mac OSX86 yang dah dipasang. Untuk
melakukannya sila taipkan command berikut pada terminal;
cp -pr /Volumes/Leo4Allv3/System/Library/Extensions/*ATA* /Volumes/MacHD/System/
Library/Extensions/
3.Kemudian kita akan tetapkan permission untuk kext tadi. Masukkan command berikut
kedalam terminal;
chown -R root:wheel /Volumes/MacHD/System/Library/Extensions/*ATA*
44
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
chmod -R 755 /Volumes/MacHD/System/Library/Extensions/*ATA*
4.Buang kextcache dengan menaip command berikut pada terminal;
rm -rf /Volumes/MacHD/System/Library/Extensions.*
NOTE : Gantikan Leo4Allv3 dan MacHD sesuai dengan kes anda.
Paparan terminal anda sepatutnya seperti berikut diakhir proses.
5.Restart dan semasa booting ke Mac OSX86 tekan F8 dan masukkan -f kemudian tekan ENTER.
Penyelesaian 2.
Beralih ke versi DVD yang lain.
Penyelesaian 3.
Semasa boot kedalam Mac OSX86, tekan F8 dan masukkan rd=diskAsB
Gantikan A dengan angka harddisk yang mengandungi Mac OSX86 dan B ialah partition yang
menggandungi Mac OSX86.
Jika anda hanya mempunyai 1 harddisk, dan 1 partition, anda perlu memasukkan rd=disk0s1.
Urutan harddisk dari bilangan 0,1,2... Manakala urutan partition dari bilangan 1,2,3... Bermakna,
jika harddisk ke2 dan partition pertama, anda perlu masukkan rd=disk1s1. Faham?
Penyelesaian 4.
Guna External DVD Drives dengan SATA/IDE mengikut kesesuaian DVD Mac OSX86 anda.
4.2 : Hang selepas boot ke Mac OSX kali pertama dengan
skrin biru.
Penyebab : LoginWindow.app crashed
atas sebab yang tak diketahui.
Penyelesaian.
Dapatkan loginwindow.app dari
hackintosh yang berfungsi dengan baik
dan gantikannya. loginwindow.app
biasanya terletak dalam /System/Library/
CoreServices/loginwindow.app
Atau, dapatkan loginwindow.app dari
website atau dari DVD versi lain.
45
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
Gantikan dengan cara berikut;
1.Copy loginwindow.app ke USB Flasdrive atau CD/DVD.
2.Boot ke Mac OSX dalam Single User Mode.
3.Kemudian cucukkan USB Flashdrive atau CD/DVD supaya Mac OSX boleh mengesannya.
4.Masuk kedalamnya dengan command;
cd /Volumes/Untitle
5.Delete loginwindow.app dalam Mac OSX dengan command berikut;
rm /System/Library/CoreServices/loginwindow.app
6.Copy loginwindow.app dari USB atau CD/DVD ke folder yang sepatutnya;
cp -R loginwindow.app /System/Library/CoreServices
7.Baiki Permission dengan command berikut;
chmod -R 755 /System/Library/CoreServices/loginwindow.app
chown -R o:o /System/Library/CoreServices/loginwindow.app
8.Restart dan semoga masalah tadi selesai.
4.3 : Single User Mode
Apa itu Single User Mode?
Ianya boot mode dan anda boot kedalam sesi tiada grak
(GUI). Dalam Single User Mode, anda mempunyai
administration privilege dan ini memudahkan anda
membaiki sistem mac osx yang rosak dan seumpamanya.
Cara masuk ke Single User Mode;
1.Restart komputer.
2.Tekan F8 secara berterusan sehingga anda lihat Darwin
boot prompt.
3.Taipkan -s dan tekan ENTER.
4.Anda akan sampai ke prompt.
5.Apabila anda melihat fsck dan mount, taipkan /sbin/fsck -
fy
46
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
6.Tekan ENTER dan anda sepatutnya melihat berikut;
**The Volume XXX appears to be OK
*****FILE SYSTEM WAS MODIFIED*****
Jika muncul text ini, taipkan /sbin/fsck -fy sehingga muncul
**The Volume XXX appears to be OK.
7.Taipkan /sbin/mount -uw / dan ini akan mount le system
anda.
8.Anda dalam Single User Mode!
4.4 : Blingkin Cursor selepas
memasang Mac OSX
Penyebab : OSX partition bukan dalam bootable
mode.
Penyelesaian.
1.Masuk ke Single User Mode.
2.Taipkan
fdisk -e /dev/rdiskA
A ialah angka urutan harddisk yang terletak Mac OSX.
3.Taipkan p dan ia akan menyenaraikan partition table. Cari partition yang mengandungi
leopard (dalam format HFS+).
4.Taipkan f B (B ialah urutan partition anda).
5.Taipkan u dan ENTER. (untuk udpate).
6.Taipkan w dan ENTER (untuk write).
7.Taipkan q dan ENTER (untuk quit).
8.Reboot dan doakan kejayaan!
47
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
4.5 : com.apple.Boot.plist not found
Masalah ini biasa berlaku kepada model intel chipset P35 dan P45 seperti DG35EC, DG33FB dan
seumpamanya. Error ini berlaku ketika anda ingin memasang Mac OSX ketika cuba untuk boot
kedalam DVD installer.
Penyelesaian : Pastikan DVD OSX86 anda mempunyai Chameleon bootloader. Anda boleh ikuti
tutorial bagaimana untuk patch DVD anda dengan Chameleon bootloader atau menggunakan
DVD untuk versi 10.5.4 keatas.
4.6 : Komputer restart terus menerus selepas pemasangan
OSX86
Pilihan Penyelesaian;
(i)Periksa setting BIOS anda sekali lagi.
(ii)Guna pilihan berikut sebagai darwin boot options
cpus=1
-f
-x
-v
-legacy
platform=X86PC
platform=86PC
rd=diskXsY
(iii)Pastikan komputer anda menyokong sekurang-kurangnya SSE2
(iv)Cuba pasang kembali osx86 dengan menggunakan pilihan item yang paling minimum
(v)Cuba pasang osx86 tanpa EFI emulator
(vi)Cuba buang dahulu hardware yang tidak diperlukan untuk proses pemasangan (seperti
PCI card, USB device ect)
(vii)Jika anda menggunakan versi kalyway, pada darwin boot options taipkan TOHKERNEL
(viii)Dan penyelesaian agak kompleks iaitu
boot kedalam dvd osx86
masuk ke single user mode
pergi ke /usr/standalone/i386
tulis : ./startuptools -v /dev/rdiskXsY boot
reboot.
dan doakan kejayaan anda.
4.7 : Masalah semasa setting user selepas pemasangan
Proses pemasangan berjalan lancar dan selepas reboot, anda berjaya boot kedalam leopard.
Anda melihat video Welcome dengan perbagai bahasa muncul pada skrin dan selepas
beberapa ketika anda dibawa kepada sesi setup akaun. OSX86 meminta anda setkan Keyboard
Layout, Region, dan Transfer information from another mac. Anda klik NO dan sebaik sahaja klik
Next menunggu selama seminit dan anda mendapati komputer hang dengan cursor bertukar
kepada bebola berpusing-pusing. Kemudian komputer restart kepada Welcome video kembali.
Jika anda mengalami masalah diatas jangan panik dan ikuti cara berikut;
48
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
1.Masuk ke Single User Mode.
2.Taipkan : passwd
3.Masukkan password yang anda kehendaki (apa sahaja dan ingat password tersebut!)
4.Taipkan : touch /var/db/.applesetupdone
5.Taipkan : exit
6.Restart dan apabila login skrin muncul, login sebagai root dan masukkan password tadi.
4.8 : Darwin Boot Options
Semasa proses boot, samada untuk boot kedalam DVD atau Mac OSX itu sendiri, anda akan
sampai ke proses yang mana anda boleh menetapkan boot option. Boot option ini penting
untuk menetapkan beberapa perkara dan perlakuan yang perlu sistem lakukan mengikut tujuan
anda.
Parameter yang ada adalah seperti berikut (berserta kegunaan);
! Kernel Name : Anda boleh pilih kernel mana yang ingin anda gunakan dan kernel
yang ingin anda gunakan terdapat dalam folder /.
! Kernel Flags : Kernel ags yang ingin anda gunakan contohnya debug=0x144,
i0=0x dan sebagainya
! -s : Single User mode untuk boot option
! -v : Boot dengan Verbose mode yang memaparkan log le semasa booting
bermakna anda boleh tahu apa yang sedang berlaku dalam sistem jika terdapat
masalah ketika booting.
! -f : option yang megarahkan sistem untuk reload kesemua kext (kernel extensions)
dan membuang cache (kext cache) yang boleh ditemui dalam /System/Library/
Extensions.mkext. Anda boleh delete kext cache secara manual dan system akan
recreate nya secara automatik.
! -x : boot secara safe mode dan tidak load kext cache (hanya load kext yang
diperlukan)
! cpus : paramater ini untuk menentukan bilangan cpu untuk digunakan. Jika anda
mempunyai dual core, anda sepatutnya memasukkan cpus=2 supaya sistem akan
49
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
Taipkan
disini.
menggunakan kedua-dua cpu. Anda juga mungkin akan hanya perlu menggunakan
1 cpu sahaja iaitu cpus=1.
! Graphics Mode : parameter ini membolehkan anda menentukan resolusi skrin
(screen resolution) yang ingin digunakan. Contohnya jika anda masukkan Graphics
Mode = 640x480x32@60 bermakna anda ingin guna resolusi skrin 640x480, 32 bit
color depth, dan berfrekuensi 60 Hz refresh rate.
! rd : parameter ini menetapkan disk mana yang ingin anda diboot. Contoh rd=disk0s1
bermaksud disk pertama dan partition pertama. Sila ambil perhatian yang bilangan
disk dikira dari 0 manakala bilangan partition dikira dari 1.
! platform : parameter ini menentukan platform apakah yang ingin digunakan ketika
proses boot. Anda boleh menggunakan platform=ACPI (untuk sokongan ACPI),
platform=X86PC (untuk tidak menyokong ACPI) atau platform=ACPI|86PC (kedua-
dua pilihan samada menyokong ACPI atau sebaliknya).
! idlehalt : parameter menentukan kelakukan CPU ketika idle time. idlehalt=1
bermakna true dan idlehalt=0 bermakna false. Jika anda setkan kepada true (1)
bermakna CPU akan menjimatkan tenaga ketika idle time dan begitulah pula
sebaliknya.
! -legacy : pilihan ini digunakan jika anda ingin run komputer 64bit dalam mode 32bit.
4.9 : Menghadapi masalah lain
Apabila anda gagal install OSX86 kedalam PC anda, samada PC anda tidak compatible dengan
OSX86 atau masalah luar jangka, anda masih mempunyai pilihan iaitu membeli/membina
sebuah komputer lain yang compatible dengan OSX86. Ketika itu, panduan ini masih lagi
berguna untuk anda.
OSX86 merupakan satu fenomena yang membangun dari hari ke sehari. Jika hari ini anda
mempunyai masalah tertentu dengan versi DVD OSX86 tertentu, jangan putus asa dan teruskan
mengikuti perkembangan OSX86 dan doakan suatu hari masalah yang anda hadapi itu akan ada
penyelesaian. Contohnya sedikit waktu dahulu ramai yang mengalami masalah
com.apple.Boot.plist not found. Namun masalah tersebut telah diselesaikan dengan terbitnya
chameleon bootloader yang disertakan ke dalam DVD OSX86 keluaran selepas itu.
Anda juga mempunyai pilihan lain iaitu bertanyakan masalah anda dengan komuniti
InsanelyMac dan saya yakin seseorang disana tentu ada jawapan bagi persoalan anda. Selain itu
kami di mymac4all.com turut memikirkan untuk menubuhkan satu komuniti supaya interaksi
dan pertukaran maklumat antara ahli-ahli semakin mudah dan seterusnya akan menyelesaikan
banyak masalah.
50
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
5 : Selepas Pemasangan OSX86.
Mac OSX Leopard merupakan sistem operasi yang sama sekali berbeza dengan windows dari
beberapa segi;
! cara pemasangan/pembuangan (install&uninstall) perisian
! paparan antara muka
! perisian (ada perisian yang sama dan ada perisian yang berbeza dengan windows)
5.1 : Mengendalikan Aplikasi (Applications)
5.1.1 : Memasang Perisian
Dalam Mac OSX, perisian dipanggil application dan dalam format .app seperti Safari.app.
Kesemua perisian disimpan dalam folder Applications dan anda perlu membuka folder ini untuk
melancarkan perisian. Dalam panduan ini saya telah review tentang OSX86 Tools dan saya rasa
ianya bagus untuk dijadikan contoh.
Katakan anda ingin memasang OSx86 Tools
Utility. Unzip fail yang anda download dan
anda akan mendapati satu folder yang
mengandungi fail-fail seperti dalam imej
disebelah.
Untuk memasang perisian OSx86 Tools Utility,
anda hanya perlu drag&drop fail OSX86 Tools
kedalam folder Applications! Semudah itu!
Terdapat beberapa jenis format fail yang
51
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
bermaksud ianya adalah format fail perisian yang standard bagi Mac OSX (seperti format fail .exe
dalam windows). Antaranya ianya format .DMG dan .PKG. Double Click pada fail-fail seperti ini
akan membuka satu volume baru yang mengandungi samada fail perisian atau fail installer.
Biasanya dalam volume tersebut akan disertakan cara-cara memasang perisian tersebut.
5.1.2 : Membuang Perisian
Memasangnya mudah, dan membuang perisian dalam Mac OSX juga mudah. Buka folder
Applications dan drag&drop perisian tadi ke dalam trash (yang terdapat pada dock). Selesai!
Ops, adakah ianya semudah itu? Cara drag&drop itu tadi akan hanya membuang perisian tetapi
tidak membuang semua fail yang berkaitan dengan perisian tadi. Untuk membuang
keseluruhan fail perisian, anda perlukan perisian lain seperti CleanApp dan sebagainya.
5.1.3 : Mencari Perisian
Asasnya, perisian untuk mac osx boleh didapati dalam internet dengan cara mendownloadnya
ke dalam harddisk dan kemudian drag&drop. Tidak seperti windows dan linux, dalam mac osx
banyak perisian berbayar dan ini mungkin merimaskan anda yang tidak mempunyai kad kredit
(atau juga tidak mempunyai duit).
5.2 : Proses Update
Mac OSX Leopard memakai nombor versi 10.5 dan versi update bagi Leopard akan
menambahkan satu lagi titik perpuluhan pada nombor versi tersebut seperti 10.5.1, 10.5.2,
10.5.3 dan seterusnya sehingga versi Snow Leopard 10.6 dilancarkan nanti.
Bagi anda yang menggunakan Hackintosh, JANGAN sekali-kali update mac osx anda
menggunakan apple software update kerana ia mampu merosakkan sistem mac osx anda.
Namun ianya tidak bermakna anda tidak boleh update sama sekali. Untuk update anda boleh
klik pada ikon apple pada panel atas > Software Update > tetingkap software update muncul
dengan mencari update yang sesuai dengan sistem mac osx anda.
Imej disebelah ialah contoh senarai
software update dari Apple.com.
Anda BOLEH update kebanyakkan
perisian dari apple tetapi bukan 2
item yang pada senarai paling bawah
(iaitu Quicktime dan Mac OSX Update
10.5.6). Untuk membolehkan anda
update versi leopard kepada versi
baru, anda perlu persiapkan
hackintosh dan juga installer
kemudian install mengikut panduan
yang disediakan oleh komuniti OSX86
dalam internet.
Note : Perhatikan ikon Restart will be
required. Itu bermakna bahaya.
52
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
5.3 : Backup! Backup! Backup!
Proses ini penting bagi pengguna Hackintosh untuk menghadapi saat-saat tidak disangka. Saat-
saat tak disangkan yang saya maksudkan biasanya berlaku apabila anda update versi mac osx
anda dengan cara yang tidak betul. Anda mungkin mempunyai fail-fail penting dan fail-fail
kenangan dalam harddisk anda dan tidak mahu fail-fail ini hilang dengan begitu sahaja. Backup
ialah satu proses memindahkan fail-fail dalam harddisk hackintosh anda kedalam satu harddisk
lain (biasanya external harddisk) dengan harapan fail-fail ini akan selamat jika harddisk
hackintosh mempunyai masalah atau jika anda gagal untuk boot kedalam hackintosh.
Mac OSX datang dengan satu perisian yang sangat berguna untuk tujuan backup iaitu Time
Machine. Ianya akan backup fail-fail anda kedalam harddisk yang anda tentukan (perlu
kongurasi Time Machine terlebih dahulu).
Selain dari Time Machine, anda juga boleh menggunakan perisian backup lain seperti
SuperDuper! atau Carbon Copy Cloner (cari dalam internet!).
Apabila hackintosh anda mempunyai
masalah dan gagal diselamatkan,
cara terbaik ialah reinstall OSX86 dari
awal. Anda mungkin memikirkan
bahawa anda akan kehilangan semua
aplikasi, fail-fail penting, gambar-
gambar dan sebagainya tetapi
dengan menggunakan fungsi
Transfer File from Older Mac pada
proses User setup, semua fail anda
akan dikembalikan ketempat asal jika
anda backup terlebih dahulu.
Meskipun begitu, anda akan kembali kepada versi asal OSX86 anda dan bukannya versi update
bagi Leopard. Ianya tidak ada masalah kerana anda boleh update kemudiannya.
5.4 : Upgrade / Pasang Kernel Baru
Proses pemasangan dan upgrade kernel adalah sesuatu yang advance dan jangan lakukannya
jika anda tidak tahu apa yang sedang anda lakukan. Kebaikan upgrade dan memasang kernel
baru adalah ianya boleh/akan meningkatkan tahap performance dan kestabilan hackintosh
anda disampin dengan ciri-ciri baru yang ditawarkan oleh kernel tersebut.
Jika kernel tersebut tidak didatangkan dengan installer, anda boleh menggunakan OSx86 Tools
Utility untuk proses pemasangan.
Bagi anda yang suka bereksperimen, anda mungkin berminat untuk mencuba XNU Kernel yang
antara lain boleh mengumulasikan SSE3 kepada komputer yang hanya menyokong SSE2. Ini
bermakna, performance hackintosh SSE2 anda akan meningkat dan menghampiri tahap prestasi
hackintosh yang mempunyai SSE3. XNU Kernel juga datang bersama dengan installer yang akan
memasang kernel tersebut ke dalam leopard anda secara automatik tanpa menggunakan OSx86
Tools Utility.
53
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
6 : Bina Hackintosh!
Jika anda tidak berpuas hati dengan prestasi OSX86 dalam komputer anda kerana
mempunyai isu kesesuaian antara hardware dan software, pilihan lain yang anda ada
ialah membina hackintosh anda sendiri. Maksud membina disini ialah membeli dan
mengumpulkan hardware yang sesuai dan memasangnya membentuk satu komputer
yang boleh digunakan. Cara ini juga sesuai jika anda merasakan membeli Mac Pro yang
berharga hampir RM10,000 itu terlalu mahal dan ingin membina Hackintosh Pro dengan
kepantasan dan keupayaan yang sama dengan Mac Pro.
Disini saya tidak akan menerangkan tentang bagaimana untuk memasang sebuah
komputer tetapi akan mencadangkan secara terperinci hardware yang sepatutnya menjadi
pilihan anda jika anda membuat keputusan untuk membina sebuah Hackintosh.
NOTA : Senarai diatas merupakan senarai hardware yang paling hampir menyerupai
komputer apple. Tidak bermaksud jika anda mempunyai komputer yang berlainan
hardware, Mac OSX86 tidak boleh dipasang dalam komputer anda.
6.1 : Processor
Komputer Apple menggunakan Processor Intel dan komputer yang menggunakan
processor intel akan dilihat sebagai satu komputer yang lebih menyerupai komputer apple
berbanding komputer yang menggunakan Processor AMD. Terdapat 4 siri processor intel
yang akan memberikan kesesuaian maksima untuk Mac OSX iaitu;
! Pentium Dual Core
! Core 2 Duo (digunakan dalam komputer apple)
! Core 2 Quad (high perfomance - game dan edit video)
! Core 2 Extreme (high perfomance - game dan edit video)
Secara spesik model yang bagus untuk dipertimbangkan ialah Intel Core 2 Duo E6600
2.4GHz, Intel Core 2 Duo E6750 2.66GHz, Intel Core 2 Duo E8400 3.0GHz, Intel Core 2 Quad
Q6600 2.4GHz, Intel Core 2 Quad Q9300 2.50GHz, and the Intel Core 2 Quad Q9450 2.66GHz.
6.2 : Motherboard
Memilih motherboard (MOBO) merupakan aspek antara paling sukar dan memerlukan
penelitian. Komputer Apple menggunakan Chipset Intel dalam motherboardnya dan model
Intel adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan. Terdapat 4 model motherboard yang
dicadangkan iaitu
! Intel G33
! Intel P35
! Intel X38
! Intel X48
Jangan sesekali memilih mobo nForce kerana ianya memerlukan patch yang dan proses
pemasangan yang agak rumit dan leceh. Jika anda inginkan yang mudah, 4 model diatas
ialah pilihan paling selamat.
54
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
6.3 : Video Card (GPU)
Video Card merupakan salah satu item penting yang memerlukan penelitian.Namun
jangan bimbang kerana Video Card ATI dan NVIDIA biasanya berfungsi dengan baik
dalam Mac OSX86. Namun jika mahukan sesuatu yang paling sesuai, NVIDIA ialah
jawapannya. Model secara spesik ialah GeForce 7 Series (cth:7900GS) dan GeForce 8
Series (cth:8800GT). 6 Series dan 9 Series juga dapat berfungsi dengan baik.
6.4 : Memory (RAM)
RAM ialah hardware paling mudah untuk dipilih. Tentukan jenis motherboard anda, pergi
ke website motherboard tersebut dan cari tentang RAM yang sesuai berkaitan jenis dan
kepantasan seperti DDR2 800MHz, DDR3 1333MHz dan sebagainya. DDR2 adalah jenis
RAM yang standard dan DDR3 adalah RAM yang lebih high performance. Hendaklah
anda tahu bahawa RAM DDR3 tidak akan berfungsi dalam slot RAM DDR2 dan juga
sebaliknya.
6.5 : Hard Drives (Harddisk)
Selagi mana harddisk anda sesuai dengan motherboard, selagi itulah ianya sesuai untuk
Mac OSX86. Terdapat 2 jenis Harddisk yang standard iaitu IDE dan SATA. IDE adalah
model yang agak lama dan lambat berbanding dengan SATA. Rasanya komputer model
terbaru kini dilengkapi dengan Harddisk SATA dan ianya sesuatu yang dicadangkan disini.
6.6 : Optical Drives (CD/DVD Drives)
Ianya tidak terlalu sukar untuk dipilih. Namun oleh kerana pemasangan Mac OSX dan
mana-mana sistem operasi moden adalah menggunakan DVD, maka pastikan Optical
Drives anda menyokong fungsi DVD read and write (DVD-RW). Seperti juga Hard Drives,
Optical Drives juga mempunyai IDE dan SATA. Jika motherboard anda mempunyai SATA
Ports, saya cadangan anda juga menggunakan Optical Drives SATA. Untuk pengetahuan
anda, Optical Drives jenis IDE agak mempunyai masalah dalam pemasangan Mac
OSX86. Biasanya DVD Drives mempunyai label kelajuan seperti 16x, 18x, atau 20x.
Speed yang baik menandakan proses burning akan menjadi lebih pantas.
6.7 : Case dan Power Supply
Case merupakan satu pilihan. Ianya tidak begitu ada kaitan Mac OSX86 tetapi mungkin
ada kaitan dengan motherboard anda (form factor seperti Standard-ATX, Micro-ATX).
Berkenaan dengan Power Supply, dalam pembinaan mana-mana komputer, jangan
sesekali menggunakan Power Supply dari model Cap Ayam atau model yang tidak tahu
hujung pangkal kerana satu sistem komputer boleh terkesan dari pemilihan Power Supply
yang tidak berkualiti.
55
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
6.8 : Komponen Lain
7 komponen diatas adalah komponen-komponen komputer yang utama untuk
membolehkan sesebuah komputer berfungsi sebagai hackintosh. Antara komponen yang
termasuk dalam kategori komponen lain ialah Sound Card, Network Card, Bluetooth,
Wireless Card, Webcam dan seumpamanya. Sebenarnya, menggunakan sesuatu yang
popular dan standard itu adalah jalan paling selamat. Sama juga dalam hal ini. Memilih
komponen yang standard dan popular adalah amat-amat dicadangkan. Namun jika anda
tidak tahu apakah komponen yang popular dan standard, satu-satunya cara untuk
mengetahui komponen model apa yang sesuai ialah dengan mencari, merujuk, dan
bertanya.
Jangan risau, saya ada menemui satu laman web yang akan memberi jawapan berkenaan
kesesuai hardware. Sila rujuk >> http://www.osx86library.com/hardware/browse.php.
6.9 : DVD Mac OSX Original
Membeli DVD Mac OSX Original merupakan satu kemestian jika anda benar-benar untuk
membina sebuah hackintosh. Percayalah tidak rugi untuk mendapatkan lesen sah Mac OSX
kerana ia sememangnya sebuah sistem operasi yang hebat.
56
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
7 : Kamus.
Kernel
Kernel ialah sistem pusat (core) bagi sesuatu sistem operasi. Ia secara asasnya mengawal
pengoperasian tahap low level antara hardware dan software. Kernel diperlukan dalam semua
sistem operasi berasaskan linux (dipanggil linux kernel) dan UNIX (Mac OSX berasal dari UNIX).
Dalam Mac OSX, Kernel akan berada pada root kepada harddrive (/) dan dinamakan
mach_kernel secara default.
Kext
Jika didalam windows anda memanggilnya driver, didalam mac osx ia dipanggil kext atau kernel
extensions. Dalam Mac OSX, fail kext ditempatkan dalam /System/Library/Extensions/ dan
mempunyai format .kext. Dengan cara ini hackers boleh menghasilkan driver bagi hardware
yang tidak disokong oleh kext original mac osx untuk digunakan dalam PC biasa. .mkext pula
ialah multiple kernel extensions.
Bootloader
Dalam dunia komputer, booting ialah proses komputer mula dihidupkan dan menghidupkan
sistem operasi. Bootloaderlah yang bertanggungjawab untuk load sesuatu sistem operasi.
Dalam OSX86, terdapat 3 jenis bootloader iaitu Darwin, PC_EFI dan Chameleon.
Darwin x86 Bootloader
Darwin Bootloader ialah bootloader yang biasa digunakan untuk boot OSX86 dalam PC biasa
yang menggunakan BIOS.
Chameleon Bootloader
Chameleon ialah EFI bootloader yang dibangunkan berasaskan sumber terbuka khas untuk
komputer x86 yang berasaskan BIOS.
PC_EFI
Ianya ialah satu teknologi untuk membolehkan sesebuah komputer yang hampir menyerupai
komputer apple (Mac) untuk menjalankan Mac OSX tanpa perlu menggunakan kernel yang
diubah.
EFI String
EFI string atau Device Properties ialah fail property list (plist) yang ditukarkan kepada format
hexadecimal yang menyediakan sokongan kepada hardware (yang kebanyakkan daripada
hardware ini ialah bagi video card). Hexadecimal string ini diimplementasikan dalam fail
com.apple.Boot.plist yang mengawal boot parameter.
GUID (Partition Table) @ GPT
Ianya satu standard layout partition table pada harddisk zikal. Ianya sebahagian daripada
standard EFI yang dicadangkan oleh Intel untuk menggantikan PC BIOS. Bermaksud EFI akan
menggunakan GPT dan BIOS menggunakan MBR (Master Boot Loader). Jika anda ingin
menggunakan Mac OSX dengan Vanilla Kernel, menggunakan GUID adalah lebih baik dari MBR.
HFS+
Jika windows menggunakan format partition NTFS, Linux EXT3, Mac OSX menggunakan format
HFS+ yang boleh diformat menggunakan Disk Utility.
57
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
Mac OSx86 dan Hackintosh
Dalam panduan ini, saya lebih suka menggunakan Mac OSX86 bagi mengambarkan Mac OSX.
Hackintosh pula mengambarkan satu sistem komputer + Mac OSX86.
ISO (ISO Image)
Ianya ialah achieve le atau disk image. Terdapat beberapa perisian yang bootable apabila
diburn kedalam CD dalam bentuk CD Image. Harus diingat fail ISO ini harus diburn dalam
bentuk CD/DVD Image untuk ianya bootable.
Patch
Patch ialah satu serpihan perisian yang dibina untuk memperbaiki (x) sesuatu masalah dalam
program komputer.
ToH
ToH ialah Team of Hackintosh. Pasukan ini mengeluarkan ToH kernel, salah satu kernel untuk
digunakan dalam pembangunan OSx86.
Mac OSX Original (Retail) DVD
DVD Mac OSX yang original yang belum diubahsuai. Anda perlukannya untuk membolehkan
anda menggunakan Mac OSX86 secara SAH disisi undang-undang. Kami yang menyediakan
panduan ini amat-amat menggalakkan anda mendapatkan lesen sah untuk Mac OSX.
58
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC
8 : Penutup
Terima Kasih kerana telah membaca panduan pemasangan Mac OSX86 ke dalam PC. Apa yang
saya harapkan setelah anda sampai kepada mukasurat terakhir ini ialah, anda telah mempunyai
sebuah PC yang mempunyai kebolehan menjalan sistem operasi Mac OSX. Namun harapan saya
tidak sampai disitu, harapan saya ialah telah muncul satu inspirasi dan idea tertentu samada
dalam diri dan kiran anda untuk memperjuangkan hari-hari seterusnya. Sekian dari saya :
Enjoy Your Apple Computer and Happy Hacking!
59
!kembali ke Kandungan
Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Anda mungkin juga menyukai