Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA 78300 MASJID TANAH, MELAKA

Tel: 06-3841366 / Fax: 06-3844009 Emel: sktanjongbidara@gmail.com

PROGAM EKSPLORASI ALAM

Tarikh :
14- 16 SEPT 2013

Tempat :
TAMAN NEGARA

Masa :

3 Hari 2 Malam

Anjuran :
Badan Kebajikan Guru dan Staff Sk Tanjong Bidara

KERTAS KERJA PROGRAM EKSPLORASI ALAM DI TAMAN NEGARA PENDAHULUAN


Badan Kebajikan Guru dan Staff bukan sahaja memperjuangkan kebajikan guru malah telah banyak usaha kearah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru. Kursus Pendek penguasaan bahasa, ICT dan program sosial akan terus dilaksanakan jika mendapat sambutan dan kemampuan. Badan Kebajikan Guru dan Staff SK Tanjong Bidara bercadang melakukan kelainan dengan berusaha membantu Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membangunkan modal insan guru demi negara dan penentu prestasi dan kemanjadian pelajar melalui program Pembelajaran Luar Bilik Darjah. Ini bukan sahaja untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam aktiviti lapangan malah memberi kesedaran kepada guru kepentingan penjagaan alam sekitar yang kian meruncing.

MATLAMAT
Program Eksplorasi Alam di Taman Negara ini adalah satu pendedahan Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum melalui situasi sebenar. Pengkhususan kepada flora dan fauna kepada guru-guru, agar mereka didedahkan dengan situasi sebenar ( real life learning ) tempat-tempat pembelajaran, aktiviti berbentuk hand on iaitu penerokaan, kajian, menyelidik fauna dan flora dan mengumpul sumber pengajaran dan pembelajaran .

Pemilihan lokasi Taman Negara, Pahang adalah dengan tujuan pendedahan tempat pembelajaran luar yang sesuai berkaitan dengan ekosistem hutan. Di sini guru berpeluang menjalankan aktiviti jungle trekking, bagi mengenali spesis flora dan sekaligus meningkatkan stamina. Selain itu kawasan ini merupakan kawasan yang amat tinggi kepelbagaian Biologi dan terdapat Pusat Santuari Kelah dibawah penjagaan Jabatan Perhilitan . Pendedahan aktiviti memperlihatkan perbezaan cara hidup dan budaya masyarakat yang perlu dihormati.

OBJEKTIF
a) Guru memahami kaedah pelaksanaan Pembelajaran Luar Bilik Darjah dan Pendidikan Alam Sekitar ke arah kelestarian alam.

b).

Berkebolehan dan berkeyakinan dalam penyampaian dan pelaksanakan aktiviti lapangan, kajian luar atau aktiviti luar bilik darjah mengikut prosedur yang betul.

c)

Merakam spesis binatang (fauna) dan flora (tumbuhan) yang terdapat di pesisir pantai yang belum pernah ditemui di tempat lain dalam bentuk fotografi sebagai sumber pengajaran

d)

Menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman kepada kaedah pengajaran dalam bilik darjah dan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah kepada murid.

e)

Memberi pendedahan dan kesedaran kepada

guru- guru tentang pentingnya

penjagaan dan memberi sumbangan kepada keseimbangan kualiti alam.

SASARAN
Seramai 40 orang guru wakil sekolah Badan Kebajikan Guru dan Staff SK Tanjong Bidara yang memberi sumbangan aktif kepada Badan Kebajikan Guru dan Staff.

PENGANJUR
Program ini dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Badan Kebajikan Guru dan Staff SK Tanjong Bidara dan Unit Lawatan SK Tanjong Bidara.

TARIKH & HARI


Tarikh : Hari : 14 hingga 16 September 2013 Sabtu hingga Isnin

PENGISIAN PROGRAM
14 SEPT 2013 (SABTU)
08.00 02.00 07.00 08.30 09.00 Bertolak dari sekolah Tiba di Kuala Tahan Makan malam Bot crossing Video Show Night Walk Tahan Hide- Lihat Bintang Istirehat

10.30

15 SEPT 2013 (AHAD )

07.30 08.30 09.30 12.30 03.00 03.30 05.30 08.00 09.00 10.00

Sarapan pagi Bot Crossing Trekking ke Canopy Walkway (1.5km) Menaiki Canopy Walkway Bukit Teresik Titian paling panjang dan tinggi di dunia ( 500m panjang / 30m tinggi) Bot Crossing Makan tengah hari Rapids Shooting menaiki bot panjang Visit Orang Asli Jeram Dedari Mandi di Jeram Teras Makan Malam Aktiviti bebas Istirehat

16 SEPT 2013 ( ISNIN )

07.00 08.00 12.00

Sarapan pagi Aktiviti bebas kedai cenderamata di Taman Negara Check out Sayornara Taman Negara

ANGGARAN PERBELANJAAN
1. 2. 3. 4. 5. 7. 8. Pengangkutan pergi balik x 1 bas RM 2200.00 Penginapan 40 orang x RM45.00 x 2 mlm (Chalet ) RM 3600.00 Makan minum RM 20.00 x 40 orang x 3 hari RM 2400.00 Sewa bot 6 buah x RM 150.00 RM 900.00 Cenderahati dan Sijil RM 500.00 Baju T RM22 x 70 RM 990.00 Lain-lain RM 300.00 Jumlah perbelanjaan RM10890.00

ANGGARAN PENDAPATAN

1.

Sumbangan peserta 40 x RM100.00

RM 4000.00

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


JAWATANKUASA INDUK Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Penyelaras Setiausaha 1 Setiausaha 2 Bendahari : : : : : : : : Tn Hj Abd. Mutallif b. Che Mat BKT. PJK. JP Pn. Hjh Zainab bt. Mohd Yusoh ( GPK 1 ) Pn Zarina bt. Mahmad ( GPK KOKU ) Pn Maimunah bt. Abdul Hamid ( GPK HEM ) Cik Samsinar bt. Othman Pn. Suzanah bt. Ani Pn. Rozalini bt. Mohamad Pn Hjh Juliah bt. Ismail

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM Penyelaras Aktiviti AJK Makanan Dan Kebajikan AJK Pengangkutan AJK Penginapan AJK Dokumentasi AJK Kecemasan : : : : : : En. Jupri b. Amsah Pn. Noraisah bt. Bakir Pn. Buhairoh bt. Baharon Tn Hj Alias b. Muhamad Pn Rozalini bt. Mohamad Pn Rossela bt. Mihat Cik Rohana bt. Harun Cik Azizah bt. Abdullah

KESIMPULAN
Program Explorasi Alam ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, malah mempunyai tujuan tersirat untuk membina permuafakatan antara guru-guru. Program ini diharap agar mereka akan dapat mengetahui dan mengenali secara lebih dekat tentang keadaan sebenar flora dan fauna. Program ini juga akan membina silaratulrahim dan meningkatkan kerjasama antara semua yang terlibat.

Disediakan oleh,
( SAMSINAR BINTI OTHMAN )

Disahkan oleh , ..
(TN HJ ABD MUTALLIF B. CHE MAT )

Pengerusi Badan Kebajikan Guru & Staff

BKT. PJK. JP Guru Besar

SK Tanjong Bidara 78300 Masjid Tanah, Melaka

SK Tanjong Bidara 78300 Masjid Tanah, Melaka

Beri Nilai