Anda di halaman 1dari 34

KAEDAH MENGAJAR-KPD 4046 MAIN PERANAN (Role Plays)

MOHD HANIF BIN JAMAL MOHD FAIZ BIN ABDUL HAMED TARMIZI BIN SHUKERI ZULKIFLI BIN HARUN L20112007170 L20112007181 L20112007178 L20112007186
February 10, 2014

OBJEKTIF P&P
KOGNITIF Pelajar dapat menyatakan 4 daripada 5 kesan daripada kekurangan pengambilan vitamin larut air. Pelajar dapat menyatakan 5 contoh sumber makanan makronutrien.

OBJEKTIF P&P
PSIKOMOTOR

Pelajar dapat menjelaskan dengan lisan 5 contoh sumber makanan makronutrien. Pelajar dapat berbincang dalam kumpulan tentang kesan-kesan kekurangan vitamin larut air

OBJEKTIF P&P
AFEKTIF Pelajar dapat mempamerkan sikap menghormati dan menghargai ketika melakukan lakonan. Pelajar menunjukkan sikap seronok dalam menjalankan aktiviti permainan dam sihat.

Pengertian/ Definisi
MAIN PERANAN

PENGERTIAN
Teknik mengajar dalam bilik darjah yang melibatkan lakonan spontan pelajar. Aktiviti lakonan ini adalah berdasarkan kepada sesuatu situasi atau masalah yang timbul. Aktiviti ini bermula daripada situasi yang direkakan dan ditimbulkan oleh guru. Guru akan memilih beberapa orang pelajar untuk melakonkan situasi yang direka.

PENGERTIAN
Tempoh lakonan yang diperlukan dalam lingkungan 5-6 minit sahaja. Para pelajar dapat mengukuhkan kemahiran komunikasi dan pelajar juga dapat berfikir secara spontan. Membolehkan para pelajar memahami lebih mendalam tentang tujuan, sikap dan tingkah laku orang lain dalam situasi yang sebenar.

PENGERTIAN
Jumlah keahlian dalam satu kumpulan yang paling ideal adalah diantara tujuh hingga sepuluh orang pelajar. Memberi peluang kepada pelajar bagi meningkatkan penguasaan bahasa dan juga pelajar menghayati watak yang dilakonkan itu. Meningkatkan keupayaan mengenal pasti perasaan diri dan perasaan orang lain.

PENGERTIAN
Dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan dan memupuk sifat ingin bersosialisasi secara sihat. Memupuk nilai-nilai murni. Meluaskan pengalaman hidup. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah. Menjadikan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

PENGERTIAN
Membolehkan pelajar yang pasif mengambil bahagian dalam aktiviti kelas.

Langkah Pengajaran
MAIN PERANAN

LANGKAH PENGAJARAN
Guru merancang dengan baik untuk menjamin kejayaan main peranan. Guru memberikan penerangan ringkas dan jelas. Guru memberikan masa beberapa minit untuk pelajar membuat persediaan. Guru menentukan masa untuk sesi main peranan ini.

LANGKAH PENGAJARAN
(a)Sebelum sesi pembelajaran
Guru haruslah memilih tajuk yang sesuai. Guru memberi penerangan tentang aktiviti yang bakal dilakukan. Guru memilih pelajar dan berbincang dengan meraka tentang watak yang diberi.

LANGKAH PENGAJARAN
Semasa sesi pembelajaran
Guru memainkan peranan penting dalam menetapkan masa. Masa yang diperuntukan mestilah bersesuaian dengan aktiviti. Gurumengadakan perbincangan dengan pelajar secara kelas. Pelajar boleh berbincang dalam kumpulan yang telah ditetapkan

LANGKAH PENGAJARAN
(c) Selepas sesi pembelajaran
Guru perlu mengadakan perbincangan dengan pelajar . Mengetahui pelajar yang paling aktif, pelajar yang boleh melakukan lakonan dengan baik serta untuk guru mengetahui pelajar yang pasif. Guru juga perlu memberikan rumusan kepada pelajar untuk menganalisis kesan menjalankan teknik main peranan.

LANGKAH PENGAJARAN
(c) Selepas sesi pembelajaran
Taklimat yang jelas juga perlu diberikan oleh guru kepada pelajar untuk memperbaiki kelemahan. Guru memberi rangsangan kepada pelajar tentang aktiviti yang telah dijalankan bagi memudahkan para pelajar untuk membuat rumusan.

Kelebihan & Kekurangan


MAIN PERANAN

KEBAIKAN/ KELEBIHAN
Memberi peluang kepada pelajar untuk memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.
Para pelajar dilatih berlakon dengan gaya yang betul dan mampu mempertingkatkann kemahiran pertuturan mereka.

Menggalakkan interaksi di antara pelajar.

KEBAIKAN/ KELEBIHAN
Pelajar dapat menyatakan perasaan dan sikapnya lantas mereka mampu menghayati nilai-nilai moral yang baik .
Dapat menggalakkan lagi daya cipta dan ideaidea baru dikalangan pelajar. Teknik ini dapat memotivasi pelajar untuk melakukan yang terbaik.

KEBAIKAN/ KELEBIHAN
Dapat mengembangkan kemahiran-kemahiran sosial pelajar.
Pelajar akan belajar mententeramkan diri apabila menghadapi tekanan dan ketegangan. Situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan di dalam bilik darjah melalui lakonan para pelajar.

KELEMAHAN
Perasaan gelisah di kalangan pelajar yang tidak pernah ada pengalaman berlakon. Prestasi pelakon yang kurang baik dan menarik akan menimbulkan perasaan bosan dikalangan penonton.

Pelajar- pelajar yang terlibat dalam lakonan sahaja mendapat pengalaman dan faedah-faedah lakonan.

KELEMAHAN
Kemungkinan pelajar akan memberikan tumpuan yang lebih terhadap prestasi lakonan, bukan pada objektif pelajaran.

Teknik main peranan memakan masa yang panjang jika tidak diberi perhatian yang teliti. Pelajar yang berbakat akan memonopoli situasil lakonan.

KELEMAHAN
Pelajar mungkin terbawa-bawa dengan peranan mereka dalam kehidupan seharian dan ini mungkin akan mendatangkan gangguan dalam sesi lakonan. Topik-topik hangat dan isu-isu kontroversi akan membuatkan keadaan sukar untuk dikawal. Memerlukan daya imaginasi yang tinggi di kalangan pelajar yang terlibat untuk menghasilkan lakonan yang realistik.

Langkah Perlaksanaan
MAIN PERANAN

1. Merancang suatu situasi secara terperinci sebelum ia dijalankan.


Untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan, guru perlu merancang sesuatu topik untuk menghasilkan satu lakonan yang dapat mencapai objektif sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru menerangkan jalan cerita,watak serta penyelesaian masalah yang hendak dicapai.

2. Memilih pelajar yang terlibat secara sukarela. . Pelajar yang terpilih untuk aktiviti main
peranan hendaklah dipilih secara sukarela. Tujuannya adalah untuk menghasilkan lakonan yang berkesan dan dapat menyampaikan isi pelajaran yang ingin dicapai.

3. Mengadakan perbincangan dengan pelajar tentang situasi yang diberi.


Pelajar-pelajar yang terlibat akan dimaklumkan . dengan dialog yang peranan yang akan dibawa bersesuaian dan memenuhi kehendak jalan cerita.

4. Memberi masa kepada pelajar untuk memahami peranan masing-masing. . Setelah pemilihan dan perbincangan diadakan,
pelajar perlu diberi masa untuk memahami peranan yang akan dilakonkan supaya aktiviti main peranan berjalan dengan lancar.

Sebahagian pelajar- pelajar yang tidak terlibat dalam aktiviti main peranan akan dilantik sebagai pemerhati. Pemerhati berfungsi untuk mencatat nota tentang watak-watak yang diperhatikan. Mereka juga akan memberi panda ngan tentang cara peranan itu disampaikan.

5. Melantik pemerhati dari kalangan pelajar yang tidak terlibat dalam lakonan. .

6. Menilai prestasi pelakon-pelakon yang terlibat dalam aktiviti main peranan. .


Setelah selesai aktiviti main peranan dijalanka n, penilaian prestasi akan dilakukan untuk melihat sejauhmana pelakon-pelakon berjaya memainkan peranan masing-masing sebagaimana yang telah ditetapkan.

7. Memperbaiki kesilapankesilapan yang dilakukan oleh peserta yang terlibat. .


Sebahagian daripada aktiviti main peranan yang dijalankan boleh diulangi dan diperbaiki sekiranya terdapat kesilapan. Tujuannya supaya peserta akan berpuas hati serta isi pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.

8. Menukar peranan pelakon sekiranya terdapat emosi yang sukar dikawal. .


Peranan pelakon boleh ditukar sekiranya terdapat peserta yang gagal mengawal emosi mereka. Ini untuk menggelakkan berlakunya ketidaklancaran semasa aktiviti main peranan berlangsung.

9. Mewujudkan suasana kebebasan dan keselamatan.


Sekiranya situasi yang . dirancang melibatkan pergaduhan, guru perlu menjamin suasana pembelajaran tidak terganggu oleh aktiviti main peranan. Ini memudahkan lagi isi pelajaran yang ingin diterapkan sampai kepada pelajar dalam suasana selesa.

TERIMA KASIH

Terima Kasih Atas Perhatian Anda

February 10, 201

Anda mungkin juga menyukai