Anda di halaman 1dari 10

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

Disediakan oleh : Nina Shakina binti Supardi Noraini binti Bachok Nur Annissa Anis binti Sabiran

GURU
Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas
dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional. Mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang berkenaan. Guru mengajar dengan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas.

GURU
Kelas sosial murid harus juga diberi perhatian. Guru digalakkan mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid yang datang dari kelas sosial yang rendah tidak harus diketepikan. Kelas sosial atasan juga harus dilayan dengan baik dan sama rata. Kebijaksanaan guru mengendalikan kelas sosial murid akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok.

Murid dari pelbagai golongan dapat bergaul dan berinteraksi sesama


mereka tanpa ada sekatan budaya

GURU
Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai, sikap & tingkah laku yang sesuai. Guru perlulah berusaha membantu murid dalam memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Bantu murid bentuk konsep kendiri positif.

Beri tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik.


Datang awal ke bilik darjah dan amalan menepati masa. Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran.

GURU
Guru harus tidak menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Isu-isu sensitif dan berkaitan dengan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti p&p yang sesuai dengan semua

kepercayaan, nilai, dan agama mereka.


Aspek bahasa- harus diberi pertimbangan oleh guru.

GURU
Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah menyebabkan
berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada pembelajaran. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek harus dielakkan. Penggunaan bahasa standard akan memberi peluang yang sama kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

GURU
Jantina Rancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsur bias kepada jantina dielakkan. Bagi murid yang menghadapi kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif dalam

kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan


tersebut.

MURID
Senaraikan perkara yang perlu dipatuhi murid ketika p&p. Murid harus bersosial terutama ketika melakukan aktiviti dalam p&p. Kepercayaan murid lain tidak harus dipertikaikan. Aktiviti perlu berupaya menyemai semangat saling mempercayai ke dalam jiwa murid Penggunaan bahasa standard harus diamalkan oleh murid.

Unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan.

MURID
Penggunaan laras bahasa yang tepat mesti diamalkan. Murid digalakkan berinteraksi dan berbincang dengan berlainan

jantina.
Dalam masa yang sama mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam berinteraksi ini. Kemahiran komunikasi memainkan peranan pembentukan budaya penyayang. Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah.

MURID
Murid mudah terpengaruh dengan tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional.

Murid suka budaya belajar yang ceria & menyeronokkan.


Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada masanya.

Anda mungkin juga menyukai