Anda di halaman 1dari 16

CIRI-CIRI SINDROM DOWN, AUTISME RINGAN, ADHD, TERENCAT AKAL MINIMA DAN DISLEKSIA

DISEDIAKAN OLEH : SARAH BT MOHD YUSOFF

SINDROM DOWN
Sindrom Down menyebabkan kerencatan akal, ciri-ciri pada wajah dan beberapa malformasi.
Sindrom down adalah kecacatan sejak lahir disebabkan tambahan kromosom 21.

CIRI-CIRI SINDROM DOWN


Mulut sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat. Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung untuk terjelir.

Mata sentiasa berair dan merah.


Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada keduadua sisi hidung yang menutupi bahagian mata. Bentuk muka yang kecil. Bahagian kepala leper. Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.

Majoriti berambut lurus dan lembut.

Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol. Berbadan gempal dan rendah. Badan yang agak bongkok. Suka bermanja, bermain dan gembira. Dapat ebrgaul dengan baik.

IQ di antara 30 hingga 80.


Kecacatan dapat dikesan sebaik sahaja selepas lahir.

ATTENTION DEFICIT DISORDER HYPERACTIVE (ADHD)


o Kanak-kanak yang sering dilihat tidak boleh duduk diam dan lebih gemar bermain biasanya disebabkan oleh sindrom down yang dipanggil hiperaktif (ADHD).

o Kanak-kanak yang menghidap sindrom ADHD lebih bertenaga, cepat gelisah dan sukar memberi tumpuan.
o Biasanya ADHD ini lebih kepada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

o Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu :
o ADHD kurang tumpuan o Mereka adalah golongan yang kerap mengelamaun di dalam kelas, kerap pelupa dan kerja tidak teratur.

o ADHD hiperaktif-impulsif o Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi., o Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa fikir. o ADHD gabungan o Menunjukkan kedua-dua ciri di atas iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsif.

CIRI-CIRI ADHD
ADHD kurang tumpuan Mudah terganggu oleh rangsangan luar Sukar mendengar dan mematuhi arahan.

Sukar memberi tumpuan dan perhatian


Sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugas. Keupayaan membuat kerja sekolah yang tidak lengkap. Tidak terurus. Kemahiran belajar yang lemah. Sukar untuk berdikari.

ADHD hiperaktif-impulsif Tahap aktiviti tinggi. Cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri. Kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan.

Tingkah laku yang agresif dan terlampau mudah terangsang.


Tidak matang dari segi sosial. Rendah keyakinan diri dan mudah kecewa.

TERENCAT AKAL
Persatuan Kerencatan Akal (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri, dan kemahiran sosial yang amat terhad.

Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian.
Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan.

Mereka juga mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan.


Kanak-kanak terencat akal ini dibenarkan masuk ke sekolah biasa. Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak dengan masalah terencat akanl. Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah kerana IQ mereka yang rendah iaitu 55/60 dan 85/90. IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas.

CIRI CIRI TERENCAT AKAL


Kurang koordinasi motor.
Sukar menumpukan perhatian. Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta berada pada tahap yang rendah daripada mereka yang sebaya. Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru. Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membiat kesimpulan.

AUTISME
Autisme adalah cacat perkembangan yang kompleks yang biasanya muncul semasa tiga tahun pertama kehidupan dan merupakan hasil dari gangguan neurologi yang mempengaruhi fungsi normal otak, kesan perkembangan dalam interaksi dan kemahiran komunikasi. Sebahagian tanda-tanda atau ciri-ciri autisme yang jelas dalam bidang pertuturan atau komunikasi. Banyak tanda-tanda atau gejala autisme mula diketahui pada umur 2 hingga 6 tahun.

CIRI-CIRI AUTISME
Tidak takut bahaya. Tiada kepekaan terhadap rasa sakit. Mungkin menghindari kontak mata dengan anda. Mungkin lebih suka dengan dirinya sendiri. Mempunyai kesukaran mengekspresikan apa yang mereka inginkan atau perlukan maka mungkin cuba mengunakan gerak tubuh. Mungkin mengulang kata atau frasa (echolalia). Mungkin mempunyai pertautan yang tidak sesuai dengan objek. Mungkin memusing dirinya sendiri atau benda. Berpanjangan bermain berulang-ulang

Mungkin berkeras pada hal-hal/rutin selalu menjadi sama. Mungkin mempamerkan tingkah laku ketawa (ketawa jika tidak sesuai dengan keadaan). Mungkin memaparkan marah tanpa alasan jelas. Mungkin menghindari pelukan Mungkin perilaku menunjukkan merugikan diri ketika marah seperti menggigit atau ketuk kepala. Satu kesukaran berinteraksi secara keseluruhan dengan orang lain.

DISLEKSIA
Disleksia merupakan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan bahasa, membaca dan ia merangkumi mengeja, menulis dan menyebut.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca dengan perlahan, kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta mencampur-aduk perkataan yang berbunyi sama. Mereka juga mempunyai kurang kesedaran dan minat terhadap buku. Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin kelihatan pada beberapa anggota keluarga yang sama. Disleksia kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

CIRI-CIRI DISLEKSIA
Perkembangan pertuturan dan bahasa yang lambat. Kemahiran mengeja yang lemah. Kemahiran membaca yang lemah. Keliru dengan perkataan yang hampir serupa. Sukar mengikut arahan. Sukar menyalin.

Sukar menggunakan jalan yang berliku.

Anda mungkin juga menyukai