Anda di halaman 1dari 10

Disebut oleh Allah s.w.

t dalam al-Quran:
“…Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa
(Masjid Quba) sejak hari pertama adalah lebih patut bagimu
bersolat di dalamnya. Di sana terdapat orang-orang yang
ingin membersihkan diri (mensucikan jiwa). Dan Allah amat
menyukai orang-orang yang membersihkan dirinya”.
(at-Taubah: 108)

Sabda Rasulullah SAW:


“ Bersolat di Masjid Quba’ seperti melakukan umrah (pahala)”
(Riwayat at-Tarmizi)
Nama Projek : Pembinaan Masjid Quba (Masjid Pertama)
Pemaju : Nabi Muhammad s.a.w dan Sahabat r.a
Kedudukan : Kira-kira 10km dari Selatan Pusat Bandar
Madinah dan 4km dari Masjid Nabawi
Tempoh Siap : 5 hari (Ada riwayat menyatakan 14 dan 22 hari)
Tarikh Mula : 12 Rabiul Awal Tahun 1 Hijriah (Isnin)
Tarikh Siap : 16 Rabiul Awal Tahun 1 Hijriah (Jumaat)
Keluasan : 50 meter persegi (50 meter panjang dan lebar)
Ketinggian : 1 meter dari aras permukaan tanah
Jolokan Nama : Masjid Dibina atas Asas Takwa
- Di tengah-tengah perjalanan menuju ke Kota Madinah,
baginda Rasulullah s.a.w singgah di Quba’ iaitu sebuah
kampung yang terletak dua batu ke selatan Madinah.
Didirikan masjid sekaligus yang pertama dalam sejarah
Islam. Baginda menetap selama 4 hari di sana.

Masjid Quba di Bandar Madinah pada masa


kini yang telah dibina dalam saiz dan reka
bentuk lebih besar di atas tapak yang asal.
- Meneruskan perjalanan pada pagi Jumaat dan tiba di
perkampungan Bani Salim bin ‘Auf (1 km daripada masjid
Quba’) tepat pada waktu solat Jumaat lalu dibangunkan
sebuah masjid (kini dikenali sebagai Masjid Jumaat). Ini
adalah solat jumaat pertama sesudah hijrah dalam Islam.
- Quba pada masa tersebut masih belum dimasukkan dalam
persempadanan Kota Madinah. Oleh itu, Nabi meneruskan
hijrah baginda dengan menunggang unta kesayangannya al-
Qaswa’ menuju Kota Suci Madinah

Masjid pertama didirikan solat Jumaat


dalam sejarah Islam, kini dikenali sebagai
‘Masjid Jumaat’.
- Kerjapertama yang dilakukan di Madinah adalah
membangunkan masjid untuk mengembangkan syiar Islam.
- Masjid dibangunkan di tempat unta Rasulullah s.a.w berhenti
setibanya di Madinah. Lokasinya di Mirbad, sebidang tanah
milik dua orang asuhan As’ad bin Zurarah bernama Sahal dan
Suhail.
- Baginda s.a.w sendiri menawar harga kepada kedua-duanya
sedangkan mereka lebih suka menghadiahkannya kepada
baginda s.a.w tetapi baginda enggan menerimanya sebaliknya
membayarnya dengan harga sepuluh dinar emas sumbangan
wakaf Abu Bakar as-Siddiq.
- Asalnya kawasan tersebut ditumbuhi pohon-pohon kurma liar
tetapi telah ditebang manakala beberapa kuburan musyrikin di
dalamnya pula telah dibongkar dan tanah diratakan.
- Kemudian, pohon-pohon kurma yang ditebang telah dipasang
berjejer sebagai kiblat masjid (ketika itu masih menghadap
Baitul Maqdis).
- Dari tempat kiblat hingga bahagian belakang masjid,
panjangnya lebih kurang 100 hasta, begitu juga di bahagian
tepi kanan dan kiri dengan diperkukuhkan dengan batu dan
untuk pemasangan asas, tanah digali sedalam 3 hasta serta
dipasang batu-bata.
- Lantai masjid diperbuat daripada kerikil dan pasir manakala
atapnya daripada pelepah dan dedaun kurma. Tiang-tiangnya
pula daripada batang pohon kurma.
- Seluruh kaum muslimin mengambil bahagian. Bahkan
Rasulullah s.a.w sendiri turut mengangkat batu-batanya.
Akhirnya terdirilah sebuah masjid yang dindingnya daripada
batu bata, atapnya daripada pelepah tamar manakala tiangnya
daripada batang kurma.

Masjid Nabawi di Bandar Madinah pada


masa kini telah dibina dalam saiz dan reka
bentuk yang lebih besar.
 Keikhlasan membina masjid adalah rahsia
kehebatan masjid pertama.
 Masjid sebagai pusat perhubungan dan
perpaduan rakyat.
 Masjid adalah lambang kekuatan, jentera
perpaduan dan pusat setempat yang memberi
khidmat sosial kepada seluruh warga umat Islam.
 Masjid sebagai pusat perhubungan hamba dengan
Tuhannya dan sesama umat Islam dan bukan
Islam.
 Kepentingan institusi wakaf dalam Islam sebagai
pemangkin ekonomi dan kesejahteraan umat
Islam sejagat melalui teladan yang ditunjukkan
oleh Saidina Abu Bakar (sumbangan 10 dinar
emas yang pertama untuk membeli tanah wakaf
masjid Nabi s.a.w).