Anda di halaman 1dari 37

1.0 PENGENALAN Sukatan Pelajaran ialah satu kerangka atau ringkasan kandungan berkaitan dengan sesuatu bidang pengajian.

Sukatan Pelajaran juga merupakan satu dokumen yang

menterjemahkan hasrat negara untuk melahirkan individu yang memiliki semangat kekitaan dan mewujudkan perpaduan. Kurikulum Sejarah mengandungi asas asas pengetahuan

tentang Sejarah negara Malaysia dan negara luar dan dapat menerapkan nilai-nilai murni dan kemahiran yang dapat diperkukuh dan diperkembangkan. Huraian Sukatan Pelajaran merupakan terjemahan atau huraian terperinci terhadap kandungan yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran. Penghuraian dibuat berlandaskan kepada Struktur Disiplin Sejarah, tema-tema, perincian tajuk dan subtajuk, lajur dan aras selaras dengan dicadangkan. Selain itu, Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. kemahiran pembelajaran, unsur patriotisme dan beberapa aktiviti yang

2.0 OBJEKTIF 1. Pelajar dapat membuat kajian tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. 2. Pelajar dapat menjelaskan aspek Kemahiran Bahasa, Konsep 5P, Pengisian Kurikulum dan Kemahiran Bernilai Tambah. 3. Pelajar dapar menghasilkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian selengkapnya dengan memasukkan konsep 5P dan KBT. 3.0 KAEDAH KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah ke perpustakaan iaitu dengan merujuk buku-buku dan bahan bukan buku seperti internet. 4.0 BATASAN KAJIAN Kajian ini terbatas kepada membuat kajian tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah serta menjelaskan aspek Kemahiran Bahasa, Konsep 5P, Pengisian Kurikulum dan Kemahiran BEnilai Tambah.

NOTA RINGKAS DAN GRAFIK

5.0 NOTA RINGKAS DAN GRAFIK

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Huraian FPK

Pendidikan Suatu Usaha Berterusan Pendidikan merupakan suatu proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran. Proses pemerolehan dan pemindahan ini berlangsung secara berterusan dalam diri seseorang sejak kecil hingga ke akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanak sangat penting kerana asas sahsiah mereka mula terbentuk sejak berusia satu tahun hingga enam tahun. Sahsiah yang terbentuk di peringkat ini akan berkembang hingga ke akhir hayat. Selepas kanak-kanak berusia enam tahun, mereka dihantar ke sekolah. Di sekolah, mereka akan mencari dan menimba pelbagai ilmu pengetahuan yang berfaedah. Di sepanjang tempoh persekolahan, kanak-kanak akan terus dipupuk dengan nilai murni untuk memperkembang sahsiah yang baik. Di samping memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan dan nilai murni, bakat dan keupayaan mereka diperkembangkan. Usaha-usaha ini dijalankan secara berterusan di sepanjang tempoh persekolahan. Proses pendidikan berlangsung terus menerus dalam diri seseorang kerana manusia perlu menyesuaikan diri mereka dengan pelbagai perubahan. Perubahan-perubahan ini akan mempengaruhi perkembangan insan yang mulia.

Perkembangan Potensi Individu Sejak lahir setiap individu memiliki pelbagai bakat dan potensi. Bakat dan potensi ini boleh dikembangkan melalui perhubungan dan pergaulan dengan orang lain. Walaupun individu memiliki bakat dan potensi tetapi tidak semua kebolehan tersebut dilihat dengan jelas kerana kebanyakannya masih terpendam. Oleh itu usaha perlu dijalankan bagi mencungkil, memupuk,

memperkembang dan mempertingkatkannya. Pendidikan memainkan peranan utama dalam memperkembang bakat dan potensi individu. Setiap bakat dan potensi boleh berkembang ke tahap cemerlang jika diberi peluang yang secukupnya. Oleh yang demikian usaha untuk memperkembang bakat dan potensi individu perlu dirancang dengan teratur dan bersungguhsungguh.

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Potensi individu tidak boleh dikembangkan secara berasingan. Setiap potensi yang dikembangkan itu harus dihubungkait atau diselaraskan dengan potensi yang lain. Tujuannya adalah supaya perkembangan potensi itu tidak bertentangan di antara satu dengan lain. Malahan semua potensi akan berkembang secara bersepadu. Misalnya, perkembangan potensi intelek, rohani dan jasmani dalam permainan atau sukan tidak boleh dipisahkan dari aspekaspek sosial seperti memperoleh pengetahuan untuk bermain dengan cara betul, cekap dan tangkas serta mempunyai semangat kerjasama, kekitaan dan berbakti terhadap negara.

Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, berbudaya penyayang, tubuh badan yang sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain. Insan yang seimbang dan harmonis ini memiliki kesedaran dan prihatin tentang tugas dan tanggungjawab, serta sentiasa berusaha untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan tersebut dengan sebaik mungkin. Ia memiliki ketahanan diri untuk menghadapi segala cabaran hidup dan sentiasa berikhtiar untuk mengatasi pelbagai masalah.

Unsur Intelek Ciri-ciri unsur intelek: Mempunyai kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira Sentiasa berusaha untuk mendapat, meningkat dan menyebarkan ilmu Sentiasa berfikir secara kreatif dan kritis serta berusaha untuk mengembangkan daya pemikirannya supaya individu mampu menghurai, mencerakin, menaakul, merumus dan menghasilkan idea-idea yang bernas dan Berupaya memanfaatkan ilmu untuk diri, orang lain dan alam sekitar.

Unsur Rohani Ciri- ciri unsur rohani: Menyedari dan menginsafi adanya Tuhan Menghargai dan mensyukuri pemberian Tuhan Menyedari dan prihatin tentang tanggungjawab Memupuk dan membina disiplin diri Membentuk akhlak mulia dan Memiliki jiwa yang tenang/ tenteram.

Unsur Emosi Ciri-ciri unsur emosi: Memiliki tingkah laku yang terkawal dan berperasaan tenang Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan dan Menghargai dan menilai keindahan.

Unsur Jasmani Ciri-ciri unsur jasmani: Menjaga kesihatan badan Melakukan riadah Mengembangkan bakat dan kemahiran yang bersifat teknikal, manipulatif dan sosial Memanfaatkan kemahiran dan kecergasan fizikal untuk berdikari dan Menggunakan kemahiran dan kecergasan fizikal bagi kepentingan masyarakat.

Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan Ciri-ciri individu yang memepercayai dan mematuhi Tuhan: Mengakui tentang wujudnya Tuhan Mengakui bahawa manusia dan alam dijadikan oleh Tuhan Mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan Menyedari bahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam dan berusaha untuk melakukan kebaikan Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatannya dan

Sentiasa berusaha untuk mengikuti dan mengamalkan ajaran agama serta berusaha untuk meningkat dan mengukuhkannya.

Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan: Mencintai ilmu pengetahuan Sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan Meningkatkan dan menyebarkan ilmu Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri sendiri, orang lain dan kebaikan alam sekitar dan Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.

Rakyat Malaysia Yang Berketrampilan Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berketrampilan: Memiliki pengetahuan, kelayakan dan kemahiran dalam menjalan sesuatu tugas Berkebolehan melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna dan Berpandangan jauh dan berinisiatif.

Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berakhlak mulia: Mempunyai pengetahuan dan keyakinan terhadap nilai murni Mempunyai kesedaran terhadap kesan daripada perbuatan yang baik dan buruk Mengamalkan perlakuan yang baik dan Menghayati nilai mulia yang merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.

Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab Ciri-ciri Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab: Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan dilaksanakan dengan sempurna Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap Sentiasa berusaha untuk meningkatkan daya pengeluaran Mematuhi peraturan dan undang-undang negara dan Berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Rakyat Malaysia Yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri: Mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang tenang dan badan yang sihat Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup dan Sentiasa dapat mewujudkan perhubungan yang baik dengan orang lain.

Rakyat Malaysia Yang Dapat Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Masyarakat Dan Negara Ciri-ciri rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara: Sentiasa berusaha ke arah memupuk perpaduan rakyat melalui semangat kerjasama, toleransi, kekitaan dan hormat menghormati Sentiasa berusaha memajukan ekonomi ke arah perkembangan bangsa dan negara dengan menggunakan sains dan teknologi Sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan negara Sentiasa berusaha mematuhi serta mempertahankan peraturan dan perlembagaan Sanggup mempertahankan maruah diri, agama, bangsa dan negara dan Sentiasa mengamal dan menghayati Prinsip- Prinsip Rukun Negara.

KEMAHIRAN BAHASA Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Murid juga boleh membezakan bunyi dan boleh memahami apa yang didengar. Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Oleh itu, murid dapat menyebut bunyi dan perkataan dengan betul serta dapat menyatakan pemikiran dan perasaan meerka secara berkesan dan bertatasusila. Kemahiran Menbaca Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta

sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Murid boleh mengucapkan apa yang tertulis dan bercetak dan memahami makna perkataan atau ayat yang dibaca. Kemahiran Menulis Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan

mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH Kemahiran yang dijalankan di dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam suasana dunia yang global. KECERDASAN PELBAGAI Kecerdasan; kebolehan untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk yang bernilai dalam satu lingkungan budaya. Kecerdasan pelbagai; kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam satu lingkungan budaya. Jenis Kecerdasan Huraian KEbolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan, Verbal Linguistik penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat,

meyakinkan orang lain serta bercakap tentang bahasa itu sendiri. Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak Logik Matematik berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab dan akibat serta kebolehan menjangka. Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna Visual-ruang dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan Kinestetik dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, keapantasan dan keseimbangan. Kebolehan mengesan irama lagu termasuklah kebolehan mengenal Muzik lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan tempoh dalam melodi dengan mudah. Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang Interpersonal lain. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, seperti

menggalakkan murid menyertai sesuatu projek. Intrapersonal Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, hasrat dan kehendak termasuklah kemahiran bagaimana seseorang itu sama 10

ada berbbeza dengan orang lain. Kecerdasan ini juga membantu individu menangani perasaan, beradab sopan serta mengawal kemarahan ataiu kesedihan diri. Kebolehan mengenali, mengklasifikasikan tumbuhan, galian dan Naturalis binatang termasuk rumput dan batu-batuan serta pelbagai flora dan fauna. Kecerdasan ini juga merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan.

KEMAHIRAN BERFIKIR Kemahiran berfikir dalah apa sahaja proses kognitif yang diperincikan dalam satu set langkahlangkah yang jelas yang kemudiannya digunakan untuk memandu pemikiran. Hal ini menlibatkan pemgelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. KAJIAN MASA DEPAN Pengajaran berasaskan kajian masa depan diperkenalkan bertujuan untuk mendidik generasi baru yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Hal ini merupakan kemahiran berfikir tentang sesuatu yang akan atau mungkin berlaku pada masa hadapan yang akan membantu kita memandu tindakan kita pada masa sekarang.

11

5P PENGGABUNGJALINAN Beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. PENYERAPAN Unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain. PENGAYAAN Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. PEMULIHAN Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. PENILAIAN Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. 12

PENGISIAN KURIKULUM Ilmu Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin. Contohnya, ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh ditimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Nilai Nilai murni diserapkan dalam pendidikan bahasa melayu untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia Kewarganegaraan Unsur patriotisme kewarganegaraan yang diserap mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air disamping bertujuan malahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. Peraturan sosiobudaya Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Malayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Peraturan sosiobudaya yang mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.

13

Rakyat Malaysia Yang Dapat Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Masyarakat Dan Negara Rakyat Malaysia Yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab

Pendidikan Suatu Usaha Berterusan

Perkembangan Potensi Individu

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Insan Yang Seimbang Dan Harmonis

Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia

Unsur Intelek Rakyat Malaysia Yang Berketrampilan Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan Unsur Jasmani

Unsur Rohani

Unsur Emosi

14

Pendidikan Suatu Usaha Berterusan

Suatu proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan,nilai murni dan kemahiran yang berlangsung secara berterusan dalam diri seseorang sejak kecil hingga ke akhir hayat.

Proses pendidikan berlangsung terus menerus dalam diri seseorang kerana manusia perlu menyesuaikan diri mereka dengan pelbagai perubahan yang akan mempengaruhi perkembangan insan yang mulia.

Perkembangan Potensi Individu

Setiap individu memiliki pelbagai bakat dan potensi.

Bakat dan potensi ini boleh dikembangkan melalui perhubungan dan pergaulan dengan orang lain.

Usaha perlu dijalankan bagi mencungkil, memupuk, memperkembang dan mempertingkatkannya.

15

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu

Setiap potensi yang dikembangkan itu harus dihubungkait atau diselaraskan dengan potensi yang lain.

perkembangan potensi intelek, rohani dan jasmani dalam permainan atau sukan tidak boleh dipisahkan dari aspek-aspek sosial seperti memperoleh pengetahuan untuk bermain dengan cara betul, cekap dan tangkas serta mempunyai semangat kerjasama, kekitaan dan berbakti terhadap negara.

Insan Yang Seimbang Dan Harmonis

Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, berbudaya penyayang, tubuh badan yang sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain.

Memiliki kesedaran dan prihatin tentang tugas dan tanggungjawab, serta sentiasa berusaha untuk melaksanakan tuntutantuntutan tersebut dengan sebaik mungkin.

16

Unsur Intelek

Sentiasa berusaha untuk mendapat, meningkat dan menyebarkan ilmu

Sentiasa berfikir secara kreatif dan kritis serta berusaha untuk mengembangkan daya pemikirannya supaya individu mampu menghurai, mencerakin, menaakul, merumus dan menghasilkan idea-idea yang bernas

Berupaya memanfaatkan ilmu untuk diri, orang lain dan alam sekitar.

Unsur Rohani

Menyedari menginsafi Tuhan

dan adanya Membentuk akhlak mulia

Menghargai dan mensyukuri pemberian Tuhan

Memupuk dan membina disiplin diri\

17

Unsur Emosi

Memiliki tingkah laku yang terkawal dan berperasaan tenang

Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang

Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan dan menghargai dan menilai keindahan

Jasmani

Menjaga kesihatan badan da melakukan riadah

Mengembangkan bakat dan kemahiran yang bersifat teknikal, manipulatif dan sosial

Memanfaatkan kemahiran dan kecergasan fizikal untuk berdikari.

Menggunakan kemahiran dan kecergasan fizikal bagi kepentingan masyarakat.

18

Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan

Mengakui tentang wujudnya Tuhan dan mengakui bahawa manusia dan alam dijadikan oleh Tuhan

Mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan

Menyedari bahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam dan berusaha untuk melakukan kebaikan

Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan

Mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan

Meningkatkan dan menyebarkan ilmu

Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri sendiri, orang lain dan kebaikan alam sekitar.

Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.

19

Rakyat Malaysia Yang Berketrampilan

Memiliki pengetahuan, kelayakan dan kemahiran dalam menjalan sesuatu tugas.

Berkebolehan melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna.

Berpandangan jauh dan berinisiatif.

Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia

Mempunyai pengetahuan dan keyakinan terhadap nilai murni dan mempunyai kesedaran terhadap kesan daripada perbuatan yang baik dan buruk

Mengamalkan perlakuan yang baik.

Menghayati nilai mulia yang merangkumi nilainilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.

20

Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab

Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan dilaksanakan dengan sempurna

Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap sentiasa berusaha untuk meningkatkan daya pengeluaran

Mematuhi peraturan dan undang-undang negara dan berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Rakyat Malaysia Yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri

Mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang tenang dan badan yang sihat

Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup

Sentiasa dapat mewujudkan perhubungan yang baik dengan orang lain.

21

Rakyat Malaysia Yang Dapat Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Masyarakat Dan Negara

Sentiasa berusaha ke arah memupuk perpaduan rakyat melalui semangat kerjasama, toleransi, kekitaan dan hormat menghormati.

Sentiasa berusaha memajukan ekonomi ke arah perkembangan bangsa dan negara dengan menggunakan sains dan teknologi.

Sanggup mempertahan kan maruah diri, agama, bangsa dan negara.

Sentiasa mengamal dan menghayati Prinsip- Prinsip Rukun Negara.

22

KEMAHIRAN BAHASA
Keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar serta dapat membaeri maklum balas. Dapat membezakan bunyi dan boleh memahami apa yang di dengar.

KEMAHIRAN MENDENGAR

Keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan KEMAHIRAN BERTUTUR dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.

Keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta KEMAHIRAN MEMBACA sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Murid boleh mengucapkan apa yang tertulis dan bercetak dan memahami makna perkataan atau ayat yang dibaca.

Keupayaan murid menulis perkataan KEMAHIRAN MENULIS dengan menggunakan ayat yang gramatis.

dan ayat,

mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan

23

Kecerdasan pelbagai

Kemahiran fasilitator

Kemahiran berfikir

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

Kajian masa depan

24

PENGGABUNGJALINAN

PENILAIAN Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.

Beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Kemahirankemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.
PENYERAPAN Unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain.

5P

PEMULIHAN Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahirankemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. PENGAYAAN Murid berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.

25

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

26

6.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran Tahun Bilangan Murid Tema Tajuk Tarikh Masa

: Bahasa Melayu : 5 Perdana : 35 orang : Kebudayaan : Perayaan di Malaysia : 12 Februari 2012 : 60 minit

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama 1.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.

Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

Fokus Sampingan

1.2

Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, iintonasi dan nada yang sesuai.

Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

1.3

Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks.

Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

27

Objektif

: Pada akhir pelajaran murid dapat:

i.

Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia.

ii.

Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan.

iii.

Murid

dapat

menulis

karangan

pendek

mengenai

pengalaman mereka menyambut perayaan masing-masing dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.

Kemahiran Bahasa

: Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.

Sistem Bahasa

: Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonasi.

Pengisian Kurikulum

Ilmu Nilai

: Bahasa Melayu, Kebudayaan : Kesenian, menghayati, menghormati dan menghargai.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran Berfikir

: Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran mengkategori.

Kemahiran Belajar

: Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.

Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.

BBB

: Power point, buku latihan dan alat tulis. 28

MASA / LANGKAH Set Induksi (5 minit)

ISI PENGAJARAN Murid ditayangkan

AKTIVITI PNP power i)murid diminta paparan

CATATAN untuk MI: power Verbal intrapersonal. linguistik,

point yang berkaitan dengan melihat jenis-jenis perayaan

yang point dan menghayatinya.

terdapat di Malaysia. ii)murid diminta untuk KBF: jenis Membanding beza,

membezakan

perayaan mengikut kaum menilai, dan menceritakan menghubungkait, inferens

pengalaman mereka.

iii)guru menjelaskan tujuan KB: aktiviti pengajaran dan yang tajuk Menganalisis, mentafsir, akan Menonton dengan aktif

diajari pada hari itu. Nilai: Keberanian, bekerjasama, menghormati hormat-

BBB : power point Langkah 1 (15 minit) Guru memberi teks cerita i)murid dikehendaki untuk MI: yang bertajuk Perayaan Di mengelik Malaysia point. ii)murid diminta membaca petikan itu secara individu KBF : dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul. iii)murid-murid dikehendaki 29 yang KB : lain membaca yang dengan betul, membuat inferens melalui salah satu Intrapersonal, interpersonal, linguistik, verbal power pautan yang disediakan.

mendengar intonansi

dan meneliti teks sambil mendengar dengan aktif, memahami tersebut. Nilai: iv)kemudian menanyakan kepada murid guru Kerjasama, keberanian soalan berkaitan BBB: Teks cerita dan power point. Langkah 2 (15 minit) Guru perbincangan antara mengadakan i)murid kumpulan kepada dan kumpulan. dibahagikan MI: beberapa verbal linguistik,visual, petikan memerhati

dengan petikan tersebut.

murid-murid

intrapersonal, interpersonal

melakukan

pembentangan ii)murid diminta untuk

melalui power point.

berada dalam kumpulan KBF: dan perbincangan. membuat menghubungkaitkan, menjana idea

iii)murid

dikehendaki KB: memproses antara dan maklumat melaporkan

membentangkan perbezaan

perayaan yang terdapat di maklumat. Malaysia dan bandingkan dengan pengetahuan dan Nilai: pengalaman mereka. kerjasama, menghormati iv)kemudian kumpulan hormat

yang berjaya menyiapkan BBB : power point dahulu membentangkan akan hasil

perbincangan mereka dan mereka ganjaran. akan mendapat

30

v)guru menanyakan soalan yang tajuk berkaitan dan dengan

pengetahuan

sedia ada mereka.

Langkah 3 (20 minit)

Guru memberi latihan kepada i)guru murid-murid. Aktiviti Pengayaan: Menulis karangan tajuk

terlebih

dahulu MI :

menanyakan kepada murid intrapersonal; sekiranya mereka masih interpersonal, pendek tidak memahami pada tajuk verbal-linguistik. hari KBF : menjana idea, visual,

berdasarkan diberi.

yang pengajaran tersebut.

Aktiviti Pemulihan:

ii)guru

memberi murid

latihan menghubungkaitkan, iaitu membuat inferens.

Menyudahkan petikan yang kepada diberikan dengan mengisi membuat pendek perbezaan Malaysia.

karangan mengenai KB: perayaan di memproses, dan maklumat. mengumpul, mencatat melaporkan

tempat kosong

iii)guru kumpulan memerlukan

membimbing murid yang Nilai: bekerjasama,

pemulihan menghargai.

dengan menyediakan teks cerita yang perlu BBB : kertas latihan. dengan

dilengkapkan

mengisi tempat kosong. Penutup (5 minit) Guru membuat rumusan i)murid digalakkan supaya MI : maklumat intrapersonal;

mengenai pengajaran yang mengumpul

telah diajar dan menanyakan tambahan daripada bahan- interpersonal, soalan kepada murid akan bahan apa yang mereka yang lain bagi KBF : menjana idea,

telah menambahkan pengetahuan mereka.

pelajari. Guru juga menayakan nilainilai murni yang

menghubungkaitkan, membuat inferens.

terdapat ii)murid juga menyatakan 31

semasa sesi pengajaran dan nilai-nilai murni yang telah KB: pembelajaran. dipelajari tersebut. pada hari memproses, dan maklumat. Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -bekerjasama

mengumpul, mencatat melaporkan

Nilai: bekerjasama, menghargai.

BBB : kertas latihan.

32

7.0 KESIMPULAN Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran adalah penting bagi memastikan setiap sekolah dapat menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran yang sistemati k dan teratur agar pemerolehan ilmu oelh murid adalah lebih mudah dan teratur. Hal ini seterusnya pari dapat membantu dalam merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan yang mengutamakan pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai satu titik permulaan bagi negara yang ingin membangu dan negara yang sedang membangun. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan rakyat yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu serta masyarakat yang bersatu padu. Hal ini merupakan perkara yang perlu direalisasikan untuk menjadi negara yang membangun dan maju. Dapat disimpulkan bahawa guru berperanan besar dalam merealisasikan metlamatmatlamat tersebut kerana ianya bermula dengan pendidikan. Tanpa pendidikan yang betul dan sempurna, pastinya matlamat tersebut tidak dapat digapai. Guru bertanggungjawab dalam menerapkan nilai-nilai yang dinyatakan sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini secara langsung dapat membantu dalam membentuk masyarakat yang bertanggungjawab, seimbang, bersepadu, berakhlak mulia dan patuh kepada Tuhan. Guru berperanan dalam memyemai aspek-aspek yang perlu dimiliki dalam diri anakanak didik agar mereka dapat menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Lalu, mampu menjadi khalifah di muka bumi ini untuk menjadi pemimpin yang dapat memimpin negara ke arah kemajuan, keharmonian dan perpaduan. Oleh itu, untuk melahirkan insan cemerlang tersebut, guru memerlukan strategi yang sempurna dalam mencapai matlamat tersebuut. Akhir sekali, dapat disimpulkan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalaah penting untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan seimbang. Hal ini seterusnya memerlukan guru sebagai penjana falsafah tersebut kerana guru merupakan insan yang paling berkuasa dalam membentuk masyarakat yang bermutu.

33

REFLEKSI Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan BMM 3101 yang diberikan pada kali ini. Tugasan ini memerlukan saya mencari maklumat berkaitan sukatan matapelajaran Bahasa Melayu bagi sekolah rendah iaitu Tahun 1 sehingga Tahun 6. iaitu satu kerangka atau ringkasan kandungan berkaitan dengan sesuatu bidang pengajian. Saya telah memperoleh maklumat iaitu sukatan pelajaran juga merupakan satu dokumen yang menterjemahkan hasrat negara untuk melahirkan individu yang memiliki semangat kekitaan dan mewujudkan perpaduan. Kurikulum Sejarah mengandungi asas-asas pengetahuan tentang Sejarah negara Malaysia dan negara luar dan dapat menerapkan nilai-nilai murni dan kemahiran yang dapat diperkukuh dan diperkembangkan. Huraian sukatan pelajaran pula merupakan terjemahan atau huraian terperinci terhadap kandungan yang digariskan dalam sukatan pelajaran. Penghuraian dibuat berlandaskan kepada Struktur Disiplin Sejarah, tema-tema, perincian tajuk dan subtajuk, lajur dan aras selaras dengan kemahiran pembelajaran, unsur patriotisme dan beberapa aktiviti yang dicadangkan. Hal ini menyedarkan saya bahawa sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran adalah sangat penting bagi menwujudkan sistem pendidikan yang sistematik agar Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan. Saya juga perlu mengumpul maklumat berkaitan huraian Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memerlukan saya untuk mendalami setiap baris yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, iaitu perkara yang sangat penting dalam institusi pendidikan negara. Hal ini demikian kerana negara yang sedang membangun seperti Malaysia adalah amat penting untuk mempunyai falsafah pendidikan sendiri. Hal ini telah memberikan saya kesedaran bahawa sesebuah negara yang ingin membangun dan sedang membangun memerlukan falasafah pendidikan sendiri. Hal ini demikian kerana dengan adanya falsafah pendidikan sendiri, sesebuah negara tersebut pastinya akan mempunyai matlamat sendiri untuk dicapai dalam negara. Seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Malaysia mempunyai matlamat berusaha secara berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha tersebut adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

34

Berdasarkan FPK tersebut, saya sebagai seorang bakal guru merasakan bahawa pentingnya bagi saya untuk mendalami FPK tersebut. Hal ini menjadikan saya untuk terus berusaha memperkembangkan lagi potensi saya sebagai seorang bakal guru yang akan mendidik para pemimpin masa hadapan. Dengan menghayati perkara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, saya dapati bahawa adalah perlu bagi setiap individu untuk seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Hal ini demikian kerana, dengan wujudnya perkara-perkara tersebut dalam diri individu, ia akan membentuk individu cemerlang yang seimbang dan pastinya memberi kebaikan kepada agama, masyarakat dan negara. Oleh sebab itu, saya merasakan bahawa saya perlu untuk seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani untuk menjadi seorang manusia dan guru yang cemerlang di dunia dan akhirat. Selain itu, berdasarkan buku dan beberapa bahan dari internet saya dapat mengetahui banyak perkaya berkaitan tentang peranan guru dalam membina bangsa dan negara iaitu dengan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini telah membuka minda saya akan betapa pentingnya guru dalam membentuk sesebuah negara. Kesilapan seorang doktor akan menyebabkan kehilangan satu nyawa tetapi kesilapan seorang guru akan merosakkan satu generasi. Kata-kata tersebut telah menyedarkan saya bahawa semua perkara yang berlaku dalam negara kita adalah bermula dari guru. Tanpa guru, tidak akan lahir beribu jurutera yang membina bangunan-bangunan pencakar langit dan tanpa guru, pastinya tidak akan lahir para doktor yang telah menyelamatkan banyak nyawa. Guru berperanan dalam membentuk anak-anak didik untuk merealisasikan matlamat negara seperti yang tercatat dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Pentingnya seorang guru untuk menunjukkan jalan yang betul untuk ditujui oleh para murid agar mereka akan menjadi rakyat yang bukan sahaja berilmu tetapi juga berkahlak mulia, bertanggungjawab, sopan santun, dan memberi sumbangan kepada negara kelak. Dalam hal ini, saya merasakan bahawa saya perlu melengkapkan diri saya terlebih dahulu dengan sifat-sifat tersebut agar saya dapat membentuk anak-anak didik saya untuk menjadi insan yang berguna. Tambahan pula, berdasarkan kajian saya berkaitan peranan guru dalam merealisasikan FPK, ia membuatkan saya merasa bangga untuk menjadi seorang guru.

35

RUJUKAN Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow. (2008). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Juriah Long, Halimah Badioze Zaman, Puteh Mohamed & Zalizan Mohd Jelas. (1992). Aliran Dalam Amalan Pendidikan Menjelang Abad Ke-21. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mok Soong Sang. (2004). Pengantar Pendidikan TERAS. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soong Sang. (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Jaya Sdn. Bhd.

Mok Soong Sang & LeeShok Mee. (1988). Latihan Mengajar Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

36

LAMPIRAN

37

Anda mungkin juga menyukai