Anda di halaman 1dari 37

Makna konsep-konsep asas :

bimbingan penasihatan kaunseling

psikoterapi

Keperluan B & K
Masalah Sosial = Negara Maju Kanak-kanak dan remaja di sekolah dalam mengejar ilmu mengalami pelbagai pancaroba hidup dan dirundung pelbagai masalah Tidak tahu belajar dengan betul Tidak ada minat dan dorongan untuk belajar Ponteng, merokok, lebih dahsyat .dadah Tekanan !!!!! Ke mana selepas SRP, SPM.mahu belajar lagi ? Mahu bekerja? Gelap!!!!!

Apa nak jadi dengan awak ni ????

Masalah Sosial akibat dari


Penghijrahan desa ke kota Perubahan sistem keluarga besar ke kecil Kewujudan dunia korporat Nilai Kebendaan VS Nilai Murni Pengaruh media cetak dan elektronik
Dunia ini kejam !!!!!

STRES

Ibu Bapa
Bekerja Bersosial

GURU

Tekanan dan pengaruh rakan sebaya


Jom ..sifer kafe

Apa lagi yang mereka nak ?? Aku dah cuba sedaya upaya..

Ekspektasi Tinggi

1991 - IAB - 70.2% difficulties in Interaction, 44.8% Discipline

.the process of helping people make important choices, such as choosing a preferred life style
.suatu proses membantu individu membuat keputusan penting, seperti pemilihan cara hidup

(Gladding, 2004)

DEFINISI BIMBINGAN
Bimbingan ialah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya Suradi Salim, 1996

DEFINISI BIMBINGAN
Bimbingan - perbuatan membimbing, memberi petunjuk, huraian, dll (Kamus DBP) Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka (Shertzer & Stone, 1992)

Bimbingan, atau guidance dalam bahasa Inggeris, membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan, di bawah konteks pendidikan merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada pelajar yang berkenaan. Proses bermaksud sesuatu tindakan yang dilakukan secara berperingkat ke arah satu matlamat Memahami diri & duniamenolong individu kenal diri agar dapat menjadi lebih berkesan, produktif dan sejahtera

Pelajar yang memerlukan bimbingan merujuk kepada pelajar yang menghadapi masalah peribadi dari segi - intelek - rohani - emosi - sosial Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar biasanya boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama, iaitu -masalah akademik -masalah emosi-sosial Di dalam proses bimbingan, pelajar yang berkenaan akan diberi panduan atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu.

Rasional Bimbingan
Taraf sosio ekonomi Motivasi Sahsiah yang berbeza Gemar bergaul dan ada yang gemar bersendirian Bersemangat dan berfokus Ibu bapa yang prihatin dan penyayang Balik rumah yang kosong dan dingin suasananya

Rasional Bimbingan
Jadi guru menghadapi pelbagai masalah murid (disiplin yang ringan dan disiplin yang berat) Bimbingan membantu guru menangani pelbagai masalah murid di sekolah sekolah

Matlamat Bimbingan:
1. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan yang meliputi semua aspek perkembangan murid-murid. Ini dapat dilakukan dengan menyediakan peluang kemudahan dan pengalaman yang sejajar dengan kemampuan dan potensi murid. 2. Menyediakan khidmat pencegahan seperti menghindarkan murid-murid daripada terlibat dalam masalah disiplin, tingkah laku yang tidak bersopan, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. 3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling krisis. 4. Menyediakan perkhidmatan pemulihan seperti membantu murid-murid mengatasi masalah akademik, sosioemosi dan kerjaya.

Prinsip Dan Falsafah Bimbingan dan Kaunseling


Kaunselor bertauliah Setiap individu berhak mendapat perkhidmatan B &K Merupakan tanggungjawab bersama Ada prosedure dan tatacara yang tetap Prinsip hubungan mesra dan kepercayaan Tidak boleh dipaksa Ada bilik khas Etika kaunseling Tindakan susulan

Prinsip-Prinsip Bimbingan dan Kaunseling


1. Tiap-tiap pelajar yang menghadapi masalah harus diberi peluang perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang dan agama atau kepercayaannya. 2. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah tanggungjawab bersama, iaitu kerjasama harus wujud bukan sahaja di antara kaunselor dan pelajar yang memerlukan bimbingan, tetapi juga di antara kaunselor dengan pihak sekolah termasuk rakan sejawat dan ibu bapa yang berkenaan.

Prinsip-Prinsip Bimbingan dan Kaunseling


3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling haruslah diuruskan mengikut prosedur dan peraturan atau tatacara yang ditetapkan. la menjadi berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur. 4. Interaksi di antara kaunselor dengan berdasarkan perhubungan mesra dan kepercayaan. pelajar

5. Perkhidmatan Bimbingan, dan Kaunseling hanya boleh diberi kepada pelajar yang sudi rela menerimanya dan tidak boleh dipaksa, termasuk memilih tempat perbincangan.

6.Sesi Kaunseling hanya boleh dijalankan di antara kaunselor dan kliennya di dalam bilik yang disediakan khas. 7.Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak pelajar. Segala maklumat pelajar adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja. 8.Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan dalam situasi bersendirian di antara kaunselor dan pelajar sahaja. Segala perkara yang dibincangkan haruslah dirahsiakan.

9. Tindakan susulan hendaklah dirancangkan selepas proses perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling agar memastikan masalah yang dihadapi, sama ada akademik ataupun emosi-sosial, tidak akan timbul semula. 10. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diuruskan oleh kaunselor yang bertauliah atau guru bimbingan yang terlatih, iaitu orang yang mahir serta berupaya membimbing klien dirinya menyelesaikan masalah akademik ataupun masalah peribadi.

Program Perkhidmatan Bimbingan


Menurut Unit Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) program bimbingan yang dicadangkan hendaklah: Bersifat menyeluruh iaitu khidmat bimbingan adalah untuk semua kelompok di sekolah Menekankan perkembangan, pembaikan dan pemulihan Terbuka serta menggalakkan penglibatan secara aktif

Program Perkhidmatan Bimbingan


Bersepadu serta menerapkan unsur-unsur bimbingan melalui kurikulum dan kokurikulum Bersifat pelbagai mobiliti iaitu meliputi pelbagai aspek perkembangan individu seperti kognitif, psikomotor, afektif, jasmani moral atau agama, kejantinaan, vokasional dan kerjaya Berbentuk mengajar sama ada melalui bimbingan individu atau kelompok

Jenis-jenis Perkhidmatan B & K (Sekolah)


Perkhidmatan inventori & rekod pelajar Perkhidmatan memberi maklumat Perkhidmatan bimbingan kelompok Perkhidmatan kaunseling Perkhidmatan penempatan Perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah Perkhidmatan rundingan dan rujukan Perkhidmatan penyelarasan sumber Perkhidmatan perbincangan dengan ibu bapa Perkhidmatan penilaian

PERANAN KAUNSELOR
LOKASI Sekolah JENIS PERKHIDMATAN peribadi, pelajaran, kerjaya

Penjara
Hospital

pemulihan, proses integrasi dalam masyarakat


kestabilan emosi

Pej. Agama Islam


Pej. Kerajaan Gereja

Keluarga / kahwin/cerai
stres / burn out peribadi / keluarga

Definisi Nasihat

nasihat - ajaran, petunjuk yang baik, peringatan penasihatan -proses memberi nasihat
Dari Kamus DBP

Apakah Pandangan Masyarakat Mengenai Nasihat?

Islam Kristian Hindu Buddha Lain-lain

Suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan, dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.

Akta Kaunselor, 1998

Definisi Dari Kamus DBP

Kaunseling - proses teratur yg melibatkan perbincangan rapi ttg masalah yang dihadapi oleh seseorang & usaha mengatasi / menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat

Counseling can be more precisely defined as a short term, interpersonal, theory based process of helping persons who are psychologically healthy resolve development and situational problem (Gladding, 1996, 2004)

Focuses on helping people make changes A profession Deals with personal, social, vocational, empowerment & educational concerns

Conducted with persons who are considered normal


Theory based,structured Teach clients to make decisions Encompasses various subspecialties

Usaha membantu individu mengatasi halangan dalam pertumbuhan kendiri dan membangunkan sumber kendiri ke peringkat optima

Nordin Kardi et al, 1990

Cormier & Hackney 1987

Satu perhubungan menolong di antara seseorang yang terlatih dan mahir dalam teknik menolong secara pertuturan dan mempunyai pengetahuan mengenai perlakuan manusia, dengan seorang yang meminta bantuan sama ada secara sukarela ataupun paksa.

Membantu klien menyelesaikan masalah masalah yang dihadapi dalam jangka pendek

Memperkembangkan kefahaman dan celik akal yang boleh menolong klien menghadapi dan menyelesaikan masalah masalah baharu yang mungkin timbul dalam situasi-situasi lain dalam jangka panjang
Mempercepatkan perubahan tingkah laku yang positif Meningkatkan keupayaannya untuk mencapai kebebasan psikologi, iaitu berkebolehan untuk mengurus hidupnya sendiri Membuat keputusan yang bijaksana serta memahami sebab musabab keputusan itu dibuat dan seterusnya sanggup menanggung risiko akibat keputusan yang dibuat

Patterson (1967) Kaunseling ialah proses yang bertujuan mempengaruhi perubahan tingkah laku klien secara sukarela, ialitu klien itu ingin mengubah tingkah lakunya dan meminta kaunselor untuk mengubahnya Kaunseling hendaklah menyediakan keadaan keadaan yang memudahkan perubahan sukarela itu. Keadaankeadaan itu adalah seperti hak individu untuk membuat pilihan sendiri dan hak individu untuk berasa bebas membuat perubahan tingkah laku Klien pasti akan menghadapi batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh matlamat kaunseling yang sebenarnya dipengaruhi oleh norma, nilai dan sikap seseorang kaunselor

DEFINISI KAUNSELOR (Akta Kaunselor 1998)

Seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi suatu fee yang ditetapkan atau apa-apa balasan yang lain

Proses membantu individu bermasalah psikologi yang lebih serius, biasanya mengambil masa lebih lama (long term)

Gladding, 2004

Dalam situasi klinikal orang yang menawarkan perkhidmatan kaunseling dikenali sebagai psikoterapi
Cotton (1992) telah menekankan bahawa perbezaan antara kaunseling dengan psikoterapi adalah masih kurang jelas Program berasaskan hospital juga menyediakan perkhidmatan kaunseling dan perkhidmatan terapi Individu-individu yang dilatih sebagai kaunselor juga bertugas di situasi yang secara tradisi menggunakan psikoterapi juga menawarkan perkhidmatan kaunseling.

Perbezaan diantara kaunseling dangan psikoterapi dari segi:


1. Matlamat/tujuan 2. Jenis klien dan keadaan 3. Kaunseling membantu individu mengendalikan tugas perkembangan 4. Psikoterapi membawa perubahan lengkap struktur perwatakan individu

Aspek Seting Jenis-jenis masalah

Bimbingan

Kaunseling

Psikoterapi Hospital, klinik Neurosis, Psikosis yang ringan Mengambil masa yang agak panjang: melebihi 1 tahun Pakar psikologi kaunseling, pakar psikologi klinikal, pakar psikiatri, pakar psikoanalisis Individu yang mempunyai masalah psikologi yang agak serius

Sekolah, kolej,institusi pengajian tinggi Peribadi, akademik, kerjaya, keluarga, sosial

Tempoh rawatan

Masa yang agak singkat: 1-5 sesi bergantung kepada keseriusan masalah

Pihak profesional yang terlibat

Guru biasa, guru bimbingan dan kaunseling

Kaunselor, pakar psikologi kaunseling

Sasaran

Individu kelompok Individu atau kecil atau besar kelompok kecil yng biasa yang biasa

RUMUSAN Bimbingan - memberi nasihat, panduan, pengajaran kepada pelajar yang memerlukan Kaunseling membantu klien menolong diri sendiri mengatasi kebuntuan, kekusutan fikiran dan perasaan Psikoterapi pemulihan kekeliruan mental (cth : skizofrenia, psikopath, penyakit mental (rawatan psikologi)

Anda mungkin juga menyukai