Anda di halaman 1dari 8

1.

Setiap individu perlu dan ingin menjadikan budaya masyarakat sebahagian daripada kehidupan mereka, terutama dalam kehidupan keluarga. 2. Terdapat pelbagai budaya dan nilai-nilai tertentu yang diamalkan oleh setiap keluarga di Malaysia. Keluarga merupakan wadah yang sesuai untuk menerapkan budaya dan nilai-nilai tertentu kepada anak-anak. 3. Setiap keluarga berusaha untuk menerapkan budaya dan nilai-nilai tersendiri dalam kehidupan seharian anak-anak mereka. 4. Budaya dan nilai nilai yang diterapkan dalam sesebuah keluarga bergantung kepada tahap pendidikan ibu bapa, tempat tinggal dan jenis keluarga.

Tahap pendidikan ibu bapa Tahap pendidikan ibu bapa juga telah meningkat. Jika dahulu, tanggungjawab untuk menyara keluarga terletak pada bahu bapa yang mencari nafkah, tetapi pada masa kini, ibu dan bapa telah bersama-sama mencari rezeki. Tugas menjaga anak telah diserahkan kepada pusat asuhan mahupun pembantu rumah. jika pembantu rumah tersebut adalah warga asing, maka secara tidak langsung anak tersebut akan belajar nilai dan budaya warga asing itu sendiri.

Perubahan tempat tinggal Ibubapa muda telah mula berhijrah dari kampung ke bandar. Ini mungkin kerana di bandar mempunyai lebih pekerjaan dan kemudahan yang lebih selesa.

Namun demikian, suasana perumahan di bandar lebih kepada konsep tidak menjaga tepi kain orang oleh yang demikian, apa yang berlaku jika anak-anak melakukan kesilapan di luar pengetahuan ibu bapa, maka, tiada siapa yang akan menegur.

Jenis-Jenis Keluarga Keluarga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu Keluarga Nuklear Keluarga Kembangan Keluarga Tiri Keluarga Angkat Keluarga Ibu/Bapa Tunggal Keluarga Nenek/Datuk Keluarga Kali Kedua

Konflik, Matlamat Dan Nilai

Ibubapa dan keluarga bertanggungjawab menjadikan anak-anak mereka berakhlak mulia, beragama matang berfikir serta menghayati nilainilai murni tradisi yang diwarisi keluarga. Oleh yang demikian, ibubapa bertanggungjawab mengeluarkan perbelanjaan kesihatan, perubatan, pakaian untuk anak-anak.

Budaya Keluarga

o Sebuah keluarga yang baik mempunyai sokongan emosi, menghormati orang lain, bertanggungjawab terhadap segala tindakan. o Perbezaan budaya adalah dari segi ekspektasi kanak-kanak , cara menjaga mereka, corak mendewasakan mereka dan juga tahap kepentingan ibubapa terhadap pelajaran.

Aplikasi Penyelesaian Konflik


Guru harus memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan konflik didikan dan nilai berkeluarga. Guru perlu memberi peneguhan dan sokongan kepada setiap tingkahlaku kanak-kanak sejajar dengan matlamat dan hasrat pendidikan. Guru memerlukan sokongan dari keluarga dan komuniti dalam menjalankan peranan ini.

Anda mungkin juga menyukai