Anda di halaman 1dari 22

Pengenalan Pengesanan, Diagnosis dan Penilaian Kanak-Kanak Khas ialah subjek yang menekankan aspek pengesanan ketidakupayaan kanak-kanak.

Pengesanan ini dibuat pada kanak-kanak sebelum lahir, selepas lahir dan sepanjang hayat hidup kanak-kanak tersebut. Ini adalah kerana untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya terhadap kanak-kanak tersebut bagi mengatasi masalah ketidakupayaan mereka. Model model Penilaian Kanak-kanak Khas dan Langkah-langkah dalam Proses Peniliain kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Dalam hal ini, penilaian terhadap kanak-kanak berkeperluan khas perlulah menekankan semua aspek dalam menilai mereka. Aspek-aspek perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh perlu diberi perhatian yang sewajarnya supaya penilaian yang dibuat tepat dan boleh dipercayai.

Kanak-kanak berkeperluan khas khususnya kanak-kanak yang mengalami ketidakupayan adalah insan yang amat dahagakan kasih sayang dan rawatan. Oleh yang demikian, penilai atau guru perlulah peka serta menilai mereka dari segala aspek emosi dan tingkah laku kanak-kanak tersebut. Dengan itu peratusan kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan serius atau tidak dapat dikurangkan.

Aspek-aspek yang akan dikupas dan diberi penekanan dalam penilaian kanak-kanak berkeperluan khas ialah genetik, pengalaman masa lepas, psikologi, pendidikan, emosi, persekitaran dan tingkah laku kanak-kanak yang dinilai. Dengan itu, langkah-langkah yang sewajarnya dapat diambil oleh penilai atau guru terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.

Objektif

Penilai atau guru perlulah mempunyai objektif atau target dalam menilai kanak-kanak berkeperluan khas ini. Antara objektif dalam menilai kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah ; Mengesan ketidakupayaan yang dihadapi kanak-kanak terbabait. Dengan melakukan penilaian ke atas kanak-kanak terbabit, guru atau penilai dapat membuat laporan mengenai ketidakupayaan kanak-kanak itu. seterusnya merujuk kepada yang pakar seperti doktor untuk mengesahkan ketidakupayaan mereka. Memberi rawatan yang sewajarnya tehadap ketidakupayaan kanak-kanak terbabit. Selepas pakar atau doktor mengesahkan jenis ketidakupayan kanak-kanak itu, ubat dan rawatan dapat diberikan dan dijalankan bagi mengatasi dan menghalang lebih teruk ketidakupayan itu. Meningkatkan perkembangan yang sihat bagi kanak-kanak berkeperluaan khas ini. Kanak-kanak berkeperluan khas ini dapat dibentuk dan dibantu meningkatkan lagi perkembangan kognitif dan tingkah laku mereka kearah yang lebih positif.

Pengenalan Penilaian adalah salah satu komponen yang sangat penting dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat pelbagai teori berhubung dengan keperluan dan kepentingan proses penilaian terhadap kanak-kanak khususnya kanak-kanak khas. Guru dan penilai perlu mengetahui serta memahami teori-teori ini sebelim membuat penilaian terhadap kanak-kanak tersebut. Dengan ini, penilai dan guru dapat menggunakan pendekatan yang sesuai dengan penilaian yang ingin dilakukan. Bagi mendapatkan output yang berkesan dan dipercayai, aspek-aspek perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh perlu diberi perhatian yang penuh dan teliti.

Langkah-langkah yang teratur dan rujukan yang terdiri daripada pelbagai bidang dan kepakaran perlu diikuti oleh penilai. Dalam proses penilaian, model-

model penilaian perlu lah di ambil berat dan dipertimbangkan oleh semua pihak. Terdapat enam model penilaian kanak-kanak khas iaitu Model Biogenik, Model Psikodinamik, Model Psikopendidikan, Model Humanistik, Model Ekologi dan Model Tingkah laku. Dalam melakukan penilaian,kesemua model ini perlu diambil kira serta penilaian adlah berdasarkan keenam-enam model ini.

Model Biogenik Model biogenik ini merujuk kepada faktor genetik dan perubatan terhadap perkembangan kanak-kanak. Selain itu, ianya juga merujuk kepada kesan genetik ke atas ketidakupayaan yang dimiliki oleh seorang kanak-kanak. Ketidakupayaan mental yang dipanggil Phenyketonuria merupakan kesan kekurangan enzim yang diperlukan untuk memproses protein di dalam badan. Dengan itu, berlakunya pembentukan sejenis asid yang dipanggil asid phenypuric yang boleh merosakkan saraf-saraf otak. Bayi yang lahir pramatang juga mempunyai risiko ketidakupayan mental mahupun ketidakupayaan fizikal. Ini adalh kerana bayi yang songsang ketika dilahirkan.

Ketidakupayaan ini dapat dikawal jika pengesanan dibuat lebih awal. Kebiasaannya pakar kanak-kanak atau psikiatris akan memberikan ubat yang tertentu untuk dimakan bagi mengawal tingkah laku kanak-kanak tersebut. Kandungan asid dalam diet yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut haruslah rendah. Pengambilan makanan seperti jeruk dan minuman berkarbonat perlulah dielakkan. Model ini juga menekankan aspek penjagaan makanan kesihatan yang baik bagi bakal ibu, ibu itu sendiri dan juga bayi di dalam kandungan.

Dalam aspek penilaian kanak-kanak, guru ataupun penilai perlu mengumpul maklumat berkaitan sejarah dan rekod kesihatan keluarga kanakkanak terbabit. Hal ini penting bagi mengesan ketidakupayaan yang mungkin berkaitan dengan genetik. Melalui rekod kesihatan ini memudahkan penilai

mengesan jenis-jenis ubat yang pernah dan sedang diambil oleh kanak-kanak berkenaan.

Model psikodinamik Model ini menyatakan bahawa perkembangan dan ketidakupayaan seseorang kanak-kanak itu berkait rapat dengan pengalaman masa lepas. Sebagai contoh jika seseorang ibu itu sedang hamil dan dia mengalami tekanan yang teruk, boleh memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Bayi yang dilahirkan itu mungkin akan mengalami tahap kemurungan yang tinggi. Ini adalah kerana otak kita mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian sedar, bahagian separa sedar dan bahagian tidak sedar. Bahagian yang tidak sedar ini mempunyai tahap pengaruh terhadap diri kanak-kanak yang tinggi berbanding bahagian yang lain. Masa lampau mempengaruhi perkembangan dan

ketidakupayaan terhadap masa hadapan kanak-kanak terbabit.

Aspek penting yang ditekankan dalam model ini ialah pengalaman masa lalu dalam hidup seorang kanak-kanak kan mempengaruhi pembelajaran dan tugas-tugas perkembangannya. Oleh yang demikian penilai haruslah

bertanyakan soalah berkaitan pengalaman lalu dan juga latar belakang kanakkanak terbabit semasa melakukan penilaian. Maklumat ini boleh didapati daripada mereka yang rapat dengan kanak-kanak tersebut sama ada ibu bapa, penjaga atau pun pengasuh mereka.

Semasa penilaian dilakukan, interaksi aktif diantara penilai dan kanakkanak yang dinilai amat penting. Sebagai contoh, ketika kanak-kanak yang dinilai itu sedang menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan yang diberikan. Penilai dapat memberikan idea terhadap apa yang sedang dibuat mereka dan di samping itu bertanyakan kanak-kanak itu apa yang sedang mereka fikirkan ketika menyelesaikan masalah itu. Hal ini penting kerana ketidakupayaan kanakkanak itu untuk menjalankan fungsi yang normal mungkin ada kaitan dengan pengalaman lalu dalam sejarah hidupnya. Selain itu, kanak-kanak yang pernah

terjatuh dan mengalami kesakitan atau dia mungkin telah dimarahi oleh ahli keluarganya kerana ketidakupayaan itu. Oleh yang demikian, Bigge dan Stump (1999) bersetuju bahawa model ini merupakan satu contoh pendekatan konstruktivis iaitu satu pendekatan yang boleh membina keyakinan diri kanakkanak. Manakala dalam Model Penilaian Psikodinamik Fueersteins (1979), penilai berinteraksi dengan kanak-kanak melalui proses meditasi. Ini

menunjukkan bahawa apa yang berlaku di dalam minda seseorang adalah sangat penting dan perlu diberi pertimbangan. Ini kerana perkara yang berlaku dalam minda kanak-kanak itu mungkin merupakan pengalaman yang pernah atau sedang dilaluinya. Antara tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi dan mengawal ketidakupayaan kanak-kanak tersebut ialah psikoterapi. Dengan ini dapat menyembuhkan emosi dan keyakinan diri kanak-kanak itu dalam untuk berhadapan dengan pengalaman masa lalu itu dan cuba untuk mengatasinya.

Model Psikopendidikan Model Psikopendidikan menyatakan bahawa bidang psikologi tidak boleh dipisahkan daripada bidang pendidikan. Psikologi dalam pendidikan amat penting bagi membantu guru untuk memahami tugas-tugas dan tahap perkembangan kanak-kanak di bawah jagaanya. Perkembangan yang lazimnya dinilai dalam aspek pendidikan ialah perkembangan kognitif, emosi dan sosial. Setiap masalah tingkah laku dan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan aspek-aspek tersebut memerlukan pendekatan psikologi sebagai langkah penyelesaian.

Oleh

yang

demikian,

model

ini

menekankan

pemilihan

bahan

pembelajaran atau alat bantu mengajar (ABM) dan teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap keupayaan perkembangan kanak-kanak. Antara contoh alat bantu mengajar adalah yang boleh disentuh, dilihat dan dirasai oleh kanakkanak. Dengan penggunaan deria yang maksimum akan meningkatkan

pengetahuan yang bermakna bagi mereka. Selain itu, model ini juga menekankan aspek fizikal bilik darjah atau bilik tadika yang selesa seperti mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik dan sempurna. Penerimaan oksigen yang mencukupi dapat meningkatkan lagi perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut.

Semasa penilaian dilakukan terhadap kanak-kanak ini, guru atau penilai perlu mengumpul maklumat yang berkaitan dengan ketidakupayaan mental, emosi dan sosial kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh, guru boleh membuat penilaian adakah kanak-kanak tersebut akan menangis atau merajuk ketika melakukan sesuatu aktiviti seperti pengelasan diantara binatang peliharan dengan binatang liar. Disamping itu juga penilai haruslah meletakkan harapan yang realistik terhadap tahap perkembangan dan tahap pencapaian kanakkanak. Ini kerana jika guru atau penilai meletakkan harapan yang tidak realistik terhadap kanak-kanak tersebut, ianya boleh menimbulkan konflik dan tekanan dalam diri kanak-kanak (Asas Psikologi Perkembangan, 1994).

Sokongan merupakan motivasi yang penting dalam model ini. Misalnya, kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan emosi perlu dibawa berbincang mengenai masalah tersebut. Ini kerana mungkin ada faktor psikologi yang mendorong kepada ketidakupayaan tersebut. Kaedah ini dinamakan

perbincangan teraputik iaitu perbincangan terapi atau kaunseling.

Model Humanistik Model ini menekankan aspek emosi. Setiap manusia mempunyai emosi tersendiri tidak kira sempurna atau tidak berkeupayaan. Perkembangan emosi adalah sangat penting sebagai asas kepada perkembangan kognitif dan sosial. Terdapat dua jenis emosi iaitu emosi yang sihat dan emosi yang tidak sihat. Emosi yang sihat seperti gembira, tenang dan harmoni merupakan unsur yang penting sebelum kanak-kanak itu bersedia untuk mempelajari sesuatu.

Guru atau penilai harus bersedia untuk melayan karenah kanak-kanak serta mendengar pendapat mereka. Dengan ini kanak-kanak akan rasa lebih dihormati dan dihargai sebagai individu. Sebagai guru, kita hendaklah menerima segala kekurangan dan kelebihan kanak-kanak di bawah tanggungjawab kita secara adil dan tanpa ada pilih kasih di antara mereka. Penerimaan orang sekeliling kanak-kanak tersebut seperti ibu bapa, pengasuh, jiran, guru dan masyarakat sekitarnya amat penting dalam membantu kanak-kanak mencapai tahap perkembangan yang sihat.

Pengesanan di peringkat yang lebih awal boleh mengurangkan risiko untuk mendapat sesuatu ketidakupayaan serta membantu kanak-kanak tersebut mengatasi ketidakupayaan yang dimilikinya dengan lebih cepat. Menurut Roger (1956), manusia mempunyai kebebasan untuk memahami diri, mempengaruhi dan mengawal perlakuannya. Maka model ini mengutamakan kaedah

pembelajaran yang dapat membantu kanak-kanak memahami dan menerima ketidakupayaan dirinya supaya dapat mencapai perkembangan diri sepenuhnya. Ini juga berkaitan dengan Teori Konsep Kendiri yang dipelopori oleh Roger (1951). Tingkah laku yang memberi kejayaan dan kepuasan diri akan diulang dan ianya dapat meningkatkan kosep kendiri dan juga penerimaan kendiri kanakkanak itu.

Dari segi perspektif Humanistik, manusia sentiasa aktif dan bukan menunggu untuk dirancang atau diarah oleh orang lain. Dalam hal ini kanakkanak juga perlu diberi peluang untuk berjaya. Sebagai contoh jika seorang kanak hiperaktif telah menunjukkan tingkah laku yang baik iaitu dapat melukis dengan baik tanpa mengganggu orang lain, kanak-kanak itu harus diberi pujian supaya dia boleh merasai satu kejayaan dan cuba untuk mengulangi tingkah laku sedemikian. Pengalaman seperti ini akan membantu kanak-kanak menjadi peka kepada alam sekitarnya dan bermotivasi untuk mencapai kepuasan diri. Manakala dari aspek penilaian pula, guru atau penilai harus mengenalpasti

status emosi kanak-kanak terbabit. Dengan itu guru atau penilai dapat mengesan punca wujudnya emosi yang sedemikian.

Model Ekologi Model ini merujuk kepada interaksi manusia dengan persekitarannya. Samson (1985) pernah menyebut bahawa ketidakupayaan seperti cacat mental bukanlah sesuatu sifat yang dimiliki oleh seseorang itu secara individu sebaliknya ia dipengaruhi oleh nilai dan kepercayaan masyarakat di

sekelilingnya.

Persekitaran sosial kanak-kanak boleh mempengaruhi keupayaan dan ketidakupayaan kanak-kanak itu. Sebagai contoh, kanak-kanak yang menghidapi ketidakupayaan cerebral palsy yang pada masa kini selesa menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Tetapi dua puluh atau tiga puluh tahun dahulu, mungkin kebanyakkan daripada penghidap ketidakupayaan ini akan tersingkir jauh daripada masyarakat malah mungkin juga berisiko untuk berhadapan dengan kematiaan. Ini kerana faktor nilai dan faktor budaya sains dan teknologi masyarakat.model ini juga menyarankan intervensi awal bagi kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan tertentu. Terdapat dua tujuan asas bagi model panilaian ini iaitu ;

a) Mengumpul maklumat yang berkaitan dengan senario pendidikan, sosial dan budaya masyarakat setempat di mana kanak-kanak itu membesar dan akan memberikan sumbangan kelak. b) Menentukan sumber-sumber dan sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak yang berkenaan iaitu yang tidak berkeupayaan untuk menjadi sebahagian daripada individu yang berguna kepada diri dan masyarakat.

Model ini juga menyarankan agar setiap individu sama ada kanak-kanak atau dewasa memainkan peranan yang penting dalam proses perkembangan seorang kanak-kanak.

Model Tingkah laku Menurut Watson, tingkah laku manusia dipengaruhi oleh unsur

rangsangan dari persekitaran dan bukan unsur-unsur dalaman manusia. Beliau juga menegaskan bahawa tingkah laku seperti pemikiran dan emosi dipelajari melalui kebiasaan. Model tingkah laku ini juga bemaksud bahawa tingkah laku manusia dibentuk dan disokong oleh proses peneguhan dan pengalaman yang dilaluinya. Selain itu, model ini juga dikaitkan dengan proses penyelesaian masalah dan proses pembelajaran. Proses pembelajaran dengan kaedah cubajaya dipercayai dapt membentuk dan mengekalkan sesuatu tingkah laku yang diingini.

Rangsangan merupakan input yang penting dalam pembentukan tingkah laku. Rangsangan dan gerak balas tersebut berlaku melalui beberapa hukum seperti kesediaan dan peneguhan. Kesediaan ini bermaksud dari segi mental, emosi dan fizikal. Manakala peneguhan ialah galakkan yang diberi kepada pencapaian yang dingini. Satu lagi aspek yang penting menurut model ini ialah modifikasi tingkah laku. Ini bermaksud tindakan yang segera oleh guru atau ibu bapa untuk memperbetulkan sesuatu tingkah laku kanak-kanak yang dianggap kurang baik.

Penilaian yang dilakukan haruslah menyeluruh. Tingkah laku kanak-kanak itu semasa di dalam kelas, semasa sedang membuat aktiviti, semasa bermain dan ketika mereka berada di rumah perlu diteliti dengan jelas. Maklumat boleh penilai dapati daripada ibu bapa, pengasuh atau mereka yang rapat dengan kanak-kanak tersebut. Ada sesetengah kanak-kanak- nakal ketika berada diluar rumah atau di tempat asing tetapi berkelakuan elok ketika berada di rumah. Model panilaian ini penting untuk mencari penyelesaian bagi tingkah laku yang bermasalah.

PENGENALAN PROSES PENILAIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Perkembangan setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Begitu juga halnya dengan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas. Seperti mana yang diketahui, kanak-kanak ini mempunyai

kekurangan dari segi fizikal dan kognitif

sehingga menyebabkan tahap

perkembangan mereka sangat lambat berbanding dengan kanak-kanak normal. Oleh itu, satu proses penilaian harus dijalankan bagi memastikan ketidakupayaan mereka dapat dikesan seawal mungkin agar perkembangan mereka tidak terbantut ataupun terlewat dari segi umur kronologi mereka. Jika proses penilaian ini tidak dijalankan pada peringkat awal,

ketidakupayaan yang dialami oleh kanak-kanak tersebut akan mengambil jangka masa yang panjang untuk dikkembangkan dari segi sosial, mental, bahasa, komunikasi dan pertuturan, motor serta jagaan diri. Proses penilaian ini terdiri daripada empat langkah, iaitu: Penilaian pengesanan Penilaian diagnostik Penilaian perkembangan Penilaian pencapaian

Semua

langkah

dalam

proses

penilaian

ini

bukan

hanya

berdasarkan pandangan sebelah pihak sahaja, tetapi melibatkan pelbagai peringkat masyarakat. Ibu bapa, guru prasekolah dan guru pendidikan khas, pakar-pakar psikologi, pakar-pakar kanak-kanak serta pihak-pihak lain harus memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama antara satu sama lain.

Selain itu, proses penilaian ini juga harus dilakukan secara teratur mengikut urutan langkah-langkah yang betul. Hal ini adalah untuk

mendapatkan keputusan penilaian yang terbaik untuk masa depan kanakkanak. Selain itu, kanak-kanak juga dapat diberikan perkhidmatan serta

rawatan yang paling sesuai mengikut potensi diri mereka yang dapat dikembangkan. Dengan adanya penilaian ini juga, maka mereka juga boleh mendapatkan pendidikan untuk kehidupan yang lebih bermakna.

Secara kesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai hak untuk menjalani hidup seperti mana individu lain di dunia ini. Proses penilaian ini sekurang-kurangnya menjadi satu jalan kepada mereka untuk berbuat demikian.

PENILAIAN PENGESANAN Penilaian pengesanan merupakan langkah paling awal dalam proses penilaian kanak-kanak khas. Sesuai dengan nama penilaian ini, penilaian pengesanan bertujuan untuk mengesan simptom-simptom yang menunjukkan ketidakupayaan seseorang kanak-kanak.

Penilaian ini merupakan sebuah penilaian yang tidak formal. Selain itu juga, penilaian ini harus dilakukan oleh orang yang rapat dengan kanak-kanak terbabit seperti ibu bapa, guru atau pengasuh serta dilakukan di tempat kanak-kanak meluangkan paling banyak masa seperti di sekolah dan di rumah. Hal ini adalah supaya kanak-kanak berasa selesa dengan persekitarannya dan dapat menunjukkan karakternya yang sebenar. Kanakkanak juga sering kali berasa kekok dan janggal apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenalinya. Jadi adalah sangat penting

sekiranya kanak-kanak mampu untuk memberikan respon mereka yang paling natural terhadap penilai.

Secara lazimnnya, ibu bapa kanak-kanak yang disyaki mempunyai ketidakupayaan akan memerhatikan tingkah laku anak-anak mereka di rumah dan cuba mengenalpasti simptom-simptom berkaitan. Seterusnya, mereka akan mencatatkan pemerhatian tersebut untuk diserahkan kepada guru prasekolah kanak-kanak terbabit. Harus diingati bahawa pemerhatian

ini bukan sahaja dilakukan untuk sehari dua, tetapi untuk tempoh yang panjang. Sekurang-kurangnya tiga bulan bagi memastikan kesahihan

simptom tersebut adalah benar-benar simptom ketidakupayaan.

Di pihak guru pula, penilaian turut dijalankan secara pemerhatian namun mengikut cara-cara yang sudah ditetapkan seperti senarai semak, anekdot, atau catatan senarai berterusan. semak yang Kebiasaannya, dihasilkan kebanyakan enam guru model

menggunakan Model biogenik

mengikut

pengesanan ketidakupayaan iaitu: Model psikodinamik Model psikopendidikan Model humanistik Model ekologi Model tingkah laku

Terdapat tiga cara untuk membolehkan kanak-kanak khas dikesan: Ibu bapa akan dimaklumkan oleh pihak sekolah sekiranya anak mereka menunjukkan tingkahlaku atau pencapaian serta keputusan yang tidak seiring dengan rakan-rakannya yang lain. Selain pemakluman, ibu bapa akan turut dibawa berbincang untuk mendapatkan maklumat tentang

tingkahlaku anak di rumah. Guru kelas ataupun mana-mana guru yang mengajar seseorang kanakkanak dapat mengenalpasti masalah atau simptom mencurigakan tentang kanak-kanak tersebut. Ibu bapa sendiri tampil ke hadapan dan meminta bantuan pihak sekolah bagi mengesan masalah anak-anak. Hal ini terjadi apabila ibubapa dapat merasakan bahawa anak-anak merka tidak mengalami perkembangan

sewajarnya megikut usia kronologi mereka seperti mana kanak-kanak lain. Di sini, pihak sekolah harus memberikan kerjasama terhadap ibu bapa

seperti

menerangkan

tindakan

yang

boleh

diambil

terutamanya

bagi

ibubapa yang tiada pendidikan.

Dengan

adanya

penilaian

pengesanan,

kita

dapat

mengetahui

ketidakupayaan kanak-kanak pada peringkat yang paling awal sekaligus dapat menyediakan rancangan serta persediaan yang sesuai berdasarkan keperluan kanak-kanak tersebut. Selain itu, kebolehan serta kelemahan kanak-kanak dapat dikenal pasti. Oleh itu, kelemahan ini boleh

dimanipulasikan agar tidak menjadi penghalang kepada perkembangan kanak-kanak.

Selepas

penilaian

ini

dijalankan,

semua

hasil

penilaian

akan

dikumpulkan oleh guru agar satu laporan yang lengkap dapat dihasilkan. Di dalam laporan ini, semua maklumat berkenaan kanak-kanak tersebut akan dimasukkan dan menjadi rujukan bagi pakar apabila ia diserahkan kepada mereka. Pakar seterusnya akan mengaplikasikan serta

menganalisis data-data tersebut dalam langkah penilaian seterusnya, iaitu penilaian diagnostik.

Laporan penilaian juga boleh disimpan oleh ibu bapa dan pihak sekolah sebagai rekod kanak-kanak. Jadi, apabila kanak-kanak berkenaan berpindah atau meneruskan persekolahan di sekolah lain, kanak-kanak itu tidak perlu menjalani prosedur yang sama berulang kali sekaligus

memudahkan semua pihak terutama sekali kanak-kanak yang melalui penilaian.

PENILAIAN DIAGNOSTIK Diagnostik boleh didefinasikan sebagai discovery and identification of diseases from the examination of symptoms ( School Dictionary,2003 ). Oleh itu, bolehlah disimpulkan bahawa penilaian ini bermaksud

pengenalpastian

penyakit

atau

ketidakupayaan

daripada

pemeriksaan

symptom berkenaan.

Penilaian

diagnostik

merupakan

satu

penilaian

yang

dilakukan

selepas penilaian pengesanan. Berbeza dengan penilaian pengesanan yang dilakukan secara tidak formal, penilaian diagnostik pula dilakukan secara formal oleh golongan yang bertauliah seperti pakar psikologi kanakkanak, pakar psikiatri atau pakar kanak-kanak ( peadetrician ).

Penilaian ini dijalankan berdasarkan laporan penilaian pengesanan. Pakar-pakar yang melakukan penilaian diagnostik akan merujuk kepada laporan tersebut dan menganalisisnya dengan lebih mendalam dan

komprehensif. Selepas selesai melakukan penilaian diagnostik, pakar akan menyediakan satu laporan yang lengkap tentang ketidakupayaan kanakkanak berkenaan dan mengesahkan ketidakupayaan tersebut.

Walaubagaimanapun, penilaian ini harus dilakukan oleh dua atau tiga orang pakar bagi mendapatkan keputusan diagnostik yang tepat. Sekiranya terdapat laporan diagnostik pakar-pakar tersebut yang bercanggah antara satu sama lain, maka ibu bapa haruslah mendapatkan pandangan pihak ketiga agar diagnostik yang paling konsisten dapat diperolehi.

Penilaian ini bertujuan untuk menentukan serta mengkategorikan ketidakupayaan seseorang kanak-kanak secara khusus. Dengan adanya penentuan ini, terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh kanakkanak terbabit.

Dari segi akademik, penempatan yang sesuai untuk kanak-kanak berketidakupayaan ini dapat ditentukan mengikut kesesuaian serta

keperluan kanak-kanak. Hal ini membolehkan mereka belajar dengan lebih selesa, sekaligus meningkatkan kebolehan serta kekuatan yang mereka miliki. Guru-guru juga dapat menyediakan satu proses pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai dan efektif dengan ketidakupayaan kanak-kanak tersebut.

Dari aspek perubatan pula, kanak-kanak berketidakupayaan boleh mendapatkan rawatan dan mengambil ubat-ubatan yang diperlukan untuk merawat ketidakupayaan mereka. Sebagai contoh, sekiranya seorang

kanak-kanak didiagnosis dengan ketidakupayaan Autisme, pakar boleh mengesyorkan Secara klinikal, ubat-ubatan yang ini boleh tidak diambil boleh oleh kanak-kanak ini.

ubat-ubatan

menghapuskan

simptom-

simptom Autisme tetapi ia boleh bertindak sebagai agen pengawal bagi masalah tingkah laku mereka. Sekurang-kurangnya, keadaan ini akan lebih memudahkan semua pihak berbanding jika kanak-kanak tersebut langsung tidak mendapat sebarang rawatan.

Penilaian diagnostik ini turut memberi menfaat kepada kanak-kanak berketidakupayaan dari aspek perkhidmatan. Laporan diagnostik ini boleh digunakan oleh kanak-kanak tersebut untuk mendaftar sebagai golongan orang kurang upaya dan dibekalkan dengan kad OKU. Selain itu, ibu bapa yang tidak berkemampuan dari segi wang ringgit terutamanya boleh menggunakan kewangan atau laporan diagnostik ini untuk untuk mendapatkan kegunaan anak Cerebral bantuan mereka. Palsy

sumbangan

kebajikan

Kanak-kanak

yang

didiagnosis

sebagai

penghidap

contohnya boleh memohon untuk mendapat bantuan kerusi roda. Kesimpulannya, penilaian diagnostic sangat penting kerana ia adalah untuk menentukan ketidakupayaan kanak-kanak secara spesifik agar

langkah-langkah tertentu dapat diambil oleh ibu bapa dan guru dapat diambil untuk masa depan kanak-kanak tersebut.

PENILAIAN PERKEMBANGAN Setelah penilaian diagnostik dijalankan oleh pakar-pakar psikologi, pakar psiakiatri dan pakar kanak-kanak, laporan diagnostik tersebut akan

diedarkan sekolah.

kepada

pihak-pihak

yang

berkenaan

seperti

kepada

pihak

Perkembangan adalah perubahan secara kuantitatif serta kualitatif dan berlaku semenjak kita lahir ke dunia sehinggalah ke akhir hayat kita. Kadar perkembangan setiap insan adalah berbeza dan dan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Sudah semestinya perkembangan

kanak-kanak berketidakupayaan adalah lebih lambat berbanding dengan kanak-kanak normal. Ketidakupayaan mereka sering kali menjadi satu halangan bagi mereka untuk berkembang dengan sepenuhnya. Namun ini tidak bermakna mereka langsung tidak mempunyai keupayaan untuk

berkembang.

Bagi penilaian

kanak-kanak perkembangan

berketidakupayaan, secara berterusan

mereka untuk satu

akan

menjalani masa.

jangka

Penilaian ini boleh dilakukan oleh guru prasekolah, guru bahasa ataupun ibu bapa kanak-kanak itu sendiri. Penilaian perkembangan ini selalunya melibatkan lima domain utama kanak-kanak iaitu: Sosial - aspek ini melibatkan kebolehan kanak-kanak yang dinilai untuk berinteraksi serta berkomunikasi dengan rakan-rakannya mahupun individu lain yang terdapat di sekelilingnya. Selain itu, cara mereka bertindak dalam situasi sosial sama ada dalam permasalahan antara rakan-rakan ataupun semasa perbincangan dijalankan turut diambil kira. Mental aspek ini melibatkan perkembangan dari segi kognitif seseorang kanak-kanak. Menurut Piaget, perkembangan kognitif atau pemikiran manusia adalah disebabkan proses asimilasi dan akomodasi. Unit asas pemikiran, yang disebut skema berubah dari segi struktur apabila berhadapan dengan pengalaman baru (Teori Piaget menurut Mohd. Sharani Ahmad) Motor motor merupakan satu aspek perkembangan dalam pergerakan seseorang. Motor terbahagi kepada dua, iaitu motor kasar dan motor

halus. Motor kasar merupakan pergerakan yang melibatkan penggunaan dan pengawalan otot besar manakala motor halus hanya melibatkan

penggunaan otot kecil sahaja dalam pergerakan. Contoh motor kasar ialah duduk, berlari, berjalan dan lain-lain lagi. Motor halus pula melibatkan pergerakan seperti meenulis, membaca dan sebagainya. Bahasa, komunikasi dan pertuturan bahasa merupakan penggunaan simbol, sintaksis, dan tatabahasa apabila berkomunikasi dengan orang lain. Mohd. Sharani Ahmad dalam bukunya menyatakan bahawa

komunikasi merupakan satu proses yang membabitkan penyampai dan penerima yang menyampaikan dan menerima maklumat dan meninggalkan kesan. Pertuturan pula ialah pergerakan motor yang digunakan dalam komunikasi. Jagaan diri aspek ini merujuk kepada aktiviti yang melibatkan proses pengaturan dan penjagaan diri seperti makan sendiri, mandi dan

menggosok gigi.

Berdasarkan lima domain di atas, kanak-kanak akan dinilai di samping diberi, diajar dan ditambahkan lagi perkembangan yang belum dicapai oleh kanak-kanak. Dengan adanya penilaian ini, masalah yang melibatkan kanak-kanak berketidakupayaan dapat dicegah daripada

berlarutan. Mereka akan terus diajar dengan kemahiran yang belum dapat dikuasai melalui program pengajaran dan pembelajaran seperti biasa

sehingga mereka mampu untuk menguasai kemahiran tersebut. Selain itu, penilaian ini juga mampu meningkatkan kebolehan seseorang kanak-kanak. Melalui program pembelaajaran yang sesuai dengan bakat dan kebolehan mereka, bakat dan kebolehan tersebut akan diasah agar dapat mencapai tahap kemahiran yang paling optimum. Tahap kelemahan dan kekuatan mereka juga dapat diketahui melalui penilaian ini.

Bagi kanak-kanak yang dapat menguasai kemahiran 3M selepas menjalani pencapaian. penilaian perkembangan, mereka akan melalui penilaian

PENILAIAN PENCAPAIAN Penilaian pencapaian dilakukan bagi mengukur apa yang telah dipelajari oleh kanak-kanak. Selain itu, ia juga adalah untuk mengenalpasti kanak-kanak yang boleh diinklusifkan ke dalam kelas kanak-kanak normal atau diintergrasikan ke sekolah khas.

Pada peringkat rendah, kanak-kanak akan diuji dari segi kemahiran 3M, iaitu membaca, mengira dan menulis. Pada peringkat yang lebih tinggi pula, kanak-kanak Bahasa akan dinilai dalam matapelajaran Sains dan seperti Bahasa Moral.

Malaysia,

Inggeris,

Matematik,

Pendidikan

Kesemua matapelajaran ini akan menguji kanak-kanak dari segi membaca, mengira, menulis, memahami dan menyelesaikan masalah. Penilaian ini boleh dilakukan secara: Pemerhatian aspek-aspek yang sukar dikesan seperti sikap, perlakuan atau amalan, amali, kemahiran manipulatif, kemahiran bersosial dan lainlain lagi tidak boleh dinilai secara bertulis. Oleh itu, cara penilaian ini perlu untuk membolehkan penilaian dari segi kualitatif. Pemerhatian rekod murid, keputusan kemajuan dan pencapaian yang lalu membolehkan guru mengenal pasti masalah pembelajaran murid. Lisan penilaian secara lisan penting agar guru dapat mengumpulkan maklumat dari segi komunikasi serta interaksi kanak-kanak. Antara aspek yang dapat dinilai ialah kefahaman dari segi bahasa, penggunaan bahasa yang tepat, sebutan dalam berbahasa dan lain-lain lagi (berdasarkan Mohd. Sharani Ahmad, 2004). Ujian bertulis penulisan dapat digunakan untuk menilai dan mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang merangkumi kemahiran membaca, menulis, penggunaan tanda baca dan

perbendaharaan kata. Antara contoh penilaian pencapaian secara bertulis ialah ujian bulanan, UPSR, PMR dan SPM yang dikendalikan Kementerian Pelajaran Malaysia. oleh

Nilai pembelajaran seseorang kanak-kanak akan diperolehi hasil daripada kelemahan interpretasi dan penilaian pencapaian. Melalui penilaian ini juga, itu,

kelebihan

kanak-kanak

dapat

dikenalpasti. Selain

penilaian pencapaian penting kepada guru untuk melihat sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan juga dapat diatasi. Guru boleh menghasilkan satu rancangan pembelajaran yang sesuai dengan kelemahan kanak-kanak ( Individual Education Programme ).

Sememangnya

penilaian

ini

amat

penting

kepada

kanak-kanak

berketidakupayaan agar mereka dapat ditempatkan di institusi akademik atau kemaahiran yang sesuai dengan tahap keupayaan mereka.

PROSES PENEMPATAN Setiap kanak-kanak berkeperluan khas akan menjalani prosedur penilaian penilaian yang sama bermula Namun dari penilaian pengesanan sehingga ke

perkembangan.

begitu,

penempatan

kanak-kanak

sekolah atau Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK ) bergantung kepada keputusan penilaian perkembangan.

Sekiranya kanak-kanak tersebut tidak berjaya melepasi penilaian perkembangan (tahap perkembangan sangat rendah seperti tidak dapat melakukan jagaan diri), kanak-kanak tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan untuk ditempatkan di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Di

PDK, mereka akan mempelajari kemahiran asas yang diperlukan untuk menjalani kehidupan di samping memanfaatkan bakat yang dimiliki seperti kebolehan menjahit ataupun menghasilkan kraftangan.

Bagi kanak-kanak yang berjaya melepasi penilaian perkembangan, mereka akan menjalani penilaian pencapaian bagi membolehkan mereka ditempatkan ke sekolah secara inklusif ataupun secara intergrasi. Setelah penempatan dilakukan, mereka akan diberi tempoh percubaan selama tiga bulan. Sekiranya mereka menunjukkan pencapaian yang memberansangkan dalam tempoh ini, mereka akan terus dikekalkan dalam program tersebut. Tetapi jika mereka tidak mampu menerima pembelajaran dalam tempoh ini, mereka akan dipindahkan ke PDK untuk menjalani program kemahiran.

Namun

begitu,

terdapat

beberapa

kelemahan

dalam

proses

penempatan ini, terutamanya bagi kanak-kanak yang ditempatkan di PDK. Mereka tidak berpeluang untuk meneruskan pelajaran dari segi akademik kerana program PDK hanya menumpukan aspek kemahiran hidup sahaja. Tidak salah sekiranya di PDK, satu program untuk meningkatkan tahap perkembangan mereka dari segi kognitif turut dijalankan tetapi pada skala yang mudah sahaja. Sekurang-kurangnya, mereka berpeluang untuk

mempelajari kemahiran asas separti membaca, menulis dan mengira. Seterusnya, jika kanak-kanak yang berada di PDK menunjukkan

peningkatan dalam perkembangan mereka, mereka haruslah diberi peluang sekali lagi untuk diserapkan ke dalam kelas intergrasi. Hal ini adalah kerana tiada seorang pun individu yang boleh dinafikan hak untuk

mendapatkan ilmu pengetahuan.

KESIMPULAN Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan individu yang harus diberikan bantuan agar mereka mampu untuk menghadapi cabaran hidup.

Salah satu bantuan yang dapat diberikan kepada mereka ialah dengan melakukan proses penilaian kanak-kanak berkeperluan khas seawal yang mungkin. Dengan adanya proses penilaian ini, kita dapat mengetahui ketidakupayaan mereka dengan lebih spesifik sekaligus dapat mengetahui tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh pihak-pihak berkenaan seperti ibu bapa dan guru sekolah. Salah satu tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa kanak-kanak mereka berkeperluan ialah ini khas selepas satu dan mengetahui yang dapat

ketidakupaayaan kondusif bagi

menyediakan membesar

persekitaran mereka

kanak-kanak

agar

berinteraksi serta berkomunikasi senormal yang mungkin. Manakala pada pihak guru pula, mereka berpeluang untuk merancang satu rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kognitif kanak-kanak

berkeperluan khas. Malah, penempatan kanak-kanak ini sama ada ke sekolah inklusif, integrasi ataupun PDK dapat ditentukan melalui proses penilaian ini.

Proses penilaian ini sudah pastinya berkait rapat dengan modelmodel adalah penilaian kanak-kanak khas. ini Setiap penilaian model yang dilakaukan model

berdasarkan

model-model

seperti

biogenik,

psikodinamik, model psikopendidikan dan model tingkah laku. Setiap model ini pula adalah berasaskan teori-teori yang berhubung kait dengan

keperluan dan kepentingan proses penilaian kanak-kanak berkeperluan khas. Model tingkah teori laku contohnya, laku yang merupakan menyatakan satu model yang

berasaskan

tingkah

bahawa

kehidupan

manusia dipengaruhi oleh ransangan daripada persekitaran dan bukannya oleh unsur-unsur dalaman seseorang individu. Oleh itu, proses penilaian yang dilakukan haruslah merangkumi tingkah laku kanak-kanak khas

secara menyeluruh seperti aktiviti kanak-kanak semasa di rumah, sekolah ataupun di taman permainan.

Kesimpulannya, proses penilaian dan model-model penilaian kanakkanak berkeperluan khas adalah saling berkait rapat antara satu sama lain dan harus diketahui oleh setiap penilai sebelum membuat sesuatu penilaian terhadap kanak-kanak khas. Hal ini adalah supaya hasil

penilaian tersebut adalah tepat dan boleh digunakan untuk membantu dalam proses perkembangan kanak-kanak khas.

Rujukan http://notapendidikankhasku.blogspot.com/2013/01/model-penilaian-dan-langkah-dalam.html

CIRI -CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS


Autisme Epilepsi Pintar Cerdas dan Berbakat Lembam Cerebral Palsy Acalculia Discalculia Disgrafia Sindrom Down

Disleksia

Anda mungkin juga menyukai