Anda di halaman 1dari 1

BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING BAHAN-BAHANNYA :-) 5 keping roti Delicia Butterscotch Gardenia, dipotong kiub 2 camca besar coklat

cip 1 cawan susu sejat (cm guna susu segar)* 1 biji telur gread A* 1 camca besar gula halus* 1 camca teh esen vanilla* 1 camca besar mentega, cair dan sejukkan* Sedikit mentega BAHAN-BAHAN SOS KASTARD :-) 1 cawan susu segar 2 camca besar air 1 camca besar penuh gula halus 1 camca besar penuh tepung kastard 1/2 camca teh esen vanilla CARA MEMBUATNYA :-) UNTUK BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING :- Satukan bahan2 bertanda (*) dan kacau rata dengan whisk, ketepikan. Lenser bekas kaca tahan panas berukuran 5 inci x 7 inci dengan mentega. Susun 1/2 bahagian roti yang dipotong kiub taburkan 1 camca besar coklat chip. Susun baki roti, kemaskan. Kemudian tuang bancuhan yang dikacau tadi atas roti. Biar hingga cecair terserap. 1. Tabur rata2 baki coklat cip atasnya. Kemudian jatuhkan sedikit mentega pada permukaannya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C, selama 30 minit. Bila pudding masak, keluarkan dari oven dan biarkan hingga sejuk. 2. UNTUK SOS KASTARD :- Satukan semua bahan2 untuk sos kastard, kecuali esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga rata dan tidak berbintil. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga sos kastard pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan matikan api. Sejukkan. 3. UNTUK MENGHIDANG :- Cedok secukupnya pudding ke dalam piring sesuai. Tuang sos kastard atasnya dan hidangkan segera..