Anda di halaman 1dari 4

BAB 1 PENGENALAN Al-Quran merupakan sumber rujukan yang tertinggi dalam Islam.

Bermula dengan turunnya surah al-Alaq sehinggalah ayat yang terakhir, al-Quran sentiasa dipelajari, dihafal dan dipelihara oleh umat Islam. Tulisan ini akan membicarakan persoalan adakah tulisan Resm Uthmani merupakan sesuatu yang tauqifi atau tidak. Selain itu penulis akan mengemukakan dalil dan hujah para ulama dalam masalah berkenaan. Ilmu berkenaan resm al-Quran boleh dibahagikan kepada 2 iaitu resm al-Qiyasi dan Resm Istilahiy. 1.1 Tauqifi Dari segi bahasa, tauqifi bermaksud berhenti di atas sesuatu tajuk.[1] Sementara dari segi istilah Tauqifi ialah segala yang diterima oleh Rasulullah SAW berupa wahyu dan baginda menjelaskan kepada sahabat dengan kata-katanya sendiri[2] 1.2 Resm al-Qiyasiy / Imlaiy Resm al-Qiyasi ialah membentuk atau menggambarkan satu perkataan dengan huruf ejaannya, dengan mengambil kira cara untuk memulakan dan berhenti pada perkataan tersebut. Ia juga ditakrifkan sebagai membentuk atau menggambarkan satu perktaan berpandukan huruf-huruf ejaannya supaya ada kesesuaian di antara tulisan perkataan tersebut dengan sebutannya. Resm ini juga dinamakan sebagai Resm Imlai iaitu penulisan yang berpandukan kepada huruf-huruf ejaannya. Justeru itu, cara penulisannya tidak dikaitkan dengan ziyadah, hadhaf, ibdal dan sebagainya.[3] Kaedah penulisan Qiyasi atau ImlaI tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk menulis al-Quran dan ia tidak pernah digunakan oleh sahabat untuk menulis al-Quran pada zaman tersebut. Ia hanya digunakan untuk menulis perkataan-perkataan arab sahaja. Ringkasnya penulisan al-Quran dengan menggunakan kaedahQiyasi hanya berlaku selepas zaman sahabat untuk memberi kemudahan kepada orang ramai membaca al-Quran. 1.3 Resm Uthmani / Istilahiy / Tawqifiy

Resm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Saidina Uthman untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya.[4]Ia juga dinamakan Resm Istilahiy kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan resm tersebut.[5] Selain itu, resm ini juga dinamanakan Resm Tauqifi kerana kebanyakan ulama berpendapat bahawa resm tersebut merupakan kaedah yang diajar oleh rasulullah SAW dan bagindalah yang memerintahkan supaya ia digunakan untuk menulis al-Quran pada ketika itu.[6]

1.4 Perbezaan Resm Uthmani & Resm Qiyasi Terdapat banyak perbezaan di antara Resm Utmani dan selainnya. Walaubagaimanapun kertas ini hanya akan mengutarakan 2 perbezaan yang besar iaitu dari segi bertepatan dengan pembentangan terakhir dan masalah tujuh huruf 1.4.1 Bertepatan Dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran Terakhir Terdapat banyak perbezaan di antara Resm Uthmani dan Qiyasi. Di antaranya ialahResm uthmani bertepatan dengan pembentangan bacaan al-Quran terakhir Rasulullah SAW bersama Jibril. Zaid bin Thabit, seorang sahabat yang sangat rapat dengannya turut berada bersamanya. Zaid bin Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpul Al-Quran oleh dua khalifah iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman berdasarkan kepada pembentangan tersebut[7] 1.4.2 Meliputi Tujuh Huruf Perbezaan seterusnya ialah faktor tujuh huruf. Resm Uthmani ditulis dengan tujuhhuruf yang menjadikannya bertepatan dengan wajah qiraat yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya. Terdapat banyak hadis yang menerangkan bahawa al-Quran diturunkan dalam tujuh huruf. Di antaranya sabda Rasulullah SAW: : : : (Telah menceritakan kepada kami Said bin cUfayr, dia telah berkata, telah menceritakan kepadaku cUqayl bin Ibn Shihab, telah menceritakan kepadaku cUbayd Allah bin Abd Allah,

bahawa Ibn Abbas r.a telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Jibril as telah mengajarkan kepadaku satu huruf, maka aku sentiasa mengulanginya dan aku juga sentiasa memintanya supaya ditambahkan, dan akhirnya dia menambahkan kepadaku sehingga selesai tujuh huruf)[8] Dalam hadis lain yang diceritakan oleh Ubay bin Kaab katanya: : (Rasulullah SAW telah bertemu dengan Jibril dan baginda berkata: Sesungguhnya aku telah diutuskan kepada satu umat yang buta huruf dan dikalangan mereka ada orang tua yang lemah, uzur, kanak-kanak, hamba dan orang-orang yang tidak boleh membaca satu cara bacaan sematamata, Jawab JibrilWahai Muhammad, sesungguhnya al-Quran diturunkan dengan tujuh huruf. Para ulama berbeza pendapat dalam menjelaskan maksud tujuh huruf. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama adalah sebagaimana yang diterangkan oleh Imam Fakh al-Din al-Razi bahawa tujuh huruf itu adalah merangkumi perselisihan nama-nama samada ia 1) mufrad, muthanna atau jamak dan samada mudhakkar atau muannath, 2) perselisihan pada cara icrab, 3) 4) 5) 6) 7) perselisihan pada cara tasrif, perselisihan samada mendahulukan atau mengakhirkan suatu kalimah, perselisihan dari segi ibdal (tukar) samada pada huruf atau kalimah, perselishan dari segi menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah samada tebal atau nipis, imalah, tashil, ishmam dan sebagainya. Pendapat ini dipersetujui oleh kebanyakan ulama seperti Ibn Qutaybah, al-Qadi Abu alTayyib dan lain-lain.[9] Sekiranya resm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan Al-Quran pasti mushaf yang dihasilkan tidak meliputi semua huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu terhad dan sesuai digunakan untuk membaca qiraat mutawatirah tertentu sahaja dan tidak bagi qiraat-qiraat mutawatirah yang lain.[10]

[1] [2] Mannac Qattan, Mabahith Fi cUlum al-Quran, Maktabat al-Macarif Li al-Nashr Wa al-Tawzic, Riyad, hlm.27 [3] Abd Rahman Abd Ghani, Pelengkap Pembacaan al-Quran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, hlm63 [4] Al-Zarqaniy, Muhammad Abd al-cAzim, Manahil al-cIrfan Fi cUlum al-Quran, Dar al-Kitab al-cArabiy, Jil.1, Beirut, hlm.369 [5] Abd Rahman Abd Ghani, Pelengkap Pembacaan al-Quran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, hlm63-64 [6] Al-Zarqaniy, Muhammad Abd al-cAzim, Manahil al-cIrfan Fi cUlum al-Quran, Dar al-Kitab al-cArabiy, Jil.1, Beirut, hlm.377 Ghanim Qarruriy al-Hamad, Rasm al-Mushaf Dirasat Lughawiyyat Tarikhiyyat, al-Lajnah alWataniyyah Li al-Ihtifal Bi Matlac al-Qarn al-KhamiscAshar al-Hijr, al-Jumhuriyyah al-cIraqiyyah, hlm.

[7] http://www.scribd.com/doc/17516972/Rasm-Uthmani, http://www.scribd.com/doc/55783828/Konsep-Rasm-Uthmani-Dan-Sejarahnya

[8]Abd al-Fattah Ismail Shalabiy, Rasm al-Mushaf al-cUthmaniy Wa Awham al-Mustashriqin Fi Qiraat al-Quran alKarim Dawaficuha Wa Dafcuha, Maktabat Wahbah, Kaherah, hlm67, Abd Rahman Abd Ghani, Pelengkap Pembacaan al-Quran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, hlm72 [9]Mannac Qattan, Mabahith Fi cUlum al-Quran, Maktabat al-Macarif Li al-Nashr Wa al-Tawzic, Riyad, hlm. Abd Rahman Abd Ghani, Pelengkap Pembacaan al-Quran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, hlm73 [10] http://www.scribd.com/doc/17516972/Rasm-Uthmani, http://www.scribd.com/doc/19207054/Penulisan-RasmUth

Anda mungkin juga menyukai