Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN Al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang telah diturunkan kepada seluruh manusiahampir seribu lima

ratus tahun yang lalu. Bermula dari zaman Rasulullah menerima wahyupertama di Gua Hirak hingga wahyu terakhir diturunkan. Al-Quran kemudiannya dipeliharadan diawasi oleh Allah Subhanahu Wataala demi menjamin keaslian Al-quran hingga harikiamat nanti.Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Surah al-Hijr yang berbunyi

MOHD ANWAR BIN AHMAD Latar belakang institusicarisendiri ok. TOKOH-TOKOH QIRAAT DAN KARYA ILMIAH Perkembangan ilmu qiraat demikian pesatnya, sehingga memunculkan banyak tokoh-tokohahli qiraat yang mengabadikan ilmunya dalam bentuk karya tulisan. Berikut dipaparkan beberapa tokoh ahli qiraat dengan karya-karyanya:(1) Makki bin Abu Thalib al-Qaisi, wafat pada tahun 437 HBeliau menyusun kitab : al-Ibanah&lsqan Maquani al-Qiraat dan al-Kasyfu &lsquan Wujuuhi al-Qiraati al-Sabi wa lsq Ilaaliha(2) Abdurrahman bin Ismail, yang lebih dikenal dengan nama Abu Syaamah, wafat padatahun 665 H. Beliau mengarang kitab :Ibraazu Maquani min Harzi al-Amani dan Syarah KitabalSyatibiyah(3) Ahmad bin Muhammad al-Dimyati. Wafat pada tahun 117 H. Beliau menyusun kitab :Itafu Fudalai al-Basyari fi alqiraat al-Arbai Asyar (4) Imam Muhammad al-Jazari, wafat pada tahun 832 H.Beliau menyusun kitab :Tahbir al-Taisir fi al-Qiraat alAsyar min Tariiqi al-Syatibiyah wa alDurrah(5) Imam Ibn al-Jazari yang menyusun kitab : Taqrib al-Nasyar fi al-Qiraat alAsyar dan Al- Nasyar fi al-Qiraat alAsyar (6) Husain bin Ahmad bin Khalawaih, wafat pada tahun 370 H.Beliau menyusun kitab : al-Hujjatufi Qiraat al-Sabi dan Mukhtashar Syawaadzi al-Quran(7) Imam Ahmad bin Musa bin Mujahid, wafat pada tahun 324 H.Beliau menyusun kitab :Kitab al-Sabah(8) Imam Syatibi, wafat pada tahun 548 H. Beliau menyusun kitab : Harzu al-Amani waWajhu al-Nahani &nash;Nazamfi Qiraat al-Sabi

MOHD ANWAR BIN AHMAD (9) Syaikh Ali al-Nawawi al-Shafaqisi yang menyusun kitab : Ghaitsu al-Nafi fi al-Qiraatial-Sabi(10) Imam Abu Amr al-Dani, wafat pada tahun 444 H.Beliau menyusun kitab : al-Taysir fial-Qiraat al-Sabi. TOKOH IMAM IBN AL-JAZARILatar Belakang: Nama sebenar beliau ialah Mohamed Ibn Mohamed Ibn Ali Ibn Yusuf al-Umri alDimasyqinamun terkenal sebagai Ibn a-Jazari. Dilahirkan pada malam Sabtu 25 Ramadhan 751Hijrah. Ayahnya seorang peniaga yang baik di Damsyik. Ibn a-Jazari telah memulakanpengajian ilmu daripada ayahnya dalam bidang tajwid, hadis, fekah dan sebagainya(KhairulAnuar:2007)Semasa hayat beliau, kota Damsyik telah menjadi sebuah pusat keagama an yangmementingkan ilmu dan penulisan. Oleh itu, Ibn a-Jazari telah berada sebaris dengan ulamaulama seperti Ibn Kathir, Ibn Hajar, Ibn Qayyum dan lain-lain lagi. Sebahagian daripadamereka adalah guru-guru Ibn a-Jazari sendiri.Ibn a-Jazari telah menghafaz al-Quran seawal usia 13 tahun. Diantara guru yang memberitunjuk ajar dalam bidang tujuh Qiraat ialah Syeikh Abi Muhamed Abdul Wahab dan SyeikhAhmed Ibn Ibrahim Al-Tham.Ketika berusia 17 tahun, Ibn a-Jazari telah menunaikan haji di Mekah. Beliau telah bertemudengan imam dan khatib Masjid Nabawi iaitu Abi Abdillah Mohamad Ibn Salih alKhatibmelalui Kitab al-Taisir dan al-Kafi. Pada tahun 769 hijrah, Ibn a-Jazari telah bermusafir keMekah

dan berguru dengan Syeikh Abi Bakar Abdullah al-Jundi. Setelah selesai belajar,beliau telah kembali ke tanah airnya sendiri.Kerana ketekunan beliau dalam menuntut ilmu, bermusafir dari satu negeri ke satu negeri,berguru dengan tokoh-tokoh terkenal, Ibn al-Jazari begitu mulia dan dipandang tinggi olehmasyarakat semasa hidupnya dan selepas kematiannya. Keunggulan tokoh ini dibuktikandengan beberapa ijazah fatwa daripada Abu Fida Ismail Ibn Kathir, Diya al-Din al-Qazuwaini,Syeikh al-Islam alBulaqimi. SUMBANGAN

MOHD ANWAR BIN AHMAD Ibn al-Jazari semasa hidupnya telah membawa sumbangan yang besar kepada dunia Islamseluruhnya.Beliau membahagikan qiraat kepada beberapa bahagian iaitu:(a)Mutawatir : iaitu qiraat yang diriwayatkan oleh golongan yang ramai,dan darigolongan yang ram ai ini tidak ada kemungkinan untuk bersepakat berbohongsebagaiman qiraat yang diriwayatkan oleh imam tujuh yang terkenal.(b)Masyur : iaitu qiraat yang sahih ,diriwayatkan oleh seorang yang adil dan kuathafalannya serta dapat dipercayai sesuai dengan mushaf Uthmani dan sesuai puladengan kaedahkaedah bahasa arab.(c)Syadz : iaitu suatu qiraat yang tidak sahih sanadnya .(d)Maudhu : iaitu suatu qiraat yang dibangsakan kepada orang yang mengucapnyatanpa dasar ,seperti qiraat yang dikumpulkan oleh Muhammad bin Jaafar al Khazaieyang dibangsakan kepada Abu Hanifah.(e)Mudraj : iaitu suatu bacaan yang ditambahkan dengan bentuk tafsir.Selain itu,sumbangan beliau juga ialah di mana beliau pernah mengajar al-Quran di JanuBani Umayyah, bertugas sebagai pakar rujuk di Dar al-Hadith al-Asyrafiyyah, Adiliyyah danTurbah Umi al-Salih. Sebagai seorang penulis yang terkenal, tokoh ini telah berjaya menulisbeberapa buah buku yang terkenal iaitu Al-Nasyr Fi AlQiraat Al-Asyr, Taqrib Al-Nasyr Fi Al-Qiraat Al-Asyr, Ghayah al-Nihayah Fi Tabaqat Al-Qurra,Tayyibah AlNasyr Fi Qiraat Al-Asyr dan tulisan-tulisan yang lain.Dalam membincangkan tentang ilmu Qiraat, Ibn alJazari telah memilih tiga orang qurratambahan selain 7 Qiraat yang muktabar. Nama-nama qurra terlibat ialah Abu Jaafar al-Madani, Yaakub al-Hadrami dan Khalaf Ibn Hisyam. Ibn al. Akhirnya seorang tokoh ternamaini telah wafat pada tahun 229 H(Khairul Anuar:2007 ) IMAM-IMAM QIRAAT

PENDAHULUAN QIRAAT Qiraat merupakan salah satu cabang ilmu dalam Ulum al-Quran, namun tidak banyak orangyang tertarik kepadanya, kecuali orang-orang tertentu saja, biasanya kalangan akademik.Banyak faktor yang menyebabkan hal itu, di antaranya adalah, ilmu ini tidak berhubunganlangsung dengan kehidupan dan muamalah manusia sehari-hari; tidak seperti ilmu fiqh, hadis,dan tafsir misalnya,yang dapat dikatakan berhubungan langsung dengan kehidupan manusia.Hal ini kerana ilmu qiraat tidak mempelajari masalah-masalah yang berkaitan secara langsungdengan halal-haram atau hukum-hukum tertentu dalam kehidupan manusia.Selain itu, ilmu ini juga cukup rumit untuk dipelajari, banyak hal yang harus diketahui oleh peminat ilmu qiraat ini, yang terpenting adalah pengenalan al-Quran secara mendalam dalam banyak seginya, bahkan hafalan sebahagian besar dari ayat-ayat al-Quran merupakan salahsatu kunci memasuki gerbang ilmu ini; pengetahuan bahasa Arab yang mendalam dan luasdalam pelbagai seginya, juga merupakan alat pokok dalam menggeluti ilmu ini, pengenalan pelbagai macam qiraat dan para perawinya adalah hal yang mutlak bagi pengkaji ilmu ini.Hal-hal inilah barangkali yang menjadikan ilmu ini tidak begitu popular.Meskipun demikian keadaannya, ilmu ini telah sangat berjasa dalam menggali, menjaga danmengajarkan pelbagai cara membaca alQuran yang benar sesuai dengan yang telahdiajarkan Rasulullah SAW. Para ahli qiraat telah mencurahkan segala kemampuannya demimengembangkan ilmu ini. Ketelitian dan sifat berhati-hati

mereka telah menjadikan al-Quranterjaga dari adanya kemungkinan penyelewengan dan masuknya unsur-unsur asing yang dapatmerosak kemurnian al-Quran.

MOHD ANWAR BIN AHMAD SEJARAH PERKEMBANGAN QIRAAT Pembahasan tentang sejarah dan perkembangan ilmu qiraat ini dimulai dengan adanya perbezaan pendapat tentang waktu mulai diturunkannya qiraat. Ada dua pendapat tentang halini. Pertama, qiraat mulai diturunkan di Makkah bersamaan dengan turunnya al-Quran.Alasannya adalah kerana sebahagian besar surah-surah al-Quran adalah Makkiyah di manaterdapat juga di dalamnya qiraat sebagaimana yang terdapat pada surah-surah Madaniyah. Halini menunjukkan bahwa qiraat itu sudah mulai diturunkan sejak di Makkah. Kedua, qiraatmulai diturunkan di Madinah sesudah peristiwa Hijrah, dimana orang-orang yang masuk Islam semakin ramai dan saling berbeza ungkapan bahasa Arab dan dialeknya. Pendapat inidikuatkan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab shahihnya, demikian juga Ibn Jarir al-Tabari dalam kitab tafsirnya. Hadis yang panjang tersebut menunjukkantentang waktu dibolehkannya membaca al-Quran dengan tujuh huruf adalah sesudah Hijrah,sebab sumber air Bani Gaffar &nash yang disebutkan dalam hadis tersebut,terletak dekat kotaMadinah.Kuatnya pendapat yang kedua ini tidak bererti menolak membaca surah-surath yangditurunkan di Makkah dalam tujuh huruf, kerana ada hadis yang menceritakan tentang adanya perselisihan dalam bacaan surah al-Furqan yang termasuk dalam surah Makkiyah, jadi jelas bahwa dalam surah-surah Makkiyah juga dalam tujuh huruf. Pengertian Qiraat dan Perbezaanya dengan Riwayat dan Tariqah Menurut bahasa, qiraat ( ) adalah bentuk jamak dari qiraah ( ) yang merupakan isimmasdar dari qaraa ( ), yang ertinya : bacaanPengertian qiraat menurut istilah cukup pelbagai. Hal ini disebabkan oleh keluasan maknadan sisi pandang yang dipakai oleh ulama tersebut. Berikut ini akan diberikan dua pengertianqiraat menurut istilah.Qiraat menurut al-Zarkasyi merupakan perbezaan lafaz-lafaz al-Qur'an, baik menyangkuthuruf-hurufnya mahupun cara pengucapan hurufhuruf tersebut, sepeti takhfif, tasydid danlain-lain.

MOHD ANWAR BIN AHMAD Dari pengertian di atas, nampaknya al-Zarkasyi hanya terbatas pada lafaz-lafaz al-Qur'an yangmemiliki perbezaan qiraat saja. Ia tidak menjelaskan bagaimana perbezaan qiraat itu dapat jadi dan bagaimana pula cara mendapatkan qiraat itu.Ada pengertian lain tentang qiraat yang lebih luas daripada pengertian dari al-Zarkasyi di atas,iaitu pengertian qiraat menurut pendapat al-Zarqani.Al-Zarqani memberikan pengertian qiraat sebagai : Suatu mazhab yang dianut oleh seorangimam dari para imam qurra yang berbeza dengan yang lainnya dalam pengucapan al-QuranalKarim dengan kesesuaian riwayat dan thuruq darinya. Baik itu perbezaan dalam pengucapan hurufhuruf ataupun pengucapan bentuknya.Ada beberapa kata kunci dalam membicarakan qiraat yang harus diket ahui. Kata kuncitersebut adalah qiraat, riwayat dan tariqah. Berikut ini akan dipaparkan pengetian dan p

erbezaan antara qiraat dengan riwayat dan tariqah:Qiraat adalah bacaan yang disandarkan kepada salah seorang imam dari qurra yang tujuh,sepuluh atau empat belas; seperti qiraat Nafi, qiraat Ibn Kasir, qiraat Yaqub dan sebagainya.Sedangkan Riwayat adalah bacaan yang disandarkan kepada salah seorang perawi dari paraqurra yang tujuh, sepuluh atau empat belas. Misalnya, Nafi mempunyai dua orang perawi,iaitu Qalun dan Warsy, maka disebut dengan riwayat Qalun anNafi atau riwayat Warsy an Nafi.Adapun yang dimaksud dengan tariqah adalah bacaan yang disandarkan kepada orang yangmengambil qiraat dari periwayat qurra yang tujuh, sepuluh atau empat belas. Misalnya,Warsy mempunyai dua murid iaitu al-Azraq dan al-Asbahani, maka disebut tariq al-Azraq anWarsy, atau riwayat Warsy min thariq al-Azraq. Boleh juga disebut dengan qiraat Nafi minriwayati Warsy min tariq al-Azraq.( AF., Hasanuddin . 1995. )