Anda di halaman 1dari 2

Jenayah Biokimia (Lisan)

Panel 1: Profesor Doktor (Saintis)

1. Senjata biokimia merupakan bahan bertoksik di mana apabila dilepaskan ke sesuatu tempat akan merebak ke tubuh badan organisma lalu menyebabkan kematian secara beransur-ansur. Untuk makluman para hadirin, biokimia adalah salah satu bidang Sains yang khususnya menyelidik tentang komponen kimia makhluk hidup. Ia merupakan kajian yang berkaitan dengan struktur dan fungsi komponen selular seperti protein, karbohidrat, lipid, biomolekul dan lainlain. Tambahan pula, biokimiawan khususnya mempelajari molekul dan reaksi kimia oleh enzim yang berlangsung dalam semua makhluk hidup. Oleh yang demikian, para saintis telah mengaplikasikan maklumat biologi yang diperoleh daripada kajian-kajian kepada pengubahan komponen kimia untuk mencipta bahan bertoksik yang seterusnya digunakan sebagai senjata biokimia. Dengan kata lain, ketika dalam peperangan, pihak ketenteraan akan melepaskan bahan bertoksik tersebut supaya merebak ke dalam tubuh badan mangsa lalu menyebabkan tindak balas mutasi untuk berlaku. Dengan ini, mangsa akan mengalami kecacatan pada badan dan seterusnya meninggal dunia.

2. Peperangan telah berlaku sejak zaman dahulu kala. Sudah tentunya perkara ini akan membawa kepada perkembangan dalam penciptaan dan pembaharuan senjata yang pesat. Pada zaman berinformasi kini, para saintis telah menemui cara alternatif bagi pihak ketenteraan untuk menumpaskan musuh dengan efektif. Senjata yang berasaskan biokimia ini lebih senang untuk dioperasikan oleh tentera dan hanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Seterusnya, pembiayaan pembuatan senjata tersebut lebih murah kerana bahan-bahan yang diperlukan untuk pertumbuhan agen biologi senang didapati. Masa untuk produksi senjata tersebut juga secara relatifnya lebih singkat. Selain itu, kematian mangsa dijamin 100% akan berlaku jika disebarkan ke suatu kawasan yang ditujukan kerana mangsa tidak dapat mengesan sebarang bau mahupun

perubahan dalam badan. Berbanding dengan senjata api yang berat serta besar, senjata biokimia yang terdapat dalam bentuk penyembur ini menjadi pilihan optimum pihak ketenteraan bagi menumpaskan musuh.

3. Berbeza daripada senjata api, senjata biokimia ini hanya perlu disemburkan ke sesuatu kawasan yang ditujukan ataupun menembakkan dampak yang mengandungi bahan kimia bertoksik itu ke tubuh mangsa. Namun begitu, senjata biokimia terutamanya yang berbentuk dampak haruslah diselaraskan untuk kelihatan sama supaya tidak mengelirukan penembak yang terlibat. Senjata biologi yang baik seharusnya mempunyai penawarnya sebelum digunakan untuk mengelakkan daripada kematian yang sia-sia serta gejala yang ditimbulkan bersifat tidak ketara sehingga menyulitkan diagnosis supaya mangsa tidak mudah syak akan pihak yang terlibat dalam sesuatu opersi peperangan itu. Tambahan lagi, senjata biologi yang baik juga harus memiliki waktu inkubasi yang cukup panjang di dalam tubuh penderita sehingga penyakit dapat ditularkan dan menyebar secara luas sebelum dapat dikesan bagi mencapai matlamat operasi peperangan. Bahan-bahan kimia yang bertoksik ini mengandungi virus yang akan merebak ke dalam tubuh mangsa dan mengklonkan dirinya secara mendadak untuk menakluki tubuh mangsa sehingga menyebabkan kematian perit yang mustahil untuk dielakkan.

Anda mungkin juga menyukai