Anda di halaman 1dari 14

http://fahmiibrahim.

com

IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

1.0 Pengenalan
Budaya berasal dari dua kata dasar budi dan daya. Budi (Kamus Dewan 1994) bererti akal, kebijaksanaan yang digunakan dalam penggunaan bahasa (budi bahasa), tingkahlaku (budi pekerti) berjasa, penggunaan akal untuk membuat pertimbangan (budi bicara). Daya pula bererti kekuatan tenaga, keupayaan, kemampuan, akal, ikhtiar dan muslihat.

Budaya (Kamus Dewan 1994) bermakna tamadun, peradaban yang didorong oleh kemajuan pemikiran dan akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Oleh itu takfrif budaya ialah kebijaksanaan yang dilaksanakan dengan menggunakan kekuatan tenaga, keupayaan, kemampuan, ikhtiar dan muslihat manusia yang dapat melahirkan tamadun atau peradaban sesuatu bangsa.

Sekolah pula ialah tempat untuk belajar dan mengajar. Kondusif pula dapat ditafsirkan dengan keadaan atau kondisi yang paling baik atau selesa bagi melakukan sesuatu perkara bagi menghasilkan keputusan yang terbaik.

Pendidikan bertaraf dunia merangkumi semua aspek pendidikan seperti pedagogi, silibus, cara penyampaian, kemudahan bahan bantu mengajar dan lain-lain dalam keadaan yang optimum dan diintegrasikan dengan teknologi maklumat dan komunikasi. Hal ini jelas selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada perkembangan diri dari semua aspek iaitu intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

http://fahmiibrahim.com

2.0 Usaha Menjadikan Iklim dan Budaya Sekolah yang Kondusif


2.1 Kemudahan dan Infrasruktur yang mencukupi

Dalam mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang kondusif, keadaan dan infrastruktur merupakan faktor penyumbang utama untuk mencapai matlamat tersebut. Kemudahan dan infrastruktutr dikatakan penting kerana tanpa infrastruktur dan kemudahan yang mencukupi pembelajaran kurang berkesan. Kemudahan dan infrastruktur yang dimaksudkan ialah seperti kelengkapan asas seperti papan hitam, kerusi dan meja murid. Selain itu kemudahan yang lain seperti perpustakaan dan bilik tayangan.

Keadaan sekolah yang tidak sempurna dengan kondisi kerusi dan meja murid yang tidak memuaskan amat mencacatkan pemandangan dan juga yang paling teruknya ialah menggangu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perpustakaan pula hendaklah dipastikan keadaan dan kerelevenan bahan-bahan bacaan kepada tahap murid. Tidaklah nanti buku-buku banyak namun penggunanya tiada kerana bahan bacaan tersebut terlalu tinggi tahapnya untuk dijangkau oleh para pelajar.

Infrastuktur kadar yang

dan kemudahan yang serba lengakap diharapkan tetapi dengan ini dapat mudahkan pengajaran dan pembelajaran.

mencukupi

Perpustakaan misalnya memudahkan pelajar untuk membuat rujukan dan mencari bahan-bahan bacaan tambahan selain dari di dalam kelas.

Kepentingan kemudahan dan infrastruktur ini dapat di lihat dengan jelas membantu pelajar dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran, contohnya murid dapat mempelajari dan mempraktikkan kemahiran kerja tangan mereka di bengkel kemahiran hidup. Guru pula mudah untuk memberikan pengajaran secara praktikal dengan alatan dan bahan maujud yang ada dan tidak bergantung kepada teori sematamata

http://fahmiibrahim.com

Zahirnya sekarang sekolah-sekolah mempunyai banyak kemudahan dan bilikbilik khas untuk tujuan pembangunan pembelajaran. Berukut adalah kemudahan yang ada di setiap sekolah: 1. Bilik Komputer 2. Bilik Sains 3. Bilik Kemahiran Hidup 4. Bilik Muzik 5. Bilik j-QAF 6. Bilik PPSMI 7. Bilik Tayangan 8. Perpustakaan 9. Kelas Pemulihan 10. Kantin

Sungguhpun begitu pihak sekolaha haruslah memainkan peranan dengan sebaiknya menjaga dan menambah baik kemudahan dan infrastruktur yang dibekalkan itu agar ia dapat memberikan hasil yang optimum kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar. Kemudahan dan frasarana yang baik untuk guru adalah perlu kerana bagi melahirkan pelajar yang cemerlang guru perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Bahan-bahan rujukan yang banyak boleh di dapati melalui internet. Sehubungan dengan itu ada sekolah-sekolah dengan inisiatif sendiri membekalkan internet tanpa wayar percuma untuk kemudahan guru-guru membuat rujukan pantas bagi membantu pengajaran dan pembelajaran

Dengan adanya kemudahan dan infrastruktur yang lengkap ini dapat menaikkan taraf pendidikan di sesebuah insitusi tersebut. Penggunaan pelbagai sumber dan kemudahan ini dapat memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pelajar dan yang paling pentingnya ialah pelajar dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka dengan kemudahan dan infrastruktur yang lengkap ini. .
3

http://fahmiibrahim.com

2.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pendidikan

Sebelum memberikan huraian panjang lebar mengenai TMK ini eloklah kiranya saya memberikan sedikit definasi tentang TMK ini. TMK ini adalah istilah Bahasa Inggeris yang diterjemah ke Bahasa Melayu iaitu Information Communication Technology (ICT). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ICT adalah sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran serta pendidikan sepanjang hayat. (Panduan Pelaksanaan Program Pengkomputeran di Sekolah, BTP, KPM, Julai 2002).

Seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini sistem pendidikan juga amat sesuai untuk mengadaptasinya. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK ini amatlah membantu penyampaian kepada pelajar. Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran biasanya lebih menarik perhatian pelajar kerana lebih kepada penggunaan grafik yang menarik dan bunyi-bunyian yang unik.

Selain menarik perhatian, pembelajaran menggunakan grafik-grafik yang menarik serta berwarna-warni ini adalah lebih baik kerana objek dan warna-warna ini lebih merangsang saraf-saraf dalam otak kita untuk menyimpan dan mengingat kembali sesuatu yang telah kita pelajari. Seterusnya ia membantu kefahaman murid dalam sesuatu topik pembelajaran itu.

Internet juga salah satu komponen penting dalam TMK. Seperti yang kita sedia maklum internet ini adalah sangat berguna kerana melalui internet ini banyak sumber rujukan yang dapat kita perolehi disamping ia juga adalah sumber rujukan yang pantas.

http://fahmiibrahim.com

2.3. Mewujudkan Budaya Penyayang di Sekolah

Amalan budaya penyayang di sekolah akan tercapai jika semua pihak memainkan pernanan dalam bidang masing-masing. Setiap warga sekolah haruslah menunjukkan keprihatinan mereka terhadap seluruh warga sekolah.

Saya berpendapat budaya penyayang di sekolah bukan setakat mempamerkan dan mempraktikkan budaya tersebut, malah ianya lebih besar dan bermakna dari itu. Di sini saya pecahkan budaya penyayang yang dapat dipraktikkan di sekolah;

a. Komunikasi yang berkesan b. Disiplin murid yang baik c. Guru sebagai role-model 2.3.1 Komunikasi Yang Berkesan

Iklim sekolah yang kondusif bukan sahaja terhad kepada perkara-perkara maujud tetapi juga kondusif kepada jiwa atau semangat kepada murid-murid untuk menerima pengajaran dari guru. Kesediaan pelajar untuk mendengar syarahan dan pengajaran guru itu sendiri memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran.

Kebiasaanya orang menyebut Sekolahku Syurgaku, Sekolah sebagai rumah kedua, dan apa jua ungkapan yang dinyatakan adalah menunjukkan sekolah merupakan tempat yang paling selesa untuk didiami.

Komunikasi berkesan ini akan membuatkan para pelajar selesa dengan keadaan sekolah dan membuatkan mereka lebih selesa untuk berada di sekolah sekali gus dapat membantu pembelajaran mereka. Guru-guru tidaklah perlu menjadi garang tetapi sebaliknya lebih lembut tetapi tegas terhadap murid-murid.

http://fahmiibrahim.com

2.3.2 Disiplin Murid Yang Baik

Apabila budaya penyayang diamalkan di sekolah, para pelajar lebih mempunyai rasa kasih dan sayang kepada sekolah, sekaligus menanam rasa tidak selesa dalam diri mereka dalam melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturan sekolah.

Guru pula menangani masalah disiplin dengan cara yang berhemah. Sesi kaunseling dan hukuman yang dikenakan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan adalah bagi mendidik mereka. Pelajar sekarang tidak boleh disamakan dengan pelajar sebelum merdeka di mana pelajar sekarang tidak dapat menngadapatasi hukuman fizikal sebagai pengajaran kepada mereka, tetapi mereka perlu lebih perhatian dan sokongan dari pelbagai pihak.

Dengan cara didikan disiplin yang baik dan berkesan akan mengurangkan masalah disiplin di sekolah dan hal ini sekaligus dapat membantu membina budaya dan iklim sekolah yang kondusif tanpa gangguan dari masalah disiplin pelajar. 2.3.3 Guru Sebagai Role-model

Peranan dan keberkesanan guru sebagai role model sama ada daripada perspektif Barat ataupun Islam sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Secara semulajadi kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui arahan atau peniruan daripada orang lain. Bandura (1965) menyatakan bahawa perlakuan kanak-kanak adalah dipengaruhi dengan kuatnya oleh orang dewasa. Sejak kecil sebelum bersekolah guru bagi kanak-kanak adalah kedua ibu bapa mereka dan masyarakatnya. Peri pentingnya peranan ibu bapa pada peringkat awal pendidikan anak-anak ini disebut oleh Nabi Muhammad (saw) melaui sabdanya yang bermaksud:

Setiap kanak-kanak yang dilahirkan itu berada dalam keadaan bersih, maka kedua-dua ibu bapanyalah yang bertaggungjawab menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (Hadis) 6

http://fahmiibrahim.com

Seperti yang kita maklum kanak-kanak suka belajar dari persekitarannya, jika sekiranya guru mereka menunjukkan keperibadian yang baik, maka mereka juga akan mempraktikkannya. Berikut adalah cirri-ciri peribadi guru sebagai role-model:

a. Bersifat jujur b. Menghubungkan silaturahim (persahabatan) dan toleransi c. Sabar d. Menjaga kebersihan diri e. Sederhana dalam kehidupan

Apabila ketiga-tiga aspek yang diterangkan di atas dapat diaplikasi di sekolah, maka akan tercapailah hasrat untuk membudayakan budaya penyayang di sekolah sekaligus dapat menerapkan iklim yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

2.4 Budaya Ilmu

Budaya ilmu yang dimaksudkan di sini ialah para pelajar di dedahkan dengan seberapa banyak ilmu dan pengetahuan yang mereka patut tahu. Pihak sekolah berperanan menyediakan frasarana dan infrastruktur yang mencukupi bagi mencapai hasrat ini.

Setiap penjuru bangunan sekolah perlulah dilukis atau diisi dengan bahan-bahan yang berkaitan dengan pembelajaran mereka supaya mereka biasa dan mudah mengingati isi pembelajaran tersebut.

Selain itu pihak sekolah juga boleh menjalankan kempen kesedaran sebagai contoh kempen membaca, One word one day, dan lain-lain kempen yang dapat mendekatkan diri para pelajar dengan pembelajaran yang mereka tempuhi supaya mereka tidak berasa kekok dengan pengetahuan di sekeliling mereka.
7

http://fahmiibrahim.com

2.5 Pembelajaran Yang Menarik

Gaya pembelajaran masa kini adalah satu isu yang menarik untuk dibincangkan. Guru-guru pelatih misalnya telah didedahkan dengan pelbagai teknik dan cara penyampaian untuk digunakan ketika berada di sekolah nanti. Cara chalk-and-talk amatlah perlu dielakkan kerana teknik ini adalah kurang sesuai untuk mendekatkan diri guru kepada pelajar untuk menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Murid telah bersedia untuk menerima ilmu yang ingin disampaikan oleh guru, sungguhpun begitu masih terdapat masalah dalam proses tersebut oleh kerana faktor lain, iaitu guru itu sendiri.

2.5.1 Berpusatkan Pelajar

Gaya pengajaran yang berpusatkan pelajar ini memberi tumpuan kepada pelajar untuk mereka memberikan pendapat dan pandangan masing-masing terhadap sesuatu isu yang ditmbulkan oleh guru. Dalam hal ini guru hanya bertindak sebagai fasilitator untuk memberi bimbingan dan juga meberi rangsangan kepada murid untuk berfikir lebih jauh lagi.

2.5.2 Tiada Tekanan

Tiada tekanan di sini dimaksudkan, para pelajar merasakan seronok untuk menjalani aktivti pembelajaran kerana suasana pembelajaran yang baik dan selesa. Murid-murid tidak merasakan tekanan dan bebanan yang berat bagi mendapatkan ilmu daripada guru itu sendiri. Teknik dan cara penyampaian serta pendekatan guru itu sendiri memainkan peranan yang penting dalam mencapai usaha ini.

http://fahmiibrahim.com

2.5.3 Hands-on Activity

Pelajar hendaklah dibekalkan dengan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja menarik malah dapat memberikan mereka pengukuhan terhadap pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Sebagai contoh pengajaran Sains perlu lebih kepada aktiviti menggunakan bahan maujud dan melakukan eksperimen supaya pelajar lebih memahami dan dapat melakukan perkaitan dalam pembelajaran yang mereka lalui

http://fahmiibrahim.com

3.0 Meningkatkan Pendidikan Bertaraf Dunia


Seiring perkembangan TMK atau ICT ini dunia pendidikan telah mengorak langkah kehadapan dengan menggunakan TMK dalam pembelajaran agar tidak ketinggalan dan standing dengan masyarakat dunia yang lain yang menggunakan TMK sebagai teras pendidikan mereka. Selain itu kita juga dapat melatih dan membiaskan diri para pelajar dengan komputer dan segala perkakasan yang berkaitan.

Budaya penyayang yang diterapkan di sekolah akan membantu para pelajar berlatih berkomunikasi dengan berkesan dan membina keyakinan para pelajar. Keadaan ini terhasil apabila kebiasaan mereka meluahkan isi hati dan kemusykilan kepada guru-guru mereka. Secara tidak langsung para pelajar dapat melengkapkan diri mereka dengan kelebihan boleh berkomunikasi dengan baik dan juga yakin dengan diri sendiri.

Infrastruktur yang lengkap dan bersesuaian dapat juga membantu pendidikan berkembang dan bersaing dengan masyarakat luar. Gaya pembelajaran yang dipelbagaikan juga membantu pemahaman murid dalam sesuatu topik pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

Budaya cintakan ilmu yang terterap di dalam diri pelajar memudahkan lagi usaha guru-guru menyampaikan pengajaran kerana murid-murid telah sendiri sedar akan kepentingan dan keperluan kepada ilmu itu sendiri. Setelah hal ini berlaku para pelajar akan menggunakan pelbagai cara untuk melengkapkan diri mereka dengan seberapa banyak ilmu baru dan mengayakan ilmu pengetahuan yang sedia ada agar mereka boleh bersaing dengan bangsa asing pada suatu ketika nanti.

10

http://fahmiibrahim.com

4.0 Penutup

Iklim dan budaya sekolah yang kondusif memainka pernanan yang penting dalam mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia. Sungguh pun begitu sekolah tersebut perlulah menjalani pelbagai usaha penambahbaikan bagi mencapai iklim dan budaya sekolah yang kondusif. Untuk mencapai objektif yang menggunung tinggi ini banyak cabaran dan dugaan perlu ditempuhi. Semua pihak haruslah bersabar dan memberikan keyakinan penuh terhadap sekolah bagi menaikkan taraf pendidikan anak-anak bangsa kita sendiri. Dengan sokongan yang berterusan dari semua pihak, Insya-Allah segala onak dan duri dalam perjuangan ini dapat dihadapai oleh pihak sekolah bagi mencapai objektif yang murni itu.

11

http://fahmiibrahim.com

5.0 Refleksi

Alhamdulilllah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan Budaya dan Pembelajaran ini. Ucapan jutaan terima kasih buat Tuan Hj. Abdullah Mohamed atas tunjuk ajar yang diberikan sepanjang semester ini. Juga tidak lupa kepada rakan seperjuangan. Budaya dan Pembelajaran adalah satu matapelajaran yang memberikan saya peluang untuk mengenali dan mengendalikan kelas yang berbagai budaya. Selain itu saya juga mempelajari cara-cara untuk mengawal dan merancang pengajaran untuk kelas yang mempunyai banyak budaya. Selain itu saya juga dapat menyelami dan menghayati pengaruh budaya sesuatu kaum dalam kehidupan mereka amnya dan dalam pendidikan khasnya. Selain itu saya juga mempelajari budaya pelajaran setiap masyarakat itu. Tidak banyak beza antara kaum-kaum berkenaan budaya pelajaran ini. Akhir kata, semoga segala yang di timba ketika ini dapat diadaptasikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya ketika menjadi guru suatu hari nanti.

12

http://fahmiibrahim.com

6.0 Kolaborasi

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KOTA BHARU, 16109 PENGKALAN CHEPA, KELANTAN

NAMA : AHMAD FAHMI BIN IBRAHIM OPSYEN: PISMP SAINS SEM 5 NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: TUAN HJ. ABDULLAH MOHAMED

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

KOMEN

TANDA TANGAN PENSYARAH

13

http://fahmiibrahim.com

7.0 Bibilografi
Buku

Kamus Dewan. (1994). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jurnal
Mohamad bin Haji Ikhsan. (2001). Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Melalui Amalan Budaya Penyayang di Sekolah. Jurnal Pendidikan Guru. 14(1). 5-12.

Laman sesawang
Budaya dan iklim sekolah. www.scribd.com/doc/12935426/Budaya-dan-Iklim-sekolah (11 April 2009) Falsafah Pendidikan Kebangsaan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan (11 April 2009) Iklim Sekolah. http://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/03/29/iklim-sekolah-kaitannya-denganhasil-akademik-dan-non-akademik-siswa/ (11 April 2009)

14