Anda di halaman 1dari 50

HALAMAN PENGAKUAN

Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.

Tandatangan 1:

(ZAINAL BIN HAZMI) Tandatangan 2:

(ROSMAN BIN MUHAMAD AMIN) Tandatangan 3:

(ALEX MADAIS) 9 SEPTEMBER 2011

PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyelesaikan Kerja Kursus Pendek bagi Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) bagi Permainan Sepak Takraw ini. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah terutama pensyarah mata pelajaran kami, iaitu Encik Wan Mohd. Zil di atas segala tunjuk ajar, panduan dan dorongan yang amat berguna dan bermakna yang dicurahkan kepada kami. Beliau sememangnya seorang pensyarah yang berwibawa dalam menjalankan tugas dan prihatin terhadap kebajikan kami; guru-guru pelatih. Kami juga ingn mengucapakan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu kumpulan kami dalam melaksanakan tugasan ini. Mereka banyak membantu kumpulan kami dari segi pemerolehan maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan ini. Mereka dengan sukarela bersamasama membantu kami mendapatkan maklumat, sama ada di perpustakaan mahupun melayari laman web untuk memperoleh bahan rujukan tambahan yang berkaitan dengan tajuk tugasan yang diberikan. Bantuan dari mereka amatlah dihargai. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang bisa membalas jasa mereka semua. Dari segi kewangan pula, kami amat berterima kasih kepada ibu dan bapa kami masing-masing dan ahli keluarga kami yang lain yang telah banyak menghulurkan bantuan. Mereka juga banyak memberi motivasi dan dorongan kepada kami supaya terus berusaha memperbaiki dan meningkatkan lagi pencapaian dalam akademik. Sumbangan daripada mereka semua ini amat kami hargai dan dengan itu sekali lagi kami ucapkan ribuan terima kasih atas segala bantuan yang dihulurkan. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada individuindividu yang membantu dalam menyiapkan Kerja Kursus Pendek ini secara
2

langsung mahupun tidak langsung yang nama-nama mereka tidak kami nyatakan disini. Sekian, Terima Kasih

ISI KANDUNGAN

1.0 HALAMAN PENGAKUAN 2.0 PENGHARGAAN 3.0 ISI KANDUNGAN 4.0 PETA MINDA 1 (KESELURUHAN KERJA KURSUS PENDEK) 4.1 PETA MINDA 2 4.1.1 SEJARAH PERMAINAN SEPAK TAKRAW

1 2 4 5 7 9

4.2 PETA MINDA 3 4.2.1 PERATURAN SUKAN SEPAK TAKRAW 4.3 PETA MINDA 4 4.3.1 PERATURAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW

11 13 17 19

5.0 RUMUSAN 6.0 REFLEKSI 7.0 RUJUKAN 8.0 LAMPIRAN

33 39 44 46

8.1 BORANG KOLABORASI 8.2 BAHAN-BAHAN RUJUKAN

Peta Minda 1: (Keseluruhan Kerja Kursus Pendek): Permainan Sepak Takraw

Gelanggang Tiang Jaring Bola Sepak Takraw

Peralatan Sukan Sepak Takraw

PERMAINAN SEPAK TAKRAW

Sejarah Permainan Sepak Takraw

Peraturan Permainan Sepak Takraw

Tatatertib Rehat Hukuman yang Dikenakan

Permulaan Permainan Sepak Mula Sistem Kiraan Mata Undian dan Warm Up Permainan Tergendala Perkara-Perkara Batal Semasa Permainan

Gelanggang Tiang Jaring Kejohanan Antara Regu Pemain Kelakuan Buruk Oleh Pegawai-Pegawai Pasukan

Pemain-Pemain Bola Takraw Kejohanan Berpasukan Peralatan dan Pakaian Gantian Pemain Kedudukan Pemain Semasa Sepak Mula

Peta Minda 2: Sejarah Permainan Sepak Takraw

Sejarah Permainan Sepak Takraw

SEJARAH SEPAK TAKRAW Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini.Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan.Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilirgiliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin.Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan.Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang. Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton.Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Pemain-pemainnya ialah tekong, tugasnya ialah melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan. Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'. Permainan sepak takraw yang ada
9

sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940-an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur. Sepak takraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan yang hangat telah berlaku di antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari Negara Thailand dan Burma bagi membincangkan mengenai nama permainan ini. Akhirnya atas dasar bertolak ansur, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini hendaklah dinamakan permainan (SEPAK TAKRAW), iaitu gabungan perkataan 'sepak' dan 'takraw' menjadi satu perkataan. Dan kini permainan sepak takraw telahpun mengalami evolusi dimana permainan bergu yang dimainkan oleh dua orang pemain bagi setiap pasukan telahpun diperkenalkan.

10

Peta Minda 3: Peralatan Sukan Sepak Takraw

11

Gelanggang

Tiang

Peralatan Sukan Sepak Takraw

Bola Sepak Takraw Jaring

12

PERALATAN SUKAN SEPAK TAKRAW 1. Gelanggang Ukuran gelanggang berukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8 meter dari permukaan lantai (gelanggang pasir dan rumput tidak digalakan). Lebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04m dan dilukis hala-dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Semua garisan hendaklah dilukis sekurang-kurangnya 3.0 meter dari sebarang halangan. Garisan teras pula selebar 0.02 meter yang membahagikan gelanggang kepada 2 bahagian yang. Garisan sama besar suku bulatan pada pertemuan silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke garisan tengah berjejari 0.9 meter diukur dan dilukis halakeluar dari jejari 0.9 meter. Sepak mula bulatan berjejari 0.3 meter hendaklah dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang, yang mana pusatnya adalah 2.45 meter dari garisan belakang gelanggang, 4.25 meter dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 meter dari garisan tepi. Garisan 0.04 meter ini hendaklah diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3 meter. Gelanggang pula mestilah bebas daripada sebarang halangan dalam jarak tertentu.

13

Rajah 1: Ukuran gelanggang sepak takraw hendaklah sama bagi setiap kawasan..

2. Tiang Ukuran tiang mestilah menpunyai ketinggi 1.55 meter (1.45meter untuk wanita) dari permukaan gelanggang dan hendaklah cukup teguh untuk mengekalkan ketegangan jaring. Ianya hendaklah diperbuat dari bahan yang teguh dan jejarinya tidak boleh melebihi 0.04meter. Kedudukan Tiang hendaklah didirikan atau ditempatkan 0.3 meter dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan teras.

Rajah 2: Tiang Sepak Takraw perlulah memiliki ketinggian yang bersesuaian serta teguh untuk mengekalkan ketegangan jaring.

3. Jaring Jaring hendaklah diperbuat daripada tali biasa atau nylon yang halus dengan siratan berukuran diantara 0.06 meter hingga 0.08 meter. Jaring hendaklah 0.7 meter lebar dan tidak melebihi 6.10 meter panjang dan pada kedua-dua hujungnya diletatkan pita 0.05 meter dari bahagian atas hingga kebawah dan hendaklah dalam
14

kedudukan sebaris dan menegak dengan garisan tepi. Pita ini dinamakan pita sempadan. Dibahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan pita 0.05 meter yang diperkuat dengan benang atau nylon. Pita ini berfungsi sebagai pengampu tali regangan. Setelah diregang, bahagian atas jaring hendaklah 1.52 meter (1.42meter untuk wanita) tinggi dibahagaian tengah gelanggang 1.55 meter (1.45meter untuk wanita) ditiang ukuran ditepi tiang 1.52 meter (1.45 untuk wanita) ukuran dibahagian tengah jaring.

Rajah 3: Jaring sepak takraw. (Pita berwarna putih itu berfungsi sebagai pengampu tali regangan)

4. Bola Sepak Takraw Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang. Ianya diperbuat dari satu lapis rotan atau fiber sintetik. Jika ianya perbuat dari rotan, lapisan tersebut mestilah mengandungi diantara 9 hingga 11 urat. Ukuran galis lilitnya mestilah diantara 0.42 meter hingga 0.44 meter (0.43meter hingga 0.45 meter untuk Wanita). Berat bola sebelum dimainkan hendaklah diantara 170 gram hingga 180 gram (150 gram hingga 160 gram untuk Wanita).
15

Rajah 4: Bola sepak takraw yang diperbuat daripada fiber sintetik.

16

Peta Minda 4: Peraturan Permainan Sepak Takraw

17

Peraturan Permainan Sepak Takraw

Tatatertib Rehat Hukuman yang Dikenakan

Permulaan Permainan Sepak Mula Sistem Kiraan Mata Undian dan Warm Up Permainan Tergendala Perkara-Perkara Batal Semasa Permainan

Gelanggang Tiang Jaring Kejohanan Antara Regu Pemain Kelakuan Buruk Oleh Pegawai-Pegawai Pasukan

Pemain-Pemain Bola Takraw Kejohanan Berpasukan Peralatan dan Pakaian Gantian Pemain Kedudukan Pemain Semasa Sepak Mula

18

PERATURAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW

1. Gelanggang Luas gelanggang dalam satu pertandingan yang sering digunakan ialah 13.4 m x 6.1m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8 m tinggi dari permukaan lantai gelanggang.Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m diukur ke dalam dari penjuru ukuran gelanggang.Manakala garisan sempadan pula hendaklah diukur 3.0 m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan. Garisan tengah gelanggang selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar. Garisan sukuan bulatan pula hendaklah digaris dari tepi ke garisan tengah yang berukuran jejari 0.9 m ukuran dari tanda pertemuan garisan tepi dengan garisan tengah. Bagi bulatan sepak mula pula ukuran jejarinya ialah 0.3 m dan hendaklah digariskan ditengah-tengah kiri dan kanan petak gelanggang yang mana pusatnya adalah 2.45 m dari garisan belakang gelanggang, 4.25 m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi.

2. Tiang Ketinggian tiang jaring ialah 1.55 m (1.45 m bagi wanita) diukur dari permukaan gelanggang dan ianya teguh dan kukuh untuk regangan jarring. Jejari tiang tidak melebihi 0.04 m. Kedudukan tiang hendaklah didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepid an sebaris dengan garisan tengah gelanggang.

Rajah 1: Ukuran gelanggang bagi sukan sepak takraw.


19

3. Jaring Jaring hendaklah diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m hingga 0.08 m manakal lebarnya pula berukuran 0.7 m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10 m selari dengan garisan tengah gelanggang. Di kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita 0.05 m sebagi sempadan dari atas ke bawah dan

kedudukannya sebaris menegak dengan garisan tepi. Dibahagian atas dan bawah jarring hendaklah dilapik dengan pita 0.05 m yang di perkuat dengan benang atau nylon.Pita ini berfungsi sebagai pengampu tali regangan diatasparas tiang.Ketinggian jarring di bahagian tepi setelah diregang ialah 1.55 m (1.45 m bagi wanita1.45 m bagi wanita), manakala bahagian tengah jarring 1.52 m (1.42 m bagi wanita) dari permukaan gelanggang.

Rajah 2: Contoh jaring yang digunakan dalam sukan sepak takraw

4. Pemain-Pemain Sukan sepak takraw ini dimainkan oleh dua regu yang mana setiap regu mempunyai tiga oang pemain sahaja.Salah seorang pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan tekong, manakala dua orang pemain lagi perlu berada di hadapan.Pemain yang berada di bahagian kiri dipanggil apit kiri dan pemain yang berada di bahagin kanan dipanggil apit kanan.

20

Rajah 3: Posisi pemain semasa memulakan permainan.

5. Bola Takraw Bola takraw merupakan peralatan penting dalam sukan ini. Antara ciri-ciri bola takraw yang digunakan semasa pertandingan ialah i. ii. iii. Mempunyai 12 lubang Mempnyai 20 pertemuan silang Ukuran lilitnya mestilah diantara 0.41 m hingga 0.43 m untuk pemain lelaki dan 0.42 m hingga 0.44 m untuk wanita. iv. Berat bola pula iaitu sebelum digunakan di antara 170 g hingga 180 g untuk pemain lelaki dan 150 g hingga 160 g bagi kegunaan wanita. Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna terang asalkan tidak mengganggu prestasi pemain. Selain itu, bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan lama bagi membalut permukaan bola dan ianya tidak akan mencederakan pemain.

Rajah 4: Warna yang pelbagai bagi bola takraw dibenarkan selagi tidak mengganggu prestasi pemain
21

6. Kejohanan Berpasukan Dalam kejohanan berpasukan, setiap pasukan hendaklah mempunyai minimum Sembilan orang pemain (tiga regu dalam pasukan tersebut, tiga orang satu pasukan) dan maksimum 15 orang pemain.Namun hanya 12 orang pemain sahaja yang didaftarkan untuk setiap perlawanan.Semasa perlawanan, Sembilan orang pemain perlu berada di kawasan gelanggang. Sekiranya terdapat pasukan yang kurang bilangan pemainnya, pasukan tersebut akan dikira kalah.

7. Kejohanan Antara Regu Dalam kejohanan ini pula setiap regu perlulah mempunyai minimum tiga

orang pemain dan maksimum lima orang pemain dimana dalam pasukan tersebut mempunyai tiga orang pemain dan dua orang pemain simpanan. Kesemua pemain tersebut perlulah didaftarkan.Tiga orang pemain mestilah berada didalam gelanggang semasa pertandingan dijalankan. Sekiranya bilangan merek tidak mencukupi, regu tersebut tidak akan dibenarkan bermain di kejohanan ini dan dianggap tersingkir daripada kejohanan tersebut kecuali pemain terebut dikenakan kad merah atau diarahkan keluar gelanggang. Regu tersebut boleh bermain dengan dua orang pemain sahaja tanpa perlu melakukan pertukaran.

8. Peralatan dan pakaian pemain Semua pemain perlulah memakai pakaian yang bersesuaian dengan kejohanan sepak takraw. Peralatan yang boleh membantu mempercepatkan pergerakan pemain atau menolong melajukan bola dan boleh mencederakan kepada pemain adalah dilarang sama sekali. Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi yang berbeza,. Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set jersi yang berwarna gelap dan terang. Sekiranya pasukan yang bertanding memakai warna jersi yang sama, maka pasukan tuan rumah perlu menukar jersi. Jika pasukan dari Negara yang berlainan maka mana-mana Negara yang dinama dahulu dalam pendaftaran hendaklahmenukar jersi.

22

Rajah 5: Warna jersi yang berbeza bagi dua pasukan yang sedang bertanding bagi mengelakkan kekeliruan.

Setiap pemain perlu memakai jersi(t-shirt), seluar pendek, stoking, dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi.Semasa bermain, pemain perlu memasukkan jersi ke dalam seluar.Sekiranya cuaca sejuk pemain dibenarkan memakai track-suit.

Rajah 6: Kasut sukan yang bertapak getah dan tidak bertumit tinggi serta stoking adalah antara peralatan sukan sepak takraw.

Kesemua jersi hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi yang sama untuk keseluruhan kejohanan. Nombor yang dibenarkan dari nombor 01 sehingga nombor 15 dan ukuran nombor pula ialah 19 cm tinggi dibahagian belakang dan berukuran 10 cm di bahagian depan. Ketua regu hendaklah memakai arm band di lengan kiri.Mana-mana pakaian yang tidak menepati spesifikasi yang dinyatakan di dalam undang-undang permainan ini hendaklah mendapatkan kelulusan dari pihak teknikal ISTAF.

23

Rajah 7: Jersi pemain perlulah memiliki nombor diantara nombor 01 sehingga nombor 15. 9. Gantian pemain Mana-mana pemain yang telah bermain atau telah disenaraikan sebagai peman simpanan dalam mana-mana regu tidak dibenarkan bermain dalam regu yang lain didalam pertandingan yang sama. Pertukaran pemain dilakukan pada bila-bila masa dengan permintaan pengurus pasukan atau jurulatih rasmi kepada pengadil semasa bola tidak di dalam permainan. Dalam acara regu, setiap regu boleh menamakan dua orang pemain simpanan bagi setiap perlawanan disamping tiga pemain yang sedia ada. Setiap regu boleh melakukan pertukaran hanya dua kali bagi setiap set. Dalam acara berpasukan pula, setiap regu hanya boleh menamakan seorang pemain bagi setiap perlawanan di samping tiga orang pemain yang sedia ada. Sama seperti acara regu, setiap regu hanya boleh melakukan dua kali pertukaran bagi setiap set. Semasa pertukaran pula, pengadil rasmi perlu lah dimaklumkan terlebih dahulu.Pertukaran pemain pula hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana pengadil bertugas dapat melihat pertukaran pemain dilakukan. Satu atau lebih pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa yang sama namun ini hanya dalam acara regu sahaja. Sekiranya regu memulakan set kedua perlawanan dengan pemain baru, maka regu tersebut dianggap telah melakukan pertukaran pemain dalam set yang baharu. Setiap regu dibenarkan melakukan pertukaran pemain di atas sebab kecederaan sekiranya regu tersebut melakukan pertukaran sebanyak dua kali. Jika pertukaran pemain telah dilakukan sebanyak dua kali, permainan akan diberhentikan dan regu tersebut akan dikira kalah.Regu yang mempunyai kurang daripada tiga pemain semasa perlawanan tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan
24

dianggap kalah.Jika pemain diperintah keluar gelanggang, maka regu tersebut boleh melakukan pertukaran sekiranya kedua-dua pertukaran pemain belum dilakukan. Jika kedua-dua pertukaran telah dilakukan permainan ekan diberhentikan dan regu yang kurang pemain akan dianggap kalah.

10. Undian Dan Warm Up Sebelum perlawan dilakukan, pengadil akan membuat undian dengan kehadiran ketua-ketua regu. Ketua regu yang memenangi undian akan memilih sama ada sepak mula atau petak gelanggang. Manakala ketua regu yang kalah perlu memilih baki pilihan ketua regu yang menang tadi. Regu yang memenangi undian akan melakukan pemanasan selama dua minit diikuti oleh regu yang satu lagi. Semasa pemanasan badan dilakukan, hanya lima orang pemain yang dibenarkan bergerak bebas didalam gelanggang dengan menggunakan bola rasmi.

11. Kedudukan Pemain Semasa Sepak Mula. Semasa permainan hendak dimulakan, semua pemain hendaklah berada di dalam petak gelanggang masing-masing dalam keadaan bersedia.Sebelah kaki tekong hendaklah berada di dalam bulatan sepak mula.Kedua-dua apit kiri dan kanan berada di dalam suku bulatan masing-masing.Regu yang menerima bola pula bebas berada di mana-mana kawasan di dalam petak gelanggangnya.

Rajah 8: Posisi pemain semasa memulakan permainan.

25

12. Permulaan Permainan Dan Sepak Mula Perlawanan dikendalikan oleh seorang pengadil rasmi yang berada di salah satu hujung jaring, seorang pembantu pengadil yang berada bertentangan dengan pengadil, seorang pengadil rasmi yang berada di belakang pengadil, seorang pengadil garisan dipenjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan pengadil dan seorang lagi pengadil garisan di penjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan pembantu pengadil. Para pengadil akan dibantu oleh pengadil rasmi bagi memantau keadaan diluar gelanggang.

Rajah 9: Kedudukan para pengadil semasa mengadili sesuatu perlawanan.

Regu yang memulakan sepak mula akan melakukan tiga kali sepakan berturutturut dan disambung pula oleh ragu lawan dengan tiga kali sepakan juga. Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata.pada mata dius (apabila kedua-dua regu pada mata 14-14) servis akan bertukar pada setiap mata. Regu yang menerima servis akan melakukan servis yang seterusnya dan petak gelanggang akan ditukar sebelum memulakan setiap set. Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah pengadil mengumumkan mata. Sekiranya campakan dilakukan sebelum pengadil mengumumkan mata, campakan hendaklah dilakukan semula oleh apit dan amaran lisan akan diberi oleh pengadil kepada apit tersebut. Sekiranya pemain melakukan pebuatan itu, maka campakan tersebut dianggap batal.Sebaik sahaja tekong menyepak bola, semua pemain bebas bergerak di dalam gelanggang masing-masing. Sepak mula dianggap sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring ataupun tidak, melalui
26

antara dua pita sempadan gelanggang dan jatuh di dalam gelanggang pasukan lawan. Dalam pertandingan kalah mati, regu ketiga tidak perlu bermain jika keputusan telah diperolehi.Dalam pertandingan sistem liga pula, ketiga-tiga regu perlu bermain.

27

PERKARA-PERKARA BATAL SEMASA PERMAINAN 1. Pihak Sepak Mula i. Apit yang membuat campakan memain-mainkan bola seperti menghempashempas, mencampak dan lain-lain cara selepas pengadil mengumumkan mata. ii. Mana-mana apit mengangkat kaki atau memijak garisan, garisan tengah atau melintasi atau menyntuh jarung semasa membuat campakan untuk servis. iii. Tekong melompat semasa melakukan sepak mula atau memijak garisan bulatan sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula. iv. v. Tekong atau server tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang lawan. vi. vii. Bola tidak melepasi gelanggang lawan. Pemain menggunakan tangan atau lain-lain bahagian tangan semasa melakukan sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain objek bagi mambantu melakukannya. viii. Apit yang melakukan campakan melakukan campakkan sebelum pengadil mengumumkan mata buat kali keduanya.

2. Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau menengking pihak lawan. Kedua-Dua Pihak Semasa Berlawan i. ii. Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan. Mana-mana bahagian anggota badan pemain memasuki gelanggang lawan kecuali semasa follow-through. iii. Menyepak bola melebihi tiga kali dan menyentuh bola debgan tangan semasa permainan iv. Memberhentikan bola atau mengepit bola di bawah lengan atau antara kedua paha, kaki atau badan.

28

v.

Sebarang anggota atau peralatan pemain menyentuh jaring , tiang , kerusi pengadil, atau jatuh ke kawasan lawan.

vi. vii.

Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda. Mana-mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu melakukan sepakan.

29

3. Sistem Kiraan Mata Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan. Setiap set dimenangi oleh pihak yang mendapat mata 15 dengan kelebihan mata sekurang-kurangnya 2 mata. Apabila kedua-dua regu terikat dengan mata 14-14, maka set tersebut akan dimenangi oleh ihak yang mendapat kelebihan minimum dua mata. Setiap perlawanan regu dan double dijalankan dalam set 5 dua minit rehat antara setiap set di mana regu yang memenagi 3 set pertama akan dikira menang. Dalam perlawanan berpasukan ia akan dijalankan dalam 3 set sahaja dengan dua minit rehat bagi antara set. Pasukan yang menang dua set berturut-turut dikira menang. Dalam set kelima, dan ketiga bagi perlawanan berpasukan, pertukaran gelanggang akan dilakukan apabila salah satu regu mendapat lapan mata.

4. Rehat (Time-Out) Setiap regu berhak meminta satu minit masa rehat bagi setiap satu set. Masa rehat boleh diminta oleh pengurus pasukan atau jurulatih kepada pengadil semasa bola tiada di dalam gelanggang perlawanan. Cuma empat orang sahaja pemain yang dibenarkan berada dibelakang garisan gelanggang semasa satu minit rehat untuk acara double, lima orang pemain bagi acara regu dan enam orang bagi acara berpasukan. Tiada lagi masa rehat automatik selepas itu.

5. Permainan Tergendala Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera. Pemain yang tercedera akan diberikan masa rehat selama lima minit untuk mendapatkan rawatan. Sekirabya selepas lima minit pemain masih tidak berupaya maka gantian pemain hendaklah dilakukan. Jika terdapat gangguan pula, hanya pengadil rasmi sahaja yang bolaeh memberhentikan permainan dengan kebenaran jawatankuasa pertandingan. Semasa permainan diberhentikan pula,semua pemain tidak dibenarkan keluar dari gelangang.

30

6. Tatatertib (Disiplin) Semua pemain hendaklah mematuhi pertandingan yang telah

ditetapkan.Semasa permainan berlangsung, hanya ketua regu shaja yang dibenarkan berjumpa pengadil jika terdapat sebarang pertanyaan.Pengurus atau jurulatih rasmi dan pegawai dilarang membantah keputusan pengadil semasa pertandingan sedang berjalan.Ini boleh menjejaskan kelancaran pertandingan dan tindakan disilin boleh diambil terhadap individu berkenaan. Kesalahan-kesalahan semasa perlawanan Kad Kuning Kesalahan yang boleh dikenakan kad kuning. i. Tidak menunjukkan semangat kesukanan dan melakukan perkara yang bertentangan dengan etika sukan yang boleh menjejaskan keseluruhan petandingan. ii. iii. iv. v. vi. Memaki atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada pasukan lawan. Berulang kali melanggar peraturan pertandingan. Melambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh pengadil. Masuk dan keluar gelanggang tanpa kebenaran pengadil. Dengan sengaja meninggalkan gelanggang kerana tidak setuju dengan keputusan pengdil. Kad Merah Kesalahan-kesalahan yang boleh menyebabkan kad merah diberikan. i. Masih berdegil melakukan kesalahan dan berkelakuan buruk walaupun telah diberikan amaran oleh pengadil. ii. iii. iv. v. Berkelakuan ganas dengan niat mencederakan pihak lawan. Meludah kepada pihak lawan, penonton atau pengadil Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat. Menerima kad kuning yang kedua dala perlawanan yang sama.

31

7. Hukuman Yang Dikenakan Bagi pemain yang mendapat kad kuning pertama, amaran lisan akan diberikan oleh pengadil. Seterusnya mendapat kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang lain tetapi di dalam kejohanan yang sama pemain itu akan di gantung satu perlawanan. Seterusnya, mendapat kad kuning yang ketiga dalam satu kejohanan tetapi di dalam perlawanan yang berlainan akan dikenakan denda US $100 dan digantung dua perlawanan. Bagi pemain yang mendapat kad kuning keempat dalam stu kejohanan, hukuman yang dikenakan ialah digantung serta merta dalam permainan seterusnya sehingga lembaga disiplin membuat keputusan. Pemain yang mendapat kad kuning dalam satu perlawanan akan digantung dua perlawanan, didenda US $100 dan diberi kad merah sekiranya melakukan kesalahan disiplin ketiga dalam mana-mana perlawanan dinkejohanan yang sama. Mana-mana pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh pengadil sama ada kesalahan didalam atau di luar gelanggang, terhadap pihak lawan, rakan sepasukan, pengadil, pembantu pengadil pengadil garisan atau mana-mana pegawai, kad merah akan diberikan serta merta.

8. Kelakuan Buruk Oleh Pegawai-Pegawai Pasukan Tindakan perlu diambil terhadap pegawai-pegawai pasukan yang berkelakuan buruk atau menimbulkan kekacauan semasa kejohanan dijalankan sama ada didalam atau diluar gelanggang. Mana-mana pegawai yang berkelakuan buruk dan menganggu kelancaran pertandingan, akan diiringi keluar gelanggang oleh pegawai pertandingan dari gelanggang perlawanan. Pengadil akan memberhentikan

perlawanan seketika sehingga pegawai pertandingan atau lembaga disiplin persatuan sepak takraw member isyarat meneruskan perlawanan.

32

RUMUSAN

33

Rumusan Oleh: Rosman Bin Muhamad Amin Sepak takraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'. Pada awalnya sepak takraw tidak dimainkan seperti cara bermain yang ada pada hari ini. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telah pun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur. Permainan ini memerlukan peralatan tertentu untuk dimainkan dan alatan alatan tersebut pula mestilah mempunyai ukuran yang bersesuaian serta mempunyai ciri keselamatan. Hal ini demikian kerana, sekiranya ukuran peralatan tersebut tidak betul dan tidak mempunyai ciri keselamatan yang baik, ramai pemain akan mengalami masalah ketika bermain dan cedera. Justeru, terdapat pertubuhan atau lembaga yang menetapkan dan memberi kelulusan kepada pengeluar alatan tersebut supaya bertepatan dengan piawaian. Antara alatan-alatan yang digunakan dalam sukan ini ialah gelanggang, tiang, jaring dan yang paling penting sekali ialah bola sepak takraw. Kesemua alatan ini perlulah menepati ukuran yang telah ditetapkan. Permainan ini akan diadili oleh beberapa orang pengadil serta terdapat pegawai-pegawai dari lembaga pertubuhan sepak takraw akan meninjau sepanjang perlawanan berlangsung. Sistem kiraan mata bagi sukan ini telah ditukar iaitu permainan akan tamat sekiranya salah satu regu mendapat 15 mata dahulu berbanding regu lawan dengan berkelebihan dua mata. Kalau dahulu sistem kiraan mata menggunakan kiraan mata sama dengan permainan badminton iaitu sebanyak 21 mata perlu dikutip untuk membolehkan salah satu regu ditentukan sebagai pemenang. Dalam permainan ini, sekiranya terdapat pemain yang berkelakuan tidak sopan dan bertindak ganas dengan sengaja mencederakan pihak lawan, pemain tersebut akan dikenakan denda sama ada dikeluarkan dari gelanggang atau diberi amaran. Permainan ini sangat memerlukan disiplin yang tinggi dalam diri setiap peserta.

34

Selain itu, setiap pemain juga perlu mempunyai ketahanan dari segi mental dan fizikal semasa berada dalam perlawanan. Sekiranya pemain itu tidak memiliki ciri-ciri tersebut, sudah pasti dia akan mudah berasa gemuruh kerana para penyokong dari kedua belah pihak akan menyebabkannya berasa gemuruh seterusnya menjejaskan prestasinya.

35

Rumusan Oleh : Alex Madais Melalui kerja kursus ini banyak yang saya ketahui mengenai sepak takraw. Sepak takraw sebenarnya adalah sejenis permainan trasdisional. Sebelum ini dipanggil sepak raga dan telah ditukar kepada sepak takraw yang berasal daripada dua buah negara iaitu Malaysia dengan Thailand yang mana Malaysia menyebut sepak raga dan di Thailand menyebut permainan ini takraw seterusnya digabungkan kepada sepak takraw. Sebelum ini juga sudah dimainkan di peringkat bangsawan mahupun rakyat jelata pada kesultanan Melayu Melaka lagi. Seterusnya, kerja kursus ini juga dapat sedikit sebanyak tentang ukuran gelanggang dan jaring yang digunakan sewaktu bermain yang selama ini saya memang tidak mengetahuinya. Asas sebenarnya seseorang untuk belajar cara bermain sepak takraw adalah dapat menguasai sepak sila. Apabila seseorang dapat menguasainya individu boleh mengaplikasikan dalam permainan lain seperti merejam, mengumpan, dan membuat sepak mula ataupun servis. Selain itu, peraturan dan undang-undang dalam sepak takrawjuga saya ketahui. Sistem kiraan mata pula menghadapi perubahan yang mana dahulu hanya lima belas untuk pasukan yang telah menang dan hanya tiga set sahaja perlawanan. Pada masa ini pula menghadapi perubahan yang mana lima kali set perlawanan bagi setiap pasukan dan sistem dikiraan mata pula sehingga dua puluh satu. Sepak takraw pada masa ini pula bukan hanya dimainkan oleh lelaki sahaja tetapi telah dimainkan oleh wanita. Ia mula dipertandingkan pada sukan Sea 1965 yang mana tidak mendapat sokongan yang mengalakkan. Tetapi pada masa sekarang banyak negara sudah menguasai dan telah menandingi negara Malaysia yang selama ini jaguh sepak takraw. Akhir sekali, melalui kerja ini juga saya dapat sedikit sebanyak tentang

perkembangan sepak takraw yang sedang giat dipertandingkan di peringkat Antarabangsa. Selain itu saya dapat mengaplikasikan kerja ini untuk digunakan dalam permainan di gelanggang. Ini kerana kerja kursus ini banyak memberikan cara sepak takraw dimainka
36

Rumusan Oleh: Zainal Bin Hazmi Permainan sepak takraw atau dahulunya dikenali dengan nama sepak raga sememangnya popular di Tanah Melayu. Pada masa sekarang, permainan ini dimonopoli oleh negara Thailand. Hal ini demikian kerana negara tersebut banyak mencipta teknik atau gaya-gaya permainan yang baru dan sukar untuk ditandingi oleh negara-negara lain, termasuklah Malaysia. Permainan takraw melibatkan enam orang pemain utama. Pemain-pemain memainkan peranan yang berbeza dan diberi gelaran berdasarkan peranan masingmasing. Pemain yang diberi gelaran tekong berperanan melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Pemain apit kiri pula berperanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan mematikan bola di gelanggang lawan. Dalam usaha memenangi sesuatu perlawanan, kesemua pemain-pemain ini haruslah memainkan peranan masing-masing dengan baik. Terdapat empat peralatan utama yang diperlukan dalam permainan takraw ini, iaitu gelanggang, tiang, jaring dan bola sepak takraw. Setiap daripada peralatan ini memerlukan ukuran panjang dan lebar yang tertentu mengikut standard yang ditetapkan. Sebagai contoh, ukuran gelanggang berukuran 13.4 x 6.1m dan tanpa sebarang halangan setinggi 8 meter dari permukaan lantai. Ukuran tiang mestilah menpunyai ketinggi 1.55 meter, bagi wanita 1.45 meter dari permukaan gelanggang. Jaring hendaklah 0.7 meter lebar dan tidak melebihi 6.10 meter panjang dan diperbuat dari tali biasa atau tali nylon. Bola takraw mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang. Ianya diperbuat dari satu lapis rotan atau fiber sintetik. Terdapat pelbagai lagi ukuran-ukuran lain yang perlu diambil kira dalam semua peralatan yang digunakan. Setiap permainan mempunyai peraturan dan undang-undang yang tersendiri, begitu juga dalam permainan takraw. Undang-undang yang dititikberatkan adalah ukuran gelanggang, ketinggian tiang, panjang dan lebar jaring dan saiz serta ukur lilit bola sepak takraw. Selain itu, tingkah laku baik pemain semasa sesuatu permainan berlangsung juga dituntut. Undang-undang semasa sesuatu kejohanan berpasukan, dan kejohanan antara regu berlangsung serta sistem pengiraan markah juga diambil kira selain pelbagai lagi undang-undang lain yang terdapat dalam permainan ini.
37

Akhirnya, permainan sepak takraw tidak seharusnya hilang akibat peralihan zaman dan waktu. Pada satu ketika dahulu, permainan ini pernah popular di negara kita, jadi adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk kita kembali mengecapi zaman kegemilangan sepak takraw tersebut di negara kita pada waktu sekarang. Harapharap pihak yang bertanggungjawab akan menjalankan usaha-usaha bagi

memastikan impian ini menjadi kenyataan disamping penggemblengan usaha oleh pelbagai pihak yang lain.

38

REFLEKSI

39

Refleksi Oleh: Rosman Bin Muhamad Amin Secara keseluruhannya melalui kerja kursus ini saya dapat memahami serba sedikit mengenai sejarah permainan sepak takraw, peralatan yang digunakan dalam sukan ini dan undang-undang pemainan sukan ini. Secara tidak langsung ianya dapat memberikan saya pandangan dan persepsi yang baharu berkaitan cara sukan ini dimainkan serta cara pengadilannya. Pada awalnya saya berpendapat bahawa sukan sepak takraw ini merupakan sukan yang senang untuk dimainkan serta mudah untuk dipelajari. Namun sangkaan saya ternyata meleset sama sekali apabila mengetahui hakikat yang sebenarnya. Selain itu selepas menyiapkan kerja kursus ini saya baru memahami bahawa tiada cara yang mudah untuk menyelesaikan masalah meskipun hanya masalah kecil. Namun segala halangan dan rintangan itu berjaya dihadapi berkat kesabaran dan dorongan daripada rakan-rakan . Selepas berbincang dengan rakan dan bertukar-tukar pendapat berkaitan cara melaksanakan tugasan ini, saya terus mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Pencarian maklumat saya lakukan dengan menggunakan internet dan membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.Saya bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang begitu memahami serta banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada saya. Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Wan Mohamad Zil untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar apa yang akan saya hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak soalan.Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagianbahagian tertentu, saya membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Kami saling merujuk antara satu sama lain untuk memantapkan lagi kerja kursus ini. Sebelum kerja kursus ini disiapkan dan dibukukan, saya telah membuat penyemakan terhadap kerja kursus ini untuk kali terakhir agar setiap kesalahan dan kelemahan dapat diperbaiki sebelum dihantar. Setelah semua aspek dinilai oleh ahli kumpulan dan rata-rata hasil kerja kami ini memuaskan hati kami, kerja membukukan pun telah kami lakukan. Akhirnya terhasillah kerja kursus yang di tugaskan kepada

kami ini dalam masa yang telah ditetapkan.


40

Refleksi Oleh : Alex Madais Terlebih dahulu saya mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana telah memberikan kekuatan serta kesihatan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Semasa menyiapkan kerja kursus ini, kami telah dibahagikan dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada Rosman Bin Mohamad Amin, Zainal bin Hazmi, dan saya sendiri Alex Madais. Semasa mendapat tugasan ini, kami merasa bahang kesukaran yang bakal kami hadapi kerana pertama kali membuat kerja kursus sedemikian. Setelah pensyarah kami Encik Wan Mohd. Zil Wan Salleh memberikan penerangan tentang cara pembuatan tugasan ini, ia tidaklah sesukar seperti yang kami sangkakan. Kami telah membahagikan tugas masing-masing dalam setiap tajuk bagi memudahkan dan penjimatan masa. Kami telah menggunakan beberapa cara atau kaedah dalam pencarian maklumat tugasan ini. Kaedah pertama ialah bertanya. Kami telah bertanya kepada guru-guru pelatih senior dan pensyarah di Jabatan kokurikulum. Seterusnya kami menggunakan kaedah rujukan buku di perpustakaan. Kami merujuk daripada buku rujukan mengenai sepak takraw dan buku-buku yang berkaitan dengan tugasan. Tidak lupa juga dengan pencarian maklumat melalui internet. Dengan adanya pencarian ini, maka proses pencarian kami menjadi lebih mudah. Dalam pencarian kajian dengan merujuk nota yang diberikan sebelum ini pula memudahkan lagi dalam penyiapan kerja kursus ini. Setelah semua maklumat itu telah ada, barulah kami menyusun dan memulakan kerja tersebut. Dalam menyiapkan kerja ini kami sentiasa merujuk antara satu sama lain dan bertukar pendapat supaya kerja yang dihasilkan memenuhi kehendak soalan. Seperti tugasan lain, kami perlu membuat perbincangan dengan pensyarah. Sesi perbincangan ini dinamakan kolaborasi. Kolaborasi ini membuatkan hubungan silaturahim antara kumpulan kami dengan pensyarah lebih erat. Kolaborasi ini juga membuatkan kerja pendokumentasian kerja kami lebih baik dan dapat menepati kehendak soalan.

41

Akhir sekali,kerja terakhir adalah penyemakan terakhir kerja yang telah siap. Setelah siap dalam penyemakan dan mengubah ejaan-ejaan yang salah barulah kerja yang siap dihantar. Berterima kasih kepada kumpulan kerana memberikan kerjasama dalam menyiapkan kerja kursus dan dapat disiapkan tepat pada masanya.

42

Refleksi Oleh: Zainal bin Hazmi


Bismillahhirahmannirahim, Mafhum firman Allah S.W.T. dalam al-Quran, Sesungguhnya kami jadikan manusia itu sentiasa dalam perjuangan. ( Surah al-Balad, ayat 4 ). Berdasarkan firman Allah S.W.T. ini, kami telah berusaha untuk menyiapkan Kerja Kursus Pendek bagi Gerko Sepak Takraw ini dengan sebaik yang mungkin. Usaha ini sudah semestinya diiringi dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Seperti bakal-bakal guru yang lain, pada masa tugasan Gerko Sepak Takraw ini diserahkan kepada kami, Kerja-Kerja Kursus Pendek yang lain masih banyak yang belum disiapkan atas faktor kekurangan masa disebabkan aktiviti-aktiviti IPG yang pelbagai dan agak padat disamping sibuk dengan latihan-latihan Gimnasrada untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Kesannya, kami perlu tidur akhir pada waktu malam untuk menyiapkan tugasan-tugasan ini. Cabaran seterusnya ialah mempelajari selok-belok penggunaan komputer kerana sebelum ini saya amat jarang menggunakan komputer. Syukur ke hadrat Ilahi kerana ada seorang daripada hambaNya yang sudi memberi tunjuk ajar kepada saya mengenai selokbelok penggunaan komputer. Saya tidak malu bertanya kepada individu lain jika saya tidak memahami sesuatu perkara, contohnya penggunaan komputer, kerana saya sedar, hanya dengan bertanya sahaja kita boleh menjawab persoalan-persoalan yang timbul dalam fikiran kita dan seterusnya membolehkan kita melakukan kerja-kerja kita dengan lebih baik. Selain itu, saya mengalami sedikit percelaruan perasaan apabila terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga demi menuntut ilmu. Rasulullah S.A.W. ada bersabda, Menuntut ilmu itu diwajibkan ke atas setiap muslim lelaki dan perempuan,(Riwayat Bukhari). Walau bagaimanapun, saya cuba ketepikan perasaan itu dan menetapkan fokus minda untuk menyiapkan tugasan ini. Saya yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah, saya dapati apabila menyibukkan diri dengan membuat kerja, lama kelamaan perasaan itu berkurangan. Syukur sekali lagi saya rafakkan kepada Allah S.W.T. kerana berkat pertolongan dariNya, maka siaplah Kerja Kursus Pendek yang pertama untuk mata pelajaran Gerko Permainan Sepak Takraw ini.
43

RUJUKAN

44

45

LAMPIRAN

46

GAMBAR-GAMBAR LATIHAN SEPAK SILA DALAM PERMAINAN SEPAK TAKRAW

47

48

49

50