Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGERUSI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 3 IPG KAMPUS KOTA BHARU SEMPENA KHIDMAT

KOMUNITI PENDIDIKAN 11 FEBRUARI 2014, SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BEMBAN, KELANTAN. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Terima kasih Saudara/Saudari Pengacara Majlis, Yang Berhormat ________________________ Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Bemban, Yang Berbahagia Tn. Hj. Wan Mohd Din Bin Wan Mohamad, Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Kota Bharu, Puan Hajah Nik Noraini Binti Haji Raja Abdullah, Penyarah Pembimbing BIG Fasa 3 IPG Kampus Kota Bharu, Guru-guru SK Seri Bentam, penyarah-penyarah pengiring, para peserta BIG Fasa 3 dan hadirin yang saya hormati sekalian. 1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin limpah dan kurnia-Nya dapatlah kita semua berhimpun dalam Majlis Penutupan BIG Fasa 3 Sempena Khidmat Komuniti Pendidikan bersama Sekolah Kebangsaan Seri Bemban. Sebelum saya meneruskan ucapan, terlebih dahulu saya selaku pengerusi Jawatankuasa BIG fasa 3 IPG Kampus Kota Bharu ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak SK Seri Bentam dalam menjayakan program kami ini. Secara peribadinya, saya amat terharu dengan sinergi yang diberikan oleh pihak sekolah kerana memberi sambutan yang meriah kepada semua peserta BIG Fasa 3 ini malah menerima kami dengan tangan yang terbuka. 2. Tujuan program Khidmat Komuniti Pendidikan bersama pihak sekolah SK Seri Bemban adalah untuk melahirkan bakal-bakal pendidik yang berkualiti dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara selain memenuhi syarat Program Ijazah Sarjana Muda kami. Program Bina Insan Guru yang akan dijalankan pada semester ini ialah khidmat pendidikan kepada komuniti. Program ini mampu memberikan satu pengalaman baharu dan bermakna kepada kami untuk berhadapan dengan komuniti pendidikan yang lebih besar kelak serta memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mereka yang memerlukan di samping memberi peluang kepada guru pelatih untuk membuat

khidmat dengan mengadakan beberapa aktiviti yang bersesuaian dengan para pelajar. 3. Seterusnya, saya mewakili guru-guru pelatih Bahasa Melayu 1 (SK) Ambilan Januari 2013 amat berharap agar semua input yang telah disalurkan kepada para pengawas SK Seri Bentam melalui Slot Ice-breaking, slot LDK 1, LDK 2 hinggalah slot LDK 3 yang dijalankan sebentar tadi boleh memimpin para pengawas menjadi individu yang lebih mengenal sahabat-sahabat pengawas yang lain dan lebih penting lagi adalah supaya mereka mengenal diri mereka sendiri kemudian barulah berkemampuan memimpin murid-murid yang lainnya. Kami juga berharap agar legasi kepimpinan pengawas bagi Sekolah Kebangsaan Seri Bentam akan menjadi lebih dari sebelumnya. 4. Kepada sahabat-sahabat guru pelatih Bahasa Melayu 1 Ambilan Januari 2013 pula, saya pada hari ini dengan rendah diri ingin mengatakan bahawa bekerjasama dengan dengan kalian adalah sesuatu yang sangat membanggakan. Program Bina Insan Guru bersempena Khidmat Komuniti Pendidikan ini tidak akan bisa dilaksanakan tanpa kerjasama yang padu dari sahabat-sahabat guru pelatih sekalian. 5. Akhir sekali, saya mewakili semua peserta program mengucapkan berbanyakbanyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas layanan yang diberikan oleh semua warga SK Seri Bentam. Harap kita dapat bertemu lagi dalam program yang lain kelak. Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.