Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
mengenai diri dan alam sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa hadapan. (Shertzer dan Stone dalam Lee Keok Cheong, Eh Ah Meng, Suppiah, Nachiappan&Taquddin Abd Mukti, 2012) Manakala, Cottle dan Downie dalam Lee Keok Cheong et al. (2012), pula menyatakan kaunseling individu sebagai proses di mana seorang kaunselor membantu seorang klien memahami dan menerima maklumat mengenai dirinya serta interaksinya dengan orang lain agar dia dapat membuat keputusan yang berkesan tentang pilihan-pilihan dalam hidupnya. Maka kesimpulannya, kaunseling individu adalah proses perbincangan antara kaunselor dan klien. Kaunselor berusaha membimbing kliennya memahami diri sendiri dan menerima masalah yang dihadapi, sehingga dia membuat pertimbangan dan mengambil keputusan daripada pilihan-pilihan yang boleh membantunya mengatasi masalah. Matlamat Kaunseling Individu Menurut Rogers dalam Roslee Ahmad & Mohamed Sharif Mustaffa (2002), matlamat bimbingan individu yang sempurna antara kaunselor dengan klien adalah untuk membantu klien ke arah mengenal diri, memahami diri, melihat kelemahan diri dan menggunakan seluruh potensi ke arah kesempurnaan kendiri selepas mendapat celik akan daripada proses kaunseling itu. Selain itu, matlamat dan proses kaunseling individu akan mendorong kaunselor membantu klien secara jujur., ikhlas dan penerimaan tanpa syarat (Muhd Mansur dalam Roslee Ahmad & Mohamed Sharif Mustaffa, 2002).
Prinsip-prinsip kaunseling disediakan bagi menjamin kelicinan serta keberkesanan perkhidmatan kaunseling di sekolah-sekolah.
Sharif
Mustaffa,
Jamaluddin
Ramli
dan
Roslee
Ahmad
(2003)
mengemukakan prinsip-prinsip kaunseling seperti berikut: 1. Bimbingan adalah tugas pendidikan. Ia menolong murid-murid menjadi anggota masyarakat yang berguna serta sejajar dengan kehendak dan aspirasi masyarakat dan negara. 2. Bimbingan adalah suatu proses pengetahuan. Ia membantu seseorang murid secara menyeluruh, iaitu mengambil kira minat, bakat, keperluan-keperluan, kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan seseorang itu. Bimbingan yang diberikan ialah bimbingan hidup, bimbingan sosioekonomi, kesihatan, pendidikan dan kerjaya. 3. Bimbingan adalah untuk semua individu. Bimbingan juga bertujuan menolong semua murid, iaitu murid-murid biasa, murid-murid yang salah laras dan berbakat. 4. Bimbingan merupakan suatu proses seumur hidup iaitu dari peringkat sekolah rendah sehingga ke universiti. 5. Bimbingan adalah bertujuan untuk mencegah daripada memperbaiki. Bimbingan juga menolong murid-murid memahami kelemahan-kelemahan serta memberi penekanan kepada kekuatannya.
Patterson dalam Lee Keok Cheong et al. (2012) pula menyenaraikan prinsipprinsip kaunseling seperti berikut: 1. Proses bertujuan mempengaruhi perubahan tingkah laku klien secara sukarela. 2. Kaunseling hendaklah menyediakan keadaan-keadaan yang memudahkan perubahan sukarela. 3. Klien pasti menghadapi batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh matlamat kaunseling yang sebenarnya dipengaruhi oleh norma, nilai dan sikap kaunselor.
Kaunseling individu ber I. Kaunseling Akademik Menyampaikan maklumat mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. II. III. IV. Kaunseling Kerjaya Kaunseling Peribadi Kaunseling Penyalahgunaan Dadah
Rujukan Roslee Ahmad & Mohamed Sharif Mustaffa (2002) Peranan Kaunselor Dalam Penerapan Dan Pemupukan Nilai-Nilai Murni Melalui Program Kaunseling Terhadap Remaja Di Sekolah: Satu Wadah Bersepadu Antara Guru Dan Kaunselor Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ph.D.
Sharif Mustaffa, Jamaluddin Ramli Dan Roslee Ahmad (2003). Konsep dan Peranan Kaunseling Dalam Pendidikan. Kertas Kerja Seminar Antarabangsa GuruGuru Agama Singapura. Anjuran Persatuan Ulama Dan Guru-Guru Agama Islam Singapura(Pergas), Wisma Indah, Changi Road 448, Singapura, 14 15 Jun.