Kami : Tarikh: Bersamaan Hasmah bt Yunus Pembantu Tadbir Kanan ( P/O ) N22 Pembanguan Luar Bandar Pejabat Daerah Hulu Terengganu. Puan, LAPORAN KEHADIRAN LEWAT BERTUGAS BAGI BULAN JANUARI 2014 Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa didapati kad perakam waktu puan untuk bulan Januari 2014 telah terdapat kelewatan sebanyak 4 Kali. 3. Mengikut Surat Pekeliling Am Bil.11 Tahun 1981 Perkara 2.5 Jika seseorang pemegang kad kuning mendapat tiga ( 3 ) catatan merah dalam sebulan tanpa memberi keterangan keterangan yang diterima oleh Pegawai atasannya ,kadnya akan ditukar kepada hijau .Sebelum ini dilakukan pegawai /kakitangan itu haruslah diminta secara bertulis memberi keterangan kenapa ia harus melanggar peraturan kerja dan pemberian kad hijau itu dibuat setelah memberi amaran bertulis supaya ia tidak mengulangi lagi kesalahannya.Puan adalah pemegang kad hijau pada bulan Januari 2014. 4. Sehubungan dengan itu puan diberi amaran agar tidak mengulanginya lagi dan sila puan kemukakan keterangan secara bertulis mengenai kelewatan tersebut ke Bahagian Pentadbiran dalam tempoh seminggu hari bekerja. Sekian, terima kasih. MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,
( DATO HJ.WAN MOHD BIN HJ.WAN IBRAHIM ) Pegawai Daerah, Hulu Terengganu. s.k : Fail Timbul