Anda di halaman 1dari 2

rumusan

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Bertutur Merujuk kepada keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan yang betul secara sopan dan bertatasusila. Contoh aktiviti: Murid bercerita tentang sesuatu perkara secara bebas.

Merujuk kepada keupayaan murid untuk mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan respon. Contoh aktiviti: Guru meminta murid mendengar bunyi-bunyi yang dirakam dalam pita rakaman. kemudian, murid mendengar, mengecam dan mengajuk bunyi tersebut.

Kemahiran Bahasa

Kemahiran Menulis Kemahiran Membaca Merujuk kepada keupayaan dan kebolehan murid untuk membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, kelancaran yang betul. Contoh aktiviti: Guru membuat latihan membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang kemas. Contoh aktiviti: Guru meminta murid untuk menulis pengalaman semasa cuti secara ringkas dengan tulisan yang kemas dan cantik.

Rumusan pada pelajaran minggu lepas, kemahiran bahasa yang terdapat dalam KSSR boleh dibahagikan kepad empat iaitu, kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Dalam kemahiran mendengar, guru perlulah memilih aktiviti yang sesuai dengan tahap pemikiran murid. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru adalah meminta murid untuk mengecam bunyi bagi muri tahap 1. Sebagai contoh, murid diminta untuk mengecam bunyi haiwan yang terdapat dalam pita rakaman. Bagi kemahiran bertutur pula, guru boleh meminta murid untuk bertutur mengenai sesuatu perkara. Sebagai contoh, guru meminta murid untuk bertutur tentang dirinya dan guru dapat untuk mengenalpasti tahap pertuturan murid tersebut baik ataupun lemah. Kemahiran membaca pula merujuk kepada keupayaan dan kebolehan murid untuk membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, kelancaran yang betul. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru adalah meminta murid untuk membaca suatu teks ringkas bagi mengenalpasti tahap pembacaan seseorang murid. Kemahiran yang terakhir adalah kemahiran menulis. Dalam kemahiran menulis, guru boleh meminta murid untuk menulis sesuatu mengenai pengalaman mereka secara ringkas. Sebagai contoh murid diminta menulis mengenai pengalaman mereka semasa cuti sekolah dan guru dapat untuk menilai penulisan murid samada baik mahupun lemah dari segi penggunaan tanda baca, ejaan yang betul serta tulisan yang kemas.