Anda di halaman 1dari 8

Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada tahun 1966 (Kementerian Pendidikan, 1999). Falsafah Pendidikan

Kebangsaan berbunyi:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas dilihat bahawa FPK ini bermatlamat utama untuk melahirkan warganegara Malaysia yang holistik, bersepadu, seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Menurut FPK, pendidikan adalah satu alat untuk mencapai kesejahteraan diri dan negara. Persoalannya siapakah yang bertanggungjawab untuk mewujudkan komuniti yang seimbang dari segi semua aspek ini? Sebenarnya kita tidak perlu bertanya-tanya lagi, kerana sudah pasti jawapannya ialah guru. Guru ialah pihak yang memainkan peranan yang paling penting untuk merealisasikan FPK. Sebab itulah, Falsafah Pendidikan Guru (FPG) digubal dengan tujuan menjadi panduan kepada guru untuk merealisasikan FPK. Falsafah Pendidikan Guru pula berbunyi seperti berikut:

guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara sesuatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Melalui FPG ini, jelas dilihat bahawa warga pendidik yang berkualiti dari segi profesional, peribadi, sosial dan amalan tingkah laku, menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan sahaja dapat menjayakan matlamat FPK. Guru perlu mempunyai ciri-ciri yang tertentu untuk untuk menjayakan matlamat FPK dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Sebelum itu, kita perlu mengetahui apakah definisi sebenar bagi guru. Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Profesion keguruan pula merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar. Oleh itu, guru merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk membentuk kecemerlangan diri pelajar dan melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama. Untuk menjayakan matlamat FPK guru perlu mengambil beberapa langkah yang efektif. Langkah pertama ialah proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan dengan baik. Menurut Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli dan Yusof Boon (2007), Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya guru dapat memahami sikap pelajar terhadap mata pelajaran diajariya. Maklumat yang diperolehi itu boleh digunakan oleh guru untuk merancangkan strategi pengajaran yang bersesuaian demi mengubah sikap pelajar dan seterusnya membawa kepada pencapaian yang cemerlang.

Untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan efektif guru perlu menghayati dasar Falsafah Pendidikan Malaysia. Guru perlu sedar bahawa betapa besarnya tanggungjawab mereka terhadap negara ini kerana gurulah yang membentuk murid-murid. Para pendidik perlu ingat bahawa mereka berkhidmat untuk masyarakat bukanlah bekerja sekadar untuk gaji. Penghayatan dasar FPK memberi kesedaran kepada para guru bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk membina insan yang seimbang dari segi JERIS seperti yang dinyatakan dalam FPK. Penghayatan tersebut juga memberi semangat kepada para guru untuk mereka melahirkan murid yang berpengetahuan, berkeupayaan. Selain itu, penghayatan FPK akan memberi motivasi kepada guru untuk menyediakan mereka sebagai tokoh yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Penghayatan FPK ini secara langsung dan tidak langsung memberi kesedaran dan semangat kepada guru. Tanpa penghayatan FPK dalam diri setiap guru, apa yang ingin dicapai oleh kementerian pelajaran dan masyarakat tidak akan tercapai. Di samping itu, usaha guru juga amat penting kerana seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu. berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan

Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran. Gurulah yang menjalankan tugas mengatur setiap langkah pembelajaran. Dalam mengatur langkah-langkah pembelajaran, guru akan

merancang terlebih dahulu. Apabila membuat sesuatu perancangan, keperluan murid, objektif pelajaran, bahan dan alat mengajar seharusnya dipertimbangkan.

Pengajaran yang dirancang dengan baik akan membawa faedah yang besar kepada murid-murid. Selain itu, guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsepkonsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, perbandingan dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan. Guru juga menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang konkrit dan bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat bantu mengajar lain.

Di samping itu, guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya dengan menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani sejauh manakah objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai. Pada masa yang sama, penggunaan ICT dalam bidang kurikulum juga merupakan satu - satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat memperkembangkan unsur - unsur jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dalam kalangan murid. Perubahan zaman yang begitu cepat mengejar kemajuan ini mewajibkan penguasaan murid dalam bidang multimedia. Para pendidik harus menggunakan penggunaan ICT serta melibatkan diri murid dalam aspek tersebut. Guru - guru hendaklah memberi peluang kepada muridnya untuk mengendalikan bahan multimedia ini agar dapat memberikan pengalaman. Ini adalah kerana murid - murid perlu menyesuaikan diri dengan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang teknologi. Penggunaan ICT amat efektif kerana visual dan muzik mudah diserap oleh otak manusia berbanding dengan tulisan. Penggunaan ICT dalam kurikulum mudah difahami oleh murid dan ini meyeronokkan mereka. Apabila mereka seronok untuk membaca dan mendengar maka mereka akan menumpukan perhatian terhadap pengajaran. Dengan ini seseorang guru dapat menjayakan matlamat FPK.

Ketuhanan dan kerohanian merupakan perkara yang paling asas dan paling penting dalam matlamat FPK. Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, guru guru boleh meluangkan masa sebanyak lima minit untuk membincangkan keindahan ajaran - ajaran agama yang ditekankan oleh semua agama atau unsur universal. Dalam masa yang sama, guru juga perlu menerapkan nilai - nilai murni ke atas murid - murid dalam bilik darjah. Sebagai contohnya, mereka boleh bercerita tentang kejadian - kejadian sebenar mahupun cerita - cerita dongeng khas untuk menunjukkan ajaran yang dapat menerapkan nilai murni. Ini ialah salah satu cara untuk menerapkan nilai - nilai murni dalam kalangan murid dengan mudah kerana mereka lebih faham dan mudah memahami maklumat berbentuk lisan. Implikasinya, mereka akan menyedari dan melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan. Dalam hal yang lain, para pendidik juga mengadakan pertandingan menghafal nilai murni serta memberikan fahaman murid terhadapnya. Maka, ia akan membentuk sahsiah murid yang berkelakuan baik agar matlamat dan konsep FPK dapat diterapkan alam proses pengajaran pembelajaran. Untuk meningkatkan nilai dalam aspek sosial pula, guru perlu mengadakan aktiviti berkumpulan. Keadaan ini menyediakan peluang kepada murid - murid untuk berinteraksi sesama lain. Komunikasi yang berkesan dalam kalangan mereka akan menjalin hubungan yang baik dalam kalangan mereka. Semasa aktiviti kumpulan setiap murid diberi peluang untuk bercakap atau meluahkan idea mereka. Semasa mereka meluahkan idea mereka, mereka mendapat keyakinan. Keyakinan tersebut membolehkan mereka bertanya soalan ataupun menjawab soalan. Pada masa ini, sosio emosi murid berkembang. Apabila sosio emosi mereka berkembang maka mereka dengan mudah menghayati pengajaran guru. Guru perlu membina situasi dimana murid berasa mereka dihargai dan diberi keadilan. Satu satunya cara untuk memberikan perasaan sebegitu ialah dengan mengadakan aktiviti kumpulan. Tambahan lagi, warga pendidik juga mesti menjadi contoh kepada murid dalam usaha memperkembangkan aspek sosial ini. Guru - guru perlu berinteraksi dengan guru lain dengan baik agar menjadi perhatian murid dan supaya murid dapat terikut ikut dengan cara seseorang guru. Implikasinya, murid akan membawa sikap ini bermula dari sekolah rendah ke akhir hayat mereka serta akan memberi tunjuk ajar kepada generasi yang akan datang.

Selain itu, guru juga perlu pandai mengawal emosi. Guru tidak patut menampilkan sikap marah dan tidak puas hati terhadap murid - murid dalam apa jua keadaan kecuali terdapatnya perkara - perkara yang tidak dapat dielakkan. Sebagai contohnya, guru tidak patut berasa marah apabila seorang murid tidak faham akan tugasan yang telah diberikan walaupun diberi penjelasan berkali - kali dalam kelas. Guru perlu betenang serta menunjukkan nilai - nilai murni yang tinggi dengan memberikan penjelasan yang lebih terperinci kepada murid tersebut secara individu. Unsur FPK menekankan bahawa seseorang guru berkualiti perlu memperoleh perasaan tenang dan tingkah laku yang terkawal serta memiliki perasaan kasih sayang. Cara ini memang merupakan satu kaedah atau sifat yang dimiliki oleh seseorang guru berprofesional tinggi. Selain itu, guru tidak patut membawa masalah emosinya ke sekolah. Fokus utama guru adalah mengajar murid untuk mencapai objektif. Jadi masalah pejabat dan masalah rumah perlulah ditinggalkan di luar bilik darjah. Implikasinya, guru berkelakuan sebeginilah yang akan berjaya

memperkembangkan aspek emosi murid dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan di negara kita. Semasa mengajar dalam bilik darjah seseorang guru pasti dapat akses bakat yang dimiliki oleh muridnya. Sesetengah murid mungkin mempunyai bakat dalam melukis, sesetengah pula dalam menyanyi, sesetengah pula dalam sukan, lain pula mempunyai minat dalam pelajaran. Apabila mendapat tahu bakat mereka, seseorang guru perlu mencungkil bakat tersebut. Contohnya, seseorang guru boleh menyediakan sesi bersama pemain terkenal di sekolah atau membuat lawatan ke pameran seni atau sains jika murid murid guru tersebut meminati atau mempunyai bakat dalam bidang tersebut. Guru itu juga boleh memberi semangat atau pendedahan dalam bidang yang murid mempunyai bakat. Masalah emosi kanak-kanak agak bahaya jika tidak diberi perhatian. Jadi sebagai guru, seseorang itu harus menyelesaikan masalah emosi yang dihadapi oleh anak murid. Murid tersebut mungkin mengalami masalah di rumah atau masalah dengan adik beradik atau rakan sekelas. Jika masalah ini tidak diberi perhatian kemungkinan murid itu akan mengalami kemurungan atau perasaan rendah diri. Ia boleh menjejaskan penglibatan mereka dalam kelas. Guru perlu bebincang secara terbuka kepada murid dan perlu membina keyakinan bahawa murid tersebut mempunyai suatu tempat dimana masalah mereka boleh didengari

dan diselesaikan. Apabila murid- murid berasa masalah mereka didengari maka mereka tidak akan terjebak dalam masalah-masalah sosial. Bagi mencapai matlamat FPK, sikap individu itu adalah penting. Tanpa sikap serta sahsiah diri yang cemerlang di dalam diri individu, maka usaha untuk mencapai kesejahteraan diri sukar untuk dicapai kerana mereka ini dianggap gagal untuk menjaga sikap atau akhlak terhadap diri sendiri. Apabila dirinya gagal dipimpin, maka jauh sekali kepimpinan serta sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan negara dapat disumbangkan. Ini adalah kerana, sikap memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara yang diusahakan. Bukan itu sahaja, malah penampilan pendidik juga merupakan aspek penting kerana murid mengambil perhatian sepenuh tentang guru. Mereka akan memberi perhatian sepenuh kepada penampilan guru. Dari gaya menyikat rambut hingga kilauan kasut guru mereka memberi perhatian. Jadi penampilan guru harus dititikberatkan kerana guru merupakan teladan kepada mereka. Selain itu, penampilan yang menyenangkan akan disukai oleh mereka. Apabila mereka suka akan penampilan guru, maka mereka juga akan menyukai guru tersebut. Jika murid suka akan seseorang guru maka murid tersebut akan mengikut apa saja disuruh oleh guru dan dia akan memberi perhatian sepenuh semasa guru itu mengajar. Jika guru itu selekeh dari segi pemakaian atau penampilan, pastinya murid tidak akan segani guru tersebut. Walaupun guru tersebut mengajar dengan baik, beliau tidak akan menarik perhatian sepenuh murid. Jadi, penampilan seseorang guru mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran murid, jika penampilan guru menyenangkan, ia bermaksud guru tersebut berpotensi menjayakan matlamat FPK. Di samping itu, guru juga perlu memasukkan unsur jasmani semasa mengajar. Guru boleh memulakan kelas dengan senaman paling asas seperti mengerakkan tubuh badan. Permainan kecil seperti Gamnil Kata, Kapur dengan Pensil dan sebagainya. Pergerakkan tubuh badan dapat meningkatkan pengaliran darah ke dalam seluruh badan. Badan mereka menjadi aktif semasa membuat aktiviti seperti ini dan mereka akan belajar dengan seronok.

Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan luar waktu sekolah. Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai beberapa matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan, pembelajaran dan sosialisasi. Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah diharap dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang dalam kalangan murid, memupuk nilai-nilai akhlak dan pendidikan yang diingini, memajukan kemahiran, minat dan bakat murid, meningkatkan disiplin dan kepimpinan diri, mengukuhkan dan memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran, menjadi asas kerjaya pada masa akan datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah serta menyeronokkan.. Aktiviti kokurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri mereka sendiri. Jadi, guru hendaklah melibatkan murid dalam aktiviti kokurikulum. Contohnya lawatan sambil belajar. Murid mendapat pengalaman daripada lawatan sambil belajar. Selain lawatan sambil belajar, guru juga boleh melibatkan murid-murid dalam pertandingan peringkat sekolah, peringkat zon, peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Kadang-kadang di sekolah, waktu kokurikulum sering digunakan untuk menggunakan kelas ganti. Budaya ini harus dihentikan dan guru perlu

menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam persatuan dan unit beruniform. Pada hari kokurikulum tersebut aktiviti-aktiviti perlulah dirancang supaya menarik minat murid. Dengan berbuat demikian seseorang guru dapat menjayakan matlamat FPK. Pendek kata, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan yang berminda kelas pertama, berilmu dan bersahsiah tinggi sejajar dengan matlamat FPK. Guru juga memainkan peranan yang amat besar dalam merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan standard bangsa dan negara pada masa hadapan. Guru yang bijak dan bertanggungjawab serta proaktif sudah pasti dapat merealisasikan FPK.