Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tahun Masa Jumlah Pelajar Bidang Aktiviti Tema Tajuk Media

: 2 Bijak : 08.30 09.30 am (60 minit) : 30 orang : Kraf Tradisioanl : Tembikar : Objek Buatan Manusia : Cawan Kopi : Alat tiada Bahan plastisin atau doh

Bahan Bantu Mengajar

: Contoh-contoh hasil karya yang telah siap

STANDARD KANDUNGAN 1. Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni. 2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

STANDARD PEMBELAJARAN 4.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada kraf tembikar.

4.1.1 Unsur seni 4.1.1.1 Bentuk - konkrit 4.1.1.2 Jalinan sentuh 4.1.2 Prinsip rekaan 4.1.1.1 Imbangan simetri 4.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan kraf tembikar menggunakan teknik lingkaran.

4.2.1

Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 4.2.1.1 Alatan tiada 4.2.1.2 Bahan doh / plastisin

4.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 4.2.2.1 Teknik lingkaran

4.3 Ekspresi Kreatif :

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran teknik dan proses dalam penghasilan kraf tembikar dalam bentuk 3D.

4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 4.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik yang bersesuaian dalam penghasilan kraf tembikar 4.3.3 Menggunakan bahasa seni visual: bentuk, jalinan, dan imbangan dalam penghasilan karya

4.4 Apresiasi Seni :

Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual.

4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat: 1. Menggunakan bahan asas dan bahan gantian untuk menghasilkan kraf mudah.. 2. Menghasilkan kraf tembikar untuk dijadikan sebagai cawan kopi.

Kemahiran 5P: 1. Penyerapan Nilai Murni Nilai Kebersihan Diri

2. Pengkayaan Penghasilan hasil karya yang lebih mencabar.

Teori Pembelajaran: 1. Behaviorisme penggunaan pujian dan rangsangan kepada murid-murid untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran 2. Konstruktivisme memastikan murid-murid bekerja dalam kumpulan dan guru sebagai fasilitator sahaja Pendekatan: Proses dan produk memastikan murid-murid memahami proses penghasilan sebelum menghsilkan produk Strategi Pembelajaran: Kajian Masa Depan memastikan murid-murid dapat berfikiran kearah lebih futuristik Kaedah Pembelajaran: Individu dan kumpulan guru memastikan murid-murid membuat kerja secara individu dan berkumpulan Teknik Pembelajaran: 1. Beri arahan guru memberi arahan yang jelas semasa mengajar murid-murid 2. Tunjuk cara - guru menunjukkan cara penghasilan karya yang betul 3. Kawalan kelas guru memastikan keadaan kelas terkawal semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku 4. Penerangan menggunakan contoh guru memberikan suatu penerangan menggunakan contoh kepada murid-murid

Langkah/Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

BBM

Catatan

Set Induksi (3 minit)

Pengenalan kepada topik pembelajaran

1. Guru menunjukkan segumpal tanah liat kepada murid. 2. Guru menanyakan beberapa soalan

1. Tanah liat

Soalan: 1. Apakah objek yang ditunjukkan oleh guru? 2. Apakah yang boleh dibuat daripada bahan ini?

kepada murid. 3. Guru meminta pelajar meneka tajuk yang akan dipelajari hari ini. 4. Guru menyatakan tajuk pelajaran, Tembikar.

Langkah 1 (6 minit)

Pengenalan Lipatan dan Guntingan:

Pengenalan: 1. Guru menyatakan definisi tembikar 2. Guru menunjukkan contoh-contoh

Contoh hasil karyatembikar

Definisi tembikar: Penggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untukdijadikan alat kegunaan harian

teknik membentuk tembikar.

Persepsi Estetik: 1. Murid menyebut dan menyatakan tentang bahasa seni visual yang terdapat tembikar.

Langkah 2 (5 minit)

Pewujudan Konsep

1. Guru memperkenalkan media yang akan digunakan dalam membuat tembikar. 2. Guru mendemonstrasikan teknik lingkaran yang digunakan dalam penghasilan tembikar. 3. Guru menjelaskan mengenai beberapa teknik lain yang boleh digunakan untuk membuat cawan kopi.

Alat : tiada

Bahan : Plastisin atau doh

Langkah 3 (8 minit)

Tunjuk Cara

1. Guru membahagikan bahan yang akan digunakan dalam penghasilan karya kepada murid-murid. 2. Guru meminta murid mencuba teknik lingkaran bagi menghasilkan tembikar tersebut menggunakan plastisin yang disediakan oleh guru. 3. Guru membimbing murid dalam mempelajari teknik lingkaran tersebut.

Alat : Tiada

Bahan : Plastisin atau doh

Langkah 4 (30 minit)

Penghasilan karya

1. Murid memulakan proses penghasilan karya dengan membentuk tanah liat secara memanjang. 2. Murid membentuk bahagian tapak dengan lingkaran tanah liat. 3. Murid membentuk cawan kopi dengan membuat beberapa lingkaran dari bawah hingga ke atas.

Alat : Tiada

Bahan : Plastisin atau doh

Langkah 4 (5 minit)

Apresiasi Seni

1.

Murid mempamerkan hasil kerja dan menyatakan hasil karya sendiri serta rakan.

Hasil karya murid

2. Murid mengaitkan hasil karya dengan warisan budaya.

Penutup (3 minit)

Rumusan : Isi Pelajaran Teknik lingkaran Kerjasama dan kekemasan Kreativiti

Kognitif: 1. Murid merumuskan aktiviti yang berkaitan dengan membuat tembikar menggunakan teknik yang dipelajari.

Sosial: 2. Murid menyatakan perasaan mereka semasa menjalankan aktiviti.

Anda mungkin juga menyukai