SEMESTER SEPTEMBER/2013
NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN
: : : : :
HBAE 2203
1.0
PENDAHULUAN
Membentuk dan membuat binaan merupakan bidang yang ketiga dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah KBSR. Ia menekankan kepada pemahaman dan penguasaan objek-objek seni tiga dimensi. Di dalam menghasilkan objek yang bersifat tiga dimensi, penstrukturan reka bentuknya perlu dirancang dan diperhalusi agar hasilannya menepati perancangan yang dibuat. Hasilan yang wujud daripada membentuk dan membuat binaan ini dikenali sebagai objek maujud, iaitu objek nyata dan boleh dipegang. Justeru itu ia mempunyai ciri-ciri binaan seperti bentuk, jalinan, besar, licin, kesat, keras, lembut dan lain-lain. Proses membentuk dan membuat binaan melalui proses imaginasi oleh pelukis dan seterusnya diterjemah dalam bentuk lukisan, distruktur dan akhirnya proses pembinaan objek tersebut.
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Bidang ini juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat, dan teknik penghasilan. Salah satu aktiviti dalam kegiatan dan membentuk dan membuat binaan ini ialah diorama.
2.0
DIORAMA
Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar tersebut. Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan-bahan tontonan orang ramai dan mula popular di sekitar abad ke sembilan belas. Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi. Kontemporari ini objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Tujuannya jelas, diorama dapat memperihalkan semula
HBAE 2203
unsur-unsur naratif melalui penampilan imej 2 D dan 3 D dalam konteks diorama yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak atau bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk mengambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama. Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama deperti tema diorama.
2.1
HBAE 2203
2.2
Cara Menentukan Alat dan Media Berdasarkan Subjek, Tema dan Tajuk
Tajuk Diorama
Karangan laut, gam UHU, tulang ikan, dawai, tangsi, kad tebal, pasir laut, batu-batu laut
Model ayam jantan, model manusia, platersin, tanah, pasir, cat emulsi, gam UHU, biji kacang
Model orang memancing, kaca, plastersin, plasterin, gam, pasir, batu-batu kecil, kad bod
HBAE 2203
3.0
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
3.1
Definisi Perkembangan
Perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam proses menccapai kematangan. Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perubahan menunjukkan sifat yang berbeza daripada tahap perkembangan yang terdahulu. Perkembangan juga adalah sebagai
perubahan pada struktur, pendapat dan tingkah laku individu. Ia terhasil daripada fungsi biologi, faktor pemakanan dan pengaruh alam sekitar. Perkembangan juga merupakan perubahan yan bersifat kualitatif tetapi dapat dilihat dengan membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang terbentuk. Dengan kata lain, perkembangan bo;eh juga dianggap sebagai proses di mana individu itu mencapai kematangan, pengukuhan dan kestabilan.
Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Manakala menurut Karl E. Garrison, perkembangan adalah dihasilkan daripada tindakan yang saling berkaitan di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Sementara D.S Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta berhubng dengan pertambahan umur.
Atan Long menerangkan perkembangan merupakan perubahan yang bersifat kualiti. Perkembangan membawa seseuatu organisma keperingkat matang dan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan telah dilampaui. Ciri-ciri Perkembangan Antara ciri-ciri perkembangan ialah: (a) Secara umumnya perkembangan berlaku secara berperingkat-peringkat iaitu bayi,
HBAE 2203
kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. (b) Semua kanak-kanak mengikut perkembangan yang sama tetapi dalam kadar yang berlainan. (c) (d) perkembangan bersifat berterusan iaitu sepanjang hayat seseorang individu itu. Perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. (e) Perkembangan dipengaruhi faktor baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan ke satu tahap maksimum. (f) Perkembangan berlaku melalui perubahan dari segi bahasa, suara, tingkah l, cara berfikir, komunikasi dan sebagainya. Kanak kanak dilahirkan penuh dengan sifat yang dinamik dan ingin berkembang mengikut proses tumbesaran mereka.Kita juga mengerti bahawa tahap
perkembangan kanak-kanak adalah berbeza.Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni lukis berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan serta perkembangan dari pelbagai aspek. Seni merupakan asas kepada perkembangan kanak-kanak. Jika diajar dan dididik dengan betul ia dapat merangsang kepekaan deria kerana kesemua deria manusia merupakan ruang bagi memanfaatkan pembelajaran. Melalui seni, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Hal ini membolehkan mereka menyentuh, merasa dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran.
Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan subjek dan persekitaran pelajar dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untuk merangsangkan pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Beliau menyarankan bahawa pengetahuan sedia ada boleh digunakan dengan cara-cara yang
HBAE 2203
sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang berkaitan dengan kehidupan seharian pada peringkat mereka itu. Apabila pengetahuan pasif ini digunakan, persepsi, kognisi dan pembelajaran akan berlakku dengan semulajadi.
Pelbagai aktiviti seni boleh digunakan oleh guru dalam membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Contohnya ialah diorama. Aktiviti menggunakan diorama ini dapt membantu perkembangan kanak-kanak pada setiap peringkat. Murid-murid sepatutnya diberi peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan, cara dan teknik agar mereka dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan terkongkong. Diorama sangat sesuai kerana kanak-kanak lebih minat bermain sambil belajar selari dengan fitrah peringkat perkembangan mereka. Kanak-kanak ini lebih suka menyentuh, mengguling, menguli, mendengar, mengesan bunyi dan meniru aksi untuk mengenali sesuatu. Aktiviti diorama ini mudah untuk dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati serta menjadikan bermain itu merupakan pembelajaran bermakna kepada mereka.
Apabila guru memberi peluang kepada murid-murid untuk bermain dengan diorama yang telah disediakan secara tidak langsung murid-murid itu telah memperkembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya.
i.
Psikomotor Peringkat perkembangan jasmani kanak-kanak amat pesat adalah semasa bayi.
Perubahan jelas dapat dilihat dari segi rupa,wajah dan fizikal.dalam jangka masa umur satu tahun, kita boleh menjangkakan perubahan-perubahan berikut yang mungkin akan berlaku kepada bentuk fizikal atau jasmani kanak-kanak. Pergerakan koordinasi otot kasar dan otot halus dan perkembangan dari segi fizikal akan turut meningkat usianya. Kanak-kanak menjadi lebih aktif apabila usia mereka mencecah peringkat 6-12 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bersuara dan bergerak untuk
HBAE 2203
gerak kerja mereka. Setiap gerak kerja mereka yang menggunakan tenaga harus diikuti dengan gerak kerja yang senang dan ringan seperti Pendidikan Seni Visual.
Diorama adalah sangat sesuai digunakan dalam sesi pembelajaran pada peringkat kanak-kanak sekolah rendah. Hal ini kerana pada peringkat ini otot-otot kanak-kanak ini masih belum matang. Mereka perlu diberi latihan pergerakan yang kerap untuk mematangkan pergerakan otot mereka sama ada otot kasar mahupun otot halus. Sebagai contoh aktiviti mewarna diorama 2D seperti gambar kartun kegemaran mereka. Kanakkanak ini perlu dibimbing dan diberikan latihan yang secukupnya agar mereka dapat mewarna dengan kemas dan cantik. Selain itu juga, dengan menggunakan diorama kanak-kanak dapat bermain sambil belajar selari dengan fitrah kanak-kanak yang lebih gemar bermain. Guru perlu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergerak bebas untuk bermain menggunakan diorama yang disediakan agar motor kasar dan motor halus dapat diperkembangkan.
Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. Aktiviti diorama adalah satu aktiviti yang mementingkan perkembangan persepsi dan kemahiran kanak-kanak. Kegiatan ini melibatkan unsur otot, syaraf, otak dan jari-jemari tangan. Kanak-kanak sepatutnya diberi motivasi, dorongan yang dapat memunculkan minat anak terhadap kegiatan tersebut. Kanak-kanak dilatih memegang gunting, pisau, playar dan pelbagai lagi alat pemotong dengan betul ketika memotong bahan, mewarnai gambar atau menggerakkan jari-jemari ketika menggunakan krayon dan pensel warna sehingga dapat meningkatkan kelenturan jari-jemari mereka.
ii.
Kognitif Maksud kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses
memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan otak mereka serta 7
HBAE 2203
interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Hal ini bermaksud, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada
perkembangan otak dan sensori motor (fizikal) serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembangan sosial.
Perkembangan kognitif juga merujuk kepada kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami serta mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Teori perkembangan Piaget dalam buku Mok (2009), perkembangan kognitif kanakkanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra-Operasi (2-7 tahun), Peringkat Konkrit (7- 11 tahun) dan akhir sekali ialah Peringkat Operasi Formal (selepas 11 tahun).
Peringkat Sensori Motor(0-2 tahun): Peringkat ini merupakan permulaan dalam perkembangan kognitif yang mana bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang
persekitarannya. Skema-skema yangterbentuk adalah hasil interaksi fizikal bayi dan persekitaran. Contohnya menggunakan mulut untuk merasa objek dan mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai objek.
Peringkat sensori motor adalah peingkat yang mana kanak-kanak mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema bagi membolehkan mereka meneroka dan mengetahui persekitaran mereka. Pada peringkat akhir sensori motor, kanak-kanak akan melakukan imitasi (proses peniruan) terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan. Contohnya meniru perlakuan melambaikan tangan.
HBAE 2203
Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak akan cuba menggambarkan dan merancang pergerakan/ aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema. Peringkat pra operasi adalah apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental. Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat, gambar dan sebagainya. Antara kebolehan lain yang diperoleh pada peringkat ini ialah permainan membayangkan (pretend play). Seperti mengambil watak kartun/ karakter popular seperti spiderman, power rangers, barbie serta meniru perlakuan doktor, guru dan lain-lain. Mereka juga memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup seperti hujan turun kerana menangis.
Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini menunjukkan sikap egosentrik yang bermaksud, mereka melihat dan memahmi persekitaran melalui persperktif sendiri. Pada peringkat ini, kanak-kanak selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan mereka. Contoh: Seorang kanak-kanak yang suka melihat siri kartun, beranggapan semua orang lain juga mempunyai minat yang sama dengannya.
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008), kemahiran kognitif merupakan kebolehan dindividu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masingmasing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup bagi seseorang individu.
HBAE 2203
Kanak-kanak mengkoordinasi mata dan tangan bagi mencapai sesuatu objek. Kepuasan ini akan menyebabkan mereka melakukan perbuatan ini berulang kali. Selain itu, kanakkanak pada peringkat ini akan mula menunjukkan permulaan pemikiran logik.
Dalam aktiviti diorama contohnya guru meminta murid menyediakan bahanbahan untuk tema flora dan fauna. Murid-murid ini akan menggunakan bahan-bahan konkrit yang berada di sekelilingnya seperti ranting kayu, batu, daun dan lain-lain. Model-model tiga dimensi seperti haiwan, tumbuhan mainan untuk mewakili objek yang dipelajari oleh mereka. Pendekatan ini boleh dipraktikkan untuk kanak-kanak di peringkat operasi konkrit, iaitu kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun.
Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun) Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran masih terikat dengan situasi yang konkrit. Pada peringkat ini, kanak-kanak juga menguasai proses pengelasan. Dalam kemahiran ini, kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Contohnya pengelasan mengikut ciri, warna, saiz dan sebagainya. Pemikiran egosentrik pula telah menjadi pemikiran secara decenterd atau objektif. Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka. Mereka sudah boleh mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain atau membuat aktiviti bersama. Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas) Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta dan pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit. Antara ciri-ciri pemikiran secara formal yang dilalui seperti berfikir secara abstrak, sistematik dan boleh membuat hipotesis. Dengan menggunakan diorama, guru dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan kognitif mereka. Hal ini kerana diorama yang digunakan bukan sahaja untuk menarik
10
HBAE 2203
minat kanak-kanak tersebut malah ia merupakan bahan lain untuk mewakili sesuatu situasi atau fenomena.
Dengan adanya diorama murid-murid dapat menggalakkan mereka untuk berfikir bagi menyelesaikan dan memahami sesuatu konsep. Sebagai contoh diorama menunjukkan suasana zoo. Guru boleh membekalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk kanak-kanak tersebut membina diorama yang menunjukkan suasana sekitar zoo berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Aktiviti ini dapat meningkatkan dan melatih kanak-kanak tersebut berfikir secara kreatif dan kritis seterusnya meningkat perkembangan kognitif mereka.
iii.
Sosial Menurut Kamus Pelajar Edisi Pertama, sosial bermaksud segala hal yang
berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.
Menurut Rohani Abdullah, proses ini melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).
Melalui
penggunaan
diorama,
perkembangan
sosial
kanak-kanak
dapat
dikembangkan. Ia dapat dikembangkan melalui aktiviti berkumpulan. Guru boleh merancang dan menyediakan aktiviti berkumpulan seperti membina diorama, menggunakan diorama dan sebagainya. Melalui aktiviti berkumpulan, kanak-kanak 11
HBAE 2203
berpeluang bersosial dan berinteraksi antara satu sama lain dalam kumpulan masingmasing. Kanak-kanak berpeluang memberi pendapat masing-masing dalam
menyelesaikan masalah atau membina diorama dan melatih kanak-kanak menerima dan
menghormati pendapat rakan-rakan kumpulan yang lain. Oleh itu, dengan adanya aktiviti seperti ini perkembangan sosial kanak-kanak dapat dipertingkatkan dengan berterusan.
iv.
Afektif Perkembangan afektif dan psikologi lebih dikaitkan dengan perasaan iaitu suatu
aspek penting dalam dalam kehidupan seseorang termasuk negatif atau positif kerana ia membantu kanak-kanak membina idea baru, matlamat, dan perancangan. Kemampuan untuk bereaksi secara emosional sudah ada sejak bayi dilahirkan. Gejala pertama perilaku emosional dapat dilihat dari keterangsangan umum terhadap suatu stimulasi yang kuat. Misalnya apabila bayi suka dengan sesuatu, maka bayi akan menghentak-hentakkan kakinya. Sebaliknya bila bayi tidak suka dengan sesuatu, maka bayi bereaksi dengan cara menangis.
Contoh lain boleh dilihat pada usia kanak-kanak yang berumur 2 hingga 4 tahun, di mana karakteristik emosi anak muncul pada ledakan marahnya. Ini boleh dilihat apabila anak-anak menampilkan rasa tidak senang, anak-anak melakukan tindakan yang berlebihan, misalnya menangis, menjerit-jerit, melemparkan benda, atau memukul ibunya. Pada usia ini anak tidak memperdulikan akibat dari perbuatannya, apakah merugikan orang lain ataupun tidak. Pada usia bagaimana perasaan orang lain bila disakiti,
maka anak belajar mengendalikan emosinya.
Ekspresi emosi pada anak mudah berubah dengan cepat dari satu bentuk ekspresi ke bentuk ekspresi emosi yang lain. Anak dalam keadaan gembira secara tiba-tiba dapat langsung berubah menjadi marah kerana ada sesuatu yang dirasakan tidak menyenangkan, sebaliknya apabila anak dalam keadaan marah, melalui pujukan dengan sesuatu yang menyenangkan anak akan berubah menjadi gembira. Komponen afektif mengandungi:
12
HBAE 2203
. Komponen Perkembangan Sosioemosi . Komponen Kerohanian dan Moral . Kurikulum Pendidikan Islam . Kurikulum Pendidikan Moral
Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh belajar mengenai emosi dan perasaan orang lain melalui aktiviti menggunakan diorama. Melalui aktiviti ini mereka akan dapat memahami dan meluahkan perasaan yang tersemat di dalam hati kanak-kanak itu. Terutamanya ketika membina diorama dalam aktiviti berkumpulan, jika emosinya stabil hasil mereka adalah cantik dan proses pembinaan diorama tersebut lebih teratur dan kreativitinya lebih menyerlah. Jika emosi kanak-kanak tersebut tidak stabil, hasil diorama adalah tidak cantik serta tiada unsur kreatif ditunjukkan serta mereka tidak membantu ahli kumpulan yang lain untuk membina diorama tersebut.
Selain itu, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, patuh pada arahan, hormat-menghormati dan sebagainya semasa kanak-kanak tersebut menjalankan aktiviti. Oleh itu, guru perlu merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai agar perkembangan afektif mereka dapat berkembang selari dengan perkembangan yang lain.
v.
bermula sejak dari bayi. Pada peringkat bayi kanak-kanak tidak dapat berkomunikasi dengan jelas. Namun, isyarat menangis boleh menyatakan bahawa dia sedang lapar, lampin basah, tidak selesa, tidak lena tidur dan sebagainya. Di sini dinyatakan peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut umurnya.
13
HBAE 2203
Bayi tidak dapat dapat berinteraksi secara jelas dengan orang lain. Bayi hanya boleh menangis semata-mata meluahkan perasaan dan kehendaknya. Sehingga usia sebulan, bunyi yang terkeluar daripada mulut bayi(boleh dianggap pertuturan) Cuma terhad dalam bentuk tangisan. Nadanya menangis juga berbeza dari segi kenyaringan, kuat dan perlahan. Meningkat umur satu setengah bulan sehingga tiga setengah bulan, ia mengeluarkan satu bunyi kukur. Bunyi tersebut seperti konsonan c,k dab g. Pada waktu ini, mereka boleh bertindak terhadap sesuatu bunyi. Sebagai contoh, dia akan kepalanya akan menoleh dan matanya akan melihat ke arah bunyi ibunya memanggilnya.
Umur enam bulan, bayi kurang bertukur tetapi mula menyebut perkataan yang bunyinya mambawa maksud tertentu. Seperti mama, baba, dan dada. Perkembangan pada peringkat ini merupakan peringkat asas untuk bercakap ke peringkat seterusnya. Latihan ini akan menolong mempercepatkan proses pembelajaran dengan melengkapkan kemahiran asas yang perlu bagi mengawal mekanisme percakapan yang lebih rumit. Usia 12 bulan hingga 18 bulan, pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat menuturkan perkataan.
Oleh itu, bayi hendaklah diberi peluang untuk bercakap agar emosinya tidak terganggu. Tetapi pada masa ini juga mereka sudah mula belajar berjalan. Jadi, mereka lebih menumpukan perhatian kepada berjalan dan melupakan bahasa dalam seketika. Apabila, sudah dapat berjalan, mereka akan memberi tumpuan semula kepada perkembangan bahasanya. Namun hanya sedikit perkataan yang dipelajari sehinggalah umur 18 bulan, mereka sudah boleh menggunakan perkataan ketika bermain atau bersendirian. Jadi pada waktu ini mereka sudah boleh melakukan arahan yang mudah.
14
HBAE 2203
masa inilah mereka belajar bercakap dan orang dewasa khususnya ibu bapa harus mengawasi anak agar menggunakan ayat yang betul dan baik. Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa kanak-kanak akan memainkan peranan lebih besar kerana aspek ini berhubung dengan kelakuan, kejadian, penyesuaian
dan reaksi sosial setiap kanak-kanak. Kelakukan dan emosinya amat nyata. Susunan
bahasa masih belum sempurna. Apabila umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan dari segi penerimaan bahasa , perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks.
Pada peringkat ini juga kanak-kanak mulai belajar menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu. Pengaruh sosial juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang bersosial taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding taraf rendah. Ini mungkin ibu bapanya yang menggalakkan anak mereka berkomunikasi dengan masyarakat luas. Umur 4 hingga 5 tahun Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan kanak-kanak yang berumur 3 tahun. Ini kerana kanak-kanak sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaan dan suasana tertentu. Mereka banyak bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat. Cara mereka menjawab pertanyaan meleret dan pandai memberi komen pada seseorang. Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih berkesan.
Kanak-kanak menggunakan bahasa dengan lebih kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri sendiri. Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan pergaulan anak mereka 15
HBAE 2203
dengan masyarakat luar seperti bermain bersama-sama rakan sebaya di luar. Mereka sudah dapat menyebut umur mereka dengan betul. kanak-kanak mula belajar membaca. Kajian telah dibuat bahawa kanak-kanak pada usia ini telah ada kebolehan membaca. Hasil kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak yang mendapat kelas pertama adalah mempunyai ciri-ciri berikut: Penglihatan yang baik. Pendengaran yang baik. Kecerdasan yang normal. Mempunyai sahsiah yang matang. Aktif dan cergas. Faham dan pandai menggunakan perbendaharaan kata Berminat dan berkebolehan untuk belajar dan mendengar cerita. Memberi penuh tumpuan terhadap sesuatu kerja.
Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
Komunikasi ini perlu dikembangkan selari dengan elemen yang lain. Bahasa sangat penting untuk kanak-kanak ini berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti dengan menggunakan diorama seperti aktiviti berkumpulan dapat meningkatkan perkembangan komunikasi kanak-kanak tersebut. Mereka dapat berinteraksi bersama-sama rakan-rakan yang lain untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah yang dikemukakan oleh guru. Oleh itu, perkembangan komunikasi kank-kanak ini dapat berkembang selari dengan perkembangan-perkembangan yang lain.
16
HBAE 2203
4.0
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu `Creare yang membawa maksud `membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula `Creare membawa maksud `memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan krteativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif dan kekreatifan. Manakala kreatif pula sebagai
dan asli. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang
kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baharu dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 , kreativiti bermaksud kemampuan mencipta. Pengertian tentang kreaviti yang dikemukakan oleh beberapa orang pakar. Menurut June King Mc Fee kreativiti bermaksud mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi mengemaskinikan perlambangan yang sedia ada. Menyusun dan mengolah semua organisasi yang sedia ada dan mantap, kepada suatu organisasi yang baru. Berdaya menyatukan idea baru atau idea yang diambil dari sesuatu, kepada sistem oganisasi atau situasi yang lepas iaitu memberi makna baru.
17
HBAE 2203
E. Paul Torrance murid yang kreatif belajar melalui penyoalan, pemerhatian, penemuan, percubaan, penerokaan, memanipulasi sesuatu semasa bermain tetapi sentiasa mencuba mencari kebenaran .kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan. Donald W. Mac Kinnon.(1962) individu kreatif boleh menyatakan tentang dirinya serta mempunyai aras intelektual yang tinggi, pengalaman dan kepakaran estetika. Mereka berdiri dalam aspek berfikir dan bertindak. Ada pertalian positif antara kreativiti dengan kebebasan, kelenturan intelektul, kepekaan, keindahan dan keaslian.
Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kita
kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa. Ia dapat dibentuk, dilatih menerusi rangsangan tertentu. Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanakkanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan. 4.2 Ciri-Ciri Kreativiti
Penghasilan kreativiti memaparkan 4 ciri yang utama iaitu: Mempunyai Tujuan. Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya berlaku secara kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru, objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu 18
HBAE 2203
aksi dan tujuan. Contohnya, bot yang dinaiki oleh Samad tenggelam dan Samad cuba sedaya upaya memikirkan kaedah lain untuk menyelamatkan diri. Berskala dan bernilai. Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada tujuan atau objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat untuk menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea menyumbang kepada pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna dikekalkan dan idea yang kurang berguna digugurkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan
bidang aktiviti berkenaan. Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok. Pengurusan Imaginasi. Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau yang menjanakan sesuatu yang asli. Ia juga memberi alternatif kepada sesuatu biasa dijangka. Aktiviti ini melibatkan proses perbuatan dan berfikir. boleh dikatakan sebagai permainan mental yang diarahkan objektif yang kreatif di mana ia memfokuskan terhadap
Aktiviti ini
terhadap sesuatu
memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada digabungkan dan
diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubungan yang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek dilihat. Bersifat Asli. Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini bermaksud ia merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu atau pun berkumpulan. Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu : 19 yang sebelum ini belum pernah
HBAE 2203
Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema. Pendekatan ini merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ia bertujuan bagi mengelakkkan program yang tidak tersusun berpunca ddari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Selain itu, membolehkan murid
menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran serta bidang kurikulum. Pelajar juga diberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang diterima pakai.
Memilih tema merupakan langkah yang penting untuk memperkembangkan unit pembelajaran. Pemilihan tema yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah berasaskan konsep, berasaskan kemahiran, berasaskan kandungan dan kemahiran, berfokus kepada isu, berfokus kepada projek dan berorientasikan kajian kes. Terdapat banyak tema dan cara untuk mengkategorikan pendekatan bertema. Pemilihan tema perlu
mempertimbangkan beberapa aspek. Antaranya ialah boleh merentas semua matapelajaran, bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar. Selain itu, bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa, penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru berminat dengan tema yang dipilih, dan pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. Pendekatan bertema mempunyai beberapa kelebihan, kekuatan dan isu/cabaran. Kelebihan pendekatan bertema kepada murid ialah dapat menghadapi cabaran, dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan
20
HBAE 2203
membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan, dan memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal.
Antara kekuatan pembelajaran bertema ialah murid berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal. Selain itu, murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan, dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan pelajar dapat
menghubungkait pengetahuan dan kemahiran. Pelajar juga berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru. Bagi melaksanakan pendekatan ini, pelbagai isu atau cabaran yang timbul. Isu atau cabaran tersebut ialah meliputi aspek kecekapan guru, jaringan ahli dalam kumpulan, perbezaan hasil pembelajaran dalam bidang pembelajaran, kesukaran menilai skop yang luas dan kesukaran membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza.
Penghubungkaitan tema dengan mata pelajaran terbahagi kepada dua. Hubungkait yang pertama ialah tema dengan isi kandungan mata pelajaran. Prinsip asas bagi penciptaan tema untuk improvisasi ialah mudah dan berfungsi. Tema daripada pelbagai mata pelajaran boleh diajar dengan menggabungjalinkan muzik, seni visual dan pergerakan bagi mewujudkan pengalaman pengajaran dan yang bermakna. Hubungkait yang kedua ialah tema dengan kemahiran. Tema yang dipilih hendaklah tema yang dapat meningkatkan kemahiran diri pelajar terutamanya kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira).
5.2
a. Murid berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi. Sebagai contoh apabila kank-kanak itu sedang marah mereka akan mengetuk gendang dengan kuat atau tidak melukis dengan bersungguh-sungguh. Dalam hal ini guru perlu memainkan peranan yang 21
HBAE 2203
penting dalam memberi motivasi dan mendidik kanak-kanak ini mengawal emosi mereka agar mereka lebih tenang. Guru juga boleh membantu dan memberi nasihat sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah yang sukar untuk diselesaikan. b. Persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang tinggi. Aktiviti-aktiviti p&p seperti berlakon, bernyanyi, membina diorama dan lain-lain lagi dapat menarik minat murid untuk lebih bersemangat untuk belajar. Di samping lbih menarik minat ia juga dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak tersebut. Oleh itu, guru perlulah merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang pelbagai dan menarik dalam meningkatkan kreativiti murid. c. Murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Apabila guru merancang dan menjalankan aktiviti p&p yang menarik seperti berlakon, bernyanyi dan
sebagainya ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak. Sifat malu dapat dihapuskan dan mereka akan lebih yakin apabila disuruh untuk berlakon ataupun bernyanyi di hadapan kelas. Keyakinan diri sangat penting dan perlu disemaikan dalam diri kanak-kanak agar mereka dapat memotivasikan diri mereka untuk berhadapan dengan masyarakat luar. d. Berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru. Kanakkanak juga berpeluang untuk memberikan dan mengeluarkan pendapat atau idea masingmasing melalui aktiviti berkumpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dikemukanakan oleh guru. Kanak-kanak juga dapat belajara untuk menerima dan menghormati idea atau pendapat yang dikemukakan oleh ahli kumpulan yang lain. Hal ini dapt membantu mereka meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal kanak-kanak tersebut. e. Dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Melalui pendekatan bertema ini guru dapat menilai kefahaman konsep kanak-kanak tersebut dengan menyediakan aktiviti-aktiviti seperti ujian, kuiz, perbahasan dan sebagainya.
22
HBAE 2203
Guru dapat melihat dan menilai adakah murid-murid telah menguasai isi pembelajaran pada hari tersebut. Oleh yang demikian, sekiranya terdapat murid-murid yang masih tidak menguasai guru perlu mengajar semula agar mereka faham dan menguasai isi pembelajaran yang disampaikan.
5.3
a. Kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran. Pendekatan bertema ini memerlukan guru yang menguasai kesemua bidang atau tema seperti masyarakat, komunikasi dan persekitaran. Sekiranya guru tersebut tidak dapat menguasai bidangbidang ini adalah sukar untuk guru tersebut untuk menggunakan pendekatan bertema ini. b. Untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan. Cabaran yang timbul dalam pendekatan ini adalah membentuk ahli kumpulan kanak-kanak. Kanak-kanak apabila membentuk kumpulan mereka akan memilih rakan-rakan yang lebih rapat. Hal ini kerana mereka merasakan bahawa rakan-rakan yang rapat ini lebih disenangi dan dipercayai. Oleh itu, guru seharusnya membantu dalam membentuk kumpulan yang pelbagai kecerdasan bukannya berdasarkan rakan rapat kerana apabila kumpulan tersebut kesemuanya ahli pandai, kanak-kanak yang kurang pandai akan ketinggalan dan tidak dapat menguasai pelajaran. Apabila sebuah kumpulan mempunyai ahli yang pelbagai kecerdasan mereka akan saling membantu antara satu sama lain. c. Hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza. Seperti yang sedia maklum pendekatan ini memerlukan hasil pembelajaran yang pelbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza. Hal ini akan mendatangkan kepada kanakkanak kerana terlalu banyak hasil pembelajaran yang perlu dikuasai dalam sesebuah sesi p&p. oleh itu, guru perlu kreatif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang sesuai bagi membantu kanak-kanak ini menguasai hasil pembelajaran yang berbeza-beza. d. Kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza. Pendekatan bertema ini menggalakkan guru menentukan hasil pembelajaran yang pelbagai dalam mata pelajaran yang berbeza-beza. Dalam hal ini, guru sukar untuk membuat penilaian terhadap kanak-kanak tersebut kerana penilaian bagi setiap pembelajaran juga berbeza-
23
HBAE 2203
beza mengikut matapelajaran. Contohnya Sains boleh dinilai melalui pemerhatian, Matematik dinilai melalui latihan atau kuiz dan lain-lain lagi. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak akan terpaksa menguasai kesemua hasil pembelajaran pada masa yang sama. Oleh itu, guru seharusnya memikirkan cara atau teknik bagi membuat penilaian terhadap kebolehan-kebolehan yang pelbagai.
24
HBAE 2203
6.0 Mata pelajaran Kelas Bidang Masa Tema dan Tajuk Standard Pembelajaran
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN : Pendidikan Seni Visual : 4 Arif : Membentuk dan Membuat Binaan Diorama : 60 minit : Flora dan Fauna
3.1 Persepsi Estetik 3.1.1 Unsur Seni 3.1.1.1, 3.1.1.2 3.1.2 Prinsip Rekaan 3.1.2.1, 3.1.2.2
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid akan dapat : 1. Mengenal, memahami dan menyatakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam membuat diorama. 2. Membuat apresiasi berpandukan bahasa seni visual yang telah dipelajari. 1. Guru memperdengarkan lagu rama-rama dari radio kaset. 2. Guru menunjukkan pergerakan seekor rama-rama yang sedang berterbangan berpandukan kepada carta bergambar 3. Murid menyanyikan lagu Rama-rama sambil membuat pergerakan dan dengan iringan muzik. 4. Guru meminta murid membilang jumlah haiwan dalam gambar yang guru tunjukkan melalui carta bergambar. 5. Soal-jawab guru dengan murid mengenai haiwan yang mempunyai sayap. Contohnya:
Aktiviti P&P
Namakan haiwan-haiwan yang bersayap dalam gambar ini? Apakah makanan rama-rama dan kumbang? Bagaimanakah pokok-pokok ini membuat makanan? Apakah gunanya cahaya matahari kepada tumbuh-tumbuhan?
6. Guru menunjukkan contoh dan bersoal jawab mengenai bahasa seni visual (EK1) Guru menunjuk cara menghasilkan diorama dengan penggunaan pelbagai media . 7. Murid dibahagikan mengikut kumpulan. 25
HBAE 2203
8. Guru mengaplikasikan kepelbagaian teknik ( stabail, mobail, lukisan, catan ) (EK2) 9. Murid menghasilkan diorama menggunakan kepelbagaian teknik yang telah dipelajari. (EK3) (EK4) 10. Murid mempamer dan menceritakan karya seni yang telah dihasilkan (EK5).
11. -
Murid dibimbing mengeja perkataan seperti: Rama-rama - kumbang Bunga - klorofil Madu - pepatung Cantik - matahari
Keusahawanan, kreativiti dan inovasi, TMK dan nilai murni Media Gunting, kotak, gam, pencungkil gigi, gambar-gambar daripada majalah, cat poster, plastik pembalut buku, polisterin, plastesin dan bahan lain yang sesuai Contoh Diorama, carta bergambar, radio kaset, tape 1. Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat diorama berdasarkan 4 Standard Kandungan Pada akhir pengajaran : 38 orang murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan 2 murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi pembentangan pada masa akan datang.
26
HBAE 2203
7.0
KESIMPULAN
Berdasarkan tugasan kali ini, dapat saya simpulkan bahawa diorama ini tidak boleh dipandang sebelah mata kerana ia juga merupakan tunggak utama dalam membantu perkembangan kank-kanak terutamanya di peringkat sekolah rendah. Ciri-ciri diorama yang agak unik mampu membantu guru memperkembangkan lagi individu kanak-kanak ini dari segi kognitif, afektif, sosial, komunikasi dan psikomotor seterusnya merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Akan tetapi, dengan hanya menggunakan diorama sahaja tidak mampu untuk membantu perkembangan kanak-kanak ini. Ia juga harus disusuli dengan beberapa aspek yang perlu memberi sokongan dan dorongan bagi memperkembangkan kanak-kanak ini. Oleh itu, saya ingin mencadangkan ibu bapa juga berfungsi sebagai tunggak utama kepada penggerak proses perkembangan kanak-kanak yang sempurna. Hal ini kerana, kanak-kanak adalah lebih dekat tarikannya terhadap ibu bapa mereka terutama apabila mereka masih kecil. Ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mereka sentiasa terdedah dengan aktiviti perkembangan individu yang boleh mendorong mereka ke arah suatu kebaikan. Contohnya, banyakkan pendedahan anak-anak mereka kepada hidupan luar sama ada hidup mahupun bukan hidupan supaya mereka lebih banyak berfikir akan proses kejadian yang berlaku di sebalik itu.
Guru juga boleh memainkan peranan mereka di sekolah dengan menggalakkan murid-murid kepada aktiviti atau kegiatan sihat seperti sukan serta nilai-nilai murni yang ditekankan di sekolah. Untuk itu, murid-murid akan menjadikan apa yang dipelajarinya sebagai suatu amalan dan rutin harian untuk digunakan dalam cara hidup yang sihat.
27
HBAE 2203
BIBLIOGRAFI
1. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual, KBSR. KL: DBP
2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual, KBSR.KL:DBP
3. Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim. (2011). HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak, OUM
4.
Rousliluddin bin Ambia. (2011) HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual , OUM
5.
9. www. Scribd. Com/ ..../HBAE -2203 membentuk dan membuat binaan 20 OKTOBER 2013
28
HBAE 2203
29
HBAE 2203
30
HBAE 2203
31