Anda di halaman 1dari 14

Pemuliharaan Maksud pemuliharaan Pemuliharaan Cara, penggunaan, pengendalian dan pengurusan sumber alam untuk mengelakkan kerugian, kerosakan

n dan pembaziran. Terdapat dua aspek pemuliharaan yang dapat dipraktikan, iaitu: 1. Pemuliharaan in situ (in- site) Pemuliharaan in-situ merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini agak sukar dijalankan disebabkan oleh keadaan habitat dan ekosistem semulajadi yang semakin hari semakin banyak mengalami perubahan dan pembangunan. Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberi perhatian dan perlu malalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Usaha pemuliharaan ini termasuklah pembangunan yang efektif, rekabentuk yang kreatif, pemeliharaan habitat semulajadi dan rekreasi, pengurusan kawasan hutan simpan (protected area) dan mempromosi serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pemeliharaan tumbuhan dan alam semulajadi secara mampan.Strategi

Pemuliharaan in situ merupakan salah satu cara pemulihan masa jangka panjang dan semulajadi. Pemuliharaan in-situ merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini, agak sukar dijalankan kerana keadaan habitat dan ekosistem yang semakin hari kian mengalami perubahan dan pembangunan oleh manusia. Strategi ini adalah untuk membendung peningkatan aktiviti manusia yang boleh mengakibatkan spesis hidupan liar pupus melalui hakisan genetik, pengeluaran sumber secara berlebihan, pembiakbakaan, terhad, perubahan persekitaran, serangan penyakit serta persaingan dengan spesis sksokita (spesis invasif). Pemuliharaan in-situ ini bertujuan mengekalkan tumbuhan dan hidupan liar di habitat dengan penubuhan tempat konversi seperti taman negara, hutan kekal simpan taman-taman laut dan pusat pemuliharaan hidupan liar.

2. Pemuliharaan ex-situ Pemuliharaan ex-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap organisma atau spesies tumbuhan yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya. Sampel atau spesies tumbuhan yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada sesetengah bahagian tumbuhan itu, malah ia merangkumi biji benih, debunga, bahagian vegetative seperti propagul, sel dan tisu kultur. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk

memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manfaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini. Pengenalan kepada Hutan Hujan Tropika Istilah hutan merujuk kepada suatu formasi yang dikuasai oleh pokok. Biasanya perkataan " hutan " merujuk kepada tiga konsep yang berlainan. Yang pertama, dirian pokok atau tumbuh-tumbuhan yang merupai pokok. Yang kedua, seluruh komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok. Yang ketiga, seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi, termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya. Hutan hujan dapat diistilahkan sebagai satu komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang mempunyai adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama dalam pembentukan jenis hutan hujan. Lazimnya struktur hutan hujan terdiri daripada dua atau lebih peringkat pokok-pokok dan tumbuhan renek yang turut berinteraksi bentuk tumbuhan yang lain seperti pepanjat, palma dan episit. Hutan hujan tropika merupakan jenis-jenis pembentukan tumbuh-tumbuhan yang bebas serta turut ditentukan oleh faktor alam sekeliling selain daripada kelembapan. Takrif hutan tropika juga merangkumi lingkungan habitat darat dan habitat separa darat yang luas di zon intertropika.Hutan tropika terdapat di zon tropika di antara 23027 Utara dan 23027 Selatan.

Pada masa kini kawasan-kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah diwakili oleh hutan hujan tropika ini selain daripada hutan hujan tropika di Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia dan Asia Selatan. Struktur hutan tanah rendah di Semenanjung Malaysia adalah satu profil yang berlapis. Lapisan-lapisan itu terdiri daripada pokok-pokok renjong, silara utama, tumbuhan tingkat bawah dan tumbuhan permukaan tanah ( Lampiran 1 ).Pokok-pokok di lapisan renjong dapat mencapai ketinggian 60 hingga 70m. Kebanyakan pokok-pokok ini adalah daripada famili Dipterocarpaceae dan Leguminosae. Diterocarpaceae sering dikaitkan dengan kumpulan pokok-pokok balak komercial di Malaysia seperti balau, cengal, kapur, keruing, meranti, merawan, mersawa dan seraya.Lapisan silara utama pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan berbagai famili yang tingginya antara 20 hingga 40m. Misalnya, kedondong, kandis, penarahan dan kelat. Di tingkat bawah pula, terdapat pokok-pokok kecil dan palma yang hidup subur di bawah silara tersebut. Kumpulan tumbuhan sementara bagi lapisan hutan tingkat bawah terdiri daripada anak-anak pokok dan pokok muda. Di lantai hutan pula terdapat anak-anak pokok, palma-palma kecil, tumbuhan renek dan herba ( Lampiran 2 ). Hutan hujan tropika di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kelas iaitu hutancampuran (mixed forest) dan hutan dominan tunggal (single-dominant forest). Hutan campuran seperti hutan Dipterokarpa tanah pamah terdiri daripada berbagai famili tumbuhan, manakala hutan dominan tunggal dapat dilihat pada jenis hutan dominan tunggal spesies kapur (Dryobalanops aromatica), seperti yang terdapat di Kanching, Selangor. Ia adalah campuran spesies yang berbeza-beza dari segi komposisi flora dan ia berubah mengikut habitat. Pengelasan jenis-jenis kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan kepada komposisi tumbuh-tumbuhan yang dominan di habitat-habitat tertentu ( Lampiran 3 ). Selain itu, jenis-jenis hutan di Malaysia boleh dikelaskan berdasarkan kepada beberapa faktor lain seperti pengaruh iklim, tanah dan biotik.Dengan berdasarkan kepada ketinggian kawasan di atas aras laut, hutan ini juga boleh dikelaskan kepada hutan dipterokarpa pamah, hutan dipterokarpa bukit, hutan dipterokarpa atas, hutan oak-gunung dan hutan ericaceous gunung.

Dipterokarpa merupakan kumpulan pokok-pokok berdamar famili Dipterokarpa yang terdapat di lapisan sudur hutan dan di bahagian silara utama hutan. Hutan dipterokarpa pamah meliputi semua hutan atau rimba di kawasan tanah dan di kaki-kaki bukit sehingga ketinggian 30m. Hutan dipterokarpa bukit pula adalah hutan di bukitbukit antara ketinggian 30 hingga 762m manakala hutan antara ketinggian 762 hingga 1200m adalah hutan dipterokarpa atas. Hutan oak-gunung adalah hutan antara paras ketinggian 1200 hingga 1500m. Hutan yang melebihi 1500m adalah hutan ericaceous gunung.Jenis-jenis hutan ini terjadi akibat daripada perbezaan komposisi tumbuhtumbuhan flora dan struktur umum yang terkandung dalam hutan itu. Hutan dipterokarpa pamah dan hutan dipterokarpa bukit adalah jenis hutan tanah pamah tropika yang terbesar di dunia. Hutan dipterokarpa atas dan hutan oak-gunung pula merupakan pembentukan jenis hutan pergunungan rendah manakala hutan ericaceous ialah jenis hutan tropika pergunungan tinggiHutan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Kegunaannya tidak lagi dinafikan oleh kita. Untuk melindungi hutan, kita harus sedar akan kepentingannya sebelum kita dapat menghayati dan menjaganya untuk generasi yang akan datang. Pohon Merbau Merbau atau ipil adalah nama sejenis pohon kayu keras berkualiti tinggi dalam kumpulan pohon Fabaceae (Leguminosae). Disebabkan sifat kekerasannya, di wilayah Maluku dan Papua barat kayu ini juga dikenali sebagai kayu besi. Di Papua New Gunea, kayu ini dikenal sebagai kwila; dalam bahasa Inggris dikenali sebagai Mirabow, Moluccan ironwood, Malacca teak, dan lain - lain Ciri ciri pohon merbau 1. Ciri ciri umum Pohon merbau boleh didapati dalam pelbagai saiz dan berupaya untuk mencapai ketinggani 50m, dengan batang bercabang sekitar 20m dan ukur lilit hingga 160(250) cm. Dengan banir (akar papan) yang tinggi dan tebal. Pepagan berwarna abuabu terang atau coklat pucat, halus dengan bintil-bintil kecil lentisel, mengelupas serupa sisik bulat-bulat. Daun majmuk dengan 2 pasang anak daun, terkecuali
4

daun-daun di ujung yang hanya memiliki sepasang anak daun. Anak daun bulat telur miring tak simetris, 2,5-16,5 1,8-11 cm, dengan ujung tumpul atau melekuk dan pangkal membundar, permukaannya botak dan licin, tulang daun utama berambut panjang di sisi bawah. 2. Daun Bunga-bunga terkumpul dalam karangan di hujung (terminal), panjang hingga 10 cm, berambut halus. Mahkota berwarna putih, yang berubah menjadi jambon atau merah; benangsari seluruhnya merah atau ungu. Buah polong, 10-28 2-4 cm, berbiji 1-8 butir, hitam dan besar, 2-3,5 1,5-3 0,7-0,8 cm. [5]. Intsia bijuga kebanyakan tumbuh di kawasan pantai, seringkali pada zon di belakang hutan bakau. 3. Batang kayu Kayu teras berwarna kelabu coklat atau kuning coklat sampai coklat merah cerah atau hampir hitam. Kayu gubal berwarna kuning pucat sampai kuning muda, jelas berbeza dari kayu teras. Merbau mempunyai tekstur kayu yang kasar dan merata, dengan arah serat yang kebanyakannya lurus. Kayu yang telah diproses mempunyai permukaan yang licin dan berkilat. Kayu merbau termasuk ke dalam golongan kayu berat (BJ 0,63-1,04 pada kadar air 15%) dan kuat (kelas kuat I-II). Kayu ini mempunyai penyusutan yang sangat rendah, sehingga tidak mudah menimbulkan cacat apabila dikeringkan. Merbau juga awet: daya tahannya terhadap cendawan pelapuk kayu termasuk kelas I dan terhadap anai-anai kayu kering termasuk kelas II. Kayu merbau termasuk tahan terhadap penggerek laut (Teredo), sehingga seringkali digunakan dalam bidang pembinaan kawasan perairan. Merbau termasuk tidak sukar digergaji, dapat dikikis dengan mesin sampai halus, diamplas dan dipelitur dengan memuaskan, namun kurang baik untuk dibubut. Kayu ini juga biasanya pecah apabila dipaku, dan boleh menimbulkan noda hitam apabila berhubungan dengan besi atau terkena air.

4. Kegunaan Di pasaran, ada pelbagai jenis perabot kayu direka mengikut kesesuaian kediaman, kegunaan, cuaca dan cita rasa. Pilihan kayu tidak sekadar meranti, kembang semangkok dan jati tetapi meliputi melunak, nyatoh dan sentang. Malaysian Timber Council (MTC) membahagikan kayu tempayan kepada empat kumpulan, iaitu kayu keras padu (heavy hardwood), kayu keras pertengahan (medium hardwood), kayu keras ringan ( light hardwood ) dan kayu lembut ( softwood ). Perbezaan ciri kayu keras dan lembut ditentukan berdasarkan konvesyen botani manakala pengkelasan tiga kumpulan kayu keras dibuat berpandukan kepadatan bandingan kayu yang kandungan kelembapannya mencapai tahap 15 peratus. Walaubagaimanapun, syarat ini tidak membabitkan kayu keras pasu yang lebih mengutamakan ciri - ciri tahan lama. Kayu merbau misalnya, dikelaskan sebagai kayu keras padu kerana sifat teras kayunya yang tahan lama biarpun kepadatan bandingannya hanya 800 kg/ meter padu. Kayu kempas pula, sungguh pun mempunyai kepadatan bandingan paling tinggi iaitu 890 kg/ meter padu, ia dianggap kayu keras pertengahan kerana sifatnya yang tidak tahan lasak. Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia ( MTIB ) dalam majalah Malaysian Timbers For Furniture menyatakan daripada sejumlah 3000 spesies kayu-kayan tempatan, Cuma sebilangan dijadikan perabot. Berikut adalah kayu pilihan utama industri pembuatan perabot tempatan. Kayu merupakan salah satu material bahan bangunan yang sering digunakan dalam konstruksi. Setiap kayu memiliki sifat dan ciri tersendiri baik dalam segi keindahan serat, kadar air, keawetan, berat jenis, kerapatan, dan kekuatan. Merbau biasanya digunakan dalam sector pembinaan berat seperti rasuk, tiang dan galas, di bangunan rumah ataupun jambatan. Oleh kerana kekuatan, keawetan dan penampilannya yang menarik, kayu merbau juga dimanfaatkan secara luas untuk pembuatan kusyen, pintu dan jendela, lantai parket (parquet flooring), papanpapan dan panel, perabot, badan trak, ukiran dan lain-lain. Bahan pewarna coklat dan kuning dapat diekstrak dari substans berminyak yang terkandung di dalam kayu dan kulit batangnya. Kulit batang dan daun juga digunakan sebagai bahan ubat tradisional. Kulit batang yang mengelupas, ditumbuk dan dicampur dengan buah
6

pinang yang tua, sebagai ubat untuk menghentikan cirit birit. Biji - bijinya dibakar dalam arang atau abu panas agar pecah kulitnya, lalu direndam dalam air garam selama 3-4 hari, sebelum direbus dan dimakan. Kayu Merbau termasuk salah satu jenis kayu yang cukup keras dan stabil sebagai alternatif pembanding dengan kayu jati. Merbau juga terbukti tahan terhadap serangga. Warna kayu merbau coklat kemerahan dan kadang disertai adanya highlight kuning. Merbau memiliki tekstur serat garis terputus putus. Pohon merbau termasuk pohon hutan hujan tropis. Termasuk kayu dengan Kelas Awet I, II dan Kelas Kuat I, II. Merbau juga terbukti tahan terhadap serangga. Warna kayu merbau coklat kemerahan dan kadang disertai adanya warna kuning yang menonjol. Kayu merbau biasanya dikemaskan dengan melamin warna gelap / tua. Merbau memiliki tekstur serat garis terputus putus. Aktiviti dan Strategi Pemuliharaan Hutan Nilai Pemuliharaan Tinggi (HNPT) bergantung kepada jenis dan peranan sesuatu HNPT itu, garis strategi berikut akan diikuti bagi memastikan kegunaan dan relevannya untuk jangkamasa berterusan. Antaranya adalah: 1. Bancian Semula Pokok-Pokok Dan Sumber Lain Aktiviti ini bertujuan untuk memantau taburan, kuantiti, kadar tumbesaran, tahap kesihatan dan perilaku fenologi mereka. Aktiviti ini termasuklah memantau status spesies sasaran dan menilai kelayakannya untuk terus diiktiraf sebagai spesies sasaran dalam konteks persekitaran sosio-ekonomi yang berubah-ubah. Untuk menentukan had-had tebangan minimum yang paling sesuai di bawah sistem ini, Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) perlu dijalankan untuk mendapatkan taksiran yang tepat mengenai parameter-parameter isi kandungan hutan yang dibanci, bagi semua jenis pokok berperepang 5 cm ppd ke atas serta pokok-pokok berperepang kurang dari 5 cm ppd dengan ketinggian sekurang- kurangnya 15cm. Maklumat-maklumat fisiografi seperti kecerunan, ketinggian, jenis tanah dan aliran sungai perlu direkodkan.Berdasarkan kepada data-data inventori serta lain-lain data mengenai pasaran dan keadaan sosio- ekonomi semasa, satu rejim pengurusan
7

(had batas tebangan) akan ditentukan bagi pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Peta stok berwarna juga disediakan bagi tujuan pembahagian sesuatu kompartmen kepada beberapa blok kecil berdasarkan isi kandungan pokok dan atau kelas kebesaran. 2. Penyelidikan Dan Pembangunan (R & D) R&D adalah aktiviti penyelidikan dan pembangunan merangkumi kerja-kerja kreatif yang dijalankan secara sistematik bagi meningkatkan khazanah pengetahuan yang bermanfaat untuk mereka/mencipta aplikasi baru. R & D dijalankan ke atas biologi populasi, sistem reproduktif dan program pembiakan. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan atas dasar kerjasama dengan pihak-pihak berkenaan seperti institusi penyelidikan perhutanan dan pertanian serta universiti-universiti. Pada masa ini terdapat minat yang meningkat di kalangan agensi-agensi antarabangsa dalam menyokong pembangunan kawasan-kawasan pemeliharaan, tetapi hal ini perlu dijalankan secara terancang dengan penglibatan penuh agensi-agensi tempatan. Strategi pemeliharaan yang bersesuaian akan dibangunkan bagi setiap tapak dan disertakan dengan rancangan pengurusan HNPT yang baik. 3. Menanda dan memelihara sempadan kawasan Ancaman-ancaman yang dihadapi oleh HNPT boleh berlaku dalam berbagai bentuk, seperti kemasukan orang secara tanpa kebenaran sehingga kepada kerosakan fizikal yang serius seperti pencerobohan dan pembalakan haram yang mana boleh membawa kepada kemerosotan fizikal yang berat ke atas kawasan dan sumber biodiversiti di dalamnya. Dengan demikian, adalah penting supaya apa jua ancaman masakini dan akan datang dikenalpasti dan sekiranya perlu dikuantifikasikan supaya ianya dapat dimasukkan ke dalam rancangan pengurusan HNPT dan langkahlangkah berpatutan diambil bagi mengatasinya. Pemeriksaan yang kerap dan survey ke atas sempadan disertakan dengan dokumentasi yang relevan mungkin dapat membantu memastikan keselamatan dan keutuhan kawasan NPT. Hutan simpan (protection forest) adalah kawasan hutan yang telah ditetapkan oleh kerajaan atau kelompok masyarakat tertentu untuk dilindungi, agar fungsi-fungsi ekologinya,
8

terutama melibatkan sistem air dan kesuburan tanah, tetap dapat berjalan dan dinikmati manfaatnya oleh masyarakat di sekitarnya. Hutan simpan adalah kawasan hutan yang mempunyai fungsi pokok sebagai perlindungan sistem penyangga kehidupan untuk menetapkan sistem air, mencegah banjir, mengendalikan hakisan, mencegah pencerobohan air laut, dan memelihara kesuburan tanah. Dari maksud di atas tersirat bahawa, hutan simpan ditetapkan di wilayah hulu sungai (termasuk pergunungan di sekitarnya), sebagai wilayah pengumpulan hujan (catchment area), di sepanjang aliran sungai bilamana dianggap perlu, di tepi-tepi pantai (misalnya pada hutan bakau), dan tempat - tempat lain sesuai dengan fungsi tersebut. Projek yang menjadi teras penting bagi menentukan kedudukan sempadan dan keluasan Hutan Simpanan Kekal sebelum sesuatu aktiviti lain seperti aktiviti pengurusan, pengusahasilan dan pembangunan hutan dapat dijalankan. Penandaan sempadan kawasan kerja yang betul adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya pertindihan kawasan, kekeliruan, perubahan sempadan, komplikasi perundangan, kerugian hasil oleh pihak kerajaan dan memudahkan pengawasan serta pengawalan. Projek ini melibatkan aktiviti-aktiviti pembersihan sempadan luar Hutan Simpanan Kekal termasuk menyukat, mencuci sempadan, memasang tiang sempadan dan papan tanda bertujuan untuk menentukan sempadan kawasan Hutan Simpanan Kekal dengan tanah kerajaan dan tanah berimilik serta pengawalan dari pencerobohan hutan. 4. Menjalankan Inventori Pelbagai Sumber ke atas HNPT Aktiviti ini boleh dijalankan bersama - sama dengan survei ke atas sumber pada skala Unit Pengurusan Hutan (UPH) yang mana biasanya dilakukan sekurangkurangnya sekali dalam setiap tempoh perancangan. Maklumat yang dikutip hendaklah meliputi seberapa banyak parameter dan sumber-sumber yang menerangkan situasi hutan berkenaan. Selanjutnya maklumat seumpama ini akan membantu pengurus dalam menetapkan peranan/fungsi serta kegunaan HNPT yang dimaksudkan dan memutuskan jenis-jenis kegunaan lain yang sesuai dengannya. Aktiviti penandaan pokok ini dijalankan di lapangan setelah had batas tebangan telah ditetapkan berdasarkan kepada analisa Inventori hutan sebelum tebangan
9

(Pre-F). Aktiviti penandaan pokok dijalankan dengan menanda semua pokok tebangan, pokok ibu, pokok perlindungan, pokok jalan, pokok matau dan pokok tapak kongsi dan sempadan zon penampan alur air. Melalui penandaan pokok ini, kegiatan tebangan tanpa kebenaran dapat dikawal disamping untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Penandaan pokok lazimnya dijalankan dalam tempoh satu tahun sebelum sesuatu kawasan dibuka untuk pengusahasilan setelah had batas tebangan ditetapkan. 5. Menyelenggara Pengkalan Data dan Mendokumentasi Serta Memasang Tanda Di Tanah Berhubung dengan Ciri dan Sumber Yang Relevan Mewujudkan pengkalan data yang bersesuian dan mengandungi maklumat mengenai sumber (hidup atau bukan hidup) di dalam HNPT termasuk yang mempunyai potensi bagi kegunaan yang lestari di masa hadapan. Spesies pokok sasaran khususnya hendaklah ditanda kedudukannya di tanah dan di atas peta dan seterusnya didigitize ke dalam aplikasi komputer. Selanjutnya pokok-pokok ini akan dilabel dengan label plastik berukuran 4cm x 10cm dengan menunjukkan maklumat mengenai nama-nama tempatan dan saintifik dan dipasang pada ketinggian yang bersesuaian di batang pokok. Label-label ini perlu diperiksa dari semasa ke semasa bagi mempastikan tidak rosak atau hilang dan maklumat di atasnya dapat dibaca dengan jelas. Inventori Hutan sebelum Tebangan (Pre-F) dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tepat dan mengemaskini maklumat berkaitan keadaan dirian hutan. Dari maklumat yang dianalisakan tersebut, had batas tebangan dapat ditetapkan disamping dapat merancang dan mengurus pengusahasilan secara teratur sempurna dan berkesan. Inventori ini dijalankan dalam tempoh dua tahun sebelum pengusahasilan dijalankan. 6. Memantau Pembungaan dan Pembuahan dan Mengutip Biji Benih Aktiviti ini dijalankan secara tetap dan direkod dengan baik. Pola dalam pengeluaran bunga dan buah akan dipantau dalam konteks perubahan cuaca dan musim serta respons terhadap perubahan alam sekitar. Dalam hubungan ini data mengenai cuaca (taburan hujan, rajah angin, suhu, lembapan) serta faktor-faktor lain seperti
10

kejadian jerebu, pencemaran, aliran air, dan lain - lain. akan dipantau dengan input dan kerjasama dari agensi-agensi berkaitan. Faktor-faktor alam sekitar sudah semestinya mempunyai kesan yang penting ke atas kesihatan pokok dan seterusnya mempengaruhi kuantiti dan kualiti bunga dan buah yang dihasilkan. 7. Mengesan dan Mengutip Anak Liar Penghasilan biji benih dan stok tanaman yang viabel akan merupakan salah satu daripada matlamat HNPT yang digunakan sebagai asas penubuhannya. Biji benih dan anak liar dari kawasan ini akan dilabel dengan baik menurut provenannya sebelum dipindahkan ke tempat lain untuk tujuan ujikaji atau digunakan dalam aktiviti-aktiviti penanaman secara in-situ dan ex-situ serta operasi penghutanan semula. .Salah satu daripada beberapa masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan projek-projek pemulihan hutan, menghutan semula dan tanaman mengaya dengan pokok-pokokjenis tempatan ialah bekalan biji benih atau anak benih yang tidak mencukupi dan berterusan. Masalah tersebut timbul oleh kerana beberapa faktor seperti berikut: a. Biji benih jenis tempatan yang bersifat cepat cambah dan tidak boleh disimpan lama. b. Daya percambahan yang rendah. c. Mudah dirosakkan atau diserang oleh musuh seperti serangga, binatang dan kulat. d. Ketidakseragaman masa pokok berbunga dan berbuah. e. Keadaan lantai hutan yang tidak sesuai untuk percambahan biji benih seperti ditutupi oleh tumbuhan, daun dan ranting kayu yang tebal, terlalu gelap atau terlalu terbuka.

11

Perkara perkara yang perlu diambilkira semasa menjalankan aktiviti mengesan dan mengutip anak liar. Kriteria Pemilihan Anak Liar Anak liar yang dikutip hendaklah menepati objektif penanaman. Spesies anak liar yang dipilih

hendaklah bersesuaian dengan speseis asal yang biasa didapati di kawasan yang akan ditanam mengaya Persiapan di Tapak Semaian i. Penyediaan tabung ii. Penyediaan tempat perlindungan iii. Peralatan menyiram iv. Borang rekod anak liar Persiapan di Lapangan i. Kumpulan kerja ii. Peralatan Kaedah Pengutipan i. Mencabut dengan tangan ii. Mencabut dengan sudip iii. Sifat anak benih yang boleh diterima iv. Masa kutipan

Kriteria Pengutipan Anak Liar Perkara Sifat batang Sifat akar tunjang Ketinggian Helai daun Kesihatan Kriteria Lurus dan tegak Lurus dan mempunyai akar rambut 5 cm - 30 cm 4-8 helai berwarna hijau dan segar Segar dan subur dan tidak diserang oleh penyakit, kulat atau serangga.

12

8. Menubuhkan Tapak Semaian Bagi Pembiakan Dan Penambahbaikan Stok Tanaman Aktiviti ini adalah sebagai pelengkap kepada aktiviti (4) di atas, tetapi dengan objektif bagi menubuhkan stok masa depan bagi bahan tanaman berkualiti dan terpilih. Spesies yang disasarkan tidak tehad kepada spesies pokok hutan sahaja, malah kepada semua spesies yang mempunyai nilai pemeliharaan tinggi (high conservation value). 9. Mewujudkan Hutan Simpan Dara (VJR) Dalam usaha-usaha untuk melindungi dan mengekalkan jenis-jenis hutan dalam keadaan semulajadi, langkah menubuhkan Hutan Simpanan dara (VJR) sebagai rezab semulajadi dan Arboretum. Hutan Simpanan Dara adalah bertepatan. Ini berperanan sebagai contoh untuk membuat perbandingan ekologi dan biologi dengan kawasan hutan yang telah dibalak atau kesan rawatan silvikultur. Ianya juga merupakan hutan asli semulajadi untuk kajian. Semenjak tahun 1950, sebanyak 72 buah VJR telah ditubuhkan di seluruh Semenanjung Malaysia yang meliputi keluasn 21,284 hektar. Sehubungan itu, perhatian adalah ditumpukan kepada aspek perlindungan terhadap spesies-spesies yang luar biasa dan yang menghadapi kepupusan. Kawasan hutan perlindungan yang terletak di kawasan HSK seluas 1.90 juta ha telah dijadikan kawasan perlindungan kepelbagaian hayat di Semenanjung Malaysia yang sekarang berjumlah 2.45 juta hektar atau 18.6% daripada keluasan tanah negara ini

Kesimpulan a. Pengeluaran dan penggunaan sumber perlu diuruskan dengan bijaksana untuk menjamin bekalaan yang berterusan. b. Manusia bertanggangjawab memelihara sumber dengan bijak supaya bekalan sumber terus wujud hingga ke generasi akan datang.

13

Ramai daripada kita masih tidak sedar bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang sepenuh di atas melindungi alam sekitar. Selain disebabkan kita sebagai manusia yang menyebabkan keadaan ini, kita juga merupakan penduduk di dunia ini. Jika keadaan ini masih tidak berhenti-hentikan, maka ia akan mengakibatkan kita kehilangan tempat tinggal dan juga kita akan mengalami tragedi yang tidak dapat diramalkan. Yang akhir sekali, kita yang sebagai penduduk di dunia ini, kita mestilah sedar bahawa kita adalah pinjam dunia ini daripada anak-anak atau cucu-cicit kita, kita bertanggungjawab memulangkan dunia ini kepada mereka deng berkeadaan baik dan juga sihat, jangan kita biarkan dunia kita sakit dengan tanpa keinsafan untuk mengubatinya, tetapi sebaliknya cuba menambah teruk lagi keadaannya. Rujukan 1. http://www.wildlife.sabah.gov.my/edu/tanah%20pamah%20tropika/bahagian%20 1.pdf 2. Malaysia: Pengurusan HutanSimpan.Mac 2007.Malysian Timber Council. 3. LaporanTahunan 2010, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 4. Era Hijau kea rah generasi lestari.Feb 2011. Jabatan Alam Sekitar

14

Anda mungkin juga menyukai