Anda di halaman 1dari 2

1.

Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. 2. Ayat majmuk pancangan komplemen ditandai oleh penggunaan kata hubung komplemen bahawa dan untuk. Contohnya: a). Ketua Pengarah Kesihatan mengumumkan bahawa kematian akibat wabak denggi semakin meningkat . b). Pengetua menjelaskan bahawa kelas tambahan akan mula diadakan pada bulan Mac. c). Sungguh sukar untuk saya melengkapkan tugasan itu . 3. Bahagian yang bergaris dalam ayat di atas ialah ayat komplemen, iaitu yang berfungsi sebagai objek tepat kepada kata kerja transitif seperti mengumumkan dan menjelaskan, selain menjadi pelengkap kepada ayat utama. 4. Terdapat kata kerja transitif lain yang perlu diikuti oleh ayat komplemen yang berfungsi sebagai objek supaya maksud ayat tersebut lengkap, antaranya; menafikan, menyatakan, menyebut, menegaskan, mengharapkan, menyedari, mengakui,melaporkan, mengesahkan . 5. Selain menjadi objek, ayat komplemen juga menjadi pelengkap kepada frasa kerja tak transitif yang lazimnya menggunakan imbuhan ber-... contohnya; a). Mereka berpendapat bahawa masalah itu telah selesai. b). Kami beranggapan bahawa penyelesaian itu hanya sementara . 6. Bahagian yang bergaris dalam ayat di atas ialah ayat komplemen, iaitu yang berfungsi sebagai pelengkap kepada frasa kerja tak transitif seperti berpendapat dan beranggapan. 7. Terdapat sebilangan kata kerja tak transitif lain yang perlu diikuti oleh ayat komplemen yang berfungsi sebagai pelengkap supaya maksud ayat tersebut lengkap, antaranya; bermaksud, berpendirian, berpandangan, berfahaman, bersetuju, berharap. 8. Kesimpulannya, ayat pancangan komplemen berfungsi sebagai objek dan pelengkap, berdasarkan kata kerja atau frasa kerja dalam ayat utama.

Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil. 2. Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunakan kata hubung. 3. Perhatikan contoh berikut: (1) Kanak-kanak itu cedera. (2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak En. Azman. (3) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak En. Azman. Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan kanak-kanak itu dan menggunakan kata hubung yang. (1) Jefri membeli novel A. Samad Said. (2) Novel A. Samad Said baru dipasarkan. (3) Jefri membeli novel A. Samad Said yang baru dipasarkan.

Ayat (3) telah dipancangkan dalam objek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan Novel Samad Said dan penggunaan kata yang.

1. Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat. 2. Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan : kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama. 2. Ayat majmuk pancangan keterangan terbahagi kepada lapan jenis. (a) Keterangan akibat, contoh : 1. Murid-murid itu bermain hingga lupa hendak waktu rehat telah habis. 2. Angin terlalu kencang hingga banyak pokok yang tumbang. (b) Keterangan musabab, contoh : 1. Beberapa buah rumah di pantai timur musnah kerana dilanda ribut dan puting beliung. 2. Oleh sebab salah faham Azli dan adiknya sering bergaduh. 3. Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia. (c) Keterangan syarat, contoh : 1. En. Azmi akan membawa anak-anaknya pergi melancong kalau mereka lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. 2. Pihak sekolah akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang bersalah itu sekiranya tuduhan itu benar. (d) Keterangan waktu, contoh : 1. Dia hidup senang setelah menjalankan perniagaan sendiri. 2. Ketika remaja lagi bakat kepemimpinanya sudah terserlah. (e) Keterangan pertentangan, contoh: 1. Dia masih belum mendapat pekerjaan walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh. 2. Sungguhpun gagal ke peringkat akhir, dia tetap berpuas hati akan prestasinya. (f) Keterangan harapan, contoh: 1. Dia bekerja denan gigih supaya dapat membaiki taraf hidup keluarganya. 2. Program kitar semua diperkenalkan agar alam sekitar negara tidak tercemar. Contoh: Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia. Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman. Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu : Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman. Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.

Anda mungkin juga menyukai