Anda di halaman 1dari 1

SEJARAH RINGKAS PUSAT SUMBER SMKRMM Pusat sumber sekolah ini telah lama wujud sebagai bilik pandang

dengar. Pengumuman untuk mewujudkan KBSR adalah merupakan satu langkah awal untuk sekolah ini untuk menubuhkan pusat sumber sekolah. Ketika itu segala kemudahan dan peralatan bahan mengajar terletak di tempat yang tidak menentu dan menimbulkan kerumitan guru-guru. Walau bagaimanapun dengan adanya inisiatif dan arahan daripada pihak jabatan maka usaha-usaha untuk menubuhkannya berjalan dengan baik dan sistematik. Pada tahun 1984 perjalanannya masih agak pasif kecuali perpustakaan. Bahagian alatan pandang dengar tidak mendapat tempat khas dan penggunaannya menimbulkan banyak masalah. Contohnya penggunaan elekterik dan jadual penggunaannya. Tambahan pula tidak mendapat sambutan yang baik dalam kalangan guru untuk menggunakannya. Ini ditambah lagi dengan masalah ketiadaan guru untuk menguruskannya. Pada tahun 1986 barulah diberi satu bilik khas yang digunakan sehingga hari ini bagi ruangan bilik alat pandang dengar. Pada peringkat awal pusat ini hanya dapat mengumpulkan bahan yang terdapat di merata tempat. Penggunaannya kurang memuaskan kerana televisyan yang digunakan hitam putih dan radio yang terlalu uzur. Sebenarnya pihak sekolah mengalami masaalah kewangan untuk membeli alat-alat yang baru. Bilik ini dapat beroperasi dengan baik apabila sekolah menerima peruntukan TV warna pada tahun 1986 dan mendapat bantuan VCR pada tahun 1987. Selain itu, banyak pita video telah pun dirakamsalin daripada Bahagian Teknologi Pendidikan. PIBG juga turut melibatkan diri bagi menjayakan projek ini dan sekolah juga menerima sumbangan ADUN. Satu lagi alat telah ditambah iaitu komputer. Pusat sumber mula bergiat cergas dalam menambahkan bahan-bahan cetak atas usaha pengetua dan guru-guru. Biliknya telah diubahsuai dengan penambahan bilangan pelajar serta mendapat bantuan kerusi daripada Jabatan Pendidikan Negeri. Secara tidak langsung dapat member keselesaan kepada pelajar. Pada tahun 2007, Pusat Sumber SMKRMM maju setapak lagi dengan wujudnya Pusat Akses. Pusat Akses secara rasminya telah dibuka pada 21 April 2007 oleh Y.B Dato Sri Hishammuddin Bin Hussein. Melalui pembukaan Pusat Akses ini secara tidak langsung pusat sumber telah menambah lagi cabang perkhidmatannya dengan menyediakan kemudahan internet kepada warga SMKRMM. Pusat sumber telah menerima 10 buah komputer dan ditempat di sebuah bilik bersebelahan dengan bilik alat pandang dengar. Pusat Akses bukan sahaja menyediakan perkhidmatan internet malahan pelajar juga dibenarkan mencetak bahan dengan kadar yang paling murah. Setelah hampir 30 tahun usia pusat sumber SMKRMM, banyak perubahan yang sudah berlaku dan bakal dilaksanakan untuk memperkemas lagi peranan pusat sumber kepada warga SMKRMM. Di bawah pentadbiran pengetua yang baru, banyak programprogran yang sudah dan akan dilaksanakan darr semasa ke semasa. Apa yang penting bagaimana pusat ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar untuk menjadikan sekolah ini cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai