Anda di halaman 1dari 57

KONSEP BUDAYA

DEFINISI KANDUNGAN (ELEMEN) -MATERIAL


-BUKAN MATERIAL

CIRI-CIRI BUDAYA KONSEP ASIMILASI KONSEP AKULTERASI & AKOMODASI

DEFINISI SECARA UMUM


Kebudayaan adalah satu cara hidup yang dikembangkan oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk terus hidup, meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya. Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama.

Kebudayaan

biasanya dikatakan sebagai benda-benda seperti lukisan, kesusasteraan, muzik dan falsafah.
Kebudayaan

bukan sahaja merupakan perkara yang seni dalam hidup, tetapi juga apa sahaja yang terdapat di persekitaran manusia yang dibuat oleh manusia.

DARI SUDUT ETIMOLOGI


Perkataan budaya berasal dari akar kata yang tersusun daripada dua perkataan yang terpisah iaitu budi dan daya. Kalimah budi bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam batin manusia. Perkataan daya bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkan oleh budinya.

DARI PANDANGAN INGGERIS


Istilah culture berasal dari perkataan Latin colere yang bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau menanam. Orang Eropah memilih perkataan culture untuk menggambarkan pemikiran mereka di mana salah satu dari maknanya adalah berhubungan dengan kehidupan mereka yang sangat rapat dengan aktiviti pertanian (agriculture) pada masa tersebut. Justeru, sesiapa menyebut cultivated person merujuk seseorang yang mempunyai culture.

DARI PANDANGAN BAHASA ARAB


Istilah kebudayaan ini sinonim dengan perkataan al-

thaqafah.

Istilah al-thaqafah membawa erti cepat memahami

dan kecerdikan.

Dalam kamus leksikon Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur, dinyatakan thaqafa al-syay tsaqfan wa thiqafan wa thuqufatan ertinya memahami secara mendalam, rajul thaqfun wa thaqifun wa thaqufun ertinya, seorang lelaki yang cerdik dan cepat mengerti.

KESIMPULAN DEFINISI BUDAYA


Perkataan budaya dalam bahasa Melayu yang berasal dari budi dan daya serta bahasa Arab al-thaqafah lebih menghampiri falsafah kebudayaan yang berhubung-kait dengan penjelmaan akal manusia. Begitu juga dalam penggunaan bahasa Inggerisnya, culture yang merujuk kepada hubung-kaitnya dengan aktiviti pertanian. Kemajuan dalam sektor pertanian pada zaman Renaisance menjadi titik tolak penggunaan istilah culture.

KANDUNGAN (ELEMEN)
BUDAYA MATERIAL
Meliputi bahan-bahan fizikal kebudayaan serta cara-cara penggunaannya. Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo.

BUDAYA BUKAN MATERIAL

kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki

Rumah Orang Bidayuh

Rumah Orang Melayu

Rumah di Polandia

Rumah berbentuk buah

CIRI-CIRI BUDAYA
Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu.
Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau

Dipelajari
Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari
Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu:
i. Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya. ii. Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu. iii. Umur seseorang. iv. Tahap pendidikan v. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

Perkongsian
Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

Kesejagatan
Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.
budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota. Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:
I. Peralatan Dan Kelengkapan Hidup Manusia. Ii. Mata Pencarian Hidup Dan Sistem Ekonomi. Iii. Sistem Sosial. Iv. Bahasa. V. Kesenian. Vi. Sistem Pengetahuan. Vii. Agama Dan Kepercayaan.

Berubah Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah. Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya:
i. pertambahan bilangan anggota masyarakat. ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia. iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru. iv. pertembungan budaya. v. konflik yang berlaku. vi. perubahan alam sekitar.

Perlambangan
Perlambangan ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendukungnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya.

Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian.
Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing), ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

AKOMODASI

Sedar perbezaan budaya. Pertahan budaya sendiri dan hidup dengan harmoni A+B+C=A+B+C

AKULTURASI

Minoriti menerima budaya majoriti, tanpa ubah budaya asal. Berlaku proses pinjaman tali leher, angpow, makanan, hiburan A + B + C = Ai + Bi + Ci

ASIMILASI

Minoriti terima budaya dominan Contoh : masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya A+B+C=A

RUJUKAN
http://id.wikipedia.org/wiki/Budaya http://hubunganetnik.blogspot.com/2009/10/konsepbudaya.html http://www.academia.edu/People/kuliah_1_k onsep_budaya_kajian_perbandingan_Dr._Mo hd_Anuar_Ramli_ http://www.scribd.com/doc/46263929/Bab-2Konsep-Asas

KONSEP MASYARAKAT

Definisi Perkembangan Masyarakat

DEFINISI MASYARAKAT
Menurut Kamus Dewan edisi keempat : Masyarakat didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Manakala sudut istilah pula menerangkan bahawa, masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial.

Bangsa pula ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan.

Masyarakat juga menggambarkan rakyat sesebuah negara.

KONSEP MASYARAKAT
Koentjaraningrat
Masyarakat merupakan kelompok terbesar daripada kalangan manusia yang mengamalkan cara hidup yang mereka terima sebagai suatu kebudayaan. Memberatkan kebudayaan di dalam pembentukan masyarakat.

Linton
Masyarakat ialah kelompok manusia yang hidup bersama serta saling bekerjasama di dalam tempoh yang lama. Menjurus kepada kehidupan dan kerjasama yang berlangsung di dalam tempoh yang sangat lama.

PERKEMBANGAN MASYARAKAT
Evolusi sosial merupakan satu teori perubahan sosial yang mengandaikan bahawa masyarakat berkembang melalui tahaptahap tertentu, yakni daripada bentuk yang mudah kepada bentuk yang lebih kompleks.

TAHAP PERKEMBANGAN MASYARAKAT


Zaman Prasejarah

Zaman Penjajahan

Zaman Moden

Zaman Sejarah

Zaman Feudal

Zaman Prasejarah di Asia Tenggara


Zaman Paleolitik Masyarakat kaum nomad. Memungut hasil hutan, memburu binatang & menangkap ikan. Menggunakan peralatan dibuat daripada kayu, batu & tulang. Kepercayaan Animisme. Zaman Neolitik Binatang tertentu ditangkap, dijinakkan & diternak untuk menjamin bahan makanan tidak putus. Manusia hidup secara berkelompok, membentuk institusi kekeluargaan & membentuk kampung. Membentuk institusi politik. Mempercayai kuasa ghaib, tuhan & semangat. Zaman Logam Manusia menghasilkan peralatan daripada besi & gangsa. Memulakan perdagangan maritim & penerokaan laut. Membina kota pertahanan untuk kerajaan. Menghasilkan sistem tulisan.

Zaman Sejarah
Pemerintahan beraja yang dimulakan pada akhir zaman logam menjadi ciri utama tamadun awal manusia.

Raja menggunakan unsur magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan untuk mendapatkan pengiktirafan majoriti sebagai ketua pemerintah.

Pengiktirafan itu membolehkan seseorang raja menjalankan pemerintahan dan mewujudkan sistem perundangan untuk memastikan ketertiban serta memiliki tentera untuk menjaga keamanan.

ZAMAN FEUDAL
Masyarakat Melayu berada di bawah naungan feudalisme dan menikmati zaman gemilangnya pada abad ke-14 Masihi. Feudalisme ialah satu bentuk organisasi politik & sosial yang mempunyai kelas atau susun lapis tertentu iaitu mengikut susun lapis hierarki.

Di Malaysia, zaman feudalisme dapat dilihat pada zaman pemerintahan raja atau sultan iaitu zaman sebelum campur tangan penjajah di Tanah Melayu.
Penulisan sejarah pada zaman feudal adalah berdasarkan kesusasteraan yang mengandungi unsur mitos.

Zaman Penjajahan
Kejatuhan Empayar Melaka kepada Portugis pada tahun 1511 menandakan bermulanya zaman penjajahan. Selepas Portugis, dikuasai Belanda, Inggeris dan kemudiannya Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Selepas perang, Inggeris kembali menjajah sehinggalah Persekutuan TM mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perubahan Institusi Sosial Akibat Zaman Penjajahan

POLITIK

EKONOMI

AGAMA

POLITIK > Undangundang

EKONOMI -> Sistem mata wang

AGAMA -> Kepercayaan

Undang-undang barat menghapuskan kuasa golongan bangsawan.

Orang Melayu terpaksa bergantung pada orang tengah untuk meminjam wang bagi melunaskan cukai. Terpaksa menjual tanah apabila tidak berupaya membayar hutang.

Masyarakat Melayu dikuasai oleh fahaman animisme.

Meletakkan orang Melayu di dalam keadaan terhimpit di desa.

Golongan bangsawan tenggelam di dalam doktrin Hindu demi status. Kemasukan Islam mengubah mitologi dan fantasi berkenaan serta menggantikannya dengan pemikiran intelek.

Undang-undang berhubung tanah mewajibkan pembelian & penjualan serta pembayaran cukai dengan menggunakan mata wang barat, bukan lagi mata wang tradisional.

Kesan Zaman Penjajahan Terhadap Masyarakat Melayu


Penjajahan barat menyebabkan orang Melayu pasif terhadap aspek kebendaan & aspek kerohanian menjadi dominan di dalam pemikiran orang Melayu. Kepasifan ini menambah kemiskinan mereka & menyebabkan mereka jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum yang dulunya hanya imigran.

Kemuncaknya ialah tragedi berdarah 13 Mei 1969.

ZAMAN MODEN
Pemikiran yang berpaksikan kebendaan telah menyebabkan berlaku ketidakseimbangan di dalam budaya mereka.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya mengubah senario kehidupan orang Melayu.

Aspek kerohanian semakin diketepikan.

Unsur sinkritisme seperti kepercayaan kepada tahyul dsb semakin berkembang.

Situasi itu, memunculkan pelbagai masalah sosial yang menggugat kestabilan & kesejahteraan hidup orang Melayu.

Masyarakat Melayu Kini


Kini seluruh dunia dihujani pemikiran pascamodenisme yang semakin mengacaukan.

Kebebasan penafsiran yang melampaui batas di dalam pemikiran pascamodernisme boleh meruntuhkan cara hidup orang Melayu.

Masyarakat Melayu tidak mampu meminggirkan diri daripada menerima kesan yang bertentangan dengan budaya mereka.

Bagi memulihkan keadaan dan menghadapi cabaran modernisme dan pascamodernisme orang Melayu perlu kembali kepada ajaran Agama Islam.

Mereka wajib menghumban unsur sinkritisme yang mengancam akidah keislaman mereka.

maisarah zukhe

Siapa yang dikatakan sebagai masyarakat Melayu atau bangsa Melayu? Tidak ada definisi tepat yang dapat menjelaskan siapakah yang tergolong dalam bangsa Melayu. Namun, beberapa orang tokoh telah mengeluarkan buah fikiran mereka tentang isu bangsa Melayu ini.

maisarah zukhe

Ariffin Omar

Pada masa kebangkitan semangat kebangsaan Melayu pada awal abad ke-20 Masihi yang lalu, orang Melayu menganggap diri mereka sebagai orang Melayu tulen.
Mereka menolak golongan peranakan sama ada peranakan India atau Arab sebagai bangsa Melayu.

Malah, terdapat beberapa golongan yang mempersoal adakah golongan peranakan itu merupakan pemimpin Melayu.
maisarah zukhe

Lah Husny

Yang dimaksud dengan suku Melayu itu ialah golongan bangsa yang menyatakan dirinya dalam pembauran antara suku bangsa serta memakai adat resam dan bahasa Melayu

secara sedar dan berlanjutan.

maisarah zukhe

J. Crawford

Orang Melayu menghuni separuh daripada Pulau Sumatera, termasuk seluruh pantai timur dan sebahagian pantai barat pulau itu.
Mereka juga menghuni di sekitar Pulau Borneo (Kalimantan) dan merupakan seluruh penduduk Semenanjung Tanah Melayu kecualiorang aslinya.

Beliau juga menyatakan bahawa dalam kumpulan bangsa Melayu itu terdapat ramai yang bukan daripada keturunan Melayu tulen.
Tetapi telah menerima pakai bahasa, adat resan dan agama Melayu.

Akhirnya, golongan ini tidaklagi dapat dibezakan dengan golongan Melayu sebenar.
Pendapat Crawford adalah satu pendapat yang agak tepat.
maisarah zukhe

Namun, pengertian bangsa Melayu itu adalah lebih luas. Perkataan bangsa itu lebih membawa pengertian ras (ras Melayu). Ras Melayu ini merangkumi seluruh kelompok manusia daripada ras Melayu-Polinesia.

maisarah zukhe

Melalui etimologi, perkataan Melayu ditakrifkan dalam pelbagai pengertian.

Aspek undangundang

Werndly

Van Der Tuuk


Pendapat Tokoh

I-Tsing

Hollander

Omar Husin

maisarah zukhe

Harun Aminurrasyid

Berasal daripada perkataan Melaju.

Werndly

Berasal dari kata dasar laju yang diertikan sebagai cepat,deras dan tangkas. Oleh itu,dari sebutan tersebut membawa maksud bahawa orang Melayu bersifat tangkas dan cerdas.

Segala tindak tanduk mereka cepat.

maisarah zukhe

Van Der Tuuk

Perkataan melayu bermaksud penyeberang.

Orang Melayu menyeberang atau menukar agamanya daripada Hindu-Budhha kepada Islam

maisarah zukhe

Hollander

Mentakrifkan perkataan melayu hampir sama dengan pengembara. .

Kenyataan ini menyatakan bahawa orang Melayu suka mengembara atau menjelajah dari satu tempat ke tempat lain.

maisarah zukhe

Harun Aminurrasyid

Berasal dari istilah Sanskrit,Malaya atau daripada perkataan TamilMalai, bukit atau tanah tinggi.

Manakala orang Portugis menyebut perkataan Melayu dengan perkataan Malayu.

maisarah zukhe

Perkataan Melayu berasal dari 1 daerah di negeri Parsia yang bernama Mahaluyah. Penduduk Mahaluyah telah mengembara ke Asia Tenggara lalu menetap di Sumatera dan di Kepulauan sekitarnya. Suku ini lah yang membawa pengaruh kebudayaan Parsia di daerah ini.

Omar Husin

Kini pengaruh itu dapat dilihat dalam kesusasteraan Melayu.

Beliau turut menyatakan perkataan Melayu mungkin juga berasal dari nama guru-guru yang bergelar Mulaya.
Guru-guru ini dikatakan memainkan peranan menyuburkan kebudayaan Melayu.
maisarah zukhe

Perkataan Melayu sebagai istilah yang digunakan pada nama suku-suku yang tersebar di daerah-daerah Tanah Melayu dan Sumatera.

I-Tsing

Perkataan sebenar-Mo-lo-yeu atau Molo-you.

Istilah Melayu ini kemudiannya lebih terkenal apabila kerajaan Melayu di Sumatera berjaya menguasai kerajaan Srivijaya pada abad 13 Masihi.
maisarah zukhe

Daripada aspek undang-undang,perkataan Melayu meliputi penduduk Malaysia, seperti yang ditakrifkan oleh Perlembagaan Malaysia: Fasal 160. ..seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu dan menuruti adat istiadat Melayu. Mereka:
Lahir sebelum Hari merdeka di Persekutuan atau Singapura atau ibu bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada Hari Merdeka ini adalah berdomsil di Persekutuan atau di Singapura.

Ia adalah keturunan salah seorang tersebut.


maisarah zukhe

Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur.

Beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompokAustronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China. Kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asalusul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu.

Pengenalan
maisarah zukhe

Asal usul bangsa melayu merupakan sesuatu yang sukar di tentukan,walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan pekara ini,tetapi kata sepakat antara sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal usul bangsa melayu iaitu (a) bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan ), dan (b) bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara). Selain itu ada juga pendapat yang mengatakan bahawa orang minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh,iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan Palembang,semasa banjir besar berlaku di bumi.tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

maisarah zukhe

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana R.H.Geldern,J.H.C Kern,J.R Foster,J.R Logen,Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar.

Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah di Kepulauan Melayu . Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu; Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar); Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di kemboja. Lebih lanjut lagi,penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri sungai Mekong.perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan.
maisarah zukhe

Alasan-alasan yang menyokong :

Orang Negrito

Teori Yunan

Melayu Proto Melayu Deutro

Asal usul bangsa Melayu


Teori Nusantara

Bangsa Melayu dan Bangsa Kawa mempunyai tamadun yang tinggi. Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa.

Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di pulau jawa.
Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia ) mempunyai perbezaan.
maisarah zukhe

Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu berasal daripada golongan Austronesia di Yunnanmereka dikatakan berada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha,Kelantan. mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap,berambut kerinting,bermata bundar,berhidung lebar,berbibir penuh,serta saiz badan yang pendek. keturunannya orang Asli di semenanjung Malaysia,Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Melayu Proto orang melayu ini berasal dari Asia Tengah. perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. peradaban orang melayuproto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. pandai membuat alat bercucuk tanam,membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan kehidupan mereka berpindah randah.zaman mereka ini dinamai Neolitik atau Zaman Batu Baru.

Melayu Deutro perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. mempunyai peradaban yang lebih maju daripada melayu proto. mengenal kebudayaan logam.mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam,mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh kepulauan melayu ini. Kedatangan orang melayuDeutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang melayu-proto ke pendalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah randah.

TEORI YUNAN

maisarah zukhe

TEORI NUSANTARA
Bangsa Melayu dan Bangsa Kawa mempunyai tamadun yang tinggi. Pada abad ke 19,taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama.pekara ini menunjukan orang Melayu tidak berasal dari manamana,tetapi berasa dan berkembang di Nusantara

K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya Persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena ambilan Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di pulau jawa. Penemuan manusia kuno ini di pulau jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.

Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia ) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah )
maisarah zukhe

Kesimpulan
Secara kesimpulannya asal usul bangsa melayu ada tiga kumpulan iaitu orang Negrito,Melayu Proto dan Melayu Deutro, manakala terdapat dua teori iaitu Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan (Teori Yunnan) dan Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara (Teori Nusantara).

TAMAT
Rujuk laman web : http://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2 maisarah zukhe 011/12/asal-usul-bangsa-melayu.html

Anda mungkin juga menyukai