Anda di halaman 1dari 2

Teknik Pualaman (The Arts of Marbling) 1. Pengenalan Teknik pualaman digunakan untuk menghasilkan corak bercat diatas kertas.

Corak yang dihasilkan dengan menggunakan teknik ini boleh digunakan untuk membuat kraf tangan, penanda buku, bingkai foto, kulitbuku dan sebagainya. Suminagashi merupakan teknik pualaman yang paling lama dikenal pasti. Teknik tersebut diamalkan di Jepun untuk menghasilkan coradaripada air dan dakwat kaligrafi. Secara amnya, teknik pualaman boleh dilakukan dengan cara yang sangat mudah atau paling kompleksbergantung kepada orang yang ingin menghasilkan corak. Umur bukanlah sesuatu faktor menghad untuk mempelajari teknik ini kerana semua orang(kanak-kanak hingga orang dewasa) boleh menghasilkan karya seni.

Alatan yang diperlukan


Cat, tinner, kayu (pengacau), air, talam, kertas yang agak tebal

Cara-cara
1.Sebuah talam telah diisikan dengan air. 2.Cat dicairkan dengan menggunakan tinner dan dititiskan mengikutcitarasa sendiri. 3.Kayu digunakan untuk mengacau dan menghasilkan corak yangdikehendaki. 4.Tangkupkan kertas lukisan ke atas permukaan cat/air dalam talam dan keluarkan dengan cepat. 5.Akhirnya jemur. 6.Kemudian,pualaman yang dihasilkan digunakan untuk menghasilkanbingkai photo.

Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit.Pualaman adalah kualiti permukaan yang dicampuradukkan dengan warna seperti permukaan lantai, marble, catan faux dan corak semulajadi ira kayu. Dalam teknik pualaman kertas, corak yang dihasilkan mempunyai persamaan dengan marble atau batu. Corak tersebut membentuk warna yang terapung di atas sama ada pada permukaan air biasa atau cecair yang mempunyai pelbagai kepekatan. Kemudiannya dipindahkan dengan cermat ke atas permukaan kertas atau kain. Corak pualaman yang dekoratif ini digunakan untuk hiasan dalam penulisan kaligrafi, penjilidan buku dan kertas pembungkusan.

CARA MEMBUAT PUALAMAN pelbagai warna cat minyak masukkan cat minyak ke dalam besen yang berisi air. Jika mahukan corak lukiskan diatas cat minyak didalam air tersebut. Letakkan kertas lukisan di atas permukaan air dan tarik perlahan-lahan Setelah itu keringkan kertas tadi. Antara produk yang boleh dihasilkan. Video cara menghasilkan pualaman

Definisi corak
Corak adalah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada corak terancang atau corak tidak terancang.

Corak tidak terancang


Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak menggolek dan sebagainya. Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu.Ianya boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, mengolek dan sebagainya

CORAK TERANCANG
Definisi Dibuat dengan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan yang tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

Anda mungkin juga menyukai